Support Me Here ^_^

Thursday, July 28, 2011

Harimau Malaya KALAH - Impian Lebur

Assalamu'alaikum ~Salam Sejahtera


Malam ni perlawanan kedua antara Malaysia dengan Singapura. Keputusannya? 1-1, Malaysia kalah dengan agregat 6-4. Itu berita yang saya dapat dari kawan di Facebook. Sekaligus, harapan rakyat Malaysia untuk menyaksikan team bola Malaysia layak ke Piala Dunia hancur lebur. Jujur saya tak tengok perlawanan malam ni, sebab saya kurang minat bola sepak. Tapi jangan sangka saya tak sokong pasukan Malaysia. Saya tetap mendoakan kejayaan Malaysia. 


Kekalahan ini bukan suatu titik penamat. Kegagalan merupakan sebuah titik permulaan untuk suatu kejayaan. Mungkin ada yang mengatakan ianya mustahil. Tapi, selagi ada nafas, selagi itu harapan masih ada. Selagi ada usaha, selagi itu kejayaan boleh dikecapi. Allah dah tetapkan rezeki buat setiap hambanya. Kali ini, rezeki itu masih belum milik kita, tapi rezeki mereka. Saya pasti Harimau Malaya telah berusaha sehabis mungkin untuk membawa kejayaan untuk kita. Teruslah menyokong mereka. 

Harimau Malaya, jangan putus harapan. Memang ini sebuah kekalahan. Meluruhkan serata impian. Menimbulkan kehampaan. Namun, jangan putus asa, teruskan berjuang. Bangkitlah dari kekalahan, sokongan rakyat Malaysia tetap bersama kalian. 

"Andai kalian gugur di medan itu,
Ketahuilah sokongan kami masih ada."


p/s : itu saja entry pendek dari saya yang cetek ilmu tentang dunia bola sepak

p/s : Bangga anak jati Malaysia berjuang untuk Malaysia

p/s : maaf kalau ada kenyataan yang salah. sila betulkan saya ^_^

21 menconteng:

Merak Kayangan said...

xd rezeki kak.. nak wat camne.. redha je.. yg penting dorg dah wat yg terbek!! ^_^

khalila ishak said...

@Merak Kayangan
betul2, cume itu bukan rezeki Malaysia.

Merak Kayangan said...

@k.h.a.l.i.l.a
2 lah.. Malaysia dah dpt jaringkan gol pun dah syukur alhamdulillah~ ^_^

khalila ishak said...

@Merak Kayangan
betul... Alhamdulillah. mungkin bukan kat sini rezekinya, tapi bahagian lain.

Merak Kayangan said...

hidup Malaysia kak!! hihi ^_^

khalila ishak said...

@Merak Kayangan
Yeahhh...! hehee

mARt aPiEx said...

coach masih xnak tukar player yg xmenjadi..masih harap player sama..xbg pluang kt player lain buktikan..ni la hasilnya..


player singapore lak cam org xde batu..tackle skit, injurd mcm org kena langgar ngn lori...haha

Bidadari Syurga said...

tul tu sekurang2nya dah usaha... ok apa dari team dulu(huhuhuhuhuhu)....

p/s: ooooo adik pernah berlakon teater ya? mesti seronok. akak suka tengok teater gak... paling best tgk teater dari movie. feel dia lain.

Bidadari Syurga said...

gud nite adik..... tidur indahlah ya. oh m nasir...

Ain Atika Zailani said...

huuuuhh xpe lah bukan rezeki nak buat macam mana...kecewa sikit.

EzayHadry said...

kecewa gak..tapi nak wat cmne..kena perbaiki lagi kelemahan yang ada..setia sokong malaysia k..

khalila ishak said...

@mARt aPiEx
ooo yeke? harap diorang blaja dr kesilapan. pasal player spore, sm ada diorang blakon atau x, yg penting kite bgga pemain malaysia semuanya anak malaysia :)

khalila ishak said...

@Bidadari Syurga
nmpak la jugak peningkatan kan kak? hehe...

ha'a penah, tapi stakat teater kat kampus ni je la. hehe, blakon teater best, mencabar sbb kne blakon dpn org ramai

huhu, morning kak. tunggu jamal abdillah kat TV9 ye ^_^

khalila ishak said...

@Ain Atika Zailani
huhuu... betul tu. bukan rezeki kite. yg penting sokongan masih ada ^_^

khalila ishak said...

@Ezay Hadry
betul2.. ni ruang dan pluang untk diorg pbaiki kelemahan yg ad. sentiasa setia sokong malaysia ^_^

iHfaz_mOmOy said...

huhuuuuu...keciwa...tp xpe..xde rezeki...singapore pn byk b'lakon dari main..mcm hampeh!

khalila ishak said...

@iHfaz_mOmOy
huhuu... tulah. ramai member ckp cmtu jugak. bia la diorg. kalau diorg menang mlm tadi dgn cara x baik, x kekal lama pun nikmat kemenangan yg diorg dpt tu.

ezy.fia said...

tetap sokong mesia walaupon dh kalah!
yea!

Cik Amni said...

baru dua kali tengok malaysia main bola.. hari tu masa game di singapura.. malam tadi yang kat bukit Jalil... semata-mata sebab tak puas ati masa game kat singapore hari tu.. lepas ni, for sure memang saya akan lepak depan tv kalau malaysia main.. hehe

khalila ishak said...

@Cik Ezy
betul2.... Malaysia tetap di hati. Hehe

khalila ishak said...

@Amni
waaa... Kt spore pun tgk gak ek? Huhuu... Bagus2... Tetap mnyokong malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...