Support Me Here ^_^

Thursday, January 24, 2013

Inner Segi Tiga

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera


Sebelum ni saya ada post entry tentang tutorial Ameena Halfmoon Shawl kan? Material Ameena ialah shifon jadi memang agak jarang dan boleh nampak leher. Jadi, saya ada buat sekali inner untuk dipakai bersama Ameena. Inner yang simple, inner segi tiga. Pakai dibahagian dalam untuk cover bahagian leher. Jadi bila pakai shawl shifon ni, tak nampak la bayang leher kita ni. Nanti orang kata, pakai je shawl labuh-labuh, tapi nampak jugak bayang leher. Adehhh....


Tak rimas ke?

Bagi saya tak rimas. Sebab inner segi tiga ni saya buat guna material yang sama dengan Ameena iaitu shifon. Jadi kain dia nipis dan tak merimaskan. 
Tak panas?

Tak panas sebab material shifon nipis kan. Melainkan material yang saya guna tu tebal, mungkin panas jugak.

Nipis, tak jarang jugak ke?

Haa... memang inner ni nipis. Tapi bila dah berlapis dengan shawl di bahagian luar, tak jarang dah. Setakat ni alhamdulillah, saya dah pakai. Memang boleh cover bayang leher :)



Kat bawah ni ada gambar inner tersebut beserta dengan tutorial cara pemakaian inner segi tiga ni :)


Maklumat lanjut boleh terus klik link di bawah ye :)

Album : 

Pertanyaan :



Khalila : Mula-mula saya buat inner ni untuk dipakai dengan halfmoon shawl saja. Tapi, inner ni sesuai juga dipakai dengan tudung bawal untuk cover bayang leher :).


Sunday, January 20, 2013

Tutorial Ameena Halfmoon Shawl

Assalamu'alaikum, Salam Sejahtera
Pertama kali buat shawl tutorial. Don't hate me please. HUHU
2,3 minggu ni saya kerap pakai my custome made halfmoon shawl. Soalan biasa yang orang tanya,
"Kak ila, akak beli kat mana shawl ni? Labuh." Sambil mata tak lepas-lepas pandang shawl. Sesaat matanya tertancap kembali ke mata saya. Soalan pun berbalas.
"Akak yang jual shawl ni," sambil senyum terukir. ^_^
Soalan lain? "Akak, macam mana nak pakai macam ni?"
Haaa..... kali ni akak tunjuk macam mana nak pakai shawl ni ye adik-adik. Yang ni salah satu cara saya pakai. Cara ni sesuai untuk korang yang suka pakai labuh-labuh. Nak labuh 360` pun boleh, depan belakang kiri kanan labuh kalau dengan cara ni.
Maaf ye, saya tak ada buat video tutorial. Maklum la first time. Gambar pun harap cukup la :)
(Klik gambar kalau tulisan kurang jelas)

Saya pakai apa?
- Ameena Halfmoon Shawl 
- Inner segi tiga



Khalila : Cover you chest, cover your back :)

Saturday, January 12, 2013

Khalifah Kecil Anugerah Allah


Semalam... hari Jumaat. Seorang khalifah kecil telah Allah hantar ke dunia. Anugerah yang sangat bernilai buat kedua orang tuanya. Selamat datang wahai khalifah kecil. Dunia ini penuh pancaroba, ujian dan dugaan. Allah kurniakan nikmat dan pahala sebagai ganjaran. :)


Comel, gebu. Baby semua comel, semua gebu. Lahir di hari Jumaat, penghulu segala hari, pada tanggal 110113. Semoga menjadi anak yang soleh ye. Nama? Belum tahu lagilah. Kalau dah ada nanti, saya update ye. 

Jangan salah faham ye. Ni bukan anak saya. Saya ni kahwin pun belum lagi. InsyaAllah 2,3 tahun lagi kalau ada rezeki. Baby kecil ni anak kepada makcik bongsu saya sebelah ibu. Tahniah! ^_^

Biodata
Nama : Belum bernama lagi
Tarikh lahir : 11 Januari 2013
Nama ibu : Fathiah
Nama bapa : Iqbal 



Khalila : Anak adalah anugerah Allah. Sape yang taknak anak kan? Sedih sungguh bila dengar berita orang buang-buang saje baby kecik macam ni.


