Support Me Here ^_^

Friday, September 23, 2011

Pencarian Header Blog Paling Sempoi & Kreatif 2011

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera



Hai semua...... ^_^. Meh join ramai-ramai meriahkan pencarian header blog paling kreatif & sempoi 2011 ni ok. Bukak blog tadi nampak ada blog-blog yang update pasal ni. Disebabkan curious apesal tajuk post same2 ni, then klik la tengok. Ohh.... ada contest rupanya. Klik kat banner di atas ye utk tahu lagi lanjut.

Ni la banner 'terlatest' sekali dalam blog saya. Yang lepas2 dah jadi bahan sejarah. Hehe... tak la cantik sangat. Biasa-biasa je untuk blog personal kan.


Jom join cepat. Contest bermula hari ni (23 Sept 2011) sampai  4 Oktober 2011.

o\ ^___________^ /o

Thursday, September 22, 2011

Lukisan Alam Yang Terindah 2

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera

Ni ada gambar-gambar lama. Belek-belek album, jumpe pulak gambar-gambar awan ni. Meh kita tengok lukisan alam ni ^_^


Ni rasanya kat kawasan rumah raya. Snap dari halaman rumah.


This one rasanya dekat area Meru. On the way nak balik rumah dari kampus. Balik dengan ayah ^_^.


Yang ni kat jambatan sungai ape eh? Lupe pulak. Tapi yang pasti on da way dari kampung nak balik rumah kat Sungai Manik.


Awan ni bentuk macam L kan? Represent my name L=Lila. hehee.... Dari balkoni dorm Tingkat 6 Wing A kat Asrama Adibah Amin 


Yang ni....................... emm.............. tak ingat kat mana. haha


Yang ni pun sama. Tak ingat kat mana. Duk dalam kereta masa ni rasanya. On the way ke mana tah.


Yang ni ambil dari dalam kereta atas jambatan Batu 5. Dari Teluk Intan nak menghala ke arah Lumut.


Gambar last ni kalau tak salah kat are Teluk Intan. Of course, dari dalam kereta jugak. Huhu


p/s : Alam ciptaan Allah sangat indah. Maha Suci Allah.

Tuesday, September 20, 2011

Lukisan Alam Yang Terindah

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera

Pernah tak korang duduk di halaman rumah, atau duduk dalam kereta masa on the way ke suatu tempat, korang tengok awan-awan di langit. Kadang-kadang kita boleh nampak macam-macam bentuk awan. kadang tak ada bentuk pun. Cuma berserakan macam tu je. Saya memang suka tengok awan. Yang bekepul-kepul macam aiskrim kapas lagi saya suke. Hehee... Lagi best bila berada dalam kereta kat highway. Kat sana kan lapang je. Memang boleh nampak dengan jelas sampai hujung dunia sana. Kadang-kadang awan-awan kat langit tu macam satu lukisan yang sangat cantik terjadi dengan semula jadi. Untuk dapat lukisan alam yang betul cantik, kita perlu capture pada moment yang tepat. Kalau tunggu lagi seminit, bentuknya dah berubah, kan? Tapi dalam banyak-banyak lukisan alam yang satu ni, ada satu bentuk awan yang paling bermakna dalam hidup saya. Akhir entri ni nanti saya letak gambar awan tu okeh. Jom tengok beberaa gambar awan yang ada dalam simpanan saya ^_^.

Gambar-gambar kat bawah ni masa saya dalam perjalanan ke Trong, Taiping sebab ada program di Rumah Anak Yatim Ummu Sofiyyah












Gambar-gambar kat bawah ni pulak kat belakang rumah saya. Hujan memang lebat masa kepulan awan ni sampai kat kawasan rumah saya.





Haaa.... kat bawah ni la gambar yang saya beritahu tadi. Awan bentuk kalimah Allah ni saya nampak di kawasan kampus saya di IPG Kampus Bahasa Melayu. Bulan Ramadhan tahun 2008.


Itu saja untuk entri kali ni. Banyak lagi sebenarnya. Siap hilang-hilang lagi -_-".


p/s : Menggapai awan di langit, jangan lupa rumput di bumi ^_^

Tuesday, September 13, 2011

Puisi : Pasung Memori

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera



Aku jauh berlari
Membina jarak abadi
Membakar kenangan lalu
Biar hancur menjadi abu
Biar melayang di angin lalu

Datanglah taufan
Aku memohon kepadaMu
Kirimkan taufanMu ke mari
Menelan segala abu memoriku
Biar lenyap walau sezarah
Biar sirna di hujung ingatan

Aku tak mampu
Dibayang memori silam
Luka bertabir
Parut berakar
Kantung hatiku
Mekar tiada lagi
Hanya kosong sepi
Menghuni kini

