Support Me Here ^_^

Saturday, December 31, 2011

Senja Terakhir - Entry Penutup 2011



Hai semua ^_^. Seperti yang dijanjikan, malam ni saya nak buat dua entry. Entry ni kira penutup untuk tahun 2011 la kan. Semua orang sibuk buat entry sempena akhir tahun dan tahun baru ni. Saya pun sibuk nak buat jugak. Heheh.


Langit di Barat


Langit di Timur. Rasanya masa snap gambar ni, gelap lagi. Dah masuk camera macam cerah sikit.

Macam mana tahun 2011 korang semua? Mesti macam-macam ada kan? Suka, sedih, marah, ketawa, kecewa, blur...... Blur? Ade ke? Hehe... Saya pun. Macam-macam yang dah jadi tahun 2011 ni. Nak tau apa yang jadi kat saya tahun 2011 ni? Jom baca lagi. Tapi tak semua lah. Saya senaraikan beberapa perkara je ok ^_^.


Tahun ni saya mula aktif blogging. Cuti bulan Mac

Konflik dengan kawan sebelah katil. Kite dah ok kan? Heheh.

Bela ikan laga pertama saya Si Tembam. Dah mati -_-".

Hati 'berdarah'. Memang la kena ada darah kan? Huhu...

Tamat jawatan yang dipegang dua tahun. Lega..

Raya kurang meriah. Kenapa eh?

Ronda Melaka dengan geng Ex-JPP. Ohh.... BEST!

Boros! Haishh.... kene clorox cepat-cepat benda nih...

1st time jahit uniform baju kurung PPIM (sepasang). Terdesak. Nasib baik jadi.

Jumpa bloggers BEST kat Melaka. Thanx a lot Daniel Adie ^_^.

1st time pegi Melaka naik bas sorang-sorang. (Kenapa banyak Melaka nih?)

Jumpa seseorang untuk masa depan.. InsyaAllah... You know who you are ^_^.

Berjaya tengok kerbau kena sembelih depan mata. Sebelum ni tak berani.

Cuba-cuba jahit dress sendiri ^_^.

Tertinggal dua bungkus sandwich Subway kat Muaz Textiles Jalan TAR. Dah malam (9.30 mlm). Dalam LRT baru perasan. Sanggup patah balik dalam keadaan tak sure kedai masih bukak atau tak........................................... Nasib baik..... pintu dah tutup separuh. Huhuu.... lega. (orang punya, tu pasal risau).


Emm.... banyak lagi sebenarnya. Tapi saya senaraikan sikit ni je la. Nak tau semuanya, kena baca semua entry tahun ni la. Tu pun tak semua saya cerita dalam blog. Tu pun kalau korang nak baca lah. ^_^. Apa-apa pun, masa tetap berlalu. 2011 pergi, 2012 pulak datang. Yang penting, kita cuba sedaya upaya untuk menjadikan hidup kita lebih baik dari sebelumnya. 

Tak perlu nak tunggu tahun baru baru nak pasang azam, baru nak perbaiki diri. TAPI..... tak salah pun kan kalau nak buat azam. Tu sebagai pembakar semangat lah. Semoga tahun baru 2012 ni, kehidupan kita akan menjadi lebih baik. Ada seseorang selalu cakap pada saya, kita sendiri yang menentukan hala tuju hidup kita. Bukan orang lain. Jadilah diri sendiri ^_^.


SELAMAT TINGGAL 2011
SELAMAT TAHUN BAHARU 2012


^_^


p/s : Ini saja entry terakhir 2011 dari saya. Salah silap harap dimaafkan. Kita jumpa tahun depan ye. Hehee...

8 menconteng:

aReLaN said...

salah silap,kemaafan dipinta.hihihi...hepi new year

AY said...

selamat tahun baru 2012..
smoga blog brtmbah meriah k

khalila ishak said...

@aReLaN
hehee... hepy new year juge :)

khalila ishak said...

@Fixx

hehee.. slamat tahun baru 2012 juge. :)

Anonymous said...

selamat tahun baru, yang penting usia dh meningkat kan. hahaha

asni daie said...

terima kasih
=)

khalila ishak said...

@.faris.
hahaaa... opkos la! selamat tahun baru ;)

khalila ishak said...

@asni daie
sama-sama ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...