Support Me Here ^_^

Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Wednesday, January 02, 2013

Lelaki Versi Dia


Alhamdulillah, hasrat tercapai dan ini salah satu reward buat diri sendiri di tahun baru. Tacing kene tinggalkan rumah, tapi bila sampai KL, jumpa novel Lelaki Versi Dia (LVD) karya Aireen Aryana @ RinsyaRyc kat kedai. buku. Sesaat lebar senyuman ke lengkung pipi. Macam budak-budak dapat cool blog. Budak-budak sekarang layan cool blog ok. Kakak budak lagi la suka cool blog (^_^)
LVD ni novel pertama Aireen Aryana yang diterbitkan. Masa saya aktif blogging beberapa bulan lepas, bibir selalu tersenyum sendiri, air mata kadang kala menitis membaca cerpen-cerpen di blog beliau. Aireen atau lebih mesra dengan nama pena asal, Rinsya sangat berbakat menulis. Cerita beliau sangat-sangat memberi kesan kepada jiwa halus saya (ohh.... halus sangatlah =P). Sungguh! 
Selain LVD, Rinsya ada menulis beberapa novel yang lain. Ada manuskrip yang sudah siap, ada yang bakal diterbitkan suatu masa nanti (saya menanti ^_^). Tapi, jenis saya kurang minat baca novel online. Sebab tu saya sanggup tunggu novel-novel beliau diterbitkan. Mungkin suntikan semangat buat Rinsya terbitkan seberapa banyak novel-novel yang dia ada. Hehe..
Cerpen pun dulu saya tak rajin baca yang online. Tapi bila jumpa cerpen-cerpen Rinsya, mampu buat saya berteleku lama-lama depan skrin, senyum sorang-sorang. Berangannnnn.... toleh tepi, roomate pelik tengok budak ni senyum sorang-sorang. Eh, jangan ingat putus wayar. Masih normal ok. Hehe
Klik sini, boleh lawat blog beliau. ^_^
http://aireenaryana.blogspot.com/
Khalila : Belum sampai separuh membaca novel ni. InsyaAllah nanti saya kongsikan pembacaan saya tentang LVD ni ye. I do love the cover so much!

Wednesday, February 29, 2012

Alkisah Tok Ketua Kampung Sengal - Mohd Norafzal


Hai semua ^_^. Pernah dengar tak nama Kampung Sengal? Cuba cari kat Google Map, jumpa tak? Hehee... Sesiapa yang tau, maka korang akan tau jugak la sape ketua Kampung Sengal ni. Tak lain tak bukan............

Ehem ehem...
.
.
.
.
.
.
drum

roll

please

.
.
.
.
.
.
Tadaaaaaa!!
^_^



Ape? Ingat gurau ke? Betul la. Ahmad Shin Chan adalah ketua Kampung Sengal. Habis tu, siapa Afzal? Apa kaitan Afzal dengan Shin Chan? Shin Chan ni nama samaran dia. Nama manja dia Donut Asmara. Comel kan? Hehe... Oh nooo, dia tak jual donut Big Apple.

Mula jejak kaki dalam dunia blog pada 16 Mac 2011 disebabkan ade kawan-kawan yang tak tahan dengan post dia yang panjang-panjang kat FB. Dari situlah kawan dia suruh Afzal ni buat blog. Taip la panjang-panjang kat dalam blog tu. Heheh. 


Jangan usha lebih-lebih. Tok Afzal Donut Asmara nak kawen dah sebelum umur 30 dengan gadis bernama................................................ err..... tu kena tanya dia sendiri sebab saya pun tak tau. ^_^.


Mohd Norafzal atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Ketua ni seorang blogger yang berjiwa besar. Lahir di Kluang, Johor, sekarang rumah parents di Kajang dan tinggal bersama orang-orang rumah di Kuantan. Orang-orang rumah ok, bukan "orang rumah". Afzal ni belum kawen lagi tapi bakal kawen sebelum umur 30 (tahun ni dia umur 29). Hehe... 

Dia ada matlamat tersendiri dalam berblog. Penyokong tegar kepada blogger-blogger yang baru nak mula kenal dunia blog. Sentiasa nak bagi semangat supaya mereka terus aktif berblog. Sentiasa ada usaha nak satukan blogger-blogger. Mendapat tunjuk ajar daripada beberapa blogger seperti wancikgumuzik, abgteror dan kak rafinamimi

Sengal-sengal bahu si Afzal ni, susah nak percaya yang dia ni pendiam rupanya. Lebih banyak mendengar dari berkata-kata. Suara hati lebih pantas mengalir pada saraf jari-jemari berbanding kata-kata. Sebab tu, korang jangan pelik bila kat group Geng Blogger Sengal, Afzal ni pantas tak hengat punye reply komen. Jejari die high speed punye level sebab jejari dia dah ada connection baik punye dengan suara hati dia.

