Support Me Here ^_^

Saturday, March 08, 2014

Barakallah Syamsul Yusof & Puteri Sarah

 Alhamdulillah


Tahniah buat Syamsul Yusof dan Puteri Sarah. 

Sesungguhnya saya sangat2 suka dan terharu melihat pasangan ini. Kedua-duanya telah berhijrah menjadi orang yang lebih baik. Penghijrahan mereka itu pada saya diberi ganjaran yang baik oleh Allah S.W.T.

Perasaannya sama seperti ketika saya lihat perkahwinan Irma Hasmie dan Diana Amir.

Terharu.

Tapi saya tak faham bila ada saja manusia-manusia yang tak puas hati. Komen pakaian pengantinlah, kata tak menyerlah, berkedut macam tak iron, dan lagi "tah pape" boleh pulak kata pakaian pengantin perempuan macam orang sawah. 

Eh eh ehhh.... buruk ke orang sawah. Nasi yang awak makan tu, beras dia dari padi yang pesawah usahakan tau.

Lagi, ade pulak yang komen pengantin tak berseri, tak menyerlah. Lebih pentingkah perkara itu dari pernikahan ni. Ada banyak lagi perkara baik yang boleh diperkatakan daripada beri komen negatif tentang perkara-perkara remeh.

Yang penting mereka berdua dah melaksanakan perkara yang wajib. Pakaian yang tidak keterlaluan, bersederhana dan menutup aurat. Memang susah nak puaskan hati semua orang. Biarlah apa yang mahu dikata oleh individu2 berfikiran negatif tu. Lebih ramai lagi yang mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.

Sekali lagi, moga Allah merahmati kehidupan mereka berdua dunia dan akhirat.

Amin... InsyaAllah....

^_^

0 menconteng:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...