Namun kau memori
Tak bisa terluput
Bagai tersulam bersemi
Menjadi barah berdarah
Dalam bayang setiaku
Tidak mungkin terlepas
Walau jauh ku berlari

Lepaskan aku
Pergi dariku
Lelah jiwaku
Dipasung memori


Sunday, September 11, 2011

Malaysian Boy - Altimet, Ila Damiaa, Point Blanc, Rabbit Mac, DJ Fuzz

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera



Selalu dengar dalam radio lagu ni. Baru semalam tengok video clip. Baru tau suara perempuan dalam lagu ni Ila Damiaa. Hahaa.... hape la kau nih Khalila. Nak liriknye? Ade kat bawah ni. Selalu saya taip sendiri. Tapi yang ni ada lirik bahasa Cina dan bahasa Tamil. Teman tak tau. Teman kopipanas je la dari sumber lain.

[Altimet]
Salam si anggun si gadis ayu
Dari kotaraya ke pedalaman kamu
Dari Likas ke Pekan Rabu
Di carta aku kau nombor satu
Aku berikrar aku berjanji
Teman-teman aku menjadi saksi
Jauh di mata dekat di hati
Jadi izinkan aku pergi berlari
Keliling dunia dua tiga kali
Ku tahu hanya satu perkara pasti
Selagi bumi di atas paksi
Bila tiba masa aku kembali…
[Ila Damiaa]
Bawaku ke mana saja kau suka
Timur selatan barat atau utara
Dampingi aku selalu
You’ll be my Malaysian boy…
Malaysian boy…
[Point Blanc]
问边度系屋企
梗系马来西亚呢块土地
全世界
呢度最掂 无问_
俾你大开眼界
靓女如云 唔使头痕
饮茶食饭 heh番一晚
生活唔使烦 系o甘
我地识搏杀仲识玩
去到边度 唔会改变态度
响我o既脑 你系最好
马来西亚系
我o既国土 亦系我o既宝….
[Rabbit Mac]
Vanakam everybody hi hello
Oru suthe pollam jom let’s go
Okay yen pearu Malaysian boy
Yethe senjalum kita sempoi
Tambi tangachi
Mumy dady akka tata patti vanthachii
Dari kampung ke kota machi
Sabah sampai Penang
Sigappu nellam velle manje
Nerathil vaanavil yen nattil theriye
Vadakku kilaku east and west
Nambe naadu malaysia
We the best…

p/s : Best jugak lagu ni. Memang 1 Malaysia
p/s : Oh Media cakap ada penampakan "benda" itu dalam clip video ni. Kalau belum tau, korang try la cari. Hehehe....

My Blog Is Overweight ! Tuan Die?

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera


Blog saya ni berat rupanya. Agaknya banyak sangat makan rendang dengan kuih raya. Eh, tu saya -_-". Hah, tak reti-reti lagi nak pegi jogging? Tiba-tiba terfikir, blog saya ni berat ke tidak. Sesiapa yang ada bukak blog saya ni, berat tak? Lama tak nak loading? Sebab selalu saya buka ok je. Tak lambat pun. Saya banyak kali baca kat blog-blog lain, blog yang ringan adalah di bawah 100 KB. Tapi, blog saya ni bukan setakat lebih sikit. Ni dah lebih banyak dah ni ! 250.2 KB - 100 KB = 150.2 KB. 150.2 KB tu ha bezanye. Ish3...... Tak tau la nak buang part mane dalam blog ni. Rasenye macam-macam dah buang. Tapi turunnye sikit je. Jangan nanti sampai tinggal header je. Haha... Ke header blog ni yang berat ek? Sebab tuan blog ade dalam header tu? Nampak sangat la tuan blog ni berat sesangat. Ish3..... Agaknya kene bagi pemakanan yang seimbang kat blog ni baru blog ni slim.

Eh, dah lama tak timbang berat blog? Tak pernah lagi timbang? Tak kisah pun?
Kalau nak try timbang, klik link bawah ni ye.


p/s : Pondok kecik jom pegi jog ^_^

Saturday, September 10, 2011

::segmen-ayat-ayat kreatif::

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera




Selamat Pagi Sayang - Noh Hujan & DJ Fuzz

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera

Pagi semua ^_^. pagi-pagi macam ni kene senyum. Bangun dari tidur je kene senyum manis-manis. Kalau tak cukup manis pegi ambil madu biar manis (eh, tak gosok gigi dulu ke? Hehee..). Di pagi yang sejuk ni saya nak share lagu yang sangat relax nyanyian Noh Hujan ft. Dj Fuzz.



