Support Me Here ^_^

Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Friday, February 01, 2013

Akhirnyaaaa!!

Dah lama sangat mengidam...

Sebulan

Dua bulan

Tiga bulan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Fuhh... baru hari ni ada rezeki Allah nak bagi.
.
.
.
.
.

Heh... kenapa macam desperate sangat? Teringin pegi je la Subway, order, bayar, makan.

No......

Sebelum ni ada je kekangan. Asyik tak dapat, tak sempat, tak apa tah lagi.

Eat Fresh. Tapi malas pulak makan sorang-sorang kat situ. Jadi, bawak balik la. Boleh kasi roomate rasa. Kan kan?

Sandwich kat Subway boleh kata sihat jugalah. Cukup semua. Karbohidrat, protein, bijirin, vitamin, semua ada. Jadi, tak ada masalah la ok. Lagi pun bukan setiap minggu pegi kejar Subway. Bila pungguk rindukan bulan, tetiba nak makan Subway, baru la pegi cari.

Subway dah ada plastik baru sekarang. Ke dah lama? Nampak jelas dan nyata dah lama tak makan Subway. Hari ni tak ingat pulak apa benda yang daily special. Selalu order yang special of the day, jimat, murah sikit. Tapi hari ni tergoda pulak dengan Chicken Teriyaki atau Teriyaki Ayam atau Ayam Teriyaki. Mana-manalah. Nampak orang tu kaut ayam macam lebih dari biasa je. Jadi, selamat la ayam-ayam tersebut dalam tangki perut ni ^_^.


Semalam moody, yaaa agak moody, ngantuk semua ada. 
Hari ni hepy, santai, relax.
Relax apenye duit terbang melayang-layang buat terapi shopping.
Tapi ada sikit keciwa.
Fine, Tahun Baru Cina ada orang tu tak jadi balik.
Takpelah.... faham.




Khalila : Bila lama tak jumpa, benda simple tu memang sangat berharga.

Saturday, December 24, 2011

Saya Suka Udang Masak Merah Juga ^_^




Hai semua ^_^. Dah beberapa hari tak update blog. Entahlah kenapa. Tengah rajin, sehari 2, 3 entry update. Bila virus malas datang... haaaa.... behari-hari tak update blog. Asik nak cerita pasal makan je akhir-akhir ni. Maklum la, cuti sekolah kerja makan je. Lepas tu, bila duduk rumah atuk, sehari makan 4 kali. Makan, makan, makan, makan. Tak ada benda lain.

Bangun pagi, main masak-masak, pukul 8.30 - 9.00 pagi sarapan. Rehat-rehat, pukul 11.30 - 12.00 tengah hari main masak-masak lagi. Petang lebih kurang 5.30 buat minum petang pulak. Malam lepas maghrib prepare makan malam pulak. Makan dan lemak dah sebati dengan cuti. Huhuu...

Ehh... jauh main lari-lari. Korang suka udang? Suka? Suka udang masak apa? Kita geng kalau korang suka udang masak merah. Hehee... Terasa kenikmatannya. Tak suka? Kenapa? Ohh.... alergi. Kesian kalau suka sangat udang tapi sebab alergi terpaksa lupakan udang tu. 

Ayah saya pun alergi tapi kalau nak masak udang, rebus dulu, buang air rebusan udang tu. Lepas tu baru masak. Ikut la nak masak apa. Alhamdulillah, setakat ni ok lagi. Kalau nak makan sotong pun macam tu jugak. Lepas rebus baru masak.

Awak suka udang masak merah? Saya suka jugak ^_^.


p/s : Harap-harap tak ada alergi kat seafood. Kalau tak, tak dapat la makan udang lagi. Huhuu...

Sunday, December 18, 2011

Sanggup Tak Sembelih ARNAB ??



Hai semua ^_^. Sepatutnya entry ni saya post semalam. Tapi entah kenapa tak jadi pulak. Hari ni baru nak post. Semalam saya tak post apa-apa pun. Huhuu. Eh, korang pernah tak makan daging arnab? 1st time saya makan masa kecik-kecik dulu. Atuk sembelih seekor arnab. 


Ehhhh.... bukan yang ni kena sembelih. Ni kecik lagi.

Dalam tahun ni ke tahun lepas entah, atuk mula bela arnab lagi. Bila dah besar, apa lagi, sembelih la buat lauk. Hehe... Maafkan saya wahai sekalian pencinta arnab. Bukan bertindak kejam. Tapi memang arnab boleh dimakan. Cuma macam sayang sikit sebab nampak arnab tu macam ala-ala kucing.

Eh, eh..... kalau nak sembelih arnab, nak makan arnab, janganlah berperasaan simpati yang melampau. Tak boleh la korang makan dah sebab korang ada perasaan macam tu. Nenek saya memang tak pernah makan sebab dia tak sampai hati. Yela, dia yang bela. Bagi makan hari-hari. Atuk saya pun tak makan sangat. Anak cucu balik, die sembelih la bagi anak cucu dia rasa.


