Support Me Here ^_^

Monday, August 01, 2011

Kami Suka Makan ^_^

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera

Siapa tak suka makan? Meh bagi makanan tu kat saya. Hehee..... takde lah. Ni la die bile dah suka makan, asyik makan je kerjanya. Blog ni pun dah jadi macam blog jalan-jalan cari makan. Semalam (Sabtu malam) sempat saya keluar dinner dengan kawan-kawan seangkatan yang suka makan. Hehee... dah lame tak jumpa kan. Curi masa jugak la jumpa diorang. Siapa? Ni la die saya nak kenalkan, Zareda dengan Suraya. Kebetulan diorang ni ada kat Teluk Intan, jumpa la sekejap kan. Tu pun nasib baik ayah kasi greenlight keluar makan malam-malam macam tu. Plan asal nak pegi Sungai Besar, tapi tak jadi. Last, pegi dinner je la. Hehee...

Kami pegi dinner dekat City Mewah. Nama restoran ni apa ye. Ape la, pegi makan boleh pulak lupa nama kedai makan tu apa. Haha... Takpe nanti saya update lagi ye nama kedai makan tu. City Mewah ni memang mewah dengan makanan. Tempat ni sebuah tapak yang menempatkan kedai-kedai makan. Kalau korang datang waktu malam, memang meriah la dengan lampu warna-warni. Dah macam I-City pulak. Kedai yang kami pegi ni, macam-macam menu ada. Kalau korang nak makanan western pun ade. Korang cakap je. Tapi kalau korang mintak sushi kat sini, memang takde la. 


Cuba teka saya makan ape? Hehee... saya makan Char Kuey Tiaw. Laaaaaaaaaaaaame sangat tak makan CKT ni. Plan nak makan lain. Tapi bila nampak ade menu CKT, terus order. Sedap gak rasa die, tapi kuantiti die macam sikit la pulak. Harga RM3.50, air Sirap Limau RM1.00 (murah!), kire ok la. ^_^


Ni la die Zareda. baru habis belajar. Sekarang tengah lepak-lepak goyang kaki kat rumah. Hehee... Apesal mata kau sampai tak nampak kornea ni?? Happy la tu makanan dah sampai, lame tunggu. Huhuu... Dia makan Chicken Chop dengan air Teh Ais (kalau tak salah). Sedap gak Chicken Chop tu. Harga saya tak pasti pulak. 


Ni pulak Suraya. Tanpa dia, kami tak sampai ke sini sebab dia la yang drive. Hehee... Dia pun makan Chicken Chop jugak dengan air Teh 'O Ais. Dia kata sebelum ni Chicken Chop ni ada Mash Potato. Tapi kali ni takde pulak. Hmm.... habis ke? Suraya bawak adik die sekali, Fateha. tapi takde gambar pulak. Lepas raya ni dia nak sambung belajar kat UITM Seri Iskandar. Good luck weh!

Dinner ni kire makan-makan sebelum puase la ni. Raya nanti jumpe diorang lagi. ^_^


p/s : Hari ni dah 1 Ramadhan. Selamat berpuasa semua ^_^.

9 menconteng:

.faris. said...

dkt area mane ni??? nty nk gi lah ngan ngan dol. hehe

k.h.a.l.i.l.a said...

@.faris.
hehee... boleh2. dekat dengan SMK Sultan Abdul Aziz, sebelah sekolah cina. Angah Dol mesti taw punye. huhu

east cute said...

selamat berpuasa khalila....=)

SuRaYa AdNaN said...

rege ciken cop ni RM 8...murah kn?zareda tersgt2 hepi smpai kornea pon da ilang...hehehe

SuRaYa AdNaN said...

rege ciken cop 2 rm 8 jek...murah kn?zareda da kelaparan thp maksimum 2 jd cm2...hehe klo x silap aku eda minum milo ais la,khalila...

Syazana Justme said...

wah,kak suraya makin comel la..hehe.sdpnyerr mkn..tiba2 mengidam CKT..huhu

k.h.a.l.i.l.a said...

@east cute
slamat berpuasa akak ^_^

k.h.a.l.i.l.a said...

@SuRaYa AdNaN
hahaa... tu la, penat aku usha mane la kornea die. ooo yeke? murah gak tu. hehe, aku igt die order teh ais ari tu. ^_^

k.h.a.l.i.l.a said...

@Syazana Justme
ehh, kenal kak su ye? hehe, die memang mantain comel je. xpe len kali suh kak su blanje CKT ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...