Support Me Here ^_^

Wednesday, October 06, 2010

~My RejEctEd BIG Bo0k~

BIG bo0k oo0o0o BIG bo0k.......
kenapekah engkau direject lagi????
bukan kali pertama...
tetapi ini yang kedua....
masih lagi kau direject......
tahukah engkau.......
daku bersengkang mata..
menahan tidur yang mggila...
menepis setiap dugaan..
setiap kali...
terpandang bantal di pinggir sana....
mengapa engkau dreject...?
kecewa diriku kerana mu
wahai BIG bo0k...
A3......itulah ukuranmu yg pertama....
apa terjadi.....?
telah ku sebutkan tadi...
engkau direject....
A3 ganda dua.....
itulah ukuranmu yg kedua.....
masih lagi engkau dreject.....
oh mengapa....
tahulah daku mengapa...
saiz tulisanmu itu
membesar tiada cukup ruang....
bukan ku tidak mahu bersungguh....
tp apakan daya...
tiada kusangka jd begini...
oh, tidak mengapa....
daku pasti usaha itu baja kejayaan...
akan ku usaha lagi
dan usaha...
dan usaha lagi....
agar dikau sempurna...
wahai BIG bo0k.....
tiada akan ku berputus asa...
dengan adanya teman yg membntu....
dgn adanya teman yg meny0kong
saat ku rapuh..
saat ku mncuba utk bangkit...
terima kasih...... (^_^)

Sunday, September 26, 2010

Perkataan B.Y.E Ada Erti Tersirat???



Perkataan ‘BYE’ merupakan JARUM SULIT kristian…didalam bahasa Arab bermaksud “fi hafzil baba” manakala dlm bahasa Malaysia b’maksud di bwh naungan pope (paderi).
Sebaik2nya gantikan perkataan BYE tersebut kepada “Assalamualaikum” kerana sesungguhnya Islam yang diwariskan kepada kita oleh junjungan besar Nabi Muhammad SWT itu sudah lengkap dan sesuai untuk diamalkan sehingga ke akhir zaman… Cuma kita sahaja yang gemar menuruti budaya barat… (Budaya orang kafir laknat Nauzubillah. ..)
Maka foward dan sebarkan kepada semua shbt2 anda. Semoga Allah memberi rahmat kpd kita dan org lain. Wassalam. Wallahualam. ..

Daun Yang Jatuh Takkan Membenci Angin. Bertemu dan Berpisah KeranaNya..




“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.

KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.

PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”




Pernahkah kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia, tidak pernah kita tanyakan dari mana asalnya. Dan dia duduk seketika bersama kita, menyinggahi kamar kehidupan dan meninggalkan kalam bisunya di ruangan jiwa.

Dimensi pertemuan itu berbeza, saat kita tidak pernah melihat wajahnya namun kita bagai tahu bagaimana redup pandangannya. Dan tika kita tidak pernah sekali pun mendengar suaranya, kita bagai kenal nada bahasanya. 

Dan kita tertawan pada agamanya, saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hatinya..saat hadis-hadis Baginda bermain dalam ratib bahasanya dan Al Huda menjadi ayat karangan jiwanya. Dan bagi kita,sahabat adalah keperluan jiwa. Dialah ladang hati, yang kita taburi dengan kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan pada kita, dialah anugerah istimewa dariNya saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya.

Begitu tika Dia hadirkannya berkali-kali menemani lena kita, saat istikharah yang kita pinta menjadi jawapanNya. Sehingga seluruh jiwa kita menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi menjadi tonggak perjuangan selama masa kehidupan. Dan tika itu kita mengharapkan persahabatan yang berpanjangan dengan ikatan yang lebih kukuh dan diredhai..agar utusan hatinya sentiasa menemani kita, ratib bahasanya terus didendangkan di telinga dan karangan jiwanya terus kemas terukir saat kita alpa.

Dan tidak pernah ada prasangka, bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya..kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Dan kita terpaku tiba-tiba, dari doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar cela. Mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa, apakah nasihat kita melaghokan jiwanya..saat kita bersahabat kerana agamaNya.

Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna. Tika kita merunduk tawadhu` pada ketentuanNya dalam kudus jiwa kita membelas pada ketentuan takdir.. yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hambaNya.

