Support Me Here ^_^

Saturday, June 22, 2013

Syukur Ya Allah






Alhamdulillah...
Kepada-Mu aku bersyukur Ya Allah
Kelmarin aku berduka
Hamparan doa kupanjatkan kepada-Mu
Memohon ampunan dan keberkatan dari-Mu

Alhamdulillah...
Kepada-Mu aku bersyukur Ya Allah
Hari ini aku terharu gembira
Mendengar alunan bacaannya
Walau sedikit tidak mengapa
Kerana itu cukup menenangkan jiwa

Syukur...

Wednesday, June 19, 2013

Dalam Kelam Hujan









Aku hanya mampu menangis
Dalam hujan yang kelam
Tanpa sesiapa tahu
Kecuali Allah Yang Maha Esa








Monday, June 10, 2013

Halfmoon Labuh SALES - From The 1st Batch

**Update 8/7/2013 - (SOLD OUT)

Saya ada koleksi halfmoon labuh dari 1st Batch. Harga asal Ameena-RM35 / Qadeeja-RM38. Tapi saya jual dengan harga diskaun RM30 sahaja tak termasuk postage. Saiz memang besar. Sesuai untuk anda yang memakai tudung labuh. Kalau tak pakai tudung labuh pun boleh sebab anda boleh adjust labuh shawl ni. Tengok gambar di bawah. Saya pelbagaikan cara pemakaian halfmoon shawl ni. :)

**Kalau nak tengok Ameena Halfmoon 2nd Batch, klik SINI

Ameena Kuning Air
(SOLD OUT)

Ameena Maroon
(SOLD OUT)

Ameena Sea Blue
(SOLD OUT)

Ameena Ungu Kundang
(SOLD OUT)

Qadeeja Purple Flower
(SOLD OUT)



Potongan sememangnya LABUH.  
Saiz besar (+/- 2.0m x 0.9m)


Sehelai RM30

Harga asal Rm35/RM38

Postage : RM6 (WM) / RM10 (EM)

Sebarang pertanyaan atau order boleh hubungi saya di link ini ye :)




Jom singgah ONLINE SHOP saya




Friday, June 07, 2013

Sabun Comel yang Murah

Assalamu'alaikum, salam sejahtera.

Biasa tak tengok sabun yang comel macam kat bawah ni?


Dua minggu lepas saya jalan-jalan di kawasan Pasar Seni, tak jauh dari Pudu Sentral sementara tunggu bas saya tiba. Singgah satu kedai ni, macam-macam ada. Kasut, produk kecantikan, makanan pun ada. Rupa-rupanya kedai tu milik warga Indonesia. Makanan-makanan macam keropok, mi segera semua dari Indonesia. Tapi saya tak beli la.

Selalu jumpa orang jual sabun macam ni di internet. Teringin la pulak nak try. Yang saya beli tu separuh dari sebuku sabun kat gambar tu. Harganya RM6.90. Mahal? Saya rasa ok la. Tak terlalu mahal sampai puluhan ringgit.

Takut jugak sebenarnya nak cuba. Kalau bagi kesan buruk macam mana kan? Saya selalu tukar-tukar pencuci muka. Tau memang tak elok selalu tukar-tukar. Takut muka rosak. Tapi bila saya stay lama-lama guna produk tu pun lama-lama kesan dia tak menjadi jugak atau tak tahan lama. Kulit jadi macam dah immune dengan produk tu.

Masa saya beli sabun comel ni, saya pakai Simplycity. Ok jugak. Tak adalah kering sangat muka saya macam sebelum pakai Simplycity tu. Tapi masih ada rasa kasar-kasar kat kawasan hidung. Masih ada bintik-bintik putih di hidung.

First time pakai, hmm...... bau wangi. Urut-urut di muka, bilas, lap. Tau tak...... kulit muka rasa halussss je. Benda-benda kasar di kawasan hidung? TAK ADA. Kalau korang rasa best ke tak best? Mesti la best kan. So, saya teruskan la pakai sampai hari ke 5. Takut jugak kalau-kalau kulit muka pedih atau mengelupas. Alhamdulillah tak ada semua tu. 

Hari ke-6 tu saya balik rumah, tertinggal pulak sabun comel saya tu. Saya pakai sajalah pencuci muka Simplycity. 3 hari juga saya pakai, tapi 3 hari tu kawasan hidung saya rasa kasar-kasar sikit. Memang tak best. Bila dapat balik sabun comel, saya pakai. Alhamdulillah ok balik. Sekarang dah 2 minggu saya pakai, alhamdulillah tak ada masalah. Saya harap akan berterusan elok macam ni. Kalau tak, terpaksalah cari yang lain pulak. Huhu.


* Tapi hati-hati, dengarnya ada jugak yang tiruan (mungkin effect dia tak bagus).

Thursday, June 06, 2013

Macam Nak Nikah Je

Assalamu'alaikum, salam sejahtera.

Tadi saya update gambar2 Ameena Halfmoon Shawl (klik sini). Boleh dipakai dengan berniqab. Ada satu gambar, dalam hati kata 'eh, macam nak nikah pun ada'.


Nanti nak nikah pakai baju warna apa ye? Haaa.... mulalah nak berangan ni. Takpe, tak perlu bayar pun (^_^). Impian sederhana saja. Janji tak menyusahkan dan memudahkan semua pihak terutama keluarga kedua-dua belah pihak.
*cakap macam bulan depan nak nikah je :P

Pilihan warna.......................

Putih suci?
Cream?
Soft peach?
Soft pink?

Hmmm...... tengoklah nanti bila tiba masanya (^_^)

Ameena Halfmoon Shawl Batch 2 On MODEL

Assalamu'alaikum, salam sejahtera.

Ewahhh... on model konon. Tak ada orang nak jadi model. Patung model pun tak ada. Jadi guna diri sendiri saje la. Ingat tak entri saya sebelum ini? Tentang Ameena juga (klik sini). tetapi masa tu saya tak ada kesempatan nak tunjuk gambar shawl on model. Tunjuk warna saja. Jadi saya tunaikan janji untuk tunjukkan gambar Ameena on 'model'.

Tapi tinggal 5 warna sahaja sebab warna lain dah sold out. InsyaAllah kalau ada rezeki saya keluarkan lagi warna-warna lain on Batch 3. InsyaAllah.

Dark Grey
(Available)

Green Turqoise
(Available)

Creamy
(RESERVED)

Yellow Mustard
(Available)

Peachy Pink
(SOLD OUT)

Light Purple
(SOLD OUT)

Hot Pink
(Available)

Tumeric Orange
(Available)

Dark Brown
(Available)




Potongan sememangnya LABUH.  
Saiz besar (+/- 1.8m x 0.9m)

Tapi awak semua boleh pakai ikut keselesaan sama ada nak sederhana labuh atau extra labuh dengan pelbagai gaya. InsyaAllah materialnya memang BEST. Lembut dan tidak terlalu jarang.
.
.
.
.
.
.
Harga?

Sehelai : RM35 sahaja.
3 Helai : RM100 sahaja
5 Helai : RM150 sahaja

Postage : RM6 (WM) / RM10 (EM)


Sebarang pertanyaan atau order boleh hubungi saya di link ini ye :)




Jom singgah ONLINE SHOP saya



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...