Support Me Here ^_^

Thursday, April 21, 2011

KEJAM! Bayi Disumbat Dalam Botol Nescafe

Tengah leka online Facebook, tiba-tiba terbaca tajuk berita...


"Mayat bayi disumbat dalam botol dijumpai di Sungai Tawau" 


Ape ke....?!!

Katenye mayat bayi tu disumbat dalam botol Nescafe saiz besar. Dijumpai di Sungai Tawau. Untuk berita penuh sila klik SINI

Taknak klik pun takpe, saya copy bulat-bulat berita tu kat sini.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MAYAT BAYI DIJUMPAI DISUMBAT DALAM BOTOL DI SUNGAI TAWAU 
2011/04/20

TAWAU: Mayat seorang bayi yang sudah reput dijumpai disumbat di dalam botol Nescafe bersaiz besar di Sungai Tawau pagi tadi. 

Botol itu dijumpai selepas tersangkut di bawah sebuah jambatan di sungai berkenaan di kawasan Blok 10 Kampung Titingan.
Bayi yang jantinanya belum dikenal pasti itu ditemui kira-kira jam 9.30 pagi oleh seorang penduduk.
"Ketika saya sedang mengupas kelapa, tiba-tiba adik saya datang dan memaklumkan bahawa ada satu botol di bawah jambatan yang sangat mencurigakan. 

"Sebaik sampai di jambatan, saya mengambil botol itu dan melihat secara dekat isinya. Selepas membuka botol dan melihat kandungannya, saya cepat-cepat menutup semula botol itu kerana tidak tahan dengan bau busuk yang keluar darinya," kata Ronnie Jude, 32. 

Beliau berkata pihak polis mengambil botol berkenaan selepas dimaklumkan mengenai penemuannya. 

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin mengesahkan penemuan bayi terbabit dan siasatan terperinci masih dijalankan. - BERNAMA


----------------------------------------------------------------------------------

"Botol Nescafe besar", besar mane ye? Sampai boleh sumbat bayi yang tak bersalah kat dalam tu? Ape la nak jadi orang zaman sekarang ni? Bayi dibuang-buang. 

Tak kesian ke? 

Bayi tu tak bersalah pun. Kenapa? Takut malu? Takut pecah rahsia? Takut terbuka pekung di dada? Kalau takut semua tu, kenapa awal-awal lagi tak elak dari buat benda tak elok? Astaghfirullah al'azim..... Peringatan juga untuk diri sendiri. Bayi tu manusia, bukan ayam. Ayam pun orang tak bunuh sesuka hati kalau bukan untuk dimakan. Tu pun kita tak guna istilah "bunuh" (ade tak orang cakap nak bunuh ayam buat masak gulai?). Manusia memang tak terlepas daripada melakukan kesilapan. Saya juga sedar bahawa diri saya juga tidak lepas dari melakukan kesilapan. Tapi kesilapan seperti ini yang melibatkan pembuangan bayi sememangnya sangat kejam. Rendah sangat ke taraf seorang bayi itu sehingga sanggup dibuang begitu saja bagaikan membuang sampah yang busuk? 

Hmmm... rendah lagi taraf pelakunya. 

Saya bukan siapa-siapa untuk meletakkan taraf seorang manusia itu di mana letaknya. Tetapi, perlakuan pelaku tersebut terhadap bayi malang itu sangat-sangat tidak boleh diterima. KEJAM....! Semoga pelaku perbuatan kejam ini menyedari kesilapannya dan berubah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah...

Friday, April 15, 2011

Bunga Citra Lestari - Karena Ku Cinta Kau



(sebelum play video klip, pause / stop autoplay music kat bawah sekali ok. nanti bertindan ^_^)


Jika ada yang bilang ku lupa kau
Jangan kau dengar
Jika ada yang bilang ku tak setia
Jangan kau dengar
Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau

Jika ada yang bilang ku tak baik
Jangan kau dengar
Jika ada yang bilang ku berubah
Jangan kau dengar
Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau
Kau

Reff:
Saat kau ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Ku tahu kau slalu ingin denganku
Ku lakukan yang terbaik yang bisa ku lakukan
Tuhan yang tahu ku cinta kau

