Support Me Here ^_^

Friday, February 17, 2012

Online Shop Baru Mentah Lagi ^_^



Hai semua ^_^. Entry sebelum ni saya ada post satu gambar untuk Wordless Wednessday. Nak tau tak apa semua tu? Jom, saya tunjuk sekali lagi gambar tersebut.


Saya nak memperkenalkan kepada korang semua online shop baru milik saya. Memang masih mentah. Kalau cili padi, yang hijau kecik lagi tu. Hehe... Saya tak ada asas dalam perniagaan pun. Kalau orang suruh menjual pun saya tak pandai sangat. Tapi entah kenapa saya nak cuba benda baru. InsyaAllah ni langkah pertama saya.

Tak ada plan yang sebenar-benarnya pun benda yang saya buat ni. Survey barang-barang kat internet, hantar email kat pembekal. Kemudian ada pembekal yang bagi respon, akhirnya tertubuhlah ZARALYLA SHOP ni. 

Kenapa ZARALYLA SHOP? Zaralyla tu asalnya daripada email saya, zaralyla@gmail.com. Mula-mula nak letak Zara Palace. Tapi macam ramai pulak yang guna perkataan "Zara" sahaja. Kalau nak letak Zaralyla Palace, macam panjang pulak *cerewet betul.... Akhirnya, saya pilih Zaralyla Shop. 

Sebenarnya saya memang dari dulu suka nama "Zara". "Lyla" pulak ambil daripada nama saya, Khalila. Yeeee..... memang ejaan sepatutnya "Lila". Tapi, saya tukar sikit. Hehe..


Kenapa nak buat bisnes online jugak?
Macam saya cakap tadi, nak cuba benda baru. Manalah tau boleh tambah duit poket sikit-sikit. Duit yang ada, makin hari, makin habis. Mengalir macam air. Tak kan dah besar macam ni nak harap duit mak ayah kan.

Ingat senang ke nak dapat untung?
Apa-apa yang kita buat mesti ada risiko. Memang bukan senang nak dapat untung. Rezeki Allah ada di mana-mana. Tapi sekurang-kurangnya ada usaha kan? Kalau dah usaha tapi tak berjaya, sabar dan cuba lagi. Kalau tak usaha? Lagilah tak dapat apa-apa.

Apa yang saya jual?
Macam-macam ada. Buat permulaan ni saya nak cari pengalaman dulu. Kalau nak tengok, boleh lawat blogshop baru saya. Saya akan bagi link kat bawah nanti ^_^.


Sebelum tu jom tengok hasil kerja saya untuk blogshop baru ni ^_^


Header (klik untuk ke blogshop)


Footer

Watermark / Signature

Zaralyla Shop Facebook
(klik untuk ke FB Zaralyla Shop)
LIKE lah sekali. Hehe...

10 menconteng:

Umar said...

Wow! Tahniah dgn pembukaan online shop anda! Wish you all the best! :)

Mr.Clive said...

peewit! taukeh in the house!hoho

khalila ishak said...

@Umar
terima kasih umar ^_^. insyaAllah.... cuba benda baru. hehe

khalila ishak said...

@Mr.Clive
hehee... tauke cube2 je ni

Rtp Farra Arisha said...

may you've success at doing this business :) all best to you, sis...:)

Woofer Storm said...

memang cool la..ehhehee

#benda free ada tak?ehhee

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

nice~ selamat ber business :D

khalila ishak said...

TQ so much farra ^_^

khalila ishak said...

@Woofer Storm
ahahaa.... barang free kene tunggu dah kaye sikit. tp insyaAllah... tgh fikir2 utk jd sponsor contest atau giveaway ;)

khalila ishak said...

@Muhammad Saiazuan Norhalik
TQ zuan ^_^. inysaAllah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...