Ni lah dia atuk. Masa raya haji lagi dia sibuk sembelih lembu atau kerbau. Nampak tak darah tu? Ada lagi bulu arnab yang melekat. Saya tak nak letak gambar masa arnab kena sembelih. Nanti ada yang cop entry saya kejam. Huhuu...


Empat ekor arnab semalam kena sembelih. Terima kasih arnab-arnab comel sebab jadi rezeki makanan untuk saya sekeluarga semalam. =)


Nampak tak, macam daging ayam kan? Hehee.... 


Daging-daging arnab tu semua dimasak dua jenis masakan. Tapi bukan saya masak la. Hehe... makcik saya, Chef Rashidah yang masak... ewahh ^_^. Arnab Masak Lemak Kuning. Sedaptaktipupunye...


Yang ni pulak memang bukan saya jugak yang masak. Hehe... makcik saya sorang lagi, Chef Fhatiah yang masak. Arnab Goreng Berempah. Memangsangatsedaptaktipulangsung... Rasanya memang ada ala-ala ayam. Saya? Masak jugak. Tapi benda lain lah. ^_^



p/s : Cuba bayang kalau Bugs Bunny yang kena sembelih. Huhuu... Eh, sembelih arnab takpe. Jangan sembelih orang je. Ish ish ish.....

Wednesday, December 07, 2011

Jom Masak Cendawan ^_^



Hai semua ^_^ . Lama rasanya tak post pasal makanan dan masak-masak kat blog ni. I LOVE food, I LOVE to eat, I LOVE modern food, I LOVE masakan kampung. Tapi saya lagi suka masakan kampung sebab terasa macam ada feel bila makanan tu masuk ke dalam mulut. Emmm...... yummy!!

Korang tau apa nikmat hidup di kampung? Sangat best sebab banyak bahan masakan boleh dapat di sekeliling rumah. Tapi tengok jugaklah kawasan rumah tu macam mana. Kalau ada, ada la. Kalau tak ada, tak ada jugak. Korang nak santan, kelapa ada. Korang nak cili api, tepi rumah ada. Korang nak daun pandan, ambil je. 

Tapi, yang saya nak cerita dalam entry ni adalah tentang CENDAWAN! Siapa suka cendawan? Tau, ada yang tak suka. Tapi saya suka ^_^. Lagi-lagi kalau cendawan tu dapat free je dari kebun kat belakang rumah. Nenek saya kata, baaaaaaaaaaaaaaaanyak sangat cendawan tumbuh kat kebun belakang rumah tu. Melata-lata. Melata tau, bukan melatah. Hehee... Tapi saya tak dapat tengok tempat tu. Tau-tau je, nenek saya dengan adik dan adik-adik sedara yang lain dah bawak balik cendawan sebesen! Sebesen saiz besar tau, bukan bekas saiz sebesar kek 1 KG.

Tengok ni, tengok ni.......



Actually, saya dah share gambar ni dalam entry Wordless Wednesday #13. Entry ni kira sambungan la. Hehe... Nampak kotor kan. Dengan tanah-tanah camtu. Heeeyyyy..... ni benda best tau. Sedap sangat! Do not judge just by the way you look at the appearance. Cuci dulu, bersihkan dulu, buang tanah tu semua.

Dah cuci............................... jadilah macam ni ^_^.


Haaa...... dah bersih kan? Haisshhhh.... tengah taip entry ni jadi lapar balik dah tau tak. Huhuu.... macam-macam boleh masak cendaan ni. Korang nak buat sup ke, nak tumis ke, nak goreng dengan tepung ke, semua boleh. Tak ada masalah langsung. Ada orang cakap buat gulap pun sedap. Sedap ke? Tak pernah try pun. Siang tadi cendawan ni saya masak tumis je. Tapi cendawan masak tumis is my favourite! Senang dan super simple je. Tak susah langsung. Budak sekolah rendah pun boleh buat.

Apa bahan-bahannya?

Cendawan (ikut suka korang lah banyak mana)
Udang kering
Cili api (kalau nak pedas, letak lebih)
Bawang merah
Bawang putih
Halia

Semua bahan-bahan tu kecuali cendawan korang tumbuk. Bawang merah, bawang putih dengan halia tu kalau nak mayang halus pun boleh. Tapi saya lagi suka tumbuk, barulah rasa dia betul-betul sebati ^_^. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan semua bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Bila dah naik bau, masukkan air dan cendawan. Kalau nak kuah lebih, masukkan air lebih sikit pun tak apa. 

Masukkan garam, gula dan penambah perisa secukup rasa. Tak nak guna penambah perisa pun tak apa sebab ada yang tak guna benda tu pun kan. Tapi kalau saya, memang guna. Masak cendawan sampai layu sikit. Jangan layu sangat. Kalau layu sangat, nanti tak sedap. Rasa dulu kuah dia sikit. Pandai-pandai la adjust, kalau terkurang terlebih kat mana-mana. Ok, DAH SIAP! Boleh makan dah. Hehee...