Selamat pagi sayang
Bulan telah hilang
Buka mata sayang
Hari kian siang dan mendatang
Tak ingin ku lepas semua

Jangan bangkit sayang
Biar seketika
Dakap lebih lama
Kumahu senyuman yang sempurna
Mencintai sepenuhnya

Kasih berikan daku masa
Sebelum kau pergi menghadap dunia
Belai daku dengan mesra
Kerna itu saja yang daku pinta

... oOo ..

Jangan pergi sayang
Lupakan sahaja
Usah keluar sayang
Kumahu kau ada setiap masa
Ku tak mahu keseorangan

Kasih berikan daku masa
Sebelum kau pergi menghadap dunia
Belai daku dengan mesra.. oo..
Kerna itu saja yang daku pinta

Biar selamanya.. oo..
Hanya kau dan aku 
Bergerak perlahan menghenti masa
Namun kita hanya oh manusia biasa
Yang hanya mampu menikmati indahnya kita berdua

Kasih berikan daku masa
Sebelum kau pergi menghadap dunia
Belai daku dengan mesra.. oo..
Kerna itu saja yang ku pinta

Oo..kasih berikan daku masa
Sebelum kau pergi menghadap dunia
Belai daku dengan mesra.. oo..
Kerna itu saja yang daku pinta

^_^

p/s : Saya pergi dulu la ye. Nak pergi cafe. Daaa.....

Wednesday, September 07, 2011

Baca Novel Jiwang Ke.......??

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera


Hai semua ^_^. Siapa kaki novel kat sini? Saya percaya ramai yang suka baca novel kat luar sana. Kalau yang betul-betul suka, boleh jadi setiap bulan dia beli 1 novel. Tak percaya? Kawan saya ada sorang macam tu tau. Hehe... Minat setiap orang tak sama. Mungkin ada yang kata buat apa beli novel tiap bulan. Membazir je. Tapi kalau dah itu minta dia, kita boleh buat apa. Biar je la kan. Hobi dia. Asalkan tak buat dia bankrup, tak buat dia lupa nak makan, mandi, solat, sudah la.

Saya bukan kaki baca novel. Tapi kalau saya jumpa novel yang BEST macam kat atas tu, memang khusyuk la baca. Hehee... Beli novel? Laaaaaaaaagi la jarang. Novel Jodoh Atau Cinta kat atas tu saya beli saja-saja masa singgah di MPH. Tengok sinopsis kat belakang macam best je. Tapi memang tak tipu. Jalan cerita dia sangat best. 

Sebuah novel yang mengisahkan tentang Iman Umairah dan Aiman Danish yang berkahwin secara kontrak kerana masing-masing saling tidak menyukai. Iman berkahwin dengan Danish atas permintaan datuk angkatnya. Danish pula berkahwin dengan Iman atas sebab tertentu. Macam-macam dugaan yang terpaksa mereka hadapi selepas perkahwinan berlangsung. (ehh.... ayat dah skema tibe-tibe ;p).

Haaa..... kalau nak tau, baca la novel ni. Sesiapa yang dah baca, tau la macam mana jalan cerita ni. Masing-masing saling menyayangi, tapi masing-masing ego,  lebih-lebih lagi bila masing-masing salah faham antara satu sama lain. Yang sorang ingat macam ni, yang sorang lagi ingat macam tu. Haissshhh.... Tapi watak Iman sangat tabah. Kalau la saya boleh setabah watak dia.

Buat penulis novel ni, Iman Nizrina, novel ni memang BEST! Tahniah....


p/s : Indahnya andai dapat bercinta selepas perkahwinan....... ^_^...... jiwang tetibe.....

Khalila's Wordless Wednesday #8

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera

Monday, September 05, 2011

Suci Dalam Debu Si Biskut Sedap!


Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera



Selamat Hari Raya Aidilfitri ke-7. Kejap je dah seminggu kita berhari raya kan. Untuk orang-orang yang merasa cuti raya sekejap macam saya ni laaaagi la terasa kekejapannye. Tak sempat nak berjalan ke mana sangat pun. Ahad (semalam) dah kene balik KL. Ape boleh buat, hari ni dah start kelas. Masa malam sebelum balik tu, memang berat sangat nak kemas-kemas barang, masuk dalam beg. Dekat pukul 2 pagi jugak la baru kemas beg. Huhuu.... Tengok status kat FB, semua taknak balik, nak raya kat rumah lagi. Nak taknak, kene la balik jugak....... waaaaaa.....!


Tengok tu, amek gambar pun sampai tak mampu nak senyum. Kalau boleh, nak je tambah cuti lagi sebulan sampai habis raya. Huhuu.... Selalunya mak bekalkan rendang daging marbeles mak tu bila saya balik KL. Tapi kali ni takde sebab mak buat sikit je rendang tu. Jadi, tapau biskut-biskut raya je la. Nasib baik tak tertinggal biskut kat rumah. Kalau tak, meraung lagi la bila sampai KL. Huhuu...

