IRIS
Support Me Here ^_^
Wednesday, November 30, 2011
I "HATE" Korean Drama!
Labels:
Korean Drama,
movie,
myself
Monday, November 28, 2011
Doodle #2 - Balqis
Nama : Balqis
Tarikh lahir : 28 November 2011
Tempat lahir : Microsoft Power Point.
^_^
Shopping, Lelaki dan Wanita
SEGMEN | 10 Perkara Pelik Tentang Saya by Cekbolat
(Nak join klik gambar taw ^_^)
Hai semua ^_^. Sekarang ni memang musim segmen dan contest di blog ni. Huhu.. Malam ni Cik Xila tag saya dalam satu segmen. Segmen apa? Segmen 10 perkara pelik tentang saya. Contest ni dianjurkan oleh Cekbolat. Dua-dua orang blogger ni comel-comel taw. Hehe..
Segmen 10 perkara pelik. Adeh.... kantoi la bende-bende pelik kat saya camni.
Jom spotcheck 10 PERKARA PELIK tentang saya :
- I HATE korean drama sebab bila dah tengok satu episod, akan jadi addict. Tak boleh nak berenti. Huhu..
- Bila terbuat kerja last minute, tiba-tiba idea datang mencurah-curah. Padahal sebelum tu, sebesar habuk pun takda idea.
- Saya ambil masa lebih dari dua minit untuk cari kepelikan yang seterusnya. Tak sedar kepelikan sendiri ke ni?
- Pencinta nasi sampai pergi KFC pun mesti order Chicken Rice. Takkan order lain.
- Mata boleh berair tiba-tiba bila dengar suara ayah dalam telefon. Padahal bukan cerita tacing pun.
- Anti-diet walaupun orang sekeliling semua diet.
- Sanggup keluar sorang bila urgent sebab taknak susahkan orang lain tolong teman. (Ni tak bagus)
- Lebih suka Mc Flurry berbanding aiskrim famous-famous yang lain. Tutti Frutty? Haagen Daz? Tak pernah terasa nak beli pun. Tapi selepas ni mungkin try kut. Huhu..
- Tak banyak cakap, tapi lebih suka mendengar sebenarnya.
- Pernah berlegar-legar dalam Times Square, KL selama 12 jam.
Ok, tu je. Bila saya baca balik macam tak pelik je. Haha... tak apa lah. Maybe idea tak mencurah-curah kut kali ni. Terima kasih Cik Xila tag saya. Terima kasih Cekbolat sebab anjurkan segmen ni ^_^
Last bile? Haa... 29 November 2011 sebelum 12 tengah malam. Jom cepat!!
Nak tau jugak apa yang pelik tentang mereka ^_^
Labels:
segmen
Sunday, November 27, 2011
Meet My First Doodle - Asyfa ^_^
Hahaa... entah hape-hape la doodle pertama saya ni. Jadi lah kan. Si Asyfa tembam, duduk sini diam-diam ye. Jangan ngorat-ngorat. Tak manis ok.
Owh, Malaysia dah 2-0 menentang Bahrain. Harap rezeki milik Harimau Malaya malam ni ^_^
Orang TAG, Saya Jawab ^_^
Check this out : RULES.
1. must post this rules.
2. post 11 things about themselves in their post.
3. have to choose 11 people to tagged them in their post.
4. don't forget to go their page and tell them.
5. no tag back!
6. no stuffed in the tagging section that ''YOU ARE TAGGEG IF YOU ARE READING THIS'' YOU LEGITIMATELY (a.k.a really trust with all honesty) have tagged 11 people.
11 THINGS ABOUT ME :
1. A 23 y/o lady (2011)
2. Seorang bakal guru sekolah rendah ^_^
3. Pemalu sebenarnye, tapi buat-buat tak malu ;p
4. Ade lesen motor, tapi tak ada lesen kereta (rempitkah?)
5. I love blue, tapi sekarang dah mula suka pink.
6. Selalu order Ice Lemon Tea
7. Window shopping itu terapi ^_^. Tak beli pun tak apa.
8. Suka makan mangga muda cicah budu. Korang penah try?
9. Senang tacing bila melibatkan hal orang-orang tersayang.
10. I love action movies as much as i love romantic movies.
11. I am a listener ^_^.
DONE.
MY ANSWERS :
1. Korang tengah buat apa?
= Answering Cik Tyra's questions ;p .
2. Hari ni dah makan berapa kali?
= Emm... dua kali.. owh! 3, 4 kali campur makan rambutan dan pulasan.