Itulah hasilnya. Hehee.... Ok la, tak la cantik sangat. Nampak plain je sebab tak ada warna warni kan. Korang boleh la tambah sayur-sayur lain kalau nak nampak colourfull lagi. Letak lobak ke, lada beggala tiga colour ke. Campurlah apa-apa pun, sedap jugak. Tapi tadi saya tak ingat semua tu dah, nampak cendawan je. Huhuu... Tapi yang pasti, dia punya rasa tak se'plain' macam apa yang korang nampak. Nak try? Silalah. Selamat mencuba ^_^.


p/s : Hari ni dah balik rumah ayah. Nasib baik nenek bagi bekal cendawan satu plastik. Nanti boleh buat lagi ^_^.

p/s : Nak menang free salah satu daripada lebih 80++ hadiah dalam GA Nisa Kay? Klik SINI. ^_^



p/s : Oh ya.... cousin saya si Faris Afif ada join satu contest dan dia pertaruhkan gambar budak kecik comel ni. Kalau tak keberatan tolonglah LIKE gambar dia ye. Bukan paksaan. Hehe... Tapi kalau korang tolong, saya sangat-sangat berterima kasih ^_^. Saya preview sikit gambar budak kecik comel tu kat sini.



Tolong LIKE kalau sudi ye.
^_^

Thursday, November 10, 2011

Homemade Burger Daging Kerbau Korban ^_^

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera


Hye semua! Sekarang waktu lunch kan (1.05 petang). Jadi entry pun pasal makan lah. Hehe... Raya haji lepas atuk ade buat korban sang kerbau. Makcik saya cakap kerbau sekor tu jambu. Betina kut? Makcik-makcik kat rumah atuk memang suke masak. Memang suka mereka-reka. Atuk cakap resepi "cuba-cuba". Tapi atuk sebenarnye yang selalu buat resepi "cuba-cuba".  Mintak nenek campur itu ke dalam ini, campur ini ke dalam itu. Hehe... Kan atuk kan. Gen tu turun la kat anak cucu ni ha.

Owh... cuba tengok gambar kat atas. Saya masih terasa-rasa lagi rasanya yang juicy, terbau-bau lagi aromanya yang menusuk tulang rusuk (???). Sedapnyeee.... Alhamdulillah, rezeki Allah bagi (jangan lupa tu). Influent tengok rancangan yang di host kan oleh Rachel Ray la ni. Daging kisar campur dengan beberapa bahan ikut suka hati korang lah. Bawang ke, lada benggala ke, daun bawang ke. Apa-apa lah. Jangan lupa pulak garam, gula, blax paper segala. Baru la ade rasa. Siap gaul semua, bentukkan bulat-bulat, tekan-tekan bagi leper, masak atas kuali leper, eh? Berapa kali leper ni, korang paham tak? Jangan keliru pulak. Masak la sampai die betul-betul masak.  Same je macam korang masak daging burger pakcik Ramly tu. Cuma beza sikit sebab burger segera tu dah keras kan, yang homemade ni lembik la sikit.

Siap! Makan dengan roti burger, letak salad, letak tomato, letak timun (saya x suka sangat timun), letak bawang besar sikit, letak mayonis, letak sos, letak sos blax paper (kalau ade). Makan............. halaaaaa...... sedapnye.... Alhamdulillah... Kalau boleh buat sendiri selalu, tak payah pegi McD dah cari beef burger. Eh, korang nak cuba? Silakan. Cubalah ^_^ .

Cred burger kerbau : Puan Fhatiah & Puan Masnita
Cred gambar : Hannan (ke bukan kau yang snap gmbar ni?)


p/s : Sedap! Nak lagi! Kene tunggu raya haji taun depan ke....?

Monday, September 05, 2011

Suci Dalam Debu Si Biskut Sedap!


Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera



Selamat Hari Raya Aidilfitri ke-7. Kejap je dah seminggu kita berhari raya kan. Untuk orang-orang yang merasa cuti raya sekejap macam saya ni laaaagi la terasa kekejapannye. Tak sempat nak berjalan ke mana sangat pun. Ahad (semalam) dah kene balik KL. Ape boleh buat, hari ni dah start kelas. Masa malam sebelum balik tu, memang berat sangat nak kemas-kemas barang, masuk dalam beg. Dekat pukul 2 pagi jugak la baru kemas beg. Huhuu.... Tengok status kat FB, semua taknak balik, nak raya kat rumah lagi. Nak taknak, kene la balik jugak....... waaaaaa.....!


