Support Me Here ^_^

Saturday, December 31, 2011

Senja Terakhir - Entry Penutup 2011



Hai semua ^_^. Seperti yang dijanjikan, malam ni saya nak buat dua entry. Entry ni kira penutup untuk tahun 2011 la kan. Semua orang sibuk buat entry sempena akhir tahun dan tahun baru ni. Saya pun sibuk nak buat jugak. Heheh.


Langit di Barat


Langit di Timur. Rasanya masa snap gambar ni, gelap lagi. Dah masuk camera macam cerah sikit.

Macam mana tahun 2011 korang semua? Mesti macam-macam ada kan? Suka, sedih, marah, ketawa, kecewa, blur...... Blur? Ade ke? Hehe... Saya pun. Macam-macam yang dah jadi tahun 2011 ni. Nak tau apa yang jadi kat saya tahun 2011 ni? Jom baca lagi. Tapi tak semua lah. Saya senaraikan beberapa perkara je ok ^_^.


Tahun ni saya mula aktif blogging. Cuti bulan Mac

Konflik dengan kawan sebelah katil. Kite dah ok kan? Heheh.

Bela ikan laga pertama saya Si Tembam. Dah mati -_-".

Hati 'berdarah'. Memang la kena ada darah kan? Huhu...

Tamat jawatan yang dipegang dua tahun. Lega..

Raya kurang meriah. Kenapa eh?

Ronda Melaka dengan geng Ex-JPP. Ohh.... BEST!

Boros! Haishh.... kene clorox cepat-cepat benda nih...

1st time jahit uniform baju kurung PPIM (sepasang). Terdesak. Nasib baik jadi.

Jumpa bloggers BEST kat Melaka. Thanx a lot Daniel Adie ^_^.

1st time pegi Melaka naik bas sorang-sorang. (Kenapa banyak Melaka nih?)

Jumpa seseorang untuk masa depan.. InsyaAllah... You know who you are ^_^.

Berjaya tengok kerbau kena sembelih depan mata. Sebelum ni tak berani.

Cuba-cuba jahit dress sendiri ^_^.

Tertinggal dua bungkus sandwich Subway kat Muaz Textiles Jalan TAR. Dah malam (9.30 mlm). Dalam LRT baru perasan. Sanggup patah balik dalam keadaan tak sure kedai masih bukak atau tak........................................... Nasib baik..... pintu dah tutup separuh. Huhuu.... lega. (orang punya, tu pasal risau).


Emm.... banyak lagi sebenarnya. Tapi saya senaraikan sikit ni je la. Nak tau semuanya, kena baca semua entry tahun ni la. Tu pun tak semua saya cerita dalam blog. Tu pun kalau korang nak baca lah. ^_^. Apa-apa pun, masa tetap berlalu. 2011 pergi, 2012 pulak datang. Yang penting, kita cuba sedaya upaya untuk menjadikan hidup kita lebih baik dari sebelumnya. 

Tak perlu nak tunggu tahun baru baru nak pasang azam, baru nak perbaiki diri. TAPI..... tak salah pun kan kalau nak buat azam. Tu sebagai pembakar semangat lah. Semoga tahun baru 2012 ni, kehidupan kita akan menjadi lebih baik. Ada seseorang selalu cakap pada saya, kita sendiri yang menentukan hala tuju hidup kita. Bukan orang lain. Jadilah diri sendiri ^_^.


SELAMAT TINGGAL 2011
SELAMAT TAHUN BAHARU 2012


^_^


p/s : Ini saja entry terakhir 2011 dari saya. Salah silap harap dimaafkan. Kita jumpa tahun depan ye. Hehee...

Al-Kisah Jadi Bidan Terjun di Cahya Shoppe


Hai semua ^_^. Sambil lewa update blog semakin menjadi-jadi sekarang ni. Agaknya kalau pengawas yang jaga, dah kene denda tuan blog ni sebab tak update blog. Huhuu... Jadi, azam sebelum tamat tahun 2011 ni, nak update dua (2) cerita dalam satu malam. Haaa...... orang lain semua pasang azam nak mula tahun baru. Saya pulak azam sebelum 2011 ni tamat.

OK, entry ni untuk cerita pertama.

Tengok tajuk saya jadi bidan terjun. Apa bidan? Apa terjun? Mak bidan terjun bangunan nak selamatkan baby ke hape ni? Huhuu... No.. no... Tak ada la bidan terjun sangat. Actually, sorang kawan lama saya sejak sekolah menengah dulu baru bukak butik pakaian di Teluk Intan. Sapa orang Teluk Intan? Haaaa, boleh la jenguk butik Cik Ain ni. Nama butik dia Cahya Shoppe. Satu baris dengan bangunan Kolej Komuniti Teluk Intan. Berhampiran dengan jambatan tu.