3. Lokasi korang sekarang?
= Atas lantai, depan tv, dalam rumah. Teluk Intan, Perak.
4. Lagu apa yang korang tengah dengar?
= On Rainy Days, lagu korea di 'cover' oleh Amalia Alias. Nak dengar? SINI
5. Di suatu sudut seseorang sedang?
= Mengadap laptop, online ^_^
6. Terjaga dari tidur korang buat apa?
= Golek-golek, check handphone, bangun pergi toilet.
7. Hari ni korang sakit hati dengan?
= Semut!
8. Ada telefon mak ayah tak hari ni?
= Tak ada, sebab diorang ada depan mata. Jadi, cakap mulut lagi senang. Huhu..
9. BFF korang yang paling sengal?
= Hahah... ade la budak-budak ni 2, 3 orang.
10. Korang buat apa lepas update blog ni?
= Emm... mandi kut.
11. Adakah korang bahagia dengan LIFE korang sekarang?
= Alhamdulillah. Bahagia dengan apa yang ada. Cuma harap hari esok lebih baik dari hari ini.
My SIMPLE QUESTIONS :
- No Question -
Maaflah, dua perkara saya tak buat iaitu listkan soalan dan tag 11 org jiran-jiran blogger. Jadi game tagging yang sampai kat blog ni tak berkembang. Bukan saya taknak teruskan perkembangan game ni. Tapi, saya dah buat disable highligt kt blog ni. Jadi nanti susah plak kawan-kawan yang saya tag nak copy ayat kat atas. Is that ok? Cik Tyra, thanx for tagging me ye. ^_^.
p/s : Tak apa ke kalau saya buat disable highlight dalam blog ni? Sebenarnya, baru je buat. Huhu...
Pakcik Wali Bukan Wali
(LINK)
Labels:
kisah
Saturday, November 26, 2011
Rokok, Lelaki dan Wanita
GIVEAWAY : IRINE NADIA nak kasi MIRACLE TAB for FREE!
Inilah set Miracle Tab ^_^
Sangat teringin!
Hai semua ^_^. Apa yang saya kecoh-kecoh ni. Over pulak. Ish! Tapi memang sangat excited sebenarnya. Tau benda ni dari blog Nisa Kay. Baca tajuk entry ni pun korang dah tau pasal apa kan? Irine Nadia buat GA nak kasi Miracle Tab FREE. Sape penah dengar pasal Miracle Tab? Dari maklumat-maklumat yang saya pernah baca sebelum ni, produk ni sangat-sangat lah bagus. Mana saya tau? Dari blog Irine Nadia jugak. Nak tau pasal Miracle Tab, sila baca entry Irine Nadia pasal MIRACLE TAB ni ok. Penjelasan kat situ lagi jelas.
Masa saya baca info Miracle Tab tu, hati kecik kat dalam ni meronta-ronta kata nak cuba produk tu. Tapi, dompet pulak meronta-ronta kata jangan lagi. Sila sabar... kadar ketebalan ongkos sangat nipis sekarang. Lalu berkecil hati lah si hati kecik yang dah memang kecik.
Bukan apa, kulit muka saya alhamdulillah tak ada masalah yang serius. Tapi akhir-akhir ni, tetamu-tetamu comel sangat rajin bertandang di wajah. Ish... nak halau, tetamu kan. Bila pergi, siap tinggal bekas lagi! Dulu tak macam ni. Stop satu produk, try produk lain. Tapi macam tu jugak. Dari produk mahal, sampailah ke Fair & Lovely yang memang membantu penjimatan wang. Dari produk untuk wanita lebih dewasa, hinggalah produk untuk muda remaja.
Hasilnya? Masih macam tu jugak. Tetamu-tetamu comel (jerawat), ton kulit tak sekata, masalah minyak di zon-T, kadang-kadang jeling kat cermin macam kusam je. Alahaii... sangat tak best. Bila dapat tau tentang produk Miracle Tab yang insyaAllah boleh membantu menjadikan kulit lebih sihat dan mengatasi masalah-masalah kulit yang lain, memang sangat-sangat berminat. Bukan kulit wajah je tau. Seluruh tubuh. Betul tak Irine?
Tapi keadaan masih tak mengizinkan buat masa ni. Cakap kat hati banyak-banyak kali, sabar tau. Then, dapat tau dari blog Nisa Kay pasal GA Irine Nadia ni. Ohh... sangat excited. Kalau ada rezeki saya dapat Miracle Tab ni, memang rasa sangat-sangat bertuah dengan rezeki dari Allah ni. InsyaAllah.... Terima kasih Irine Nadia sebab buat GA ni ^_^.