Jika kau tak percaya pada ku
Sakitnya aku
Jika kau lebih dengar mereka
Sedih hatiku
Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau
Kau

Back to Reff:

Saat kau ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Ku tahu kau slalu ingin denganku
Kau tahu ku juga ingin denganmu
Ku tahu kau slalu ingin denganku
Ku lakukan yang terbaik yang bisa ku lakukan
Tuhan yang tahu ku cinta kau




Thursday, April 14, 2011

Segmen : Ben Ashaari Gegar Lagi


As salam semua. Buat kesekian kalinya Ben Ashaari buat segmen. Segmen ni ialah Segmen : Ben Ashaari Gegar Lagi. Segmen ni baru mula hari ni (14 April 2011) dan akan berakhir pada 17 April 2011. Tapi, setakat pukul 9.15 malam ni je, dah 501 penyertaan! Tu baru tak sampai sehari. Ok lah. Itu saja buat hari ini. Untuk maklumat lanjut, sila klik banner-cop-mohor di atas ^_^ atau nama segmen yang saya dah hyperlinkkan ok ^_^.

Segmen ni tak susah

Abang Ben tulis (copy terus dr entri beliau):


Bagi yang berminat .. jom ... cam biasa .. buat satu entri ..
  1. Sila letak header image
  2. Tajuk : BEN ASHAARI GEGAR LAGI dan linkkan ke entri ini
  3. Lagi ?? tu jeee.. tak susah ponnnn .. kan kan ?


Okay itu saja


Terima kasih sudi baca
(buat entri sambil makan mee bandung)



Puisi : Berikan Aku Waktu


Berat ku rasakan
Membilang perkiraan
Untuk sebuah keputusan
Demi masa depan

Entah siapa
Entah yang mana
Entah mengapa
Entah bagaimana

Adakah kau fahami?
Adakah kau mengerti?
Dapatkah kau teliti?
Apa yang tersirat di hati

Biarkan aku
Beriku waktu
Untukku bulatkan
Sebuah keputusan


~ Nukilan dari lubuk hati ~


p/s : Ade sesuatu yang berlegar-legar di fikiran tatkala tinta menulis puisi ini. Ohh.... sekali lagi mohon maaf pada Puan Che Zainon kerana puisi ni ditulis dalam kelas puan......... sekali lagi..... huhu...

Terima kasih sudi baca


Wednesday, April 13, 2011

Puisi : Gerombolan Hitam Di Dada Langit


Ku perhati awan di kejauhan
Tipis sekali
Menabiri kebiruan langit
Bagai terukir pada jalinan awan
"Tenanglah insan dunia"
Tenangkah insan?

Di pentas dunia
Manusia rakus mengejar mimpi
Menabur janji dusta
Sang Wira bertopengkan kesucian
Bermaharajalela merobek jiwa

Kasihan...
Kasihan mereka itu
Tiada nafas untuk keamanan
Hidup diselubungi kesengsaraan
Hujan darah membasahi tangan

Ku lihat lagi awan gemawan
Oh... tiada lagi kelihatan
Di mana putihnya awan?
Di sana sini hanya kegelapan
Melitupi langit yang kebiruan
Menyuramkan cahaya yang disinarkan.

Kegelapan ini menggetarkan jiwa
Menggerunkan hati manusia
Pabila ku lihat 
Gerombolan hitam di dada langit



~ Nukilan dari lubuk hati ~


Terima kasih sudi baca




Saturday, April 09, 2011

Puisi : Kau Siapa



Kau fikir kau hebat
Boleh beli itu dan ini
Bisa tunjuk sana sini
Tapi kau lupa yang lebih hebat

Kau fikir kau berkuasa
Apa kau mahu
Sebut saja, semua ada
Tapi kau lupa Yang Maha Kuasa

Kau fikir kau Raja
Boleh ada semuanya
Tapi kau lupa
Dia yang berhak untuk segalanya

