Support Me Here ^_^

Thursday, May 09, 2013

Ameena Halfmoon Shawl Labuh 2nd Batch

Assalamu'alaikum, Salam Sejahtera.

**Update 8/7/2013 - (SOLD OUT)

Hye, sebelum ni saya ada buat halfmoon shawl saiz besarrrrrrr punya. Labuh depan belakang kiri kanan pun boleh. Kalau tak selesa labuh-labuh sangat, awak semua boleh adjust janji kemas. Tapi sebab sibuk, dah lama tak restock. Sekarang saya ad restock beberapa helai. Setiap warna ada sehelai sahaja. Material lebih lembut dan tak jarang. Seriously, saya lebih jatuh cinta dengan material kali ni. Tak pakai inner dalam pun dah ok :)

Macam mana contoh pemakaian shawl ni? Macam shawl halfmoon lain jugak. Yang penting ikut keselesaan dan kreativiti masing-masing. Kat bawah ni gambar saya dan Aisyah memakai Ameena Halfmoon Shawl Labuh. Aisyah memang suka pakai lebih labuh, saya pulak selesa sederhana. Janji tak singkat atas dada.



Gambar yang bawah ni Anne. Dia pakai Qadeeja. Tapi buat masa ni Qadeeja belum ada restock lagi ye :). Apa beza Ameena dan Qadeeja? Ameena = Plain, Qadeeja = Bercorak. 
^_^



Jadi, restock Ameena ada warna-warna seperti gambar di bawah ye :)


Warna mungkin berbeza sikit dari warna sebenar sebab pencahayaan kan. Saya bagi description sikit kat bawah ni k ;)

1 - Pale dark purple  (SOLD OUT)
2 - Soft brown. Seakan-akan warna kulit  (SOLD OUT)
3 - Baby blue  (SOLD OUT)
4 - Tumeric orange : warna seakan-akan kunyit hidup  (SOLD OUT)
5 - Peachy pink (aish... sesuka hati bagi nama)  (SOLD OUT)
6 - Soft green turquoise (SOLD OUT)
7 - Creamy (SOLD OUT)
8 - Pink (SOLD OUT)
9 - Yellow mustard (SOLD OUT)

Saiz besar (+/- 1.8m x 0.9m)


Harga?

Sehelai : RM35 sahaja.
3 Helai : RM100 sahaja
5 Helai : RM150 sahaja

Postage : RM6 (WM) / RM10 (EM)


Sebarang pertanyaan atau order boleh hubungi saya di link ini ye :)




Jom singgah ONLINE SHOP saya




InsyaAllah kalau ada masa, saya update shawl ni on model ok.
Model la sangatttt.... gune muke sendiri je. 
Daaaa... ^_^



Wednesday, May 08, 2013

Lovely Sisters Day Out

Assalamu'alaikum, Salam Sejahtera.

Hye ^_^. Let me introduce you some of my lovely sisters here. Been together since the first day we came into our new stage in life. Believe it or not, sharing in the same dorm for one semester, and lived in two room wall-to-wall (boleh ke wall-to-wall? heheh). Ain and I as a roomate, Aisyah and Izzati as a roomate. My room always besides Izzati's room from January 2009 - now (May 2013) and it will remain like that until the end of this year (our final year). Cerita saje tak guna, meh saya tunjuk gambar ^_^.


Dari kiri : Ain, saya (Khalila), Aisyah, Izzati


Tahun ni sibuk betul. Sungguh! Tapi saja kan buat-buat macam tak ada kerja. Haih.... saya la tu. Sedar, tapi buat-buat tak sedar. Gambar ni masa kami lepak sama-sama kawasan Ikea, The Curve. 

Masa ni nasib la ada adik Cina tu tolong snap gambar kami. Kalau tak, jangan harap la dapat tangkap gambar berempat sama-sama. Terima kasih adik amoi comel ^_^.


Gara-gara tergoda dengan gambar meatball Ikea yang digembar-gemburkan tu la. Sampai termimpi-mimpi. See.... kami semua order benda sama. Masing-masing nak sepinggan meatball 15 biji sorang. Tapi, diorang bagus la. Boleh habis sepinggan. Saya? Lain kali kene share je. Tak tau pulak ada yang boleh beli 5 biji je. Ada ke?

Nasib baik la diorang tolong habiskan lagi 3,4 biji meatball tu. Tak lalu nak makan sampai kalau boleh jangan tunjuk meatball tu depan mata. Hehe. Bila dah jadi macam ni baru faham kenapa dia letak sekali jem sweet sour tu dalam set meatball. Sebab bila makan meatball tu banyak-banyak, kalau orang macam saya ni mesti muak. Jadi, jem sweet sour tu membantu melegakan sedikit rasa muak.

Haip! Jangan salah anggap pulak taw. Meatball ikea tu sedap, tak tipu. Tapi kalau orang macam saya, next time saya suggest beli set yang sedikit atau share dengan orang lain. Sebab bila dah sampai meatball ke-10, rasa dah tak mampu nak sumbat lagi. Huhu... Lain kali kalau pegi sana, mungkin nak cuba set yang lain pulak :).

Habis makan, apa lagi. Cuci mata la ^_^
Pusing-pusing  dalam Ikea. Berangan nak decorate rumah sendiri macam mana nanti.
Mesti la nak decorate cantik-cantik kan. Lagi-lagi bila dah kahwin nanti. 
Oopsss.... =P

Lepas tu pusing lagi dalam The Curve.
Pusing sana, pusing sini.
Snap sana sini sikit

Saya lagi suka jalan kawasan gerai-gerai kecil di bahagian luar tu.
Macam-macam benda ada.
Tudung la, aksesori la, baju la
Owh! Saya beli strawberi dua kotak dengan harga cuma RM8
Kalau biasa rasanya macam mahal.
Saya jarang beli strawberi, tapi rasanya bukan selalu nak jumpa strawberi sekotak harga RM4 je.

Keluar dari area The Curve, kami kejar solat Asar
Sempat jugak singgah Masjid Negara.
Ingat dah habis setakat tu.
Belum.. belummmm lagi.
Lepas maghrib kitorang rushing pegi burger bakar.
Tak tau pulak kat area The Curve tu ada jugak.
Hahahadoii....

Tak apa lah, dapat la berjalan sana sini kan?
Tapi perut ni tak mampu dah nak terima daging.
Mata pun x lalu dah nak tengok. 
Ain dengan Zati je la makan burger.
Saya dengan Aisyah makan char kuey tiaw je.
Saya pelik jugak, macam mana la perut diorang bekerja hari tu. Ada je ruang. Hehe

Apa-apa pun... I do love that day.





Entah apa mimpi speaking plak dalam entri kali ni.



Daaaa ^_^







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...