Monday, January 07, 2013

Kamarressyah


Saya tak pasti tajuk laju tu betul atau tidak ejaannya. Ada Kamarressyah, ada Kamar Eisyah. Tapi yang pasti, pertama kali mendengar lagu zikir ni, terus jatuh cinta. Vokal, melodi dan lirik yang mengagumkan. Dinyanyikan oleh UNIC dan Alwi


Maha Suci Allah


(V1)
KAMARREYSHEH YA THEYRI YA DHAWI 
Seperti petikan gambus 
Wahai burung yang berterbangan

ILA 'ISSHAK QULLI MATA BADHWI
Ke arah duniamu
Katakan padaku bila pula ku kan terbang


WANA 'USSHI MALLAYT SHUFNA
Aku kebosanan kerna tidak bertahan lagi

HAZIHIL 'EISYEH 
Kehidupan ini

QALBI MINAL FURQAAH 
Hatiku berbelah bagi

(V2)
KAMARREYSHEH TESRAH WA TADHWI 
Seperti petikan gambus 
Kau terbang dan pergi

WANTA FI ARDHAK YA REYTANI MITSLAK 
Dan kau diduniamu beruntungnya aku jika sepertimu

'AMAT ARDHI HATTA WALAW
JAMMAAL 'AL HEYSHEH
Sempitnya duniaku
Walau pengembala unta diatas bonggolnya

QALBI MINAL FURQAAH
Hatiku berbelah bagi

(V3)
KAMARREYSHEH KAM QULTI LIRRUKKAB
Seperti petikan gambus
Berapa kali ku bilang pada penunggang

MIN QABLAK BAASEERI SHILLOONI 
Sebelum kau ku katakan nak jalan

QADA KHILLI HATTA LAQOUNI
Dan bawalah aku kepada teman-temanku

THAAR FI KHEYSHEH
Sehingga menemuiku

QALBI MINAL FURQAAH
Hatiku berbelah bagi

(V4)
KAMARREYSHEH LAMMA NUHIBB 
Seperti petikan gambus
Pabila kita bercinta

MA FIL MAHABBAH SYAKK 
Tiada keraguan dalam cinta

LAKINNANI ILA 'INDA MAN 
Tapi pada siapa ku mengadu

ASHKI ALLAH YA'LAM
Hanya Allah yang tahu

HAALATI EYSHEH
Bagaimana keadaanku yang sebenarnya

QALBI MINAL FURQAAH
Hatiku berbelah bagi

Sunday, January 06, 2013

Alhamdulillah... Hasrat Tercapai ^_^

2012 baru je berlalu. 2013 pun baru je 6 hari berjalan. Haiii.... apa yang cepat sangat tercapat hasrat ni? Eh, cepat atau lambat, Allah yang uruskan. Kuasa Allah jugaklah yang menjadikan hasrat itu cepat atau lambat dicapai... kan?

I was dreaming. Yes, I'm dreaming. Macam-macam. Nak buat tu, nak buat ni. Belum jadi yang ini, nak buat yang itu pulak. Jadi macam mana? Macam nilah. Mana yang dapat capai dulu, kita buat yang tu dulu.

Saya berangan... dulu. Dulu saya berangan nak buat tudung sendiri. Means.... tak semestinya saya reka buat inovasi sendiri. Dapat ilham dari orang lain pun tak apa, janji saya nak buat sendiri dengan dua tangan yang Allah beri pada saya ni. Senang cerita buatan tangan, handmade.

Teringat ada kain ela 2 meter mak punya yang dah lama dalam kabinet tu. Selongkar-selongkar, haaa jumpa.  Curi pandang kat mak. Tanya mak nak guna tak kain ni. Mak kata tak, jadi saya ambil la. Alhamdulillah, percubaan pertama menjadi jugaklah. Adik pun pandang-pandang je. Apa la kakak dia buat ni main gunting-gunting kain.