Nukilan dari lubuk hati : Teha Zul (link Facebook beliau)


p/s : ini adalah satu lagi karya Fatehah Zulkifli. Semalam saya dah share karya beliau bertajuk Mereka Bukan Aku. Hari ni saya share 1 lagi karya beliau (dengan izin ye ^_^). Kejadian penciptaan karya ni juga berlaku sama seperti Mereka Bukan Aku iaitu semasa kelas Kritikan Sastera oleh Puan Che Zainon tanpa pengetahuan. (orang present pasal teori kat depan, kat belakang berpuisi-puisi pule). Lagi sekali, Puan jangan marah ye. Nanti bertambah comel la muka Puan...hehe

Terima kasih kerana membaca

Friday, April 08, 2011

Puisi : Mereka Bukan Aku


Aku tak punya wang
Aku juga tiada berharta
Tapi aku ada budi

Aku tak kenal reggae
Aku tak biasa hip hop
Tapi aku tahu zapin

Biarlah mereka mentertawakan
Biarlah aku dikeji
Bukan tak mahu mengikut zaman
Tapi aku beridentiti


nukilan dari lubuk hati : Teha Zul (link Facebook beliau)


p/s : Ini nukilan Fatehah Zulkifli (classmate). Sekali baca, ohh tajamnye ayat die ^_^. Tiba-tiba rajin berpuisi dalam kelas Kritikan Sastera tanpa pengetahuan pensyarah. Puan Che Zainon jangan marah ye. hehe... Saya kongsi puisi ini di sini pada waktu dan tika ini dengan izin beliau.

Thursday, April 07, 2011

PENULIS SENJA TERAKHIR

Ini adalah CONTEST ye kawan-kawan sekalian. Sekali lagi saya buat entri pasal contest. Semalam saya buat entri promote contest, hari ni saya buat entri pasal join contest. ^_^


Contest ape ni?
Wahh.... banner nampak macam serius contest je kan.
Eh, I'm Serious ni nak join taw. huhuu...
Kalau sebut Penulis Senja mesti rasa macam sesuatu yang sastera kan.
Memang! Ini adalah contest yang berkaitan dengan kesusasteraan, puisi, romantika de amore..

Ok, saya telah menjenguk blog Penulis Senja. Bile habis loading, tengok-tengok, eh, ade contest la!

Pertama sekali, saya perlu follow blog Penulis Senja (ohh... die x suruh pun, saya akan follow)

Kedua, saya perlu "Like" FB Penulis Senja. (kenapa tidak? klik je, tak susah pun ^_^)

Ketiga, saya perlu buat entri bertajuk "Penulis Senja Terakhir" (ni la yang saya tengah buat. hehe) dan letak banner kat atas tu.

Seterusnya, saya perlu beri alasan kenapa nak join contest ni. Ok Penulis Senja dan korang semua, ini alasan saya.........
"Saya penggemar puisi. Lebih-lebih lagi bait-bait puisi yang indah dan menyentuh jiwa. Bukan mudah menghasilkan sebuah karya yang bermutu, yang boleh menyentuh perasaan pembacanya. Kagum dengan penulis-penulis yang sentiasa tidak kering idea untuk berkarya kerana saya berkarya tetapi mungkin boleh dibilang dengan jari berapa kali. Jadi saya ambil kesempatan dengan turut serta dalam contest ini untuk berkongsi salah satu dari karya saya  (^_^)"
Ok, itu je alasan ^^ 

Sesiapa yang bertuah, Penulis Senja kata nak kasi :
- RM100 untuk pemenang pertama
- Puisi terbaik dari beliau (Penulis Senja)

Penulis Senja kata suke hati la nak buat karya ape, novel ke, cerpen ke, asalkan bukan cil0k ok. Kerana cilok itu mencuri. Mencuri itu tidak baik. Penganiayaan kepada pemilik karya ye kawan-kawan. Berdosa.

Jadi, saya nak kasi salah satu puisi saya. Original, from the bottom of my heart. ^^


Senja Itu Kian Malap

Telah dia berikan kasih
Menyelimuti kedinginan malam
Tanpa ada benci di hati
Terkenangkah?

Telah dia curahkan sayang
Menyerikan kesuraman
Tanpa ada batas waktu
Ingatkah lagi?

Telah dia suburkan cinta
Mewarnai sirna kehidupan
Biar bahagia terasa
Terusikkah hati?