Anak sulung daripada 4 adik-beradik (same dengan saya) ni tak suke bergambar. Tu pasal die letak gambar samaran dia si budak kecik shin chan ni. Kalau saya selalu layan Midvalley walaupun ramai orang kat situ, Afzal lagi suka layan Mines dengan Alamanda. Tak suka tempat banyak orang. LEMAS + RIMAS katenye. Lagi pun Mines dengan Alamanda lagi dekat dengan rumah dia kat Kajang.


Saya tak tipu taw..... jawatan dia memang Ketua Kampung.


Bagi yang dah kenal Afzal, tahulah tahap mana kesengalan dia. TAPI............. sesengal-sengalnya si Afzal, tahukah korang bahawa kawan-kawan dia selalu mintak rujuk pandangan & pendapat blogger seorang ni. Sebab Afzal seorang pendengar yang baik, korang nak cerita apa, cerita la kat dia. Korang nak mintak pendapat apa, mintak la kat dia. Jangan mintak duit hantaran sudah. Kalau bakal isteri dia takpe. 

Kalau perempuan suka mekap kat muka kan? Afzal pun suka mekap. Tak percaya? Serius tak tipu. Dia sendiri yang bagi tau. Tapi bukan mekap muka dia, lipstick, eyeliner, eye shadow sebagainya. Dia suka mekap kereta, sayang katanya kalau beli kereta baru, baik beli kereta second sebab dia suka kerjakan kereta tu berbekalkan ilmu pomen hasil meng'usha' pomen mengerjakan kereta.

Agak-agak sampai bila Afzal nak berblog? Tak spesifik, sampai dia puas katanya. Banyak entry menarik dalam blog afzaksukasuki, termasuklah CERPEN. Tak percaya? Pegi check in blog dia. Open 24 hours ^_^

Saya tak reti nak review blog atau blogger lain. Ini semua bukan nak main-main kipas angin si Tok Ketua Afzal. Ni semua gara-gara segmen atau saya boleh kata aktiviti ramah mesra dalam group Geng Blogger Sengal yang tersangat sengal ahli-ahlinya sampai sengal pankreas den gelak baca komen-komen. Group yang tersangat lain dari yang lain. Terima kasih cik Nurul Ain yang bawak saya masuk dalam group tu.

Jom singgah ramai-ramai rumah Tok Ketua
Klik SINI manja-manja ^_^



p/s : Tak sangka partner dengan Tok Ketua Kampung Sengal. Maaf kalau ade salah fakta. Huhuu.... ^_^

Monday, December 12, 2011

Entry Bergambar Hi-Tea SISPA ^_^


Hai semua ^_^. Entry sebelum ni saya ada bagi tau nak share beberapa gambar Hi-Tea Contest SISPA yang saya ambil dari blogger lain. Memang saya tak ada snap gambar masa hari tu. Dari mula event sampai habis, Amir Naufal yang banyak snap gambar. Jadi kebanyakan gambar yang saya share ni semua gambar-gambar dari dia. Ada satu gambar saya ambil dari sepupu saya Faris Afif. So, jom tengok ^_^.


Ni semua hadiah yang saya dapat. Angry Bird dan Hi-Tea oleh Daniel Adie, Ferrero Rocher oleh Abang Zizi dan nampak tak kad yang saya pegang tu? Daniel Adie buat sendiri tau. Hiasan kat kotak Ferrero Rocher tu pun dia yang buat. Rajin betul dia dengan pertolongan Hamizah, his sister ^_^.

3 dari 10 pemenang Top 10 Contest SISPA bersama Daniel Adie. Lagi 7 orang tak dapat hadir. Yang paling tinggi pakai baju purple tu yang dapat nombor 1. Dia la Fiq Fikri a.k.a Lelaki Geek. Hehee... mesti ramai dah kenal kan. Memang asal Melaka. Yang pakai baju biru tu  Aman Ibrahim. Dia pun sama macam saya, guru pelatih. Asal dari Pahang, belajar kat IPG Kampus Batu Rakit, Terengganu.

Hadiah-hadiah kami ^_^. Terima kasih sangat-sangat. Sapa nak bagi Ferrero Rocher banyak tu dengan Angry Bird free kan. Kalau Ferrero Rocher tu, yang tiga biji pun belum tentu saya beli, apatah lagi sekotak macam ni. Huhuu.... terasa sayang nak makan. Macam saya bagi tau tadi, kad yang ada gambar siput dengan hiasan kotak Ferrero Rocher tu, Daniel Aide yang buat sendiri. Katanya Hamizah tolong buka gam je. Hehee... 

