Support Me Here ^_^

Sunday, March 31, 2013

Two Color Flower Pin


Stock sangat terhad. 
1 = RM3
2 = RM5
Postage = RM6 (WM) / RM8 (EM)

Kalau berminat order di link ini ye :)




Gores Dan Menang KEMBALI LAGI!

Assalamu'alaikum. Salam Sejahtera.


Teringat zaman kecik-kecik dulu, selalu ade agen-agen gores dan menang datang rumah. Dia bagi kita beberapa kad untuk dipilih. Kita pun berdebar-debar la konon nak pilih. Harap-harap dapat yang terbaik. Jadi, boleh la dapat hadiah best. 

Gores dan menang yang saya cerita ni tak sama macam gores dan menang yang ada kat produk-produk terkenal di Malaysia ni. Yang tu rasanya boleh dipercayai kut. Yang saya cerita ni tah dari syarikat mana-mana tah. Ok, kita sambung cerita.


Gambar contoh.


Sekali gores, fuyyooooooooooo dapat hadiah yang THE BEST! Dapat tuntut hadiah macam-macam. Water filter la, mesin urut kaki la, macam-macam la. Hadiah sepatutnya "free" kan? Haaaa.... kat sini la trick diorang. Untuk ambil satu barang tu perlu bayar cost-cost tertentu atas nama dan term-term tertentu.
Ape la, tu bukan hadiah la namanya.

Kenapa tetiba saya cerita pasal ni? Haaa.... ni la dia nak sambung lagi cerita ni. Semalam (30 Mac 2013) sesiapa yang pergi ke Pudu Sentral turun dari Plaza Rakyat mungkin ada jumpa beberapa orang yang buat promosi kad hadiah. Mula-mula ada seorang lelaki hulur kad kepada saya. Mula-mula saya malas nak ambil. Dia hulur lagi. Saya ingat kad iklan biasa macam Gulatis bagi kat area Masjid Jamek tu. Saya ambil je la. Eh, lepas tu dia suruh pergi kat sorang lagi kawan dia kat depan saya tu. Saya ingat lagi dia kata, "Ha, you pegi bagi kat itu perempuan gemuk sign". Ha? sign?. Hmm... ok la. Maybe ni macam promosi macam yang WWF buat untuk hidupan liar. 1 Signature 1 Support la agaknya. Tapi................ ha, kat sini saya dah tau dah apa sebenarnya yang diorang main. Dua orang ni mula terangkan pasal promosi syarikat diorang, pasal hadiah, pasal kupon diskaun dan sebagainya. Terus saya teringat kenangan zaman kecik dulu. 

Saya buat apa lepas tu? Saya teruskan dengar penerangan mereka. Dalam hati ada baca-baca jugak takut diorang pukau ke apa. Bahaya kan. Kita mana tau. Saya pun koyak la kad hadiah tu. Bila terpampang depan enam mata kitorang bertiga ada bulatan warna silver. Dua orang yang buat promosi tu buat muka tergamam. Sungguh-sungguh dia kata, "Waaa... you dapat SUPER punya ni! You tengok aaa, kalau yang warna-warna lain punya cuma diskaun beberapa peratus saja. Ni you dapat silver, you datang HQ you boleh tuntut mana-mana hadiah dalam gambar ni (lebih dari 10 gambar hadiah dalam pamplet die termasuklah kereta). Waaa.... you banyak untung aaa!"

Saya malas nak teruja sebab saya macam dah boleh agak nanti mesti ada cas tersembunyi jugak. Lelaki tu pergi sambung kerja dia hulur kad hadiah. Tinggal perempuan tu saje yang sambung bebel depan saya. Saya tanya, "Ni kene bayar apa-apa ke ni?". Dia jawab, "Tak ada, ni hadiah. You tak perlu bayar". Dia mula tanya beberapa soalan dan saya jawab selagi jawapan saya tu tak membahayakan diri. Dia tanya pasal bank simpanan, saya jawab tapi tak beritahu semua bank yang saya ada. Kemudian dia sambung lagi cerita, pasal insurans dan sebagainya, saya tak reti nak terangkan. Dia kata, kalau saya dapat kereta, boleh ambil terus tapi saya perlu cover cost insurans ke apa tah lebih kurang RM3000 macam tu. Dia tanya, duit saya dalam bank ada berapa. Saya jawab tak banyak ada sikit je. Dia tanya lagi, kalau campur dua bank, duit you ada banyak ni tak (untuk cover RM3000 tu). Saya jawab, "Emm... tak ada pun. Tak sampai pun banyak tu". 

Lepas saya jawab macam tu, air muka dia dah berubah sikit. "Ooo... yeke? Kalau macam tu, you tak dapat la ambil hadiah ni. Kalau you dapat kereta, at least you kene bayar RM3000 (untuk insurans kut, saya tak pasti). Sayang la oo... Kad ni saya burn saja la?"

Dan dengan senang hatinya, saya tersenyum dan berkata "OK", dan terus berlalu pergi.




Zaman sekarang ni, macam-macam cara orang nak tipu. Tak tipu banyak, tipu sikit, janji dia dapat. Hal yang saya cerita kat atas ni, sekalipun memang diorang betul, maaf saya malas nak percaya. Saya pun bukan terdesak sangat nak kereta. Kalau ada hadiah kereta sekali pun, biarlah dari sumber yang dipercayai.

Kalau korang berhadapan dengan situasi ni, beringatlah dan jangan terlalu teruja, sentiasa berhati-hati.


Monday, March 18, 2013

Hariku Makin Senja


Alam ciptaan Allah ini terlampau luas. Tak mampu dijangkau akal fikiran makhluk ciptaan-Nya. Kita mengharungi detik senja setiap hari. Semakin banyak senja kita lalui, maka sedarlah umur kita juga makin hampir ke "senja".

Wednesday, March 13, 2013

Cinta Dia Macam Novel

Assalamu'alaikum, Salam Sejahtera
Kisah cinta setiap orang tak sama kan? Ye, mungkin ada yang lebih kurang, cliche. Memang la cliche, jumpe seseorang, kawan-kawan, tersuka, ada relationship, gaduh-gaduh, jeles, baik balik, takde rezeki > putus, ada rezeki > nikah.
Ini baru satu versi ke"klise"an kisah cinta manusia. Banyak lagi versi. Arranged married, kawan bertahun-tahun tiba-tiba putus nikah pulak dengan orang yang baru kenal 3-4 bulan > bahagia hingga anak cucu.
Suka sangat wedding Irma Hasmie :)
Kadang-kadang kita rasa hidup kita biasa-biasa je. Kisah kita biasa-biasa je. Tapi dari mata orang lain? Siannya dia, mesti dia sedih. Banyak betul dugaan dia. Atau pun, beruntung dia, mesti dia bahagia. Jalan hidup dia lancar je.
Kita melihat kisah hidup orang lain, banyak naik turun, banyak suka duka, banyak kecewa gembira....... macam dalam novel. Kita tak tahu, mungkin orang lain tengok kisah kita pun macam dalam novel jugak. Aish.... semua nak kisah cinta macam novel. Happy ending. Tapi Kaki Novel syarat terakhir dia kalau nak terbitkan novel, mesti HAPPY ENDING OK! But, we have to remember, tak semua novel ends with happy ending. Serius, macam novel pertama yang saya baca "Pilot Cafe". Seingat saya ending dia hero akhirnya alone tak ada dengan siapa-siapa. Grrr! Still, personally saya suka novel tu. Dah nak buat filem pun. Harap kat layar sama hebat atau lebih hebat dari cetakan kertas. Jangan tak sehebat novel dia sudahlah...
What do you feel when you have to let go your love one to someone else? Hari-hari dalam nafasnya ada harapan supaya cintanya tak lenyap dihembus bayu. Hari-hari tika terjaga dari tidurnya mengharapkan semua itu hanya mimpi. Sedih.... benar sedih. Orang yang melihat turut merasa.
Sabar, ada hikmah semua yang berlaku ni. Ada lagi yang lebih baik untukmu. Bukan bermaksud lelaki dambaannya tidak cukup baik. Baik, cukup baik. Tapi mungkin Allah telah simpankan yang terbaik buat kamu. Seseorang yang akan melakarkan kisah hidupnya bersamamu hingga ke akhir hayat.
Dugaan dia memang besar bila ia soal hati. Lukanya tak nampak, tapi sakitnya sendiri yang merasa.
Ini realiti. Bukan lagi ibarat novel kerana sebenarnya novel diinspirasikan dari realiti kehidupan.
:)

Monday, March 11, 2013

Haram Ke Tak Haram Ni?