Telah dia hamparkan bahagia
Menyingkirkan kedukaan
Biar terukir senyuman
Tidak terkesankah?

Mengapa dibiarkan?
Mengapa dilupakan?
Mengapa disisihkan?

Kenanglah kasih dan sayangnya
Suburkan kembali cintanya
Bahagiakanlah mereka
Insan-insan yang teristimewa
Ayah & Bonda
Selagi ada hayat mereka…..

Ayah Bonda Cinta Hati Anakanda ^^
Ohh... ni Atok Nenek Cinta Hati Cucu ^^

Saya tag mereka (sesiapa yang join perlu tag 3 org kawan ok) :



Untuk maklumat lanjut, sila klik SINI untuk pergi ke entri CONTEST PENULIS SENJA TERAKHIR.

Itu saja, terima kasih kerana membaca entri ini ^^

Wednesday, April 06, 2011

Bakal PENGANTIN Mesti Baca Ni......! ^_^

Tiba-tiba saya diberi tugasan oleh Pn. Fathiah yang sangat c0mel. Ada sesuatu yang dia minta saya share dengan kalian semua. Oh...... apa ye??? Suspen... Suspen....!

-Ok, be serius-

Pn. Fathiah one of admin Pixiegraphy nak buat CONTEST ni haaaaaa..... Sile ambil perhatian semua.
Tapi khusus untuk BAKAL PENGANTIN sahaja. Saya ulangi, BAKAL PENGANTIN sahaja.
(sedih........ (-_-") tak dapat join sebab bukan bakal pengantin....isk3.....)

(sila klik gambar ni untuk ke Facebook PixieGraphy)

Haa..... nampak tak? Nampak tak?

Syarat-syarat penyertaan :

1. Korang mesti "Like" page FB PixieGraphy ^^
2. Tarikh pernikahan mestilah tidak kurang 3 bulan dari tarikh akhir penyertaan. (24 April 2011)
3. Tidak mengira bangsa, asal mana dan warganegara apa. Yang penting boleh buat photoshoot di Malaysia.

Macam mana nak join?

Ikut langkah-langkah di bawah ni :

Emailkan maklumat yang dinyatakan di bawah ni ke fhatiah@pixiegraphy.com

1. Cerita macam mana anda dan pasangan boleh bertemu, bermain-main mata pandangan pertama terus jatuh ke lubuk hati / berjodoh secara ringkas dan menarik ! (ohh...sweet nyeeee ^____^)
2. URL Facebook anda. (senang nak jejak kesan kan ^^)
3. Tema dan lokasi photoshoot yang anda inginkan untuk Pre-wedding

(tibe-tibe rase nak kawin. haha...^_^)

Pemenang bertuah dapat ape???

Satu sesi Pre-wedding photoshoot
- semua softcopy akan diberikan termasuk yang diedit.
- 1 design bunting majlis perkahwinan (tanpa print).

Kat bawah ni beberapa contoh gambar hasil kerja PixieGraphy ^_^















Okey, itu saja. Boleh la kalau nak hebah-hebahkan contest ni. Mana la tau korang ade member-member yang nak kawin tak lame lagi kan ^^

Sape-sape nak join boleh pegi ke laman Facebook PixieGraphy ok. Klik gambar promo contest di atas untuk ke laman FB PixieGraphy atau boleh klik SINI

Terima kasih kerana membaca entri ini ^^

Puisi : Bukan Mudah Untuk Memilih


Memilih yang mana?
Yang ini...
Oh, tidak, tidak
Aku mahu yang itu
Tapi, yang itu tiada yang ini
Oh, bagaimana mahu ku pilih?
Adakah yang ini?
Yang ini pula tiada yang itu
Ya Tuhan...
Bimbinglah daku
Bulatkan hatiku
Tetapkan pendirianku
Agar bisa ku pilih
Antara yang itu dengan yang ini
Yang terbaik antara keduanya
Buat diriku...
Biarpun tidak sempurna
Kerna ku yakin dengan ketentuan-Mu
Itu pasti yang terbaik
Kerna ku tahu Ya Tuhan
Ada satu yang ku fahami
Tiada yang sempurna di dunia ini


Karya Original : Khalila ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...