Support Me Here ^_^

Friday, August 01, 2014

Sambal Tahun Mak Most Wanted

Assalamu'alaikum

Ya Allah ada lagi rezeki nak sambut Syawal tahun ni. 
Waktu raya macam ni menu wajib selain rendang semestinya SAMBAL TAHUN. 


Ni belum siap lagi. Belum letak santan.

Entah betul ke nama dia mcm tu. Tahun ke taun? Bukan ta'un ye. Kui3.. Kenapa nama dia sambal tahun? Tak tau la. Ada pakcik seloroh pedas dia setahunnnnnn. Mana tak pedas kalau guna sebakul cili padi kampung tu ha.... over. Tak la sampai sebakul. Tapi memang banyak la cili padi. Makin lama makin pedas. Pehhhh... tu yg lagi best tu!

Sambal tahun ni masakan jawa. Bahan-bahan dia lengkuas, bawang besar, halia, cili padi, bawang putih. Tambah kerang, perut lembu, kulit lembu, ikut suka la nak letak apa. Mak saya biasa letak tiga jenis tu je.

Kalau takde sambal tahun ni memang tak sah. Adik beradik ayah bila balik raya memang cari rendang dengan sambal tahun. Gambar kat atas tu second round buat sambal tahun. Adik nak bawak balik katanya. Tapi dah masuk periuk macam nak masak untuk kenduri je.

Tahun ni raya pertama sebagai seorg pekerja. Mula la menghulur ye. Tapi tak sangka pulak masih dpt jugak duit raya dihulur. Hehe.. rezeki. Alhamdulillah.

Ok lah. Apa-apa pun selamat hari raya. Ampun maaf semuanya ye ;)


Thursday, March 20, 2014

Rezeki Posting Seorang Khalila

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah



Ya Allah, tak terkira rasanya hendak kupanjatkan rasa syukur pada-Mu

Entah doa siapa yang Kau makbulkan ini. Sedangkan diriku ini terlalu banyak dosa pada-Mu.

Syukur alhamdulillah.

......................................................................................

Alhamdulillah.... inilah yang saya nantikan selama ni. Banyaaaaaakkkk sangat spekulasi posting dari awal tahun sampai la hari ini. Semuanya dah jelas. Setiap satu jiwa letak duduknya di mana. 

Memang saya mintak Selangor pilihan pertama. Kedua Perak, last KL. Alhamdulillah, rezeki pilihan pertama. Alhamdulillah jugak banyak kawan-kawan dapat senegeri. Sedaerah, sesekolah belum tau lagi. Sedaerah mungkin, sesekolah tu macam agak mustahil. Tapi kalau ada, baguslah kan? 

Kenapa minta Selangor? Sebab kampung di Perak dan rumah Encik A kat KL. Jadi Selangor rasanya pilihan terbaik untuk kedua-dua tempat ni kan? Dekat dengan selatan Perak, dekat jugak dengan KL.

Tapi, dalam gembira ada jugak gundahnya. Encik A rezeki dia kat Sabah. Nunnnnnnn jauh kat sana. Ralat? Of course! Sebab negeri pilihan kami sama. Susunan pun sama atas ke bawah, bawah ke atas. Tapi mungkin magnet rezeki dia kuat di sana.

Bukan x sedia. Kami memang sedia apa-apa kemungkinan. Siap pernah angan2 kalau dapat kat Malaysia Timur, biarlah dua-dua dapat kat sana. Boleh belajar naik belon bersama. Tapi takdir pisahkan kami merentas lautan. Hati kena cekal. PJJ orang kata. InsyaAllah. Kami cuba hadapi sebaik mungkin. 

Sekarang mungkin kurang terasa sebab belum ada ikatan sah. Tapi perancangan dalam masa terdekat itu ada. Mohon Tuhan tidak bolak-balikkan hati kami. Moga kami lebih cekal bila sudah bersatu nanti. *Ehhhhhh..... sudah-sudah....

InsyaAllah, rezeki masing-masing itu ada. Rezeki ada di mana-mana. Allah dah tetapkan jalan susur rezeki setiap orang. Syukur. Kawan-kawan ramai dapat Sabah/Sarawak. Mereka untung. Lagi banyak pengalaman boleh dapat di sana.

"Kita tak semestinya dapat apa yang kita suka. Tetapi sukalah apa yang kita dapat."

Ya, benar. Setiap yang Allah tetapkan pasti ada hikmahnya. Bila saya fikir sejenak, sy boleh nampak sedikit demi sedikit kenapa Allah letak saya di Selangor dan Encik A di Sabah. InsyaAllah, sedikit hikmah-Nya saya tahu.

InsyaAllah, moga Allah mudahkan urusan kami dan rakan-rakan yang lain.

Buat kalian, TAHNIAH kerana telah dapat apa yang dinanti. Buat kalian yang tak dapat apa yang diimpikan, saya yakin Allah tahu kamu ada hati yang tabah untuk terima itu.

Semoga kita semua dapat menjadi pendidik yang boleh menyumbang bakti kepada anak bangsa kita. Fuhhh.... seminggu lebih sikit je lagi ni. Kena gerak awal ni. Rumah lagi kena fikir.Takkan  hari lapor diri baru nak cari rumah kan? Mau tidur kaki lima jawabnya.

My friend's wedding on 29th of March. Hopefully i can make it. She want me to be her bridesmaid. Sungguh, saya akan sangat terkilan kalau x dapat hadir majlis dia. Allah, berikanku jalan. Moga gembira semua, tiada yang terguris terluka.

Aminn.... InsyaAllah....



* Allah... terima kasih atas segala nikmat dan rahmat-Mu


Tuesday, March 18, 2014

Keep Praying For MH370



Keep praying... keep praying... keep praying.

Too many speculations

Too many theories

Stop all those nonsenses and jokes. This kind of things just make things worst. Especially to the families and friends of the passengers and crews.

The least we can do is du'a. If can't contribute anything good, please just sit and keep quite and hope for the best for them. 

....................................................................................

Perkara ni memang tak pernah dijangka. Hilang sampai lebih dari seminggu? Memang tak mustahil. Kuasa Allah melebihi dari segalanya. Pasti ada hikmah dari kejadian ini. Siapa yang mahu dirinya terlibat dengan musibah ini, kan? Siapa juga mahu ahli keluarga atau sahabatnya terlibat dengan dugaan ini, kan?

Tapi, perkara ni dah pun terjadi. Seluruh dunia yang prihatin dan ada perikemanusiaan pastinya memasang harapan dan doa yang terbaik buat mereka. Mungkin kita tak dapat beri apa-apa sumbangan dalam misi mencari pesawat yang hilang ini. Tetapi, janganlah kita menjadi virus-virus yang menambah sengsara ahli keluarga, sahabat dan pihak yang terlibat dengan musibah ini.

.......................................................................................

InsyaAllah... harapan masih ada. Mari sama-sama berdoa buat mereka.

Allah itu Maha Besar, Maha Berkuasa

Dia mahu mendengar doa-doa para hamba-Nya

Oleh itu, jangan berhenti berdoa.

Semoga yang kelabu menjadi jernih akhirnya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...