Assalamu'alaikum, Salam Sejahtera

Kita sebagai penganut agama Islam seringkali dimomokkan dengan bahan dalam makanan dengan kod (E-). Katanya bahan yang berkod E ada unsur-unsur atau ada mengandungi bahan daripada haiwan atau babi. Saya pun sama. Penah satu masa keliru. Adakah semua bahan yang bermula dengan kod E semua ada mengandungi bahan daripada babi atau haiwan atau serangga?


BIAR BETUL?!!


Perkara yang lebih menambahkan kekeliruan saya bila semak bungkusan, ada cop JAKIM. Hai... takkan la Jakim suka-suka hati je bagi lesen halal kan? Tak pun, takkan la syarikat pengeluar ni letak cop tanpa pengesahan. Berani sungguh letak tanpa pengesahan. Nanti kene saman nak bayar macam mana? Habis lingkup, produk pun orang tak beli dah.
Mesti ada penjelasan kan?

 
 
Dah la kebanyakannya memang junkfood kegemaran -__-"
Ya yaaa..... memang junkfood tak elok untuk kesihatan. Tapi memang tak boleh lari dari benda-benda camni.... Bukan junkfood je, bahan masakan seharian pun tak terlepas jugak.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, boleh la view entry cik Aleen Mohamad ni. Dia ada buat entry pasal ni. Tak larat pulak saya nak research panjang-panjang.

http://aleenmohamad.blogspot.com/2010/11/keropok-rota-haram-sebab-ada-kod-e110.html

Sunday, March 10, 2013

Kebaikan Ayat Kursi - Amalkan


Salah satu ayat yang perlu kita amalkan adalah Ayat Kursi. Amalkanlah setiap hari :)


Kelebihan dan kebaikannya


Saya share dari orang lain gambar-gambar ni. moga bermanfaat. Jika ada kesilapan, mohon tegur dan perbetulkan. Terima kasih ye :)

Peliknya Kalau Tak GADUH

Assalamu'alaikum, Salam Sejahtera


Comel pulak budak ni ^^

Hai, siapa tengah merajuk sekarang ni? Alalaaa.... panjang muncung dia. Orang tu pulak tak paham-paham kita nak dia pujuk. Grrr...

Dalam satu perhubungan, salah faham, gaduh tu normal. Gaduh-gaduh manja gitu...Yang tak normalnya kalau sepanjang masa, dah 6 tahun punya hubungan pun tak gaduh-gaduh. Aman damai je. Pelik, macam tak ambil kisah je? Bukan bermakna saya nak galakkan orang bergaduh. Tapi, kadang-kadang, gaduh ni boleh merapatkan lagi satu perhubungan. Bukan la sampai betumbuk-tumbuk, sepak terajang. Tu macam tak sayang langsung je...... 

"Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri"

Gaduh boleh jadi sebab hal-hal yang kecil. Dengan bargaduh, kadang-kala kita mula memahami diri seseorang dan orang mula memahami diri kita. Apa yang dia tak suka, apa yang kita tak suka. Yang penting, lepas gaduh, reflek diri balik. Saling bermaafan. Kita bertindak luar dari kebiasaan bila hati tengah marah. Ego tinggi melangit. Tarik nafas, hembus. Call him/her back. Discuss, jernihkan semula keadaan.

"It is not difficult, unless you make it difficult"

Faith and Love :)

Assalamu'alaikum, Salam Sejahtera

(Klik SINI)

People may change for so many reason.
If the reason is LOVE, and the changes is in a good way.
Fight for your LOVE. 
^_^

Monday, March 04, 2013

Give Up Or Not?


"Mind tell me to give up, but my heart won't let me."

Kenapa? Sebab jauh di sudut hati kamu masih perlukan perkara itu. 
Perkara apa? Depends on you. 
Di sinilah akan mula timbul konflik dalam diri. 
Berpegang pada Yang Satu. 
Kamu tahu apa yang kamu mahukan
tetapi ALLAH lebih tahu apa yang kamu perlukan. :)

Sunday, March 03, 2013

Dugaan Itu Pelangi Kita

Dugaan itu pelangi kehidupan. 
Dengan dugaan, kita belajar erti kesabaran. 
Dengan dugaan, kita belajar untuk menghargai. 
Dengan dugaan, kita bangkit semula dari kegagalan. 
Stay strong dear brother & sister. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...