Support Me Here ^_^

Saturday, December 03, 2011

Komedi Muzikal Maharaja Lawak Minggu 6



(LINK)


Hai semua ^_^. Malam tadi tengok tak Maharaja Lawak Minggu Ke-6? Tema malam tadi adalah muzikal. Jadi, setiap peserta kena buat persembahan dengan masukkan muzikal dalam lawak diorang tu. Inilah peluang kita nak tengok pelawak-pelawak ni menyanyi. Huii..... tak dinafikan ada beberapa orang yang suara diorang memang sedap. Ala-ala Jamal Abdillah pun ada. Hehee... Boleh tahan lah jugak. Tapi yang saya perasan, konsep lawak yang dibawakan oleh para peserta dari Indonesia macam lebih kurang je. Kumpulan Saehu dengan  Kumpulan Bawel. Dua-dua kumpulan ni kalau perhati betul-betul ada persamaan kedua-duanya. Cuma jalan cerita lah yang beza. Tapi ok, diorang kreatif dan lawak jugak. Kalau saya boleh gelak tu, lawak la kan. Hehee...

Tapi dalam banyak-banyak peserta malam tadi, saya paling suka persembahan satu kumpulan ni. Nak tau yang mana satu berjaya menarik mata saya? Jom tengok bawah.

Mempersembahkan...............
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





SYOK!! Sangat kena persembahan diorang malam tadi dengan nama kumpulan diorang. SYOK memang syok malam tadi. Hehe... Bawak cerita hantu-hantu dengan muzikal. Memang best. Ada part lawak, ada part seram, ada part comel. Saya rasa comel. Haha... Suara hantu lelaki yang badan besar sikit tu sedap taw. Lagu yang diorang ubah suai liriknya dan bawak masuk dalam persembahan ni sangat kena dan sesuai. Bak kata Chef Wan, persembahan diorang itu lah persembahan komedi muzikal yang betul. Kalau la semua hantu lawak macam ni...... adoiii.... Dah, dah... taknak cakap hantu-hantu lagi. Nanti mimpi malam. Huhuu... Sape belum tengok, try la tengok persembahan diorang. Saya tak jamin korang akan suka jugak. Kalau tak best jangan salahkan saya. Saya cakap best sebab hati saya kata best. Hehee.... happy watching ^_^.

Yang lain-lain pun oklah jugak. Ada beberapa yang saya rasa menarik. Ada jugak yang agak bosan. Saya share sekali kat bawah ni persembahan beberapa kumpulan. Sesiapa yang belum tengok, try lah tengok dan nilaikan sendiri ok ^_^.

BAWEL



BOBOI



SAEHU


Part ni sian Dato' Siti nyanyi lagu Happy Birthday dengan suara serak. Huhu...

ADLIN




p/s : Senyum dan ketawalah. Lupakan duka seketika ^_^

4 menconteng:

Saiazuan said...

tak brapa minat sgt MLM ni.. sbb mempertandingkn otai2..

Cik Lia Lomi said...

tade astro tak tengok maharaja lawak ni..hehehehe..tapi orang kata best.

k.h.a.l.i.l.a said...

@Saiazuan
sy pun x minat semua. nak tgk 2, 3 group je. hehe... sbb yg lain tu x lawak sgt pun.

k.h.a.l.i.l.a said...

@Cik Lia Lomi
sy tgk kt astro ni pun sbb duduk kampung je. kalau tak, tengok kt youtube. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...