Support Me Here ^_^

Tuan Pondok



Hai semua ^_^. Teruskan membaca untuk mengetahui tentang saya serba sedikit ya.


NAMA :
Khalila binti Mohd Ishak

NAMA PANGGILAN :
Khalila, Lila, Ila

TARIKH LAHIR :
19 September 1988

TEMPAT LAHIR :
Hospital Lumut (sekarang hospital ni dah tak ada)

TEMPAT TINGGAL :
Lekir, Perak
Teluk Intan, Perak

AYAH :
Mohd Ishak Bin Abdul Kadir

EMAK :
Siti Ainah Binti Sariaat

ADIK-BERADIK :
Abdul Hannan Bin Mohd Ishak
Ahmad Hanafi Bin Mohd Ishak
Syakirah Binti Mohd Ishak

PENDIDIKAN :
SK Permatang Pelandok (Tahun 1 - 3)
SK Sungai Tungku (Tahun 3 - 6)
SMK Seri Perak, Teluk Intan (Ting. 1 [2 minggu])
SMK Convent, Teluk Intan (Ting. 1 - 5)
SMK Saint Anthony, Teluk Intan (Ting. 6)
UiTM Seri Iskandar (Orientation Week ;p)
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, KL (2008 - sekarang)

KURSUS :
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

MAJOR :
Bahasa Melayu
Pendidikan Jasmani
Persuratan Melayu

BLOGGING :
Semenjak April 2010
Mula aktif Mac 2011



Suatu ketika dahulu, tibalah giliran, takdir dan ketentuan Ilahi untuk seorang bayi perempuan lahir, keluar dari rahim ibunya tepat pada jam 11.55 malam, bertarikh pada 19 September 1988 (kalau lewat lagi 5, 6 minit dah boleh sama dengan Amilus Shaaliha). Alhamdulillah... bayi yang lahir itu perlu diberi nama. Takkan mahu panggil Baby saja. Atuklah yang bertanggungjawab memberi nama. Entah ya atau tidak, setelah lama berfikir, terdetiklah di sanubari dan fikiran atuk untuk memberi nama bayi itu dengan nama KHALILA. Ya... satu patah perkataan, mudah diingat, tapi yang penting elok maknanya (saya rujuk dalam buku nama-nama Islam. huhu...). Terima kasih atuk, terima kasih mak dan ayah. Ke mana saja gadis itu pergi, hanya dialah yang bernama Khalila. Biasa dipanggil sebagai Khalila, atau Lila atau Ila. Mungkin Ila lebih mudah, tetapi Khalila lebih bermakna.

Pada awalnya, emak dan ayah tinggal di Lekir, Perak. Oleh itu, lahirlah Khalila di Hospital Lumut. Hospital yang kini hanya tinggal sejarah. Tiada lagi di bumi Lumut. Terima kasih emak dan ayah. Betapa gadis itu telah menyusahkan emak dan ayah dahulu yang hanya ada motosikal sebagai kenderaan ke sana ke mari. Namun, tidak lama keluarga gadis itu berpindah ke rumah pusaka milik ayah di Sungai Manik, Teluk Intan, Perak. Maka, bermulalah episod kehidupan yang baru anak kecil itu di rumah baru, rumah ayahnya dahulu. Dua insan yang banyak mencurah jasa, itulah dia Mohd Ishak bin Abdul Kadir dan Siti Ainah binti Sariaat.

Tahun berganti tahun, keluarga kecil ini makin berkembang. Makin berkembang dengan kehadiran 3 lagi ahli keluarga baharu. Anak lelaki sulung bernama Abdul Hannan bin Mohd Ishak. Kini menuntuk di Uitm Shah Alam dalam jurusan Seni Reka Grafik (Ijazah). Anak lelaki kedua bernama Ahmad Hanafi bin Mohd Ishak yang baru selesai menduduki Peperiksaan Menengah Rendah di SMK Seri Perak. Akhir sekali, anak perempuan bongsu bernama Syakirah binti Mohd Ishak yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun hadapan (2012). Sewaktu Syakirah lahir dahulu, gadis itu pernah berangan untuk menamakan adik bongsunya sebagai Khairunnisa kerana mahu sama pangkal huruf K. Namun, ayah lebih memilih nama Syakirah. Tak mengapa, gadis itu suka juga.

Alam persekolahan itu wajib kan. Saat pertama melangkah ke sekolah seawal usia 6 tahun di SK Permatang Pelanduk, mengikut emak dan ayah yang mengajar di sekolah yang sama. Belajar bersama-sama dengan rakan-rakan sekelas berusia 7 tahun ketika itu. Akibatnya, terpaksa belajar dalam Tahun 2 sebanyak dua kali. Yaaaa..... bosan. Tapi tak boleh buat apa. Jika diteruskan, lebih sulit nanti. Tahun 1997, ayah pindah ke SK Sungai Tungku semasa gadis itu berada di Tahun 3. Gadis itu dan adiknya Hannan mengikut ayah sama. Bertemulah dia dengan rakan-rakan yang baharu. Yang beberapanya masih berhubung sehingga kini setelah beberapa tahun terpisah.

Tamat sekolah rendah, persekolahan diteruskan di SMK Seri Perak. Namun tidak lama kerana menerima tawaran Rancangan Khas di SMK Convent, Teluk Intan. Suka duka dikongsi bersama teman-teman rapat di Asrama Puteri Pusat Convent, Teluk Intan. Sebuah asrama yang dikongsi 4 buah sekolah. Tamat Tingkatan 5, ayah tak bersetuju gadis itu berhijrah ke Sabah untuk menerima tawaran Jurusan Perniagaan di UiTM Kota Kinabalu. Akhirnya, dia meneruskan pengajian Tingkatan 6 di SMK Saint Anthony. Ohh... pernah bertukar ke SMK Horley Methodist kerana masalah pertukaran kelas, akhirnya kembali ke SMK Saint Anthony.

Keputusan STPM melayakkannya untuk meneruskan pengajian di UiTM Seri Iskandar dalam jurusan Pengurusan Perniagaan (Sumber Manusia). Namun hanya bertahan selama seminggu ketika Minggu Orientasi. Pengajiannya diteruskan di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur atas permintaan emak terutamanya dan juga ayah. Ohh... atuk pun lebih rela gadis itu menjadi Guru. Tak apalah, gadis itu terima walaupun pada awalnya hatinya menolak.

Gadis itu saya. Sayalah Khalila. Yang kalian boleh panggil sebagai Khalila, Lila atau Ila. Mana-mana yang kalian selesa. Kini, saya gembira dengan perjalanan hidup yang telah Allah tetapkan dengan meletakkan jalan hidup saya di IPG Kampus Bahasa Melayu ini. Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dalam pengkhususan major Bahasa Melayu dan minor Pendidikan Jasmani dan Persuratan Melayu. Sebut Bahasa Melayu, jangan menyangka Bahasa Melayu itu mudah. Makin dikaji, makin banyak yang perlu diketahui. Mohon supaya Allah permudahkan perjalan hidup saya dan juga kalian semua.


 Phewww..... penat menaip. Dah macam karangan Bahasa Melayu pulak dan agak skema kan. Hahaa.... Saja saya buat dua versi. Kalau korang baca sampai bawah ni ternyata memang korang sangat rajin membaca.

0 menconteng:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...