Alhamdulillah! Akhirnya gagahkan diri jugak nak cuba buat. Ingat senang nak gagahkan diri? Kalau tiba-tiba rasa malas, nantilah dulu, taknak buat, tak ada idea.... hmmm.... sampai tahun depan pun tak jadi jugak. Satu hari, pegi kedai cari material yang dikehendaki dan bersesuaian, bawak balik, zassssss! gunting. 

Mula-mula tak tahu kat mana nak jahit tepi, jadi apa saya buat? Takkan nak biarkan tudung tu berambu-ramba dengan benang-benang yang terkeluar. Jadi, berbekalkan pengalaman bakar-membakar tudung sekolah, guna teknik yang sama untuk selamatkan rupa tudung tu. Jadila, boleh la buat pakai sekejap ^_^.

Tapi, dia sangkut-sangkut pulak sebab bekas dibakar tu keras sikit. Bila kena kain, mudah tersangkut. Nak taknak, pegi juga cari kedai jahit tepi, alhamdulillah jumpa. Hasilnya memang memuaskan hati sendiri.

Orang perempuan, biasalah. Beli tudung ke, baju ke mesti nak cuba depan cermin. Same goes to me. Boleh pulak cermin panjang tu dekat dengan tempat makan. Ayah pun apa lagi, usha je anak sulung dia ni dari tadi gaya-gayakan tudung depan cermin. Lepas satu, satu. Lepas pink, mustard pulak, lepas tu coklat pulak.

Ayah : Kakak pakai-pakai tudung ni, nak jual kat orang ke, nak pakai sendiri? 

(total tudung saya buat masa tu 7 helai)

Khalila : (Sengih) Kakak nak pakai sendiri la. Kalau jual tu.... nanti dulu kut.

Jadi, tudung tu la saya guna ke sana sini. Memandangkan cuti sekolah hari tu saya ambil lesen kereta, memang banyak keluar. Memang saya guna tudung tu saja. Selesa dan mudah digayakan. Yang penting! Tudung tu labuh menutupi dada dan belakang. Cuma kain jarang, jadi saya dah buat sekali inner dalam. And.... you ready to go!

Kat bawah ni ada beberapa gambar saya pakai tudung yang saya buat tu. 

Dark Brown

Royal Blue

Green

Pink

Ada lagi warna yang lain, kelabu cerah, kuning mustard dan kelabu berjalur (1st prototype)

Alhamdulillah ^_^

Kalau nak, ada usaha semua boleh jadi. Kena berangan sikit, kena berimaginasi sikit. Dapat ilham terus buat. Ilham ni Allah yang bagi. Kadang-kadang terus kepada diri sendiri. Kadang-kadang melalui orang lain. Sehebat mana idea kita, itu milik Allah. Jangan sesekali berbangga diri, bongkak, angkuh dengan idea yang Allah kurniakan kerana mungkin idea itu Allah kurniakan bukan untuk kepentingan diri kita semata-mata, tetapi juga untuk beri manfaat kepada orang lain :) 




Khalila : Misi seterusnya ialah telekung. Dah lama berangan nak jahit telekung sendiri dengan tangan sendiri tapi perlu bantuan mesin jahit jugak lah ^_^. I wish to buy a new sewing machine because the one at my parents house is already tingtong. I wish to buy mesin jahit tepi halus also for my next next selendang labuh handmade project. Ohh.... i wish.... 

Thursday, January 03, 2013

Review Glutathione Collagen Soap


Sebelum ni saya pernah pakai GCS masa awal kemunculan produk Pinkish. Waktu tu, GCS ni ada 3 layer warna. Orange-Pink-Putih. Sekarang Pinkish dah upgrade GCS ni jadi warna Soft pink-Pink. Mungkin sebab banyak sabun gluta kat luar sana warna seakan-akan warna GCS sebelum ni. Tapi, tak kisah la kan? CUTE!


Lama jugak saya pakai. Sampai habis 1 buku. Ye..... saya pakai satu buku je. Lepas tu tak beli dah sebab situasi masa tu tak mengizinkan saya beli online. Akhirnya, saya pakai sabun beras je sebab senang nak jumpa dan murah. Tapi, masa pakai GCS tu alhamdulillah ok. Kulit saya alhamdulillah tak ada masalah kulit yang teruk. Cuma waktu tu, kulit saya burn yang amat sebab berjemur bawah cik matahari. Sukanlah, bola tamparlah. Apa boleh buat, ada je aktiviti padang. Sunblock malas pakai. Padan muka. Huhu..