Di sinilah tempat kejadian mengisi tangki perut masing-masing. Meja, sudu dan garfu menjadi saksi pertemuan saya dengan mereka semua ^_^.  Aman Ibrahim menyorok. Ayie Fikri dan Ijat Asni belum sampai lagi. Amir? Dia yang snap gambar ni. Tanpa dia, gambar ni tak ada. Hehe..

Jumpa dengan artis kita..... Qistina! Hehe... kelakar tau die ni. Asyik gelak je dengan dia. Sebelah dia Johan. Kasut die memang sangat super HOT!.

Individu-individu penting contest ni. ^_^. Sorang lagi Hizami Li, tapi tak dapat datang. Yang perempuan tu adik Daniel Adie. Sweet sangat ^_^.

Meeting ala-ala dalam taman. Hehee...

Haaa... yang ni baru ada muka Amir Naufal. Terima kasih Qistina yang tolong snap. Kalau tak, tak ada la muka Amir. 

Yang ni Ijat Asni dan Ayie Fikri. Ijat tu cikgu Biologi kalau tak salah saya lah. Ayie, blogger yang single lagi. Tu tagline blog die okeh. Hehe...

Meet my cousin, Faris Afif yang sudi teman saya pergi Hi-Tea ni. Yang tengah tu tak payah cakap la, ramai kenal dia dah. Daniel Adie yang sangat friendly. Thanx a lot to him ^_^. Saya pernah join Contest Blogger Idol. Saya letak Daniel Adie salah seorang daripada blogger idol saya dan dapat no 5 daripada 38 penyertaan kalau tak salah saya. Sorang lagi idol saya letak Nusrah. Thanx a lot to both of you ^_^. Dapat sebotol perfume tau! Siapa nak bagi free. Nanti hadiah dah sampai, saya update cerita okeh. ^_^


Sangat enjoy petang tu walaupun cuma sekejap luangkan masa. Best rasa hati (ewaahh) dapat jumpa korang semua termasuk Abang Zizi yang selama ni tau nama je. Walaupun first time jumpa, tapi semua orang sangat friendly.

CREDIT;
Picture : Amir Naufal / Faris Afif

Nak baca cerita Daniel Adie? Klik SINI
Nak baca cerita Amir Naufal? Klik SINI
Nak baca cerita Fiq Fikri? Klik SINI
Nak baca cerita Faris Afif? Klik SINI
Nak baca entry saya sebelum ni? Klik SINI
Yang lain, belum bercerita. Johan, tunggu sambungan cerita dia. Heheh
Johan dah update ^_^. Jom baca SINI.
Ayie Fikri pun dah update ^_^. Kat SINI.


p/s : Kebanyakan gambar kat blog diorang ada yang sama dan lebih kurang je sebab sumber gambar sama. Huhuu..

Sunday, December 11, 2011

Ceritera HI-TEA Blogger di Mahkota Hotel, Melaka : Mimpi Nyata


Hai semua ^_^. Apa khabar hari Ahad ni? Saya dah selamat sampai rumah di Teluk Intan. Balik dari mana? Semalam saya ke Melaka. Such a wonderfull experience!! Sekarang pun rasa macam mimpi lagi ni. Cubit-cubit pipi pun tak bagi kesan. Huhuu...

Entry sebelum ni saya ada bagi tau yang saya nak pergi ke undangan Hi-Tea oleh Daniel Adie di Mahkota Hotel, Melaka sempena meraikan pemenang Contest SISPA. Perak dengan Melaka bukannya dekat sangat, bukanlah jauh sangat. Tapi saya buat keputusan nak gerak awal pagi untuk pastikan boleh sampai sebelum event mula iaitu pukul 3 petang.

Cuba teka saya gerak dari Perak pukul berapa??? Tak payahlah teka. Saya bagi tau je. Saya gerak dari Perak pukul 7 pagi. Gigih kan gerak awal-awal. Huhuu... Ye la, sebelum beli tiket tu saya dah bajet awal-awal masa perjalanan. Perak - KL ambil masa paling lama 3 jam, jadi saya boleh sampai pukul 10 kat KL. Then, kena naik KLIA Transit yang saya TAK PERNAH naik pun. Agak cuak yang ni. Kena naik KLIA Transit untuk pergi ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sebab sekarang kan dah tak ada bas ke selatan kat Puduraya. Satu lagi kecuakan saya sebab sekali lagi TAK PERNAH jejak kaki kat TBS. Alhamdulillah tiket dah beli awal-awal. Teringat pakcik driver bas ke Melaka yang kelakar tu. Lepas dia habis cakap-cakap, ade satu ayat yang saya ingat. Masa tu dia dah nak start memandu dah. "Haa.... kejap ye. Saya nak memandu ni. Nak tenangkan jiwa." Hehee... first time jumpa pakcik driver banyak cakap camtu. Cara cakap macam marah, tapi tak marah pun.