Kalau kehadiran dianggap menyusahkan, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah. Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin. Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya :"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." Fussilat::46.

http://komuniti.iluvislam.com/index.php?/topic/24469-daun-yang-jatuh-takkan-membenci-angin/

Memaafkan Untuk Syurga | iluvislam.com + discover the beauty of islam


Setiap hari di bumi Allah, kita berhubungan dengan makhluk lain ciptaan Allah terutamanya sesama manusia.
Jika kita seorang ibu yang bekerjaya, selalunya kita akan berhadapan dengan suami, anak-anak, rakan sekerja dan ramai lagi.
Pastinya dalam hubungan itu, kadangkala hati kita disakiti atau muncul perasaan benci kerana berlaku salah faham.
Kadangkala amat sukar untuk kita memaafkan. Apatah lagi melupakan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan.
Kita selalu memberi alasan bahawa iman kita bukanlah sehebat iman seorang Nabi.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu baginda bersabda dengan ertinya: "Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu."
Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk.
Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat dua rakaat dan setelah itu dia duduk.
Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah juga pada hari ketiga.
Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.
Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, "Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak tiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang."
Lelaki itu menjawab, "Demi Allah, tiada tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku."
Maha Suci Allah, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia.
Mereka tenang di dunia dan juga bahagia di akhirat.

Wednesday, September 22, 2010

Dari 2, Kini 1.............. (T_T)





Dalam sekelip mate je, status diri ini berubah. Dari 'sudah berpunya', menjadi 'single'. Bukan menjanda, bukan mnjadi balu, bukan juga putus tunang. Tetapi, impian dan cita-cita yang kian lenyap dibawa sang bayu, kian pudar dihakis mentari, kian rapuh dimamah waktu menjadikan diri ini terpaksa membuat keputusan sebegitu. Maafkan daku wahai teruna.... bukan niat untuk mer0bek hatimu, tiada niat untuk merentap tali layang2 yang engkau telah layangkn setinggi langit, bukan bermaksud memadamkan angan2mu membina syurga cinta.... Kuutus doa buatmu setiap waktu. Agar kejayaan dan kebahagiaan akan mnjadi milikmu di dunia & akhirat.....

Nak Cerita Tentang Raya





menu WAJIB!

~nasi impit~
~rendang telagi-lagi~
~sambal taun~  <-- my m0m is Jawa

Nak tau x kenapa nama rendang tu "rendang telagi-lagi"? sebab..... lepas rase sekali, mesti nak lagi. pastu bile nak lagi, mesti nak tambah lagi. heheheee... my m0m's rendang is the BEST taw..

~ 1 day I must learn how to make the rendang as the best as she co0ked~

Aidilfitri 2010 is the BEST raya i've ever had. Because of what? Because, i've met my old fren scene primary sch0ol. It had been 10 YEARS u kn0w! huhuuu.... Tapi... x semua dapat jumpe. Cume beberapa orang je. Jadi la kan.. Mgkin tahun depan bole jumpe ramai lagi. ~Hopefully~


~ni kawan2 rapat mase fm6~

Raya memang best kan? sape kate raye x best. emm... mungkin ade orang kata raya x best atas sebab2 tertentu. Tapi bagi saya, raya sangat BEST!! Mase tu la nk jumpe sedare mare, pakcik makcik, t0k nenek, kawan2 lame.... kan, kan? huhuu... Mase raye la mak nak masak yang spesel2. Kalau hari biase memang x jumpe la.

Di kala Petang Yang Merintik...

Owh....................... terlalu LAME bl0g ini tidak dibuka, terbiar sepi, kekontangan isinya. Maafkan saya. Apa nak buat...... sepanjang mase sibuk je dengan tugas di alam nyata. MANGSE nye.... bl0g yang tinggal di alam maya ni. InsyaAllah...... banyak lagi cerita yang ingin dikongsikan buat melapangkan duka yang bersarang di hati, buat meniupkan khabar gembira yang berbunga di jiwa ini.... Salam senyuman yang menguntum dari sebaris bibir kurniaan Ilahi..... =D

Tuesday, June 08, 2010

Mencari Buku Lama

Dulu... pernah ade sebuah buku yang menjadi c0retan rasa hati... di mana ye? Terkandung di dalamnya bait bicara dan coretan pena. Puas dicari, namun tiada kelihatan walaupun bayangnya. Ingin sekali aku temui buku itu kembali. Agar bisa kukongsi bersama coretan bicara yang telah sekian lama terbuku.

Butik Puteri - The Best Online Boutique

Butik Puteri - The Best Online Boutique

Monday, June 07, 2010

Cuti datang lagi...

Hari ni dah masuk hari ke-3 saya b'cuti. Tiga minggu je. Kire ok la tu kan...=)... Dapat la rilex sikit. Klau x, hari2 fikir pasal keje. Kadang2 c0nfius gak...saya ni blaja ke keje? huhuuu.... Ade je bende kene buat, kene urus. Kalau buat x tau je, ape pulak org kata kan?? Disebabkan kesibukan tu juge la, bl0g yang baru setaun jagung ni terabai, jagung pun kalau da mancapai umur setahun, mau kering kut, boleh buat benih p0kok baru. Sebelum cuti ni, memang macam2 la pr0gram kene buat,

Malam Gema Budaya laa..

Hari Guru laaa....

Hari Konvokesyen laaa...

Hmm, tapi walau pape pun, sume tu bagi saya pengalaman & peluang untuk mncube. Penat, letih, bese la tu kan. Time kasih ye kepada semua yg beri s0kongan & kerjasama. =)


Sunday, May 02, 2010


Pelita Itu Kian Malap



Telah dia berikan kasih
Menyelimuti kedinginan malam
Tanpa ada benci di hati
Terkenangkah?

Telah dia curahkan sayang
Menyerikan kesuraman
Tanpa ada batas waktu
Ingatkah lagi?

Telah dia suburkan cinta
Mewarnai sirna kehidupan
Biar bahagia terasa
Terusikkah hati?

Telah dia hamparkan bahagia
Menyingkirkan kedukaan
Biar terukir senyuman
Tidak terkesankah?

Mengapa dibiarkan?
Mengapa dilupakan?
Mengapa disisihkan?

Kenanglah kasih dan sayangnya
Suburkan kembali cintanya
Bahagiakanlah mereka
Insan-insan yang teristimewa
Ayah & Bonda
Selagi ada hayat mereka…..

Wednesday, April 28, 2010

Tangisan Hati

Gelita malam merasuk jiwa
menusuk kalbu menikam sanubari
Merenggut segala warna pelangi
Merobek hati seorang pencinta

Hatinya luka
Lama dipendam di sebalik senyuman
mengharap kan bisa sembuh
Di angin lalu
Di putar waktu

Duka, hampa..
Memasung sanubari
Tiadakah?
Tiadakah...?
Tiada seorangkah yang mengerti...?

Hadirlah…
Wahai embun pagi
Buat penawar
Hatinya yang luka
Sucikanlah tangisan itu.....


----->>> ni koleksi lame, korang da bace? apa yang anda faham, apa yang anda rasa? semuanye bergantung kepada cara anda mentafsirkan puisi di atas.... sekadar untuk berkongsi... Salam dari Tari Si Jemari.... Selamat malam....=)

Saturday, April 24, 2010

Tamat Sudah Riwayat Tombol Pintu Itu

Pagi tadi memang kelam kabut. Exam akan mule pkul 8:30 pagi. Pukul 8 saye ad kat bilik lagi dengan r00mate. Tibe2.......sakit la pulak perut ni..... ish! Pegi la t0ilet. Dr dalam toilet da dengar r00mate mule melangkah keluar (nak g dewan exam la tu). Tapi mase tu rilex lagi. Bile keluar dari t0ilet n nak masuk bilik, tibe2 jantung bdegup laju ( da mcm Hasan lari 100 meter je ha). Aarrrgghhhhh!!!!! Aaaaiiiiinnnn......nape mike kunci pintu.... adoooii laaaaaaa. Macam mane ni, barang2 semua ad kt dlam. Handphone, kasut kuliah, alat tulis... urghh.. da lewat da ni.. Saya tolak2 pintu tu, x bole buka juge. Saya t0lak lagi, masih x tbuka. Akhirnye, saye amek kputusan untuk pecahkan je tombol pintu tu. Dengan serta-merta saya t'nampak bata di toilet. Ape lagi, saye amek bata tu, ketuk2 dekat tombol pintu. Berkat kekerasan bata tu, tombol pun patah dan bederai isi perutnye.. maafkan aku wahai tombol pintu.........aku t'pkse. emergency ni... Mase ni saya cume igt exam pkul 8:30 je. Mase ni juge la saya tbayang cerita2 yang saya pernah t0nton kt TV, babak p0lis nak pecah masuk sarang pnjenayah, diorang pecahkan pintu. huhuuu...saya mntak maaf la ye.. ari ni da rosakkan aset IB. Rep0rt da wat. Skunk ngah bkire2 kalau nnt kene tggung k0s repair. huhuu..........

Wednesday, April 21, 2010

Tak Nak Mandi Malam Lagi

INSAF! tak nak dah mandi malam-malam. Kenape?? nanti saya cite. Selama ni, selalu sangat mandi malam. Boleh kate hari-hari la mandi malam. (eit! siang pun sy mandi la) huhuu... Biase la, kadang-kadang rase panas. Bile mandi malam, sedap sikit tidur. Sape setuju ?! Hmm… xde orang pun yang angkat tangan… Owh! ade gak orang yang setuju! hehee.. Tapi, semenjak r00mate saye tegur saya mandi malam, saya mula terfikir dan berfikir. Memang saya penah dengar kenyataan yang mandi malam ni x el0k untuk kesihatan. Tengah mandi pun saya terfikir lagi. Jadi, lepas siap je mandi, saya pun terus je online dan tekan kekunci aksara di keybord laptop tentang “Keburukan mandi malam”, dan hasilnya……… erk!!!