Tengok tu, amek gambar pun sampai tak mampu nak senyum. Kalau boleh, nak je tambah cuti lagi sebulan sampai habis raya. Huhuu.... Selalunya mak bekalkan rendang daging marbeles mak tu bila saya balik KL. Tapi kali ni takde sebab mak buat sikit je rendang tu. Jadi, tapau biskut-biskut raya je la. Nasib baik tak tertinggal biskut kat rumah. Kalau tak, meraung lagi la bila sampai KL. Huhuu...

Time raya ni, kalau takde biskut raya atau kuih raya memang tak sah la. Most Feberet biskut raya korang ape? Chocolate Chip? Honey Cornflakes? Kekacang? Tart Nenas? Almond London? Rempeyek/Tempeyek? Macam-macam kan biskut raya. Buat tepi jalan je. Tunjuk tu, tunjuk ni, dah dapat. Kalau buat sendiri lagi best.

Nampak tak bende bulat bedebu putih kat atas sekali tu? Haaaaa..... tu one of my favourite biskut raya buat masa sekarang ni. Honey Cornflakes pun berhantu jugak. Masa 1st time mak beli biskut tu, saya tak sentuh langsung. Nampak macam tak sedap je biskut tu. Sekali  dah try............................................. haaaaaa, habis semua orang datang raya saya promote biskut tu! Sedap taw! Biskut tu coklat dan disalut dengan susu tepung  (macam susu tepung baby kecik-kecik tu ha). Satu lagi yang sangat menarik tentang biskut ni ialah nama die. Tau tak nama biskut ni ape? Cuba la teka............... hehe.... saya dah bagi jawapn pun kat atas tu. Biskut ni nama dia Suci Dalam Debu. Haha, unik kan. Terus teringat lagu Suci Dalam Debu. Memang feeling habis la makan biskut lagu ni. Hehe... Sesiapa yang dah try biskut ni, best kan? Sesiapa yang belum pernah try lagi, lepas ni try la kalau korang jumpe kat mane-mane rumah yang korang beraya. ^_^


p/s : Semalam pasang lagu raya dalam bilik kuat-kuat konon-konon biar hati rasa masih ada kat rumah. Huhuu


Wednesday, August 10, 2011

Apa Cerita Golden Churn Butter

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera


Sabtu lepas saya berbuka puasa di luar. Keluar pun dah petang, hampir maghrib. Jadi saya dengan Zati buat keputusan untuk solat dulu di surau Sogo. Ye la, kalau nk berbuka dulu, confirm la lewat nak solat. Foodcourt pun confirm full dengan orang nak berbuka. Lagi satu, kalau berbuka dulu, nanti masa nak solat maghrib, confirm ramai berebut nak solat. Surau kat Sogo bukan besar mana pun. Jadi, nak elakkan semua tu, kami pergi solat dulu. Sebelum masuk ke surau, singgah kat market (tak tau nak namakan ape -_-") Sogo beli air mineral. Tengah usha-usha kat bahagian butter tu, tiba-tiba saya perasan ade Golden Churn Butter diletak sekali dengan butter-butter yang lain. Mula la tertanya-tanya. Butter ni halal ke tak? Kalau tak halal kenapa diletak sekali dengan makanan halal yang lain? Sekurang-kurangnya labelkan sebagai "Tidak Halal". Satu Malaysia dah tau kisah status Golden Churn Butter yang dikatakan tidak halal disebabkan penemuan DNA babi dalam sampel produk tu. JAIS (Sarawak) dah keluarkan kenyataan. Tapi berbeza pula dengan JAKIM. Daripada apa yang saya baca, sumber sample yang diambil untuk diuji tu berbeza (dikeluarkan oleh pengimport yang berbeza). Ehh, korang paham ke apa yang saya taip ni? Huhuu... Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkara ni. Korang boleh la klik kat link yang saya bagi kat bawah ni ok.



p/s : Apa-apa pun, orang ramai mungkin akan mula curiga dengan produk ni.

p/s : Ada sesiapa yang tahu tentang hal ni, boleh kongsi dengan saya?

Monday, August 01, 2011

Kami Suka Makan ^_^

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera

Siapa tak suka makan? Meh bagi makanan tu kat saya. Hehee..... takde lah. Ni la die bile dah suka makan, asyik makan je kerjanya. Blog ni pun dah jadi macam blog jalan-jalan cari makan. Semalam (Sabtu malam) sempat saya keluar dinner dengan kawan-kawan seangkatan yang suka makan. Hehee... dah lame tak jumpa kan. Curi masa jugak la jumpa diorang. Siapa? Ni la die saya nak kenalkan, Zareda dengan Suraya. Kebetulan diorang ni ada kat Teluk Intan, jumpa la sekejap kan. Tu pun nasib baik ayah kasi greenlight keluar makan malam-malam macam tu. Plan asal nak pegi Sungai Besar, tapi tak jadi. Last, pegi dinner je la. Hehee...