Jadi, satu hari tu dia ada request dekat saya untuk jadi "patung" gayakan tudung dan shawl di butik dia untuk promo di Facebook (kut) dan blog dia. Tak pikir panjang pun. Masa free terlalu banyak cuti ni, jadi apa salahnya saya tolong dia kan. Mungkin dia nampak saya selalu pakai shawl dan kebetulan saya tengah cuti sekarang. Tapi................mampu ke saya buat? Tak pernah try benda-benda macam ni. Huhuu...

Sampai hari yang ditetapkan, saya datang butik dia buat kali kedua untuk photoshoot ni. Ish..... taip ayat bajet macam model je nak photoshoot, photoshoot. Huhuu.... maafkan saya. Excited ada, risau ada, sebab tak pernah try benda macam ni kan. Tapi nasib baik Cik Ain ni ada. Jadi, saya rasa ok je la kut. Lilit-lilit shawl pun ikut suka, ikut dan je. Yang penting, bahagian-bahagian shawl yang nak ditunjukkan tu viewer boleh nampak.

**Sorry la Ain kalau aku tak pandai bergaya depan camera. Hehe...

Banyak jugak selendang yang saya pakai hari tu. Lebih la kut dari sepuluh helai. Banyak la tu kan. Hehe... Tudung express pun ada. Owh... lupa. Ada beberapa shawl dan tudung syria yang saya pakai hari tu, handmade taw. Maksudnya, ada tambahan-tambahan manik, benda-benda comel (lupa apa nama dia, taip je la benda comel). ^_^

Interior design butik Cahya Shoppe ni cantik taw. Suka duduk dalam tu. Tapi saya tak sempat snap gambar hari tu. Sibuk melayan shawl. Hehee... Kat bawah ni saya letak beberapa keping gambar butik tu masa saya datang kali pertama dan kedua.



Ni gambar lepas selesai photoshoot. Ain Tag saya kat FB. Thank Ain & Zaki ^_^.


Yang paling BEST, Ain bagi saya shawl ni FREE! Suka. Esoknya, keluar terus pakai. Selesa taw. Hehe... Maybe korang tak dapat nak nampak macam mana shawl ni. Nanti gambar masa photoshoot Ain dah upload, saya share kat blog ok. Sorry, saja blur kan muka. Nak suruh korang fokus kat shawl. ^_^. Nak tengok beberapa keping gambar dalam butik Cahya Shoppe? Jom tengok gambar-gambar kat bawah ni.





Nak tengok item-item jualan Cahya Shoppe?


p/s : Gambar-gambar untuk promo shawl tu nanti saya share kemudian ye. Sekali lagi terima kasih kat butik Cahya Shoppe, Cik Ain dan Zaki sebagai photographer. Entry kedua akan menyusul sebelum tengah malam. ^_^

Wednesday, December 28, 2011

Ambil Berkat Nak Kahwin ^_^


Hai semua ^_^. Semalam masukkan gambar, hari ni baru nak taip ayat. Tajuk entry macam nak kawen minggu depan je kan. Hehe... . Asal cuti sekolah je, ada orang kahwin. Asal org kahwin je, mesti cuti sekolah. Eh? Memang la. Kalau tak, nanti tak ada orang datang pulak. Tak bukan MESTI. KEBANYAKANnya memang orang buat kenduri masa cuti sekolah. Kan kan? 

Kawan-kawan saya pun tak terkecuali. Sepupu saya jugak ade yang kahwin cuti sekolah ni. Dah sampai seru mereka mendirikan masjid. Jodoh dah sampai. Allah dah kata mereka kahwin masa ni, jadi kahwinlah mereka. 

Baru-baru ni sorang kawan lama saya berkahwin. Ohh.... seronok tengok orang kahwin ni sebab kita tak kahwin lagi. Eh, kita pulak. Saya la yang tak kahwin lagi. Huhuu... Lama sesangat tau saya tak jumpa die ni. Nama dia Noor Ezza binti Samad. Nama suami die...... adeh saya lupa pulak. Asa'ari ke ye? Last saya jumpa dia masa sekolah rendah dulu. Lepas tu pernah terjumpa sekali masa dalam bas waktu sekolah menengah. Lama tau! Lebih kurang 10 tahun. Lama la kan? Sekarang bila jumpa balik, dia dah jadi isteri orang dah pun ^_^.

Saya sempat jumpa dia sekejap je masa majlis tu. Sempat la snap sekeping gambar. Terima kasih encik wedding photographer yang tolong snap gambar ni. Hehee... Saya guna kamera kecik je. Jadi la kan nak buat rakam memori ^_^. Kat bawah ni ha gambar yang dapat saya simpan memori dengan pengatin.







Eh, yang ni bukan mak pengantin. Ni mak saya. Sama tak? Sama tak? Hehee... tak sama sangat. Saya tau. Mak cantik lagi. Mana boleh lawan tokey. Huhuu...

Sebenarnya, sebelum datang rumah Ezza ni, ada satu lