Support Me Here ^_^

Sunday, December 11, 2011

Ceritera HI-TEA Blogger di Mahkota Hotel, Melaka : Mimpi Nyata


Hai semua ^_^. Apa khabar hari Ahad ni? Saya dah selamat sampai rumah di Teluk Intan. Balik dari mana? Semalam saya ke Melaka. Such a wonderfull experience!! Sekarang pun rasa macam mimpi lagi ni. Cubit-cubit pipi pun tak bagi kesan. Huhuu...

Entry sebelum ni saya ada bagi tau yang saya nak pergi ke undangan Hi-Tea oleh Daniel Adie di Mahkota Hotel, Melaka sempena meraikan pemenang Contest SISPA. Perak dengan Melaka bukannya dekat sangat, bukanlah jauh sangat. Tapi saya buat keputusan nak gerak awal pagi untuk pastikan boleh sampai sebelum event mula iaitu pukul 3 petang.

Cuba teka saya gerak dari Perak pukul berapa??? Tak payahlah teka. Saya bagi tau je. Saya gerak dari Perak pukul 7 pagi. Gigih kan gerak awal-awal. Huhuu... Ye la, sebelum beli tiket tu saya dah bajet awal-awal masa perjalanan. Perak - KL ambil masa paling lama 3 jam, jadi saya boleh sampai pukul 10 kat KL. Then, kena naik KLIA Transit yang saya TAK PERNAH naik pun. Agak cuak yang ni. Kena naik KLIA Transit untuk pergi ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sebab sekarang kan dah tak ada bas ke selatan kat Puduraya. Satu lagi kecuakan saya sebab sekali lagi TAK PERNAH jejak kaki kat TBS. Alhamdulillah tiket dah beli awal-awal. Teringat pakcik driver bas ke Melaka yang kelakar tu. Lepas dia habis cakap-cakap, ade satu ayat yang saya ingat. Masa tu dia dah nak start memandu dah. "Haa.... kejap ye. Saya nak memandu ni. Nak tenangkan jiwa." Hehee... first time jumpa pakcik driver banyak cakap camtu. Cara cakap macam marah, tapi tak marah pun.

On da way ke Melaka tu, highway jam gilagila pulak! Takla gila sangat. Huhuu... Bas gerak lebih kurang 11.40 pagi, sampai Melaka Central lebih kurang pukul 2.15 petang. Besar jugak ye Melaka Central. First time jejak kaki. Tah berapa kali saya tersasul cakap Melaka Central tu KL Central. Hehe... Sementara tunggu sepupu saya si Faris Afif (saya pergi hi-tea tu dengan dia), selesaikan yang wajib-wajib dulu, bila dia sampai lebih kurang pukul 3.15 petang, baru gerak pegi Mahkota Hotel. Ohhhh..... jalan jam tak usah cerita lah! Lampu hijau pun macam lampu merah. Tah berapa kali contact-contact Daniel Adie bagi tau lewat sikit.

Dah sampai depan hotel tu, Faris cakap, "Seganlah pulak." Saya jawab, "Akak lagi segan!" Hahaa... Betul ke nak jumpe orang-orang yang selalu jumpa dalam blog je ni? Sampai depan entrance, Faris cakap, "Haa.. tu Adie." Ok, fine. Sekarang mata ni dah percaya bila nampak Daniel Adie berjalan keluar menuju ke entrance. Teruja sangat! Masa tu dia cakap diorang baru je start pukul 3.30 petang. Lega sikit sebab masa tu dah lebih kurang 3.45 petang. Lewat dah. Hehee...

Dari jauh dah nampak Fiq Fikri, Amir Naufal. Tak tau la macam mana nak menggambarkan keterujaan ni. Hahaa.... duduk duduk, ambil nafas dulu. Cuak sebenarnye sebab tak pernah jumpa diorang kan. Masa tu ada 10 orang. Ambil makanan, duduk balik lepas tu Daniel Adie kenalkan saya dan Faris dengan semua orang yang ada kat situ. Aman Ibrahim (Top 10 Contest SISPA), Johan, Qistina (artis ;D), Amir Naufal, Fiq Fikri (sang juara ^_^),  Abang Zizi dan Hamizah (adik Adie). Ada antara tetamu yang datang tu saya memang kenal, tapi kenal dalam blog je la. Akhirnya, dapat jugak jumpa Abang Zizi. Sebab kenal nama dia je selama ni duk komen-komen kat blog Daniel Adie. Tak lama lepas tu datang pulak Ayie Fikri. Ijat Asni pulak sampai masa aktiviti penyampaian hadiah.

Walaupun jumpa sekejap je, tapi saya sangat sangat sangat sangat sangat (berapa kali nak taip "sangat") enjoy dan happy dapat jumpa orang-orang hebat ni. Best sangat dapat lepak dengan diorang semua. Tapi dalam Top 10 tu, cuma tiga orang yang dapat hadir, saya, Fiq Fikri dan Aman Ibrahim sebab yang lain ada hal dan tak dapat datang. Kalau lagi 7 orang tu ada sekali, mesti lagi happening. Nurul Ain, Kak Nida, Shikin, Nurin, Arol Mubin, Zwan Sabri dan jugak Aslan As.

Ohh... nak tengok hadiah yang saya dapat?



TERIMA KASIH Adie for organizing the contest, cute Angry Bird and wonderfull event.
TERIMA KASIH Abang Zizi for the delicious Ferrero Rocher.
TERIMA KASIH Hizami Li untuk banner contest yang cantik + smart.
TERIMA KASIH individu-individu yang terlibat dengan contest ni.
TERIMA KASIH kawan-kawan yang sudi support.
TERIMA KASIH Faris Afif sudi follow pegi Hi-Tea.
TERIMA KASIH to family Faris Afif yang sudi teman saya di Melaka.
TERIMA KASIH Amir Naufal sebab ambil gambar dari start event sampai habis.
TERIMA KASIH semua yang hadir kerana memeriahkan majlis.

*bajet macam menang award je. huhuu... just showing my appreciation to all of them ^_^





p/s : Maaf, saya tak ada snap gambar masa event tu. Nanti saya share gambar-gambar dari blogger lain ye ^_^. Ohh... kalau nak tengok beberapa gambar event tu, boleh klik SINI tengok kat blog Amir Naufal ^_^.

p/s : Nak menang free salah satu daripada lebih 80++ hadiah dalam GA Nisa Kay? Klik SINI. ^_^

p/s : Oh ya.... cousin saya si Faris Afif ada join satu contest dan dia pertaruhkan gambar budak kecik comel ni. Kalau tak keberatan tolonglah LIKE gambar dia ye. Bukan paksaan. Hehe... Tapi kalau korang tolong, saya sangat-sangat berterima kasih ^_^. Saya preview sikit gambar budak kecik comel tu kat sini.


Tolong LIKE kalau sudi ye.
^_^

42 menconteng:

Kiera Qaira said...

bestnye !!!
:)

khalila said...

@Kiera Qaira
pengalaman yg best sangat kiera ^_^

.faris. said...

syok kan.! mcm tidak percaya lagi. tepuk pipi kiri, tepuk pipi kanan. ye, mmg betul. HAHAHA.!

khalila said...

@.faris.
tepuk perut sekali. hahaa... serius best ^_^

.faris. said...

dh tepuk, perut kata....LAPAR?

khalila said...

@.faris.
ahahaa.... same la. rase nak makan nasik kat dapo. jom jom

.faris. said...

rendang tuk tuk ada?

khalila said...

@.faris.
esemennn.... yg tu xde. kalau bukan musim raya bila ada org tempah je baru ade. huhu... apit buat kenduri boleh la kami buat rendang tu.

ayie said...

hi cikgu khalila..(ramai bloggers cikgu ni)

zizidiazora said...

This is my 1st comment dlm blog khalila...tahniah ye atas kemenangan angry bird yg xberlidah tu hahaha... apa pun hari tu memang enjoy dpt brkenalan dgn ramai blogger yg top2 di Malaysia. hahaha... tak sangka plak masa diberi ruang utk buat ucapan hari tu khalila brckp kontot je tapi dalm blog ucapan mengalahkan dpat award artis paling popular plak...hahaha.......apa pun tahniah ye....

MisEyz BLurz said...

wahhh....bestnyaa....hihihi^__^

khalila said...

@ayie
hye ayie. welc0me to pondok kecik sy. heheh. taw xpe. mcm aman tu pun, baru taw die cikgu jugak ;)

khalila said...

@zizidiazora
hahahaaa.... malu saye abg zizi ni. terharu abg zizi dtg komen sini. mb hari tu excited sgt jumpe diorg semua yg hebat2. mulut tkunci sikit. jadi luah semua kat sini. hehee... terima kasih abg zizi ^_^

khalila said...

@MisEyz BLurz
betul2 best eyza ^_^... hehe

Nida said...

Bestnya... terkilan juga tak dapat turut serta, tapi apakan daya Kak Nida terlalu jauh beribu batu...

Tumpang gembira bila majlis berjalan dengan lancar.

Nurul ain said...

waaahhh, rugi sangat tak pergi... ;( sob sob..

aReLaN said...

bestnya leh join event.hmm..lor,tluk intan ktne??leh la dtg ziarah rmh nnt.hehehe

DanieL AdiE said...

Terima kasih sangat sangat sangat sangat sebab susah payah datang, lalui banyak pengalaman pertama semata-mata untuk hadiri Hi-Tea Daniel Adie ni..

Appreciate it a lot..

khalila said...

@Nida

tulah. kalau kak nida dgn lain2 ade skali mesti lagi best! xpe, mgkin lain kali ade rezeki boleh jumpe ^_^

khalila said...

@Nurul ain
x dpt nak jumpa ain. huhuu... xpe ain, insyaAllah lain kali ade rezeki kita semua jumpa ^_^

khalila said...

@aReLaN
terima kasih kat Daniel Adie yg buat event ni. hehe.. eh? teluk intan jugak ke?

khalila said...

@DanieL AdiE
sama2 Adie. x apa. semua tu berbaloi utk saya. lagipun selagi tak try, sy xkan tau semua pengalaman pertama tu kan. hehe

RinsyaRyc said...

wuwuw.. best nye..!!!.. >_<

segan kot nak jumpa blogger rmai-2 .

>_< ngeh-2

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

wah..siap hi tea.mantap! tahniah lila =)

khalila said...

@RinsyaRyc
best ^_^. alhamdulillah ada rezeki jumpe diorang semua. segan jugak. tp ade sepupu tlg teman. pastu diorang semua friendly sgt ;)

khalila said...

@Khumaera Ismail aka Mariam Ismail
terima kasih maera. adie murah hati nak blanje kitorg semua hi-tea. huhu

Fiq Fikri said...

tahniah kepada khalila kerana dari jauh dtg ye ehheeh
apa2 pun best jumpa korg.lagi2 yang tak pernh jumpa kan :)
ho[pe next time boleh jumpa lagi huhuh

Joe_Hans said...

fuyooo!!! retis menang.. hehehe... :)

Selamat Datang ke Melaka Khalila.. ngeeee

Redbloodsnow said...

best lah. pssttt.. teringin nk jd blogger sefemes blog. syok wooo. tp weols ni so far from it kan :P

Rtp Farra Arisha said...

hehe, all of you seem very happy meeting each other..:)

khalila said...

@Fiq Fikri
hehee... time kasih fiq. tahniah gak fiq no 1 tuuuuu! x datang, x jumpe korang. insyaAllah next time kalau ade rezeki ;)

khalila said...

@Joe_Hans

fiq no 1, hebat kan die. hehehe... time kasih. tapi x sempat pusing melaka pun. kejap je kat sana. huhu

khalila said...

@Redbloodsnow
zie femes tuuu... huhu. x dpt jumpa zie in person, jumpa kat blog jadi la. hehe

khalila said...

@Rtp Farra Arisha
happy sgt farra. jumpa org2 yg selalu jumpa kat blog je, jumpa org yg x pernah jumpa sebelum ni. such a wonderfull experience ^_^

zOeY zAu YaH said...

syoklah dia jumpa blogger2 tu semua..

nini said...

bestnyeeee dapat angry birdddd....=D

Woofer Storm said...

bestnya dia..siok sngt tu,nak join sekaki tapi tak mampu.heheee

syufaa said...

waaaa.
seronok2!!
nak jugak join event camtuuuu! :D

khalila said...

@zOeY zAu YaH
hehee... alhamdulillah zoe. best dpt jumpa diorg ^_^

khalila said...

@nini
dapat free memang best. huhu

khalila said...

@Woofer Storm
syiok smpai x terkata. haha.... xpe achie, len kali insyaAllah ade can boleh join jugak ^_^

khalila said...

@syufaa
seronok ^_^. eh eh, len kali kalau ade lagi, jom join skali ^_^.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...