Support Me Here ^_^

Saturday, August 13, 2011

Tips Berbuka Puasa Di Luar

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera



Hari ni dah 12 Ramadhan. Maknanya dah 12 hari juga kita berbuka. Dah puasa mesti la kena berbuka kan? Ade ke yang puasa 24 jam sehari? Hebat betul perut dia. Hehe.. Sebaik-baiknya berbuka di awal waktu. Tak baik melewat-lewatkan berbuka. Ragam orang berbuka ni macam-macam. Lagi-lagi kalau yang pergi bazar Ramadhan nak beli makanan untuk berbuka. Tengok depan ayam golek, tengok kanan nasi beriyani, tengok kiri bubur lambuk, tengok belakang sup tulang. Ambooooooooiiiiii....... macam-macam makanan menggoda time puasa ni. Hari biasa tak jumpa pulak. Belum kira air macam-macam warna. Ungu, pink, merah, kuning, biru, semua ada. Nak pulak time tu panas terik, nampak pulak air tu sejuk je berais. Memang mencabar ketabahan hati. Huhuu... Kuih-muih, lauk-pauk, semua ada. Nak atau tak je beli, Kalau ikut nafsu, memang nak bawak balik je 1 bazar tu. Tapi, tak mungkin la kan.

Kalau perut sebesar tangki minyak gas takpe le ;p

Ada juga yang nak ubah rutin berbuka puasa, pergi berbuka puasa di luar. Pergi dengan family, kawan-kawan, sorang diri (siannye). Tapi, bila berbuka puasa di luar, ianya melibatkan masa! Masa nak survey tempat, masa nak order makanan, masa nak tunggu makanan siap, masa nak mengunyah makanan, masa nak bayar bil, masa nak berkejar ke surau, berebut nak solat. Maghrib bukan lama. SINGKAT sangat masanya. Leka sangat makan, tiba-tiba dah azan isyak. Padahal solat maghrib belum lagi. Haa.... baru la nak kelam kabut.

Memang tak best la kan. Nak berbuka pun berebut meja nak duduk, nak solat pun perlu bersesak-sesak dengan orang ramai. Memang kita perlu berbuka di awal waktu. Tapi jangan sampai abaikan solat Maghrib. Meh tengok beberapa tips untuk berbuka puasa di luar dengan tenang tanpa perlu berebut-rebut dengan orang lain terutama di tempat yang RRRRAAAAMMAAAIII orang macam kat Mid Valley, Sogo, Masjid Jamek (ok, ni tempat yang saya biasa pegi. Tempat lain pun macam ni jugak kut). Tapi saya dengan member-member biasa buat macam ni tak kisah la tempat ramai orang atau tak.

Sikit je tipsnye, tak banyak pun. Huhhu... Cuma nak share saje ^_^.

1 - Rancang di mana korang nak berbuka puasa.
2 - Boleh jugak call tempat tu kalau nak reserved meja.
3 - Pilih untuk solat dahulu sebelum korang menjamu selera
4 - Bawa bekal (air mineral pun cukup) untuk berbuka di surau bila dah azan.
5 - Datang ke surau sebelum masuk waktu maghrib. (Biasanya surau tak sesak waktu ni)
6 - Selesai solat, pergilah ke mana-mana tempat pilihan korang untuk menjamu selera. (Biasanya restoran tak kisah biasa atau fast food dah tak full waktu ni)

Tak perlu nak terburu-buru makan, tak perlu nak bersesak-sesak waktu solat. Waktu solat selamat, makan pun tenang. ^_^


p/s : Hari ni berbuka di The Chicken Rice Shop, Mid Valley ^_^

Wednesday, August 10, 2011

Apa Cerita Golden Churn Butter

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera


Sabtu lepas saya berbuka puasa di luar. Keluar pun dah petang, hampir maghrib. Jadi saya dengan Zati buat keputusan untuk solat dulu di surau Sogo. Ye la, kalau nk berbuka dulu, confirm la lewat nak solat. Foodcourt pun confirm full dengan orang nak berbuka. Lagi satu, kalau berbuka dulu, nanti masa nak solat maghrib, confirm ramai berebut nak solat. Surau kat Sogo bukan besar mana pun. Jadi, nak elakkan semua tu, kami pergi solat dulu. Sebelum masuk ke surau, singgah kat market (tak tau nak namakan ape -_-") Sogo beli air mineral. Tengah usha-usha kat bahagian butter tu, tiba-tiba saya perasan ade Golden Churn Butter diletak sekali dengan butter-butter yang lain. Mula la tertanya-tanya. Butter ni halal ke tak? Kalau tak halal kenapa diletak sekali dengan makanan halal yang lain? Sekurang-kurangnya labelkan sebagai "Tidak Halal". Satu Malaysia dah tau kisah status Golden Churn Butter yang dikatakan tidak halal disebabkan penemuan DNA babi dalam sampel produk tu. JAIS (Sarawak) dah keluarkan kenyataan. Tapi berbeza pula dengan JAKIM. Daripada apa yang saya baca, sumber sample yang diambil untuk diuji tu berbeza (dikeluarkan oleh pengimport yang berbeza). Ehh, korang paham ke apa yang saya taip ni? Huhuu... Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkara ni. Korang boleh la klik kat link yang saya bagi kat bawah ni ok.