Nampak beza tak? Nampak la kut sikit. Pencahayaan, tempat semua sama. Kulit saya kalau bab burn lajuuuuuuuuuuuu je, tapi kalau bab nak baik balik..... hmm... paham-paham je la. Masa ni saya pakai GSC saje. Akhir-akhir tu ada makan Gluta 20000 sekali, tapi asyik langgar pantang larang. Liat sangat minum air masak.

Sekarang bila dah lama tak pakai, kerja asyik berjemur je, marilah pakai semula. Tengok feedback customer Pinkish pun boleh tahan jugak. Pinkish ni macam-macam produk dia ada. Tapi buat masa ni, saya cuba GCS je la dulu. 

Sebelum ni saya pakai mesti potong sabun tu nak jimat. Tapi, owner Pinkish pesan jangan potong sabun tu. Takut pisau tu ad bakteria ke kan. Bagi kesan pulak kat sabun tu. Katanya sebab sabun tu ada collagen. Takut nanti collagen tu terjejas. Jadi pandai-pandai la pakai sebuku sabun tu jangan bagi cair, nanti cepat habis.


Haa.... ni nama dia penanda aras. Beberapa minit sebelum pakai GCS. Nanti tunggu la agak-agak dah nampak kesan, saya review sekali lagi ok. Jadi ke tak jadi, berkesan ke tak berkesan, lain cerita. Kalau jadi, maknanya berkesan. Kalau tak jadi, maknanya tak berkesan. Janji kita cuba dulu ^_^.




Khalila : Dengarnya Pinkish akan buka HQ kat Wangsa Maju. Yeke Wangsa Maju? Ke tempat lain ek? Entahlah. 


Wednesday, January 02, 2013

Lelaki Versi Dia


Alhamdulillah, hasrat tercapai dan ini salah satu reward buat diri sendiri di tahun baru. Tacing kene tinggalkan rumah, tapi bila sampai KL, jumpa novel Lelaki Versi Dia (LVD) karya Aireen Aryana @ RinsyaRyc kat kedai. buku. Sesaat lebar senyuman ke lengkung pipi. Macam budak-budak dapat cool blog. Budak-budak sekarang layan cool blog ok. Kakak budak lagi la suka cool blog (^_^)
LVD ni novel pertama Aireen Aryana yang diterbitkan. Masa saya aktif blogging beberapa bulan lepas, bibir selalu tersenyum sendiri, air mata kadang kala menitis membaca cerpen-cerpen di blog beliau. Aireen atau lebih mesra dengan nama pena asal, Rinsya sangat berbakat menulis. Cerita beliau sangat-sangat memberi kesan kepada jiwa halus saya (ohh.... halus sangatlah =P). Sungguh! 
Selain LVD, Rinsya ada menulis beberapa novel yang lain. Ada manuskrip yang sudah siap, ada yang bakal diterbitkan suatu masa nanti (saya menanti ^_^). Tapi, jenis saya kurang minat baca novel online. Sebab tu saya sanggup tunggu novel-novel beliau diterbitkan. Mungkin suntikan semangat buat Rinsya terbitkan seberapa banyak novel-novel yang dia ada. Hehe..
Cerpen pun dulu saya tak rajin baca yang online. Tapi bila jumpa cerpen-cerpen Rinsya, mampu buat saya berteleku lama-lama depan skrin, senyum sorang-sorang. Berangannnnn.... toleh tepi, roomate pelik tengok budak ni senyum sorang-sorang. Eh, jangan ingat putus wayar. Masih normal ok. Hehe
Klik sini, boleh lawat blog beliau. ^_^
http://aireenaryana.blogspot.com/
Khalila : Belum sampai separuh membaca novel ni. InsyaAllah nanti saya kongsikan pembacaan saya tentang LVD ni ye. I do love the cover so much!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...