Support Me Here ^_^

Monday, November 28, 2011

Shopping, Lelaki dan Wanita


Hai semua ^_^. Tajuk macam lebih kurang dengan ENTRY sebelum ni kan? Hujung-hujung tahun macam ni mesti banyak mall buat sale kan? Year End Sale (Y.E.S). Tapi student-student macam saya ni, tak dapek la nak shopping-shoppingan. Poket dah nipis. Window shopping boleh la. Huhuu... 




Saya teringat sorang kawan lelaki saya cakap " Perempuan ni senang kan nak shopping. Fesyen macam-macam. Harga pun tak semahal mana. Asal berkenan, boleh aje. Kalau lelaki... hmm..." Dah faham la die punye "hmm..." tu kenapa. Huhuu...

Kalau perempuan, pergi je la Masjid Jamek. Belambak tudung bawal, selendang, tudung express. RM10 pun dah boleh dapat. Tudung bawal kalau RM10 siap ade batu blink blink maknenye kurang kualiti (dari pengalaman). Tudung express ok lagi kalau RM10. Memang orang cari-cari kan. Nak bawah RM10 pun boleh dapat. Satu tempat yang saya tau kat area Masjid Jamek atau Jalan TAR ialah Muaz Textiles. Kat situ memang korang boleh dapat harga yang sangat rendah. Design pun boleh tahan la. Cuma kena pandai pilih la yang elok & yang cantik. Lagi-lagi tudung express yang ada awning tu kan. Kalau selendang, usah cerita lah. Macam-macam jenis, macam-macam corak ada. Tapi kalau nak yang high quality, harga dia pun up sikit la kan.




Yang tu baru cerita pasal tudung/selendang/hijab. Belum cerita pasal baju lagi. Memang menduga kesabaran betul. Kalau tak kuat, kene gari duit dalam dompet tu ha. Pilihan macam-macam. Macam mana la tak rambang mata. Tak semua baju perempuan ni murah. Mostly mahal jugak. Ikut kualiti kain die, ikut design die, ikut brand die. TAPI... kalau jalan dalam Times Square ke, Sungei Wang ke (fine... ni tempat saya selalu pegi), tiba-tiba duit tumbuh sayap, tak sabar-sabar nak terbang. Sebab tu kena gari duit dalam dompet. 

"Macam mana la tak rambang mata. Cuba tengok. Sini RM25, sana RM25, situ RM25. Huhuu..." kata saya kepada seorang kawan. Tapi pandai-pandai la kawal kan. Kalau tak terkawal, RM1000 pun boleh habis dalam satu masa. Sedar-sedar accaunt balance tinggal RM10. Time tu baru nak check benda apa je yang dibeli masa tu. Sorang kawan bagi tips : Keluar bawak RM50 je, lepas tu kad bank tinggal kat rumah/hostel. Haha.... nak try ke?

Kalau lelaki?

Lelaki.... hmm... saya pun tak habis research lagi. Bila kau buat research ni Khalila?? Huhu... tak lah. Cuma dengar luahan dari seorang kawan dan terbaca kat mana-mana tentang hal ni. Lelaki kata, pakaian diorang ni susah nak dapat yang murah. Kalau ada yang murah pun, tak cantik, kain tak sedap, kualiti tak bagus. Hmm... betul jugak. Saya tak nafikan. Ada yang ok, tapi kene pandai cari dan pilih la kan. Kalau classmates tu, sekali bli sport shoes, amek kaw.... RM200++. Kalau ikut purata kasut-kasut yang saya beli boleh dapat  4, 5 pasang kasut dah tu. Tapi ok la. Tahan memang lama. Kualiti pun bagus.

Eh, siapa rajin shopping online?

Saya pernah beli beberapa barang secara online. Ada positif dan negatifnya. Negatifnya, kena tanggung risiko kalau baju tu tak muat, rosak dalam perjalanan ke ataupun penjual tak jujur. Jadi kena pilih online shopping yang betul-betul dipercayai. Setakat ni, online shopping yang saya tau semua ok. Lepas tu mungkin harganya mahal sedikit berbanding di luar yang masih boleh tawar. Ditambah lagi dengan postage. 

Tapi, positifnya, kita tak perlu susah payah keluar, panas-panas, bayar tambang semua. Mungkin boleh lebih menjimatkan. Jimat macam mana? Kalau beli diluar, kene bayar tambang teksi, bas atau LRT. Kalau transport sendiri, duit minyak lagi. Lepas tu mesti keluar duit belanja makan. Tu tak termasuk lagi perbelanjaan tak dijangka. Maklum la rambang mata, tak plan pun nak beli tapi 'terbeli' pulak. Satu lagi yang best online shopping ni, kadang-kadang design yang diorang jual tu susah nak dapat kat luar. Jadi, online shopping mungkin pilihan yang lebih baik (ikut keadaan la). 




Lelaki atau wanita, masing-masing ada cara tersendiri nak shopping macam mana. Kebanyakan lelaki yang saya kenal lebih pentingkan kualiti, brand, kalau mahal sikit masih ok, lagipun tak selalu shopping. Kebanyakan wanita yang saya kenal tak kisah pun branded ke tak branded ke, asalkan mata dia berkenan, selesa dan harganya mampu milik. Tapi tak semua macam tu kan. Bergantung la kat diri maing-masing.

Yang penting, kene bijak berbelanja.


p/s : Ohh... rajin pulak taip panjang-panjang petang ni. Target next year.... GAVY.

8 menconteng:

Anonymous said...

Bestnya Shopping...

khalila ishak said...

@SHAFIQ HASHIM
best la kalau ade duitnye... huhu

DanieL AdiE said...

Pakaian lelaki memang mahal-mahal tau...

khalila ishak said...

@DanieL AdiE
Tu lah. kadang2 bile window shopping lalu gak kat mens section. belek-belek harga... amboii.... mahal la jugak.

kim heeruul said...

dia pon kuat shopping gak.

khalila ishak said...

@kim heeruul
hehee... tapi xla smpai tiap bulan. GAVY tu kedai kasut. kasut die sgt selesa taw. tapi kasut laki takde. huhu...

emarieys said...

orang kerja pun sama..banyak komitmen lain..

khalila ishak said...

@MamaEma
huhuu... betul tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...