p/s : Apa-apa pun, orang ramai mungkin akan mula curiga dengan produk ni.

p/s : Ada sesiapa yang tahu tentang hal ni, boleh kongsi dengan saya?

Khalila's Wordless Wednesday #7


p/s : hidden mickey??

Tuesday, August 09, 2011

Next To You - Chris Brown ft. Justin Bieber

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera

Sekarang jam dah pukul 4.50 petang. Perut dah _______________. Korang isi sendiri. Huhu... Ade yang dah lapar, ade yang berkeroncong, ade yang steady je. Petang ni takde buat ape pun. Online je. Masuk Youtube jap, terjumpa satu video klip Chris Brown dengan Justin Bieber, tajuknye Next To You. Lagu baru kut eh? Tak penah dengar pun sebelum ni. Tapi best gak. Hehee...




Heyyy..... ape la tak berfaedah betul aktiviti tengah-tengah pose nih!

Yeee.... memang tak berfaedah. Huhuu... Jangan tiru saya. Tengah kebosanan je ni. Entry macam tak sesuai je kan tengah-tengah pose macam ni. Haishh..... takpe lah. Saya nak share je lagu tu. Kalau korang nak dengar, boleh la play video kat bawah ni ok ^_^.


Nak lirik die? Ok, saya kasi sekali

[Chris Brown]
You’ve got that smile,
That only heaven can make.
I pray to God everyday,
That you keep that smile.

[Justin Bieber]
Yeah, you are my dream,
There’s not a thing I won’t do.
I’ll give my life up for you,
Cos you are my dream.

[Bridge]
And baby, everything that I have is yours,
You will never go cold or hungry.
I’ll be there when you’re insecure,
Let you know that you’re always lovely.
Girl, cos you are the only thing that I got right now

[Chorus]
One day when the sky is falling,
I’ll be standing right next to you,
Right next to you.
Nothing will ever come between us,
I’ll be standing right next to you,
Right next to you.

[Chris Brown]
You had my child,
You make my life complete.
Just to have your eyes on little me,
That’d be mine forever.

[Bridge]
And baby, everything that I have is yours
You will never go cold or hungry
I’ll be there when you’re insecure
Let you know that you’re always lovely girl, 
cos you are the only thing that I got right now

[Chorus]
One day when the sky is falling,
I’ll be standing right next to you,
Right next to you.
Nothing will ever come between us,
I’ll be standing right next to you,
Right next to you.

[Bridge]
We’re made for one another
Me and you
And I have no fear
I know we’ll make it through

One day when the sky is falling
I’ll be standing right next to you
Ohh ohh ohh ohhhhh

[Chorus]
One day when the sky is falling,
I’ll be standing right next to you,
Right next to you.
Nothing will ever come between us,
I’ll be standing right next to you,
Right next to you.

Oh nah nah
Oh yeah
Stand by my side
When the sky falls
Oh baby
I’ll be there

You’ve got that smile,
That only heaven can make.
I pray to God everyday,
To keep you forever.


p/s : Maaf, maaf entry yang mungkin tak kena dengan bulan Ramadan ni....... Selamat berbuka. ^_^

Saturday, August 06, 2011

Berebut Udara Segar!

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera

 07:01 pagi

Selamat pagi (ini entry pagi hari) semua ^_^. Selamat hari keenam puasa. Sahur apa tadi? Hmm.... pagi lagi ni. Ade pilihan, nak sambung tidur atau celikkan mata. Pagi-pagi macam ni pintu rezeki terbuka luas. Betul tak? Jadi tak elok tidur pagi-pagi macam ni (saya pun kadang-kadang macam tu time cuti -_-"). Tak baik kan? Haa... sementara masih pagi ni, sementara tak tau nak buat apa time ni. Apa kata korang pegi tepi tingkap sekejap. Selak la langsir tu luas sikit, buka tingkap. Tak pun, kalau korang ada balkoni, bersidai la kejap kat tepi balkoni. Lagi best, pegi je luar rumah. 

Nak buat apa???

Buat apa? Haaa.... hirup la udara pagi ni puas-puas. Segar taw udara pagi-pagi macam ni. Lagi-lagi kalau korang kat kawasan tengah bandar. Cepat, cepat! Udara kat bandar takkan sesegar macam sekarang ni 2 atau 3 jam lagi. Haa... jom berebut hirup udara segar ni! Kawasan kampung lain la atau kawasan yang banyak pokok. Memang segar je.

Berebut udara segar??

07:05 pagi

Hehee... tak perlu berebut. Allah tak cas sikit pun kat hamba-Nya untuk hirup sebanyak mana udara di Bumi ciptaan-Nya ni. Kalau nak hirup sampai kembung perut pun takpe. Tapi jangan la sampai macam tu. Huhuu... 

Mari menghirup udara segar ^_^

p/s : Kalau korang baca entry ni bukan waktu pagi, esok pagi la korang try ye. Pagi ni dapat hirup udara segar dengan aman sebab cuti, takde kelas Sabtu Ahad. Kalau tak, sibuk nak pegi kelas. Tak sempat-sempat nak feel udara segar. Hehe..

Friday, August 05, 2011

Cinta Paling Indah Bagi Kamu?

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera


Entry pendek malam ini ^_^

Cinta Allah, Cinta Hakiki
Cinta Halal, Cinta Diredhai
Kasih Ibu & Ayah, Kasih Sejati

- Khalila

Firdaus Life : Seminggu 100 Follower Kembali



Rasenye ni macam first time join segmen Firdaus ni. ^_^

Cepat, cepat! Sape nak join meh klik SINI

Thursday, August 04, 2011

Lagu Ramadhan "Most Favourite" ^_^

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera

Macam mana puasa setakat ni? Ade yang pengsan tak? Hehee.... baru empat hari puasa. Ada berhari-hari lagi. Relax la. Allah tak wujudkan puasa untuk menyeksa hamba-hambanya. Betul tak? Semua ni untuk menguji sekuat mana iman kita, juga untuk beri peluang kepada kita merasai macam mana kehidupan orang yang susah. Kais pagi makan petang, kais petang makan esok pagi. Haaa.... susah kan? Biarlah kita prihatin sikit dengan nasib orang-orang yang kesusahan supaya kita tak leka dengan nikmat duniawi yang Allah berikan ni.

Antara lagu raya dengan lagu sempena bulan Ramadan ni, korang rasa mana yang lagi famous dan selalu orang mainkan? Saya rasa lagu raya. Memang macam-macam la lagu raya yang ada. Evergreen lagi tu. Tanya la kat adik-adik kita yang sekolah rendah atau belum sekolah tu, apa lagu raya favourite atau lagu raya yang diorang tau. Mesti sikit-sikit diorang tau punye. Jangan la tanye yang baby tu, atau yang baru setahun dua tu. Memang la diorang tak tau. Cuba kalau korang tanye pasal lagu bulan Ramadan. agak-agak diorang tau tak? Korang pulak macam mana? Tau tak mana-mana lagu bulan Ramadan? 

Kalau tanye saya, jujur saya tau sikit je lagu-lagu bulan Ramadan ni. Ade satu lagu ni yang paling saya suka. Sekarang ni pun lagu die bermain-main kat dalam kepala ni ha. Huhuu... Nak tau lagu apa? Tajuk dia "Ramadan Bulan Berkat" nyanyian kumpulan nasyid Hijjaz. Nak cuba dengar? Boleh, jom tengok kat bawah ni. Saya kasi video dengan lirik sekali. Korang boleh la hayati bait-bait lirik lagu ni. InsyaAllah ada mesej yang  disampaikan.




Bulan Ramadan bulan yang berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yang istimewa

Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkan sedekah, jangan dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jangan dilupakan
Zikir dan tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadan dengan bermacam cara
Agar Ramadan tidak sia-sia

Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerana dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadan
Isilah Ramadan dengan sebaiknya
Kerana ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerana kita mati bila-bila masa


p/s : lirik lagu ni umpama kata-kata nasihat dan ingatan buat diri sendiri dan sesiapa yang mendengar.

Monday, August 01, 2011

Ramadhan Bulan Keberkatan ^_^

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera


Ramadhan dah tiba. Alhamdulillah kan. Allah bagi peluang lagi pada kita semua untuk bertemu Ramadhan kali ni. Harap-harap Allah bagi peluang pada kita untuk bersama bulan Ramadhan kali ini sehingga hari ke-29. Terima kasih Daniel Adie ingatkan saya tahun ni kita puasa 29 hari je. Saya tak perasan pulak. Ye la, dah biasa puasa 30 hari kan. Tak terlambat lagi rasanya saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada korang semua yang singgah di blog saya ni ^_^. Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu satu keberkatan kepada kita semua ye. Kita semua hamba Allah. Tak lepas dari kesilapan. Jadi, marilah kita perbaiki kelemahan-kelemahan diri kita yang ada ni. 

Jangan puasa tipu-tipu taw. Kalau ponteng puasa bersebab takpe : ). Tu pun atas sebab-sebab yang dibenarkan je la. Tak baik tipu-tipu puasa. Allah nampak. Pegi la menyorok dalam peti ais pun, Allah boleh nampak korang makan ok. Ha, lagi satu. Masa puasa ni la meriah sangat waktu petang. Bazar Ramadhan meriah sesangat dengan makanan. Yang pelik-pelik, yang jarang jumpe, confirm ade masa puasa ni ha. Jadi, beringat-ingat la. Bersederhana membeli makanan untuk berbuka. Kalau diikut sangat nafsu, 1 Bazar Ramadhan nak diangkut bawak balik. Lepas tu, bertimbun makanan lebih, terbazir macam tu saja.

Semalam, (Ahad, 31 Julai 2011) balik dari kampung. Mak bagi bekal Daging Masak Tumis dengan Rendang Daging. Sedaaaaaaaaaaaappppppp sangat taw mak. Hehe.... Zati, Aisyah dengan Ain suke sangat lauk yang mak bagi tu. Terima kasih mak ^_^ ------> Hmm... macam la mak baca entry ni. Tak sempat nak sambut 1 Ramadhan sama-sama dengan family. Takpe, seminggu sebelum raya Kakak balik (Kakak : panggilan kat rumah) ^_^.

Korang..... puasa baik-baik ye ^_^. 


p/s : Daku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna.....

Kami Suka Makan ^_^

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera

Siapa tak suka makan? Meh bagi makanan tu kat saya. Hehee..... takde lah. Ni la die bile dah suka makan, asyik makan je kerjanya. Blog ni pun dah jadi macam blog jalan-jalan cari makan. Semalam (Sabtu malam) sempat saya keluar dinner dengan kawan-kawan seangkatan yang suka makan. Hehee... dah lame tak jumpa kan. Curi masa jugak la jumpa diorang. Siapa? Ni la die saya nak kenalkan, Zareda dengan Suraya. Kebetulan diorang ni ada kat Teluk Intan, jumpa la sekejap kan. Tu pun nasib baik ayah kasi greenlight keluar makan malam-malam macam tu. Plan asal nak pegi Sungai Besar, tapi tak jadi. Last, pegi dinner je la. Hehee...

Kami pegi dinner dekat City Mewah. Nama restoran ni apa ye. Ape la, pegi makan boleh pulak lupa nama kedai makan tu apa. Haha... Takpe nanti saya update lagi ye nama kedai makan tu. City Mewah ni memang mewah dengan makanan. Tempat ni sebuah tapak yang menempatkan kedai-kedai makan. Kalau korang datang waktu malam, memang meriah la dengan lampu warna-warni. Dah macam I-City pulak. Kedai yang kami pegi ni, macam-macam menu ada. Kalau korang nak makanan western pun ade. Korang cakap je. Tapi kalau korang mintak sushi kat sini, memang takde la. 


Cuba teka saya makan ape? Hehee... saya makan Char Kuey Tiaw. Laaaaaaaaaaaaame sangat tak makan CKT ni. Plan nak makan lain. Tapi bila nampak ade menu CKT, terus order. Sedap gak rasa die, tapi kuantiti die macam sikit la pulak. Harga RM3.50, air Sirap Limau RM1.00 (murah!), kire ok la. ^_^


Ni la die Zareda. baru habis belajar. Sekarang tengah lepak-lepak goyang kaki kat rumah. Hehee... Apesal mata kau sampai tak nampak kornea ni?? Happy la tu makanan dah sampai, lame tunggu. Huhuu... Dia makan Chicken Chop dengan air Teh Ais (kalau tak salah). Sedap gak Chicken Chop tu. Harga saya tak pasti pulak. 


Ni pulak Suraya. Tanpa dia, kami tak sampai ke sini sebab dia la yang drive. Hehee... Dia pun makan Chicken Chop jugak dengan air Teh 'O Ais. Dia kata sebelum ni Chicken Chop ni ada Mash Potato. Tapi kali ni takde pulak. Hmm.... habis ke? Suraya bawak adik die sekali, Fateha. tapi takde gambar pulak. Lepas raya ni dia nak sambung belajar kat UITM Seri Iskandar. Good luck weh!

Dinner ni kire makan-makan sebelum puase la ni. Raya nanti jumpe diorang lagi. ^_^


p/s : Hari ni dah 1 Ramadhan. Selamat berpuasa semua ^_^.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...