Support Me Here ^_^

Sunday, September 26, 2010

Perkataan B.Y.E Ada Erti Tersirat???



Perkataan ‘BYE’ merupakan JARUM SULIT kristian…didalam bahasa Arab bermaksud “fi hafzil baba” manakala dlm bahasa Malaysia b’maksud di bwh naungan pope (paderi).
Sebaik2nya gantikan perkataan BYE tersebut kepada “Assalamualaikum” kerana sesungguhnya Islam yang diwariskan kepada kita oleh junjungan besar Nabi Muhammad SWT itu sudah lengkap dan sesuai untuk diamalkan sehingga ke akhir zaman… Cuma kita sahaja yang gemar menuruti budaya barat… (Budaya orang kafir laknat Nauzubillah. ..)
Maka foward dan sebarkan kepada semua shbt2 anda. Semoga Allah memberi rahmat kpd kita dan org lain. Wassalam. Wallahualam. ..

Daun Yang Jatuh Takkan Membenci Angin. Bertemu dan Berpisah KeranaNya..




“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.

KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.

PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”




Pernahkah kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia, tidak pernah kita tanyakan dari mana asalnya. Dan dia duduk seketika bersama kita, menyinggahi kamar kehidupan dan meninggalkan kalam bisunya di ruangan jiwa.

Dimensi pertemuan itu berbeza, saat kita tidak pernah melihat wajahnya namun kita bagai tahu bagaimana redup pandangannya. Dan tika kita tidak pernah sekali pun mendengar suaranya, kita bagai kenal nada bahasanya. 

Dan kita tertawan pada agamanya, saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hatinya..saat hadis-hadis Baginda bermain dalam ratib bahasanya dan Al Huda menjadi ayat karangan jiwanya. Dan bagi kita,sahabat adalah keperluan jiwa. Dialah ladang hati, yang kita taburi dengan kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan pada kita, dialah anugerah istimewa dariNya saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya.

Begitu tika Dia hadirkannya berkali-kali menemani lena kita, saat istikharah yang kita pinta menjadi jawapanNya. Sehingga seluruh jiwa kita menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi menjadi tonggak perjuangan selama masa kehidupan. Dan tika itu kita mengharapkan persahabatan yang berpanjangan dengan ikatan yang lebih kukuh dan diredhai..agar utusan hatinya sentiasa menemani kita, ratib bahasanya terus didendangkan di telinga dan karangan jiwanya terus kemas terukir saat kita alpa.

Dan tidak pernah ada prasangka, bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya..kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Dan kita terpaku tiba-tiba, dari doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar cela. Mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa, apakah nasihat kita melaghokan jiwanya..saat kita bersahabat kerana agamaNya.

Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna. Tika kita merunduk tawadhu` pada ketentuanNya dalam kudus jiwa kita membelas pada ketentuan takdir.. yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hambaNya.

Kalau kehadiran dianggap menyusahkan, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah. Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin. Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya :"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." Fussilat::46.

http://komuniti.iluvislam.com/index.php?/topic/24469-daun-yang-jatuh-takkan-membenci-angin/

Memaafkan Untuk Syurga | iluvislam.com + discover the beauty of islam


Setiap hari di bumi Allah, kita berhubungan dengan makhluk lain ciptaan Allah terutamanya sesama manusia.
Jika kita seorang ibu yang bekerjaya, selalunya kita akan berhadapan dengan suami, anak-anak, rakan sekerja dan ramai lagi.
Pastinya dalam hubungan itu, kadangkala hati kita disakiti atau muncul perasaan benci kerana berlaku salah faham.
Kadangkala amat sukar untuk kita memaafkan. Apatah lagi melupakan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan.
Kita selalu memberi alasan bahawa iman kita bukanlah sehebat iman seorang Nabi.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu baginda bersabda dengan ertinya: "Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu."
Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk.
Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat dua rakaat dan setelah itu dia duduk.
Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah juga pada hari ketiga.
Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.
Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, "Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak tiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang."
Lelaki itu menjawab, "Demi Allah, tiada tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku."
Maha Suci Allah, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia.
Mereka tenang di dunia dan juga bahagia di akhirat.

Wednesday, September 22, 2010

Dari 2, Kini 1.............. (T_T)





Dalam sekelip mate je, status diri ini berubah. Dari 'sudah berpunya', menjadi 'single'. Bukan menjanda, bukan mnjadi balu, bukan juga putus tunang. Tetapi, impian dan cita-cita yang kian lenyap dibawa sang bayu, kian pudar dihakis mentari, kian rapuh dimamah waktu menjadikan diri ini terpaksa membuat keputusan sebegitu. Maafkan daku wahai teruna.... bukan niat untuk mer0bek hatimu, tiada niat untuk merentap tali layang2 yang engkau telah layangkn setinggi langit, bukan bermaksud memadamkan angan2mu membina syurga cinta.... Kuutus doa buatmu setiap waktu. Agar kejayaan dan kebahagiaan akan mnjadi milikmu di dunia & akhirat.....

Nak Cerita Tentang Raya





menu WAJIB!

~nasi impit~
~rendang telagi-lagi~
~sambal taun~  <-- my m0m is Jawa

Nak tau x kenapa nama rendang tu "rendang telagi-lagi"? sebab..... lepas rase sekali, mesti nak lagi. pastu bile nak lagi, mesti nak tambah lagi. heheheee... my m0m's rendang is the BEST taw..

~ 1 day I must learn how to make the rendang as the best as she co0ked~

Aidilfitri 2010 is the BEST raya i've ever had. Because of what? Because, i've met my old fren scene primary sch0ol. It had been 10 YEARS u kn0w! huhuuu.... Tapi... x semua dapat jumpe. Cume beberapa orang je. Jadi la kan.. Mgkin tahun depan bole jumpe ramai lagi. ~Hopefully~


~ni kawan2 rapat mase fm6~

Raya memang best kan? sape kate raye x best. emm... mungkin ade orang kata raya x best atas sebab2 tertentu. Tapi bagi saya, raya sangat BEST!! Mase tu la nk jumpe sedare mare, pakcik makcik, t0k nenek, kawan2 lame.... kan, kan? huhuu... Mase raye la mak nak masak yang spesel2. Kalau hari biase memang x jumpe la.

Di kala Petang Yang Merintik...

Owh....................... terlalu LAME bl0g ini tidak dibuka, terbiar sepi, kekontangan isinya. Maafkan saya. Apa nak buat...... sepanjang mase sibuk je dengan tugas di alam nyata. MANGSE nye.... bl0g yang tinggal di alam maya ni. InsyaAllah...... banyak lagi cerita yang ingin dikongsikan buat melapangkan duka yang bersarang di hati, buat meniupkan khabar gembira yang berbunga di jiwa ini.... Salam senyuman yang menguntum dari sebaris bibir kurniaan Ilahi..... =D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...