Satu persatu link saya buka. Rupa-rupanya memang banyak keburukan mandi malam ni. Lebih-lebih lagi kepada perempuan. Menurut maklumat yang saya bace, MANDI MALAM boleh menyebabkan penyakit PARU-PARU BERAIR ! apabila kita kerap mandi pada waktu malam, air akan terkumpul sedikit di dalam badan. Begitu juga kesannya dengan tabiat suka minum MINUMAN BERAIS. Untuk maklumat lanjut mengenai penerangan berkaitan dengan KESAN MANDI MALAM DAN MINUMAN BERAIS ni, sila baca penerangan yang terdapat di link ini,

http://hidupsihat.com/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=78

Adakah anda mengalami simptom-simptom berikut ?

• Telapak tangan yang lembap (kecuali lembap semula jadi)
• Badan cepat letih dan mengah
• Alah pada kesejukan. (tak tahan sejuk)

Kalau anda semua ada tabiat mandi malam dan mengalami simptom-simptom di atas, mungkin perkara tersebut merupakan kesan daripada tabiat anda tu. Hmm…adakah kelesuan yang saya alami selama ni ada kaitan dengan tabiat saya tu?? Mungkin kan? Jadi, marilah kite sama2 membuang tabiat mandi malam ni ye. =D. Oops… terlupa plak. Kaum wanita tidak digalakkan untuk mandi malam kerana petua orang-orang tua menyatakan bahawa mandi malam akan menyebabkan masalah angin dalam badan dan masalah kesuburan. Hmm…betul ke? Wallahu’alam… Allah Yang Maha Mengetahui. Kalau nak tau betul atau tak, anda cube la amalkan. Tapi, sanggup ke anda menanggung risiko??? huhuu… renungkan…

Tuesday, April 20, 2010

Jom Berkenalan.. =)

Salam semua .... Saya Khalila Mohd Ishak.. hmm.. Khalila mksudnye "Teman Setia"... saya setia ke?? huhuhuu.. well, i'll try my best for my special one. Not only for the special one, but also to my bel0ved family and all of my bel0ved friends. Lahir di Hospital Lumut, Perak pada detik 11:55 malam, 19 September 1988. Fuhh! lihatlah dunieeee! hari......... Isnin kot. x ingat la. hehe. 11:55 malam tu, 5 minit je lagi kan pukul 12. kalau x, msti la tarikh lahir saya 20 Sept 1988. Pape pun, trime kasih mak, ayah. Tanpa mak & ayah, kakak xde la kat dunie ni.. I l0ve you both s0 much! Mmmuahh! Sejarah p'sekolahan... saya mula sek0lah pd umur 6 tahun, masuk darjah 1 sebab sekolah mak dgn ayah mase tu (SK Permatang Pelandok) xde prasekolah mahupun tadika. Disebabkan mak dgn ayah cikgu sekolah tu, jd saya masuk la kelas darjah 1 mase umur 6 tahun. Agak membanggakan sebab mase exam dapat n0. 2 dlm klas. heheheee... kalah "kakak2 & abang2" yang lain. Tapi, tu cite lame..... dan disebabkan saya masuk darjah 1 awal, saya t'paksa masuk darjah 2 dua kali. Ingat lagi mase tu, saya badmo0d sangat sebab kene turun kelas dari darjah 3 ke darjah 2............ x puas hati sangat mase tu. huhuuu. Biase la kan, budak kecik lagi. Da besa2 ni, paham la. Lepas tu, pindah ke Sk Sungai Tungku mase darjah 3, sebab ikut ayah pindah sekali. Setelah tamat sekolah rendah, saya mendaftar di SMK Seri Perak. Tapi x lame sebab saya dapat tawaran ke SMK Convent. Mase ni la saya belajar cara kehidupan pelajar asrama selama 5 tahun. huh! kat sini lagi la banyak pengalamannye. Suke, duke, nestapa, semua ad. Cukup rase. Bile tamat SPM, pengajian saya diteruskan di SMK St. Anthony. Kat sekolah ni, saya ambil STPM. Selama setahun setengah di tingkatan 6, seterusnya saya mendapat tawaran di UiTM Seri Iskandar dalam jurusan Perniagaan. Tapi, seminggu je saya di sana sebab saya mendapat tawaran di IPGM Kampus Bahasa Melayu. Jadi, bermula le perjalanan hidup saya di sini sehingga ke hari ini.... =D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...