Kami pegi dinner dekat City Mewah. Nama restoran ni apa ye. Ape la, pegi makan boleh pulak lupa nama kedai makan tu apa. Haha... Takpe nanti saya update lagi ye nama kedai makan tu. City Mewah ni memang mewah dengan makanan. Tempat ni sebuah tapak yang menempatkan kedai-kedai makan. Kalau korang datang waktu malam, memang meriah la dengan lampu warna-warni. Dah macam I-City pulak. Kedai yang kami pegi ni, macam-macam menu ada. Kalau korang nak makanan western pun ade. Korang cakap je. Tapi kalau korang mintak sushi kat sini, memang takde la. 


Cuba teka saya makan ape? Hehee... saya makan Char Kuey Tiaw. Laaaaaaaaaaaaame sangat tak makan CKT ni. Plan nak makan lain. Tapi bila nampak ade menu CKT, terus order. Sedap gak rasa die, tapi kuantiti die macam sikit la pulak. Harga RM3.50, air Sirap Limau RM1.00 (murah!), kire ok la. ^_^


Ni la die Zareda. baru habis belajar. Sekarang tengah lepak-lepak goyang kaki kat rumah. Hehee... Apesal mata kau sampai tak nampak kornea ni?? Happy la tu makanan dah sampai, lame tunggu. Huhuu... Dia makan Chicken Chop dengan air Teh Ais (kalau tak salah). Sedap gak Chicken Chop tu. Harga saya tak pasti pulak. 


Ni pulak Suraya. Tanpa dia, kami tak sampai ke sini sebab dia la yang drive. Hehee... Dia pun makan Chicken Chop jugak dengan air Teh 'O Ais. Dia kata sebelum ni Chicken Chop ni ada Mash Potato. Tapi kali ni takde pulak. Hmm.... habis ke? Suraya bawak adik die sekali, Fateha. tapi takde gambar pulak. Lepas raya ni dia nak sambung belajar kat UITM Seri Iskandar. Good luck weh!

Dinner ni kire makan-makan sebelum puase la ni. Raya nanti jumpe diorang lagi. ^_^


p/s : Hari ni dah 1 Ramadhan. Selamat berpuasa semua ^_^.

Thursday, July 28, 2011

LIVE - Dato' M. Nasir, Jamal Abdillah dan Awie Rafael @ Puduraya

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera

Rakyat Malaysia sape yang tak kenal Dato' M. Nasir dengan Jamal Abdillah? Tipu la kalau tak kenal kan. Tapi saya tak pelik kalau ada yang tak kenal. Saya sangat suka lagu diorang berdua terutama Dato' M. Nasir. Ingat saya tak minat ke Dato' M. Nasir. Saya bukan minat Shila sorang je. Huhu... Dato' M. Nasir dengan Jamal Abdillah masing-masing ada aura tersendiri. Kalau tak, takkan la atuk saya boleh minat lagu-lagu diorang kan. 

Kadang-kadang apa yang kita selalu angankan, tak dapat. Apa yang kita tak terfikir langsung pulak yang dapat. Penah tak korang macam tu? Itulah yang saya alami hari ni. Hehe.. Hari ni saya ditemani Fatehah & Shahfiq pegi Puduraya nak tukar tiket bas balik kampung esok. Ni semua gara-gara ada program kat kampus esok. Terpaksa tukar plan. Malas nak tanggung risiko buat "surat cinta". Parking kat Mydin, dari jauh tengok Puduraya macam semacam je. Ramai plak orang bersidai kat sana. Bila datang dekat, nampak ramai orang berkerumun kat dataran bawah tu, nampak la speaker-speaker, gitaris bagai. Siap ade logo TV9. Ingatkan TV9 buat rakaman dengan band indie. Lepas setel hal tiket, kami turun balik kat situ. Tetiba, ehhhh.... M. Nasir laaa...! Then, baru perasan banner kat situ. "Ekspresi Dato' M.Nasir & Jamal Abdillah". Nak snap gambar, segan plak. Disebabkan lapar, kami pegi la makan dulu kat Subway. Bawak Shahfiq ni try Subway. Tengah makan kat Subway, "Nak amek gambar ngan M.Nasir laaaa......" tiba-tiba keinginan nak bergambar dengan beliau memaksa-maksa kaki kami patah balik kat sana. Lepas habis makan, ape lagi, kami pun paksa la kaki kami patah balik kat sana. Hasilnyaaaaa.................. dapat la kami snap beberapa gambar mereka.








Memang teruja dengar diorang nyanyi LIVE. Siap berdiri depan speaker! ^_^ Nasib baik gegendang telinga tak pecah. Ape pulak cerita Awie Rafael? Mungkin dia artis jemputan untuk rancangan ni. Mungkin ada yang belum kenal Awie Rafael. Dia la yang nyanyi lagu Pulanglah. Serious..... saya tak kenal Awie Rafael. Saya cuma kenal nama dan tau sikit-sikit lagu die. Tadi first time kenal muka die. Nasib baik tak tanye kat sorang brader tu "Awak ni Awie Rafael ke?". Hahaa... karang tak pasal-pasal muka menebal 6 inci, sama panjang dengan Sandwich Subway yang kami makan tadi. Lari laju-laju masuk Mydin, beli barang terus balik pulak. Huhuu...

