Support Me Here ^_^

Tuesday, July 05, 2011

Ikan Patin Lemak Kuning


Assalamu'alaikum & salam sejahtera semua. Ape plan hari ni? Kerja kerja kerja kah? Huhu... Kerja kuat jangan sampai lupa makan tahu. "Tahu" tau, bukan "tauhu". Kalau sempat masak, masak la. Kalau tak sempat masak, beli je le. Habis cerita. Tapi, tak dapat dinafikan masak sendiri memang lagi puas hati. Rasa mengikut citarasa lidah kita, kuantiti pun ikut keinginan kita. Ok lah, merepek aje. Point utama tak masuk lagi ni. Saya cuma nak share sejenis lauk ni. Mane la tahu boleh jadi idea untuk korang masak hidangan tengah hari ni.


Nampak tak kekuningan kuah dia? "Kuning" ni sensitif sikit sekarang ni. Asal kuning je "Bersih", kuning je "Bersih". Tapi lauk ni takde kene mengena dengan "Bersih" ok. Sponsor lauk untuk "Bersih" ke. Semua tu takde ye. Nanti tak pasal-pasal je entri saya ni kene gam. Huhuu... Sudah la, merepek lagi.

Baiklah, nak masak senang je. Bahan-bahan pun simple je. Sesiapa pun boleh buat. Mai sini tengok bahan-bahan die :

Seekor ikan patin
Santan kelapa (sebiji kelapa)
Kunyit hidup
Cili padi
Halia

Simple kan, simple kan. Heheh...
Cara-cara nak masak? Pun sangat senang.

Mula-mula sekali korang mesti la siang ikan tu. Pastikan korang ada sebilah parang pendek atau pisau yang sasa untuk membelasah ikan patin tu ok. Sebab tulang die keras. Setelah berjaya memotong ikan patin tu ke beberapa bahagian, simpan dulu. Nak rendam dengan limau pun boleh kaalu nak hilangkan hanyir. Kalau korang ade kucing, baik hati-hati. Nanti hilang sepotong ikan patin tu ha. Saya bagi tau sebab kucing nenek saya penah buat camtu. Huhuu... (merepek lagi). Kemudian, parut kelapa dan perah untuk dapatkan santan. Kalau nak shortcut, beli je santan kotak tu. Buang kulit kunyit hidup dengan halia. Basuh dan tumbuk bersama dengan cili padi. Kunyit hidup korang boleh letak lebih kurang sebesar ibu jari, halia letak sikit je (separuh ibu jari pun boleh). Cili padi terpulang kepada korang. Kalau nak pedas lebih, letak la banyak sikit. Kemudian, maskkan semua bahan tersebut di dalam periuk, tambah gula, garam dan ajinomoto. Ade orang tak suka letak ajinomoto, terpulanglah. Pastikan masakan tu digaul supaya santannya tak berketul-ketul. Tapi jangan sampai ikan rosak pulak ye. Nanti tak cantik la hidangan. Eceh.... padahal nanti masuk mulut jugak. Bila dah menggelegak dan ikan ckup masak, tutup api dan hidangkan. Selamat mencuba ^_^

5 menconteng:

syufaa said...

dh mkn, boleh lapar blik woooo!!

saharinasaharudin said...

nak try la.nmpk sedappp.nyummy :)

saharinasaharudin said...

nak try la.nmpk sedappp.nyummy :)

k.h.a.l.i.l.a said...

@syufaa
hahaaa... kalau lapa, makan la lagi syufa

k.h.a.l.i.l.a said...

@saharinasaharudin
hehee... try dulu baru tau sedap k x. skali rasa, maw lagiii...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...