Support Me Here ^_^

Showing posts with label Zaralyla Shop. Show all posts
Showing posts with label Zaralyla Shop. Show all posts

Monday, July 08, 2013

I-Fest di IPG Kampus Bahasa Melayu

Assalamu'alaikum, salam sejahtera
^_^


Buat pertama kalinya dalam seumur hidup saya buka booth dengan membawa nama ZARALYLA SHOP. Alhamdulillah, pengalaman pertama memang menyeronokkan. Bukan tujuan untuk cari untung semata-mata, tetapi cuma nak cari pengalaman. Yela, asyik niaga online je. Nak jugak merasa jual offline.

Waktu siang tak ada snap gambar. Yg ni gambar-gambar waktu malam saje. Lobi dah lengang dah. Tinggal beberapa booth je yang beroperasi. TQ so much to my dearies sisters for coming ^_^.

Walaupun dah malam, alhamdulillah rezeki masih ada. Yakin rezeki Allah ada di mana-mana. Janji kena usaha :)

Apa tah si datin ni tenung. Huhuu

Ameena gaya Cik Ain. Ada ekor die kata. Hehe

Ameena gaya Cik Aisyah. 
Labuh boleh adjust ikut keselesaan masing-masing :)

Three of us. We love wearing this halfmoon shawl.
Labuh dan mudah digayakan :)

Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua pengungjung dan pelanggan yang sudi singgah dan membeli di booth Zaralyla Shop. Tak sangka sambutan terhadap Halfmoon Abstrak cukup menggalakkan. Tapi saya tak bawa stock banyak masa I-Fest tu. Cuma 9 helai untuk percubaan. Alhamdulillah laris. 

Ini contoh Halfmoon Abstrak. Ada 4 ke 5 tone warna pada kain dengan beberapa pilihan warna kain. Paling BEST kalau pakai dengan baju/jubah warna hitam atau apa-apa warna baju yang plain. :)

Buat masa ni, Ameena dah tak ada stock. Dalam perancangan untuk cuba restock sebelum raya. Kalau ada rezeki, saya ingat nak buat SALE sempena Ramadhan-Raya. Semoga Allah permudahkan plan ni :)


Eh, eh, jemput singgah online shop saya ^_^


Sunday, March 31, 2013

Two Color Flower Pin


Stock sangat terhad. 
1 = RM3
2 = RM5
Postage = RM6 (WM) / RM8 (EM)

Kalau berminat order di link ini ye :)




Sunday, June 03, 2012

Si Dia Tengah Buat Apa Agaknya Ya?


Hai semua ^_^. Macam  mana dengan weekend korang? Owhhhh.... konfem undangan perkahwinan datang bertalu-talu. Sampai tak tau nak pegi mana satu dulu. Huhuu...

Di kesempatan ini saya nak ucapkan tahniah kepada kawan-kawan yang dah melangsungkan perkahwinan. Sampai dah jodoh korang kan. Saya entah bila. InsyaAllah beberapa tahun lagi kalau diizinkan Allah. Selamat Pengantin Baharu kepada Kak Mamet (Asmidawati), Afiqah Mahat, Nur Qalbiah, Atika Zainal, Hana, Cik Izah, emm.... sape lagi ye? Yang bertunang pun ada, Tasya dan beberapa orang lagi. Selamat berbahagia. Saya sempat datang kenduri Kak Mamet. Nanti saya share gambar perkahwinan dia ye. Tema merah putih. SANGAT GOJESSSS!! Fuhhh... cantik sangat. 

Ohh yee... untuk entry ni saya nak share dengan korang satu aplikasi ni. Sekarang banyak aplikasi kat Facebook kan? Sekadar suka-suka. Yang ni salah satunya.



Nak cuba? JOM ^_^

Klik link kat bawah ni.



Friday, May 11, 2012

Zaralyla Shop Kini Berwajah Baru


Hai semua ^_^. Lama tak update apa-apa kat sini. Rindu zaman "hariku tak ceria tanpa blogging". Ewahhh!

Just a short update. Mungkin ada yang tau, dan mungkin ada yang tak tau yang saya ada blogshop sendiri. Nama apa?? Nama blogshop saya ZARALYLA SHOP. Meh la singgah ramai-ramai. Sekarang dah ada wajah baru. Dah make up baru. Make up lama dah cuci habis dengan make up remover. Hehe... Tapi, biasa je. Saya guna Dynamic View tu je pun. Nak buat sendiri tak reti.






Buat masa ni saya akan guna template ni tapi mungkin saya akan make over lagi kalau sy jumpa template yang lebih baik. Saya suka template dinamic view tu sebab dia sangat simple dan tak serabut. ;)

Jom singgah. Macam-macam ada. 


Tudung




Beg



Kamera



Kain Pasang




Aksesori



Dress




Banyak lagi pilihan yang lain di blogshop dan FB Page saya.

Jom Singgah ^_^


atau





Tuesday, March 27, 2012

Kain Pasang Cantik! ^_^



Hai semua ^_^. Cuci mata tengok kain pasang kat sini. Ada beberapa pilihan yang menarik.
















Untuk update terkini sila ketuk pintu PAGE FB saya ^_^.


Friday, February 17, 2012

Online Shop Baru Mentah Lagi ^_^



Hai semua ^_^. Entry sebelum ni saya ada post satu gambar untuk Wordless Wednessday. Nak tau tak apa semua tu? Jom, saya tunjuk sekali lagi gambar tersebut.


Saya nak memperkenalkan kepada korang semua online shop baru milik saya. Memang masih mentah. Kalau cili padi, yang hijau kecik lagi tu. Hehe... Saya tak ada asas dalam perniagaan pun. Kalau orang suruh menjual pun saya tak pandai sangat. Tapi entah kenapa saya nak cuba benda baru. InsyaAllah ni langkah pertama saya.

Tak ada plan yang sebenar-benarnya pun benda yang saya buat ni. Survey barang-barang kat internet, hantar email kat pembekal. Kemudian ada pembekal yang bagi respon, akhirnya tertubuhlah ZARALYLA SHOP ni. 

Kenapa ZARALYLA SHOP? Zaralyla tu asalnya daripada email saya, zaralyla@gmail.com. Mula-mula nak letak Zara Palace. Tapi macam ramai pulak yang guna perkataan "Zara" sahaja. Kalau nak letak Zaralyla Palace, macam panjang pulak *cerewet betul.... Akhirnya, saya pilih Zaralyla Shop. 

Sebenarnya saya memang dari dulu suka nama "Zara". "Lyla" pulak ambil daripada nama saya, Khalila. Yeeee..... memang ejaan sepatutnya "Lila". Tapi, saya tukar sikit. Hehe..


Kenapa nak buat bisnes online jugak?
Macam saya cakap tadi, nak cuba benda baru. Manalah tau boleh tambah duit poket sikit-sikit. Duit yang ada, makin hari, makin habis. Mengalir macam air. Tak kan dah besar macam ni nak harap duit mak ayah kan.

Ingat senang ke nak dapat untung?
Apa-apa yang kita buat mesti ada risiko. Memang bukan senang nak dapat untung. Rezeki Allah ada di mana-mana. Tapi sekurang-kurangnya ada usaha kan? Kalau dah usaha tapi tak berjaya, sabar dan cuba lagi. Kalau tak usaha? Lagilah tak dapat apa-apa.

Apa yang saya jual?
Macam-macam ada. Buat permulaan ni saya nak cari pengalaman dulu. Kalau nak tengok, boleh lawat blogshop baru saya. Saya akan bagi link kat bawah nanti ^_^.


Sebelum tu jom tengok hasil kerja saya untuk blogshop baru ni ^_^


Header (klik untuk ke blogshop)


Footer

Watermark / Signature

Zaralyla Shop Facebook
(klik untuk ke FB Zaralyla Shop)
LIKE lah sekali. Hehe...

Wednesday, February 15, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...