Kalau korang nak join sekali GA Irine Nadia ni, klik SINI ok.
Good luck ^_^
Closing date :
2 Disember 2011
p/s : Dengan izin Allah ^_^.
Labels:
giveaway,
Irine Nadia,
Miracle Tab
CANDID TIME CONTEST
Hai semua ^_^. Contest lagi..... yaaaa...... saya ada banyak masa nak join contest lagi. Contest apa? Sudah terang lagi berspotlight (melainkan skrin korang sleeping), contest ini adalah contest tentang "candid". Who love candid? I do. Of course suka candid gambar orang lain. Macam mana nak candid gambar sendiri? Tak jadi, tak jadi... yang jadi gambar syok sendiri ade la. Hehe... Thanx to Muna Rahimah for organizing this interesting contest.
Sebenarnya saya ditag dalam contest ni oleh Daniel Adie. Gambar Adie memang candid betullah. Tak caye, tengok la kat ENTRY die ni. Adie ni macam taw saya tengah banyak masa sekarang, jari tengah rajin menaip, mata tengah gagah menatap skrin laptop.
Tapi, jenuh jugak la godek-godek folder gambar nak cari gambar candid. TAK ADA!! Haihh... semua gambar pandang kamera dengan yakinnya. Mata dengan lensa kamera ade magnet ke hape tah. Gambar candid orang lain ade la. Tapi terima kasih kat pakcik dan makcik saya, Fhatiah Sariaat & Iqbal Osman yang ade candid satu gambar masa majlis resepsi Kak Dalila & Abang Hanif bersama pasangan masing-masing. Saya ada cerita dalam entry INI.
Muna Rahimah, terima je lah gambar ni ye. Tak tau lah ade ke tak ciri-ciri candidnye. Huhu... tak tau nak letak gambar ape dah. Saya tengah makan masa ni. Orang lain semua dah siap makan. Tiba-tiba pakcik saya panggil, dan itulah hasilnya.
"Haihh... banyaknye membebel jari kau ni."
Ok fine, ok fine...
I have to tag two bloggers
Nak tengok gambar candid diorang juge ^_^
Harap Ain dengan Farra join sekali. Eh, saya tag mereka berdua tak bermakna korang tak boleh join sekali. Jom join ramai-ramai. Hadiah-hadiahnya sangat menarik dan lumayan ^_^. Macam mana nak join? Mudah je. Boleh baca cara-cara dan syarat-syaratnya di entry Muna Rahimah. Klik je banner purple kat atas tu ok ^_^.
Closing Date :
13 / 12 / 2011
Friday, November 25, 2011
Alunan Menyentuh Jiwa ^_^
Lagu tema telemovie ni pun best jugak taw. Tajuknya Iman Dunia. Nyanyian Amir Sofaz dan Aqasha. Nak dengar? Boleh download kat link bawah ni ok. Kalau belum pernah dengar la. Sebab Telemovie ni dah tayang tahun lepas. Saya je baru cerita pasal ni. Hehe..
p/s : Maal Hijrah dah semakin hampir ^_^.
Labels:
Dakwah Muharram,
Iman Dunia,
Lagu,
telemovie
Wednesday, November 23, 2011
WANTED : Blog link for Khumaera Ismail bloglists Siri 3
Hai semua ^_^. Di kala petang yang tiada buat apa-apa ni, join bloglist Maera Ismail untuk bulan Disember. Tak susah, mudah je. Cara-cara nak join semua Maera dah listkan dalam entry di blog dia. Nak tau? Nak join? Boleh... takde hal lah. Klik je kat banner Maera yang sweet mweet tu ha. Straight saya bawak korang kat entry dia untuk bloglist ni.
Sampai bile?
Hari ni je, sampai malam ni je.
23 November 2011
Sebelum 12 tengah malam.
Nak Join?
Jom cepat-cepat.
^_^
UPDATE! UPDATE!
Maera dah extend tempoh penyertaan.
Last : Jumaat (25.11.2011)
Sebelum 12:00 Tengah Malam
Jadi, sesiapa lagi yang nak join, jomlah
^_^
Labels:
bloglist,
Maera Ismail
Tuesday, November 22, 2011
Fesyen : Gimme Some Colours - Polyvore
Lancome Cosmetics and Skin Care Official Site: Make up, Skincare,...
$27 - lancome-usa.com
$27 - lancome-usa.com
Klik link bawah ni untuk ke Polyvore saya ^_^