Support Me Here ^_^

Sunday, November 20, 2011

Selamat Bersemadi......................... T_T



Hai semua............ =( . Pernah kehilangan? Mesti pernah kan walaupun sebatang pensel. Bila kehilangan tu rasa macam mana? Mesti tak best kan. Kehilangan haiwan kesayangan? Makcik saya pernah menangis sebab anak kucing dia kena langgar kereta. Saya tau, mungkin ada yang tak memahami. Semalam baru saya tau ikan laga saya "Si Tembam" dah mati. Ingat balik cuti ni nak jumpe. Tapi, tak ada rezeki.....

"Kirah, ikan kakak mana? Dah mati ke???"
  "Ikan kakak? Ha'a dah mati.."
"Haa...? Mati.................... kenape..... @~@"
"Mana Kirah tau. Kirah tengok dah keras. Pastu tengok-tengok balik, die dah hilang."
"Kirah tak bagi makan la tu." <------- adik laki menyampuk.
"Apa aku pulak...."
"Hilang.... macam mana ikan tu boleh hilang............ -_-"

Bab mati tu saya tak pelik. Bab hilang tu macam pelik sikit. Adakah kucing rumahan rumah ni yang pergi memancing ikan dalam bekas kaca tu. Ataupun ada burung raja udang pergi sambar Si Tembam yang dah mati dalam bekas kaca tu? Macam mustahil. Ataupun die dah terurai? Tak, tak, tak mungkin... Mungkin ayah yang pergi semadikan Si Tembam tu bila tengok dia dah mati dalam bekas kaca tu.

Tembam, kenapa tak tunggu saya balik dulu? Kasi saya peluang tengok-tengok kamu dulu. Isk..... Kenyataannya, ajal dan maut tak tunggu masa, tak tunggu sesiapa. Tak cepat walau sesaat, tak lambat walau sesaat.


p/s : Nak pergi kedai akuarium cari ikan......

18 menconteng:

NEPH said...

pengajaran...bawaklah bersama2x kemana anda berada..ngeeee

nusrah said...

kesiannya tembam dah tade.. beli d new one. kali ni bagi nama montel plak... :p

p/s : terbayang2 muka kirah blur2 masa cakap tembam dh mati dan hilang.. XD

Nurul ain said...

btl2, ajal maut tak tunggu kita.. minat bela ikan rupanya khalila ni...

k.h.a.l.i.l.a said...

@NEPH

huhuu...cmne nak bawak bsama2 sentiasa. b'kocak2 rumah die nnti.

k.h.a.l.i.l.a said...

@nusrah
huhuu... mmg nak cari gnti gak ni. sedih ;(. taw xpe, yela akak suh die jage dulu. huhuu...

k.h.a.l.i.l.a said...

@Nurul ain

kan Ain. suke! kalau ade akuarium besa lagi best. satu terapi taw ^_^

Bidadari Syurga said...

ikan laga umur tak panjang sayang... bela ikan lain ye... dah jgn nanes ok...

SoLy SoLicious said...

olo ciannye

RinsyaRyc said...

eh, gamba ketiga tu, cam orang pakai shawl. <---mata rosak & rabun kot. aha


mana die hilang? isk.

k.h.a.l.i.l.a said...

@Bidadari Syurga
tak nanges kak. tkilan je. huhu... tau umur die x pjg. tp bsyukur gak la. lame jugak dapat bela dia. berbulan2 jugak. ;)

k.h.a.l.i.l.a said...

@SoLy SoLicious

ape boleh buat... ajal die dh smpai. huhuu ....

k.h.a.l.i.l.a said...

@RinsyaRyc
pakai shawl?? ahahahaa... boleh pulak camtu. mengurai sgt ekor die, tu pasal la kut. huhu... x taw la rin mane hilangnye. yg pasti sudah mati. huhu

aiEz said...

andai ia telah pergi,
usahlah ditangisi lagi,
patah tumbuh hilang berganti,
jom beli yg baru lagi?

eh?hehe...;p

k.h.a.l.i.l.a said...

@aiEz

jom jom.... mmg nak beli baru jugak. tapi yg lame xleh lupa jugak. huhu

NEPH said...

senang jew khalila....you jer jadi rumahnyew....letak lam mulut..atau lam perut..kikiki

k.h.a.l.i.l.a said...

ohhh.... cmtui, perut sy la yg bekocak nnt. huhu

ika alwee said...

why Tembam? ikan tu tembam ke?? Beli ikan len...:-)

k.h.a.l.i.l.a said...

@ika alwee
hahaa.. tak la tembam sangat. kawan org la ni yg bagi nama. tp badan Si Tembam ni mmg besar skit. org mmg nk usha2 gak ikan baru. huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...