Time raya ni, kalau takde biskut raya atau kuih raya memang tak sah la. Most Feberet biskut raya korang ape? Chocolate Chip? Honey Cornflakes? Kekacang? Tart Nenas? Almond London? Rempeyek/Tempeyek? Macam-macam kan biskut raya. Buat tepi jalan je. Tunjuk tu, tunjuk ni, dah dapat. Kalau buat sendiri lagi best.

Nampak tak bende bulat bedebu putih kat atas sekali tu? Haaaaa..... tu one of my favourite biskut raya buat masa sekarang ni. Honey Cornflakes pun berhantu jugak. Masa 1st time mak beli biskut tu, saya tak sentuh langsung. Nampak macam tak sedap je biskut tu. Sekali  dah try............................................. haaaaaa, habis semua orang datang raya saya promote biskut tu! Sedap taw! Biskut tu coklat dan disalut dengan susu tepung  (macam susu tepung baby kecik-kecik tu ha). Satu lagi yang sangat menarik tentang biskut ni ialah nama die. Tau tak nama biskut ni ape? Cuba la teka............... hehe.... saya dah bagi jawapn pun kat atas tu. Biskut ni nama dia Suci Dalam Debu. Haha, unik kan. Terus teringat lagu Suci Dalam Debu. Memang feeling habis la makan biskut lagu ni. Hehe... Sesiapa yang dah try biskut ni, best kan? Sesiapa yang belum pernah try lagi, lepas ni try la kalau korang jumpe kat mane-mane rumah yang korang beraya. ^_^


p/s : Semalam pasang lagu raya dalam bilik kuat-kuat konon-konon biar hati rasa masih ada kat rumah. Huhuu


Sunday, September 04, 2011

Generasi Atuk Kadir Beraya ^_^

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera

Apa program korang di Syawal ke-6 ni? Berapa buah rumah korang serbu dah? Hehee... Semalam saya dah post gambar-gambar raya dengan member2 Form 6 dulu. Entry kali ni saya nak share gambar-gambar family saya beraya. Rumah saya rumah pusaka. Pak Long pulak dah meninggal. Jadi, ayah saya yang paling tua. Adik-beradik ayah, bila cuti balik rumah pusaka ni la. Seronok bila sekali sekala berkumpul ramai-ramai. Bukan selalu jumpa kan? Heheh.. Memang tak lepaskan peluang ni la untuk ambil gambar, simpan jadi memori. Jom tengok gambar-gambar ni semua. Walaupun tak semua balik, yang ada ni pun dah cukup meriah ^_^.

Sehari sebelum raya. BBQ dulu. Memang sodap la!

Ni cameraman kami. Serba putih die hari tu. Ohh... die juge adik saya.

Keluarga Uteh. Padi kat Sungai Manik tengah hijau sekarang. Memang best snap gambar ^_^

Keluarga Angah Adol. Anak die si Faris Afif ade blog. Jom terjah blog si Faris Afif. ^_^

Orang jauh ni. Dari Johor. Dah rindu la kat Icha!

Acik Zati & Amir Aufa. Tak maw tengok kamera la Aufa ni. Huhuu



Saya nak jugak menyelit. Huhu.... Yang baju hijau tu mak saya. Rendang yang mak masak is the best ever!


3 yang gojes ^_^

Balik dari kampung, saya ternampak bulan cantik sangat. Terus ambil kamera snap snap snap!

Haaa.... yang ni ahli keluarga yang lain. 

Nak perkenalkan sorang-sorang jenuh pulak. Gambar ni memang snap ramai-ramai terus. Takde snap by family. Yang penting kenangan tu ade kan. Hehee

1 of them selain Faris Afif, ade sorang lagi sepupu saya blogger jugak. Saya tak maw bagi tau yang mana satu sebab dalam blog dia pun dia tak tunjuk diri dia. Jadi, saya bagi link die saje ok. Nama pena die Cik Nusrah ^_^. Mana la tau korang pernah baca blog dia sebelum ni. Penulisan die memang best. Saya sangat suka ^_^. Nak baca? Meh buka blog Cik Nusrah.

Mereka nak balik dah.

Raya tahun depan kite kumpul ramai-ramai lagi ok ^_^.

Yang tengah tu adik bongsu saya, Syakirah. Yang dua lagi tu, Maira comel (baju merah) dan Huda (baju putih)


p/s : Memang seronok bila dapat berkumpul dengan ahli keluarga ^_^

p/s : Cuma ad gambar dengan keluarga belah ayah je. Belah mak takde gambar -_-"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...