Support Me Here ^_^

Saturday, July 02, 2011

Dugaan Transformers : Dark of The Moon


Selasa lepas (28 Jun 2011) keluar pegi Mid Valley dengan Fatehah dan Bit. Merewang nak tenangkan fikiran. Bercelaru seketika. Mungkin dilanda awan mendung. Hmm... Layan movie "Blitz". Cerita agak mendatar, tapi ok la, boleh tahan. Makan-makan kat Pizza Hut. Tengah makan tu, diorang pasang lagu jiwang pulak. Adoiii..... berawan mendung kelabu ni, jadi guruh plak. Takpe, rilex makan je la pizza tu. Pastu singgah Carrefour pun lagu jiwang jugak! Haiyooooo..... sabar je la.


Ehh..... apesal lari tajuk ni?

Tadi pegi tengok wayang kat Times Square dengan Fatehah lagi. Dapat tiket dari Kak Tiqah, senior saya. Tapi sekarang dah posting dah. Dia tak dapat pegi tengok movie tu sebab ada kem kat sekolah. Bit pun tak dapat ikut sebab ade hal. Jadi kami pegi berdua je la. Pagi ada larian, bukan nak jadi pelarian ye. Larian ni wajib. 1 Malaysia buat larian ni serentak.. Kira nak cipta rekod la. Larian yang bermula pukul 7.30 pagi tu tamat pukul 9 pagi. Pukul 10 pagi ada bengkel Penulisan Kreatif pulak. Yelah, semester ni kena hasilkan 1 buah novel, 3 buah cerpen, 3 sajak, 1 pantun & 1 syair. Haaaaa......! Jenuh tak jenuh la nak buat semua tu. Hari-hari duk berangan cerita apa nak buat. Korang ada idea? Huhuu... Penceramah jemputan, Encik Halis Azhan kata idea boleh dapat dari mana-mana je. Depan mata pun ada idea. Pagi-pagi bukak mata je ada cerita di lensa mata korang. Apa yang korang lihat, adalah satu kisah yang boleh dijadikan cerita. 

Berbalik kepada filem Transformers : Dark of The Moon tadi, bengkel tamat pukul 1.30 petang. Wayang mula pukul 2.40 petang. Makan-makan, siap-siap, jam dah pukul 2.20 petang. Memang kami tak harap dah la nak sampai tepat waktunya. Naik kereta, sampai Bangsar trafik jem pulak. Sampai Puduraya, trafik jem lagi. Ade la 1km jalan jem tadi. Kami dalam kereta sabar je la. MyVi kat depan no plate KCW ****. Dah macam "KeCeWa" pulak saya tengok. Memang kecewa lah kami. Huhuuu.... Akhirnya sampai la kami, pegi parking di tempat letak kereta bangunan hadapan Times Square. Bangunan apa, saya tak ingat la pulak. Huhuu... Parking je kereta, cepat-cepat jalan masuk Times Square naik esculator ke tingkat 10. Memang kami lewat sejam lah tadi. Alang-alang dah lambat beli la Popcorn dengan air dulu. Encik yang jaga pintu masuk tu sengih je tengok kami masa hulur tiket tu. "Lambat dah ni" sambil hulur spect 3D. Kami pun sengih je la. Memang lambat dah pun. Masuk je panggung wayang, ramai sesangat org dalam tu. Dah macam konvensyen dunia je. Semua fokus tengok wayang kat depan. Seat kami line "K". Terkedu sekejap.......... Orang lain tengah fokus tengok wayang kat depan, dua orang pertama baris "K" tu boleh wat wayang sendiri pulak. Tah hape-hape tah. Ingat orang tak nampak. Tersedar kami kat situ, terus die bagi laluan. Nasib baik seat kami bukan sebelah mereka. Akhirnya, mulalah kami menonton Transformers : Dark of The Moon. Best jugak. Terasa debu bagai melayang di depan muka. Sape-sape yang belum tengok lagi filem ni, boleh la pegi tengok dan nilaikan sendiri. 

Balik tu pegi beli barang sikit, survey harga untuk belanjawan (Fatehah). Sekali lagi, on the way balik tu, trafik jem. Lalu kat Bukit Bintang................ hmm... maaf kalau saya kata mata saya sebu bila tengok berderet-deret anak muda remaja belasan tahun melepak di tengah malam kat tepi jalan tu. Antara ramai-ramai tu, Form 1 pun mungkin ada. Sekolah Rendah? Entah lah. Ramai sangat. Lagi sakit mata bila berkepul asap keluar dari mulut si gadis. Adik, sangat tak manis begitu.... Bak kata Fatehah, mungkin mak ayah sibuk. Atau diberi kebebasan kepada si anak. Bila disekat, kata dikongkong, nanti tak pandai bersosial dengan masyarakat, akhirnya jadi kejutan budaya. Bila diberi kebebasan, kebebasan disalah guna. Tengok, dah lari lagi dari tajuk. Maafkan saya, cuma nak berkongsi apa yang terlihat di lensa mata. ^_^

p/s : Gerun tengok Decepticon yang macam gerudi tu ha!

4 menconteng:

Bidadari Syurga said...

oooooooooooo tengok wayang tak ajak... tgk Trans tak ajakkkkkk... arghhhhhhhh tgk 3D nya ya...?

Freaky said...

tak tgk lagi citer tansformers =_= sedihnyaaa

k.h.a.l.i.l.a said...

@Bidadari Syurga
hehehee.... akak bidadari jgn marahhh... jgn majukk... hehe.. ha'a 3D. tengok kat Times Square

k.h.a.l.i.l.a said...

@Freaky
hehee, nanti tengok la kt Times Square. 3D punye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...