Saya tak pasti bila "Ekspresi Dato' M.Nasir & Jamal Abdillah" ni disiarkan kat TV9. Ade sape-sape tau? Saya tak tengok tv kat hostel ni. Huhuu.... T_T..... Masa rakaman tadi, banyak jugak lagu diorang nyanyi. Siap ade yang request lagu raya lagi tau! Puasa pun belum lagi. Hehee... Ok lah, sesiapa yang minat dengan dua orang seniman yang berbakat besar ni, nantikanlah rancangan ni disiarkan di TV9 ^___^

Ooppss... Nak share jugak kami makan apa tadi ^_^



Tiga-tiga order yang sama "Roasted Chicken" ^_^


p/s : Shahfiq kempunan tak dapat bergambar dengan Jamal Abdillah. Tu laaa... tadi kate tak kisah kalau tak dapat.... huhuu...

Sunday, July 17, 2011

Secret Recipe Free ^_^

Assalamu'alaikum & salam sejahtera semua. Entry ape yang melaparkan ni? Sampai rase macam nak berlari-lari ke kedai makan ni? Haaa.... Jumaat lepas saya, Cik Ain & Cik Zati pegi merayap kat Maju Jucntion-Masjid Jamek-Sogo. Bukan saje-saje, tapi ada urusan kat sana. Sebelum balik, singgah makan kat Sogo. Kat sini la tempat kejadian. Hehee... Kejadian apa? Cik Ain belanja kami kek Secret Recipe. ^_^


Kek saya (Chocolate Indulgence)


Kek Ain (Chocolate Strawberry)


Kek Zati (Pecan Butterscotch)




Kek Secret Recipe memang sedap. Bile dapat free laaaaagi sedap. Hehe


Nak tau kenapa muka cik adik dua orang ni macam ni? Geram semacam je. Bukan sebab nak "refill" kek tapi tak dapat. Bukan sebab sakit perut makan kek Secret Recipe. Tapi.......................... sebab terlepas stesen masa naik train. Hehee..... Tu la, leka sangat duduk dalam train dari Stesen Bandaraya, patutnya turun kat Stesen Masjid Jamek. Bila train dah sampai Stesen Plaza Rakyat baru perasan. Hehee... kami turun kat Stesen Hang Tuah, lepas tu patah balik. 

Nak tau lebih lagi tentang Secret Recipe?
Meh tekan link ni, Secret Recipe

p/s : Terima kasih Cik Ain belanja saya & Zati makan kek ^_^

Saturday, July 09, 2011

Gara-gara BERSIH, Plan Bertukar...

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua. Tajuk ada BERSIH?? Bukan nak cerita pasal BERSIH. Tapi apa yang berlaku semalam ada la juga kaitan dengan BERSIH. Huhuu... Bukan apa, awal-awal lagi dah plan nak pegi Times Square hari Sabtu (9 Julai 2011). Ye la, hari cuti kan. Kalau nak pegi weekday, ade kelas pulak. Tapiiiiiiiiiiiiiiiii.............. bila dapat tau macam-macam sekatan untuk ke kawasan sana pada hari Sabtu tu (hari ni la 9 Julai), dah frust dah sikit. Memang la boleh pegi hari lain, next week ke kan. Tapi, kalau benda dah plan tiba-tiba terpaksa cancel, ade la sikit-sikit keciwa. Eceh.... 

Tapi, apa yang berlaku ialah............

Semalam, member saya Cik Izzati nak balik kampung halaman die (Cik Izzati pun terlibat sama dengan plan tersebut). Tiket bas die malam. Jadi, petang semalam kami pegi Times Square dulu sebelum die balik. Dapat la jugak mengubati kekecewaan. Nak ronda satu Times Square tu boleh kurus betis tau. Hahaa... Kadang-kadang 4 jam berlalu pun tak sedar. Jalan sana, jalan sini. Singgah sana, singgah sini. Duit pun macam air. Laju je mengalir, bertukar tuan. Jadi sesiapa yang datang ke sini, kene la beringat-ingat sikit. Tak salah membeli, tapi biarlah benda yang dibeli tu berbaloi atau dah 8 tahun mengidam, beli la. Jangan sampai lupa diri. Nanti duit dalam akaun dah tinggal RM 0.00 baru nak tersedar. Masa tu baru la nak tersedak, terbatuk, terpengsan, terpitam. Haaaaaaaa....... sempuuuutttt....!

Sesiape yang ada hobi mencuci mata atau window shopping, this is one of the place you should go! Macam-macam ada. Fesyen Korea? Heh, belambak-lambak! Cuma tak jual lambak je. Haha... You can get a lot of thing under one roof. Tapi kene tahan nafsu membeli la. Tu pun salah satu dari jenis-jenis virus jugak tu. Ade orang, sekadar window shopping pun die dah puas. Terapi katanye. Tak dapat dinafikan, saya pun kadang-kadang macam tu. Tengah tension, jalan-jalan window shopping je, boleh melegakan. Hehe... TIPS! Saya penah dengar dari kawan saya macam mana cara nak pergi shopping, dalam masa yang sama tak mengabihkan duit simpanan, boleh berjimat. Macam mana caranya? Pastikan hanya bawa RM50 dalam wallet dan jangan bawa kad bank. Bawa la duit sikit kan, nanti nak makan ke, duit tambang ke. Haaa.... praktikal tak tips tu. Hehee... Hati kene tabah. Nanti takde la isu hutang-piutang dengan kawan-kawan. Tapi bahaya jugak kan. Mana la tau kalau ada kecemasan ke perlukan duit. Kad bank takde pulak. Takpe lah, apa-apa pun, kene pandai jaga diri ok.

Lepas solat maghrib kat surau Times Square, kami pergi cari antivirus untuk melegakan virus kelaparan. Fikir punye fikir, pilih punye pilih, akhirnya kami pilih restoran yang menyediakan hidangan makanan seperti gambar di bawah. 


Haaa... dapat teka tak kat mana saya makan? Tahu? Tak dapat teka? Ha, saya makan di The Chicken Rice Shop. Saya pilih tempat ni sebab dah lama tak makan kt TCRS ni. Masing-masing lapar, so cari tempat yang ada jual nasi. Lain? Saya suka makan di TCRS sebab hidangan die penuh satu meja! Hehe... Tapi yang ni tak la sampai satu meja penuh. Cuma makan ruang 3/4 meja je. Hampir satu meja la kan. Untuk makan malam, saya pilih Hainanese Chicken Rice Meal (1 pax) berharga RM14.99. Dalam set hidangan untuk seorang ni ada nasi, ayam (boleh pilih roasted ke, stim ke), sup, sayur tauge, Nyonya Pai Tee, soft drink (boleh pilih) dan semangkuk pencuci mulut (yang hijau dalam gambar tu). Kalau nak tengok menu-menu yang ada kat TCRS, boleh klik SINI.


Tau tak kenapa gambar jadi macam tu? Sebab aura kelaparan dah capai tahap maksimum. Muka sangat bahagia bile makanan dah terhidang depan mata. Hehe..


Hah??! TCRS blaxout tibe-tibe. Semua jadi glow in the dark!. Huhuu... gurau. Statement rekaan. Tapi kalau ada restoran macam ni (glow in the dark) teringin gak rasanye nak pegi. Err... ade ke?


Sekarang kita fokus kat makanan ok. Tangan+mata+mulut dah target nak makan yang mana dulu. Semuanya sedap. Sayur tauge pun sedap. Tak tau la macam mana saya boleh makan tauge dengan banyak semalam. Biasanya saya tak makan sangat tauge. Kurang minat. Tapi, semalam sedap pulak saya makan. Sambal cili die pun sedap. Cuma kalau bagi lagi banyak kan lagi best. Huhu... Saya pilih roasted chicken. Sedap, lembut je. Memang puas hati la makan semalam. Air? Saya order 7Up. Biasa saya selalu cerita saya order Ice Lemon Tea bila makan kat luar. Tapi kat TCRS ni takde pulak pilihan lain selain soft drink tertentu. Takpe lah, janji dapat minum. Hehe.... Berkira sangat pun tak boleh kan. Selesai mengisi perut, kami jalan-jalan kejap, kemudian beli tiket teksi, balik.

Tambahan : Sepanjang di Times Square, dengar desas-desus sekatan jalan la, semua train tutup la. Bila hari ni, tengok gambar-gambar sekitar perhimpunan BERSIH 2.0, tak terlintas di fikiran saya sebegitu sekali perhimpunan tersebut. Tempat-tempat yang selalu saya lalu, selalu saya pegi. Harap tiada perkara buruk yang berlaku. Yang penting, esok ada MISI menunaikan hajat! Tak sabar nak jalankan MISI tu. Hehee...

Tuesday, July 05, 2011

Ikan Patin Lemak Kuning


Assalamu'alaikum & salam sejahtera semua. Ape plan hari ni? Kerja kerja kerja kah? Huhu... Kerja kuat jangan sampai lupa makan tahu. "Tahu" tau, bukan "tauhu". Kalau sempat masak, masak la. Kalau tak sempat masak, beli je le. Habis cerita. Tapi, tak dapat dinafikan masak sendiri memang lagi puas hati. Rasa mengikut citarasa lidah kita, kuantiti pun ikut keinginan kita. Ok lah, merepek aje. Point utama tak masuk lagi ni. Saya cuma nak share sejenis lauk ni. Mane la tahu boleh jadi idea untuk korang masak hidangan tengah hari ni.