On da way ke Melaka tu, highway jam gilagila pulak! Takla gila sangat. Huhuu... Bas gerak lebih kurang 11.40 pagi, sampai Melaka Central lebih kurang pukul 2.15 petang. Besar jugak ye Melaka Central. First time jejak kaki. Tah berapa kali saya tersasul cakap Melaka Central tu KL Central. Hehe... Sementara tunggu sepupu saya si Faris Afif (saya pergi hi-tea tu dengan dia), selesaikan yang wajib-wajib dulu, bila dia sampai lebih kurang pukul 3.15 petang, baru gerak pegi Mahkota Hotel. Ohhhh..... jalan jam tak usah cerita lah! Lampu hijau pun macam lampu merah. Tah berapa kali contact-contact Daniel Adie bagi tau lewat sikit.

Dah sampai depan hotel tu, Faris cakap, "Seganlah pulak." Saya jawab, "Akak lagi segan!" Hahaa... Betul ke nak jumpe orang-orang yang selalu jumpa dalam blog je ni? Sampai depan entrance, Faris cakap, "Haa.. tu Adie." Ok, fine. Sekarang mata ni dah percaya bila nampak Daniel Adie berjalan keluar menuju ke entrance. Teruja sangat! Masa tu dia cakap diorang baru je start pukul 3.30 petang. Lega sikit sebab masa tu dah lebih kurang 3.45 petang. Lewat dah. Hehee...

Dari jauh dah nampak Fiq Fikri, Amir Naufal. Tak tau la macam mana nak menggambarkan keterujaan ni. Hahaa.... duduk duduk, ambil nafas dulu. Cuak sebenarnye sebab tak pernah jumpa diorang kan. Masa tu ada 10 orang. Ambil makanan, duduk balik lepas tu Daniel Adie kenalkan saya dan Faris dengan semua orang yang ada kat situ. Aman Ibrahim (Top 10 Contest SISPA), Johan, Qistina (artis ;D), Amir Naufal, Fiq Fikri (sang juara ^_^),  Abang Zizi dan Hamizah (adik Adie). Ada antara tetamu yang datang tu saya memang kenal, tapi kenal dalam blog je la. Akhirnya, dapat jugak jumpa Abang Zizi. Sebab kenal nama dia je selama ni duk komen-komen kat blog Daniel Adie. Tak lama lepas tu datang pulak Ayie Fikri. Ijat Asni pulak sampai masa aktiviti penyampaian hadiah.

Walaupun jumpa sekejap je, tapi saya sangat sangat sangat sangat sangat (berapa kali nak taip "sangat") enjoy dan happy dapat jumpa orang-orang hebat ni. Best sangat dapat lepak dengan diorang semua. Tapi dalam Top 10 tu, cuma tiga orang yang dapat hadir, saya, Fiq Fikri dan Aman Ibrahim sebab yang lain ada hal dan tak dapat datang. Kalau lagi 7 orang tu ada sekali, mesti lagi happening. Nurul Ain, Kak Nida, Shikin, Nurin, Arol Mubin, Zwan Sabri dan jugak Aslan As.

Ohh... nak tengok hadiah yang saya dapat?



TERIMA KASIH Adie for organizing the contest, cute Angry Bird and wonderfull event.
TERIMA KASIH Abang Zizi for the delicious Ferrero Rocher.
TERIMA KASIH Hizami Li untuk banner contest yang cantik + smart.
TERIMA KASIH individu-individu yang terlibat dengan contest ni.
TERIMA KASIH kawan-kawan yang sudi support.
TERIMA KASIH Faris Afif sudi follow pegi Hi-Tea.
TERIMA KASIH to family Faris Afif yang sudi teman saya di Melaka.
TERIMA KASIH Amir Naufal sebab ambil gambar dari start event sampai habis.
TERIMA KASIH semua yang hadir kerana memeriahkan majlis.

*bajet macam menang award je. huhuu... just showing my appreciation to all of them ^_^





p/s : Maaf, saya tak ada snap gambar masa event tu. Nanti saya share gambar-gambar dari blogger lain ye ^_^. Ohh... kalau nak tengok beberapa gambar event tu, boleh klik SINI tengok kat blog Amir Naufal ^_^.

p/s : Nak menang free salah satu daripada lebih 80++ hadiah dalam GA Nisa Kay? Klik SINI. ^_^

p/s : Oh ya.... cousin saya si Faris Afif ada join satu contest dan dia pertaruhkan gambar budak kecik comel ni. Kalau tak keberatan tolonglah LIKE gambar dia ye. Bukan paksaan. Hehe... Tapi kalau korang tolong, saya sangat-sangat berterima kasih ^_^. Saya preview sikit gambar budak kecik comel tu kat sini.


Tolong LIKE kalau sudi ye.
^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...