Support Me Here ^_^

Friday, April 20, 2012

Rasa Semacam... Rasa Lain Macam....



Hai semua ^_^. Percaya atau tidak, saya dah hampir 5 tahun belajar di ibu negara Malaysia ni. Tapi tak pernah sekali pun jejak kaki ke Pavilion KL. Eh, ini serius. Huhu... Ada sekali tu saya lalu depan Pavilion for the first time dan ternampak replika-replika seperti dalam gambar kat bawah ni..... 

Jom tengok...








Sumber : Tok Google

Saya tak pasti sama ada semua gambar tu diambil di Pavilion KL atau tidak sebab United Buddy Bear ni worldwide rasanye. Tapi tanggapan pertama saya bila nampak patung-patung ni saya rasa macam.................. Entahlah, takut jadi hal sensitif kalau disebut nanti. Huhuu... Tapi serius la, saya terbayangkan "benda" itu bila United Buddy Bear ni disusun banyak-banyak macam tu. Mungkin kalau buddy bear tu semua saiznye kecik-kecik saya tak fikir macam "itu" kut. Diakui memang comel (sesetengahnya). Tapi bila banyak-banyak macam ni, saya rasa lain macam. Hehe...


p/s : Mungkin saya je yang terbayang buddy bear besar-besar yang disusun banyak-banyak macam tu seperti .............. Arghh! Takmo sebutlah..



Jom singgah ONLINE SHOP saya ^_^
Klik gambar.

Nama-Nama Yang DILARANG Dalam Islam.


Hai semua ^_^. Macam-macam nama yang da sekarang ni kan? Lagi-lagi yang belum kawen (macam saya) konon-konon berangan la nak bagi nama anak spesel-spesel. Nak tau ape nama anak saya nanti? Haisshh.... takpe lah. Tunggu saya dah ada anak nanti baru saya bagi tau (insyaAllah). Sape yang taknak ada anak kan. Anugerah yang sangat-sangat berharga.





TAPI!! Hati-hati memilih nama untuk anak. Sebab kalau main hentam je, entah baik entah buruk makna nama tu. Kesian kat anak tu nanti kan. Lagi satu, kadang-kadang dah bagi nama anak bukan main sedap lagi. Makna nama tu pun bukan main indah lagi. Tapi, lepas tu bagi nama panggilan yang entah apa maknanya. Mungkin bukan keluarga yang bagi nama panggilan tu. Mungkin kawan-kawan dia.

Ehem ehem... para penulis karya sekalian pun perlu jugak ambil tau nama-nama watak yang diberi. Mungkin cantik sebutannya, maknanya belum tentu. Kat bawah ni ada senarai nama-nama yang dilarang dalam Islam. Jom tengok ^_^

Abiqah = Hamba yang lari dari tuannya
Afinah = Yang bodoh
Asyar = Paling jahat
Asyirah = Yang tidak bersyukur atas nikmat
Amah = Hamba suruhan perempuan
Baghiah = Yang zalim, jahat
Bahimah = Binatang
Balidah = Yang bodoh, bebal
Bakiah = Yang menangis, merengek
Baqarah = Lembu Betina
Batilah = Yang batil, tidak benar
Dabbah = Binatang
Dahriyah = Yang mempercayai alam wujud dengan
sendirinya
Dahisyah = Goncang, stress
Darakah = Kedudukan yang rendah
Daniyah = Yang lemah dan hina
Dami'ah = Yang mengalir air matanya
Fasidah = Yang rosak, yang binasa
Fasiqah = Yang jahat, si fasik
Fasyilah = Gagal, kalah
Fajirah = Yang jahat, yang berdosa
Faji'ah = Kecelakaan
Ghafilah = Yang lalai, yang leka
Ghailah = Kecelakaan, bencana
Ghaibah = Hilang
Ghasibah = Perampas, perompak
Ghamitah = Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghawiah = Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu
Haqidah = Yang dengki
Hasidah = Yang hasad
Hazinah = Yang sedih
Huzn = Kesedihan
Khabithah = Yang jahat, yang keji
Khali'ah = Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khati'ah = Yang bersalah, yang berdosa
Khasirah = Yang rugi
Khamrah = Arak
Jariah = Hamba suruhan perempuan
Jafiah = Yang tidak suka berkawan
Kaibah = Yang sedih
Kafirah = Yang kafir, yang ingkar
Kamidah = Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah = Pendusta, pembohong
Lahab = Bara api
Laghiah = sia-sia, tidak berfaedah
La'imah = Yang tercela
Lainah = Yang terkutuk
Lahifah = Yang sedih, menyesal dan dizalimi
Maridah = Yang menderhaka
Majinah = Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah = Agama menyembah api atau matahari
munafikah = Yang munafik
Musibah = Celaka, bencana, kemalangan
Nariah = Api
Nasyizah = Yang menderhaka dan melawan suami
Najisah = Yang najis dan kotor
Qabihah = Yang buruk, hodoh
Qatilah = Pembunuh
Qasitah = Yang melampaui batasan dan
menyeleweng dari kebenaran
Qazurah = Kejahatan, perzinaan
Rajimah = Yang direjam, yang dilaknat
Razi'ah = Kecelakaan, musibah
Razilah = Yang keji dan hina
Sakitah = Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Safilah = Yang rendah dan hina
Sahiah = Yang pelupa
Sakirah = Pemabuk
Syafihah = Yang bodoh
Syaridah = Yang diusir
Syaqiyah = Yang menderita
Syarrul Bariyyah = Sejahat-jahat manusia
Syani'ah = Yang buruk
Syarisah = Yang buruk akhlak
Syatimah = Maki hamun
Syariqah = Pencuri
Talifah = Yang rosak, yang binasa
Tarbiyah = Yang papa kedana
Tarikah = Anak dara tua
Tafihah = Karut
Talihah = Yang tidak baik
Yaisah = Yang berputus asa
Yabisah = Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Wahinah = Penakut
Waqihah = Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah = Yang kotor
Wasyiah = Yang mengumpat, yang mengadu
dombakan orang
Wahimah = Yang lemah
Wahiah = Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wajilah = Penakut
Wailah = Bencana, keburukan
Waqi'ah = Pertempuran dalam peperangan,
umpatan
Zalijah = Kebinasaan
Zalilah = Yang hina
Zalimah = Yang zalim
Zaniyah = Penzina, pelacur
Zufafah = Racun pembunuh

Sumber : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=5947.0


p/s : Ramai perempuan penah terfikir nak bagi nama apa kat anak dia nanti. Lelaki saya tak pasti. Tapi ada. Heheh.... ^_^


Jom singgah ONLINE SHOP saya ^_^
Klik gambar.

Tuesday, April 17, 2012

Jatuh Cinta Dengan Tudung Ni Ooo!! ^_^



Hai semua ^_^. Korang pernah tengok tudung syria macam ni? Mesti pernah kan? Serius sangat selesa. Bukan saje selesa, tapi mudah dipakai. Tak perlu iron. Cuma iron bahagian muncung awning tu saja sebab nak hilangkan kesan lipatan. Eh eh... tapi awning tudung ni bukan awning keras taw, awning lembut. Memang orang kata 'jadi' la kalau pakai tudung ni. Nak basuh pun senang, pakai mesin pun boleh. Nak simpan pun senang, tak perlu risau awning rosak atau 'patah'.










Contoh pemakaian



Lebih lanjut, klik sini


Sunday, April 08, 2012

Perkara Baik Nak SHARE ^_^


Hai semua ^_^. Apa khabar? Semoga sentiasa dalam lindungan dan redha Allah ye. Tinggal seminggu je lagi praktikum saya kat SK Sungai Merab Luar ni. Rasa sayang pulak nak tinggalkan murid-murid 4 UPM. Walaupun anak-anak murid cikgu ni bukan murid kelas hadapan, tapi awak semua sangat baik. Nakal budak-budak tu biasa la kan? Alhamdulillah, tak ada yang kurang ajar. Cikgu terharu sangat awak semua jaga tingkah laku dengan baik masa Pensyarah Pembimbing cikgu datang. Thanxs! Love you all so much ^_^. Maaf korang, tak ada pulak gambar budak-budak tu dalam kelas. Sibuk nak kejar masa semasa mengajar, tak sempat-sempat nak snap gambar anak-anak kecik tu. Hehe.. InsyaAllah akan ada nanti.



Suka moment ni. Tak tau kenapa. ^_^



Sebenarnya saya nak SHARE satu video ni. Sangat comel dan bermanfaat. Tak percaya? Boleh try tengok video kat bawah ni ok ^_^.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...