Nampak tak kekuningan kuah dia? "Kuning" ni sensitif sikit sekarang ni. Asal kuning je "Bersih", kuning je "Bersih". Tapi lauk ni takde kene mengena dengan "Bersih" ok. Sponsor lauk untuk "Bersih" ke. Semua tu takde ye. Nanti tak pasal-pasal je entri saya ni kene gam. Huhuu... Sudah la, merepek lagi.

Baiklah, nak masak senang je. Bahan-bahan pun simple je. Sesiapa pun boleh buat. Mai sini tengok bahan-bahan die :

Seekor ikan patin
Santan kelapa (sebiji kelapa)
Kunyit hidup
Cili padi
Halia

Simple kan, simple kan. Heheh...
Cara-cara nak masak? Pun sangat senang.

Mula-mula sekali korang mesti la siang ikan tu. Pastikan korang ada sebilah parang pendek atau pisau yang sasa untuk membelasah ikan patin tu ok. Sebab tulang die keras. Setelah berjaya memotong ikan patin tu ke beberapa bahagian, simpan dulu. Nak rendam dengan limau pun boleh kaalu nak hilangkan hanyir. Kalau korang ade kucing, baik hati-hati. Nanti hilang sepotong ikan patin tu ha. Saya bagi tau sebab kucing nenek saya penah buat camtu. Huhuu... (merepek lagi). Kemudian, parut kelapa dan perah untuk dapatkan santan. Kalau nak shortcut, beli je santan kotak tu. Buang kulit kunyit hidup dengan halia. Basuh dan tumbuk bersama dengan cili padi. Kunyit hidup korang boleh letak lebih kurang sebesar ibu jari, halia letak sikit je (separuh ibu jari pun boleh). Cili padi terpulang kepada korang. Kalau nak pedas lebih, letak la banyak sikit. Kemudian, maskkan semua bahan tersebut di dalam periuk, tambah gula, garam dan ajinomoto. Ade orang tak suka letak ajinomoto, terpulanglah. Pastikan masakan tu digaul supaya santannya tak berketul-ketul. Tapi jangan sampai ikan rosak pulak ye. Nanti tak cantik la hidangan. Eceh.... padahal nanti masuk mulut jugak. Bila dah menggelegak dan ikan ckup masak, tutup api dan hidangkan. Selamat mencuba ^_^

Subway 1st Bite!

Assalamu'alaikum dan dalam sejahtera semua ^_^. Ni entry banyak gambar je. Mata dah mengantuk. Balik dari Malam Gema Budaya sempena Festival Kuala Lumpur. IPG Kampus Bahasa Melayu terpilih untuk sama-sama terlibat dalam festival tersebut. Nanti saya update pasal tu. Gambar-gambar kat bawah ni kejadian dan peristiwa akibat diserang virus kelaparan menjangkiti saya, Fatehah dan Bit. Kejadian ni berlaku petang semalam selepas selesai Majlis Perasmian Minggu TMK & Bulan Membaca. Fuhhh.... banyak sesangat aktiviti Julai ni. Jom lah layan ape kami buat setelah diserang virus kelaparan tu... ^_^

Cuba teka kami ade di kawasan mana.
Jawapan : Bangsar Village ^_^

Haa... tengok gambar pun dah tau kan kami pegi mana cari antivirus kelaparan tu. Ni Bit punye pilihan, Meatball Marinara.

Ini pilihan Fatehah. Turkey Breast. Try la korang check roti die ni ade sos ke takde. Sememangnye takde sos sebab Fatehah tak makan sos. Hehee. Kenapa? Tanya la dia.

Sebelum dibuka. Teka saya pilih yang mana for my 1st bite.

Ini milik saya. Chicken Teriyaki. hehee... Tapi terlebih masam plak sebab letak tomato, pickle dengan jeruk cili skali. Takpe, masih sedap. Habis tetap habis. Hehee

Carbonate Drink Grape Flavour ni Fatehah punye. Saya? Of course la Ice Lemon Tea. Takde lain dah. Hehee... Bit? Same dengan saya.

This is Fatehah. Tak tau la kenapa semangat dan bahagia betul muka die dapat makan. For sure sebab virus lapar tadi. Heheh...
(akak cakap dah, nanti akak letak gambar ni kat blog. Huhuu)

This is Bit. Rabi'atul Adauwiyyah. Harap tak salah eja. Hehe... yang ni pun same je. Tapi ter"cover" sket.

Saya dan Bit setelah berjaya melengkapkan diri dengan antivirus kelaparan. Jadi sudah hepy laaa. Sebelum balik diorang tapau lagi sorang sebungkus. Saya? Kasi singgit (RM1) kat cashier, refill Ice Lemon Tea.
Lepas tu balik dengan muka bahagia kerana perut dah kenyang. Alhamdulillah..... ^_^

p/s : percaya ke tak percaya, ini 1st time saya makan di Subway. Tak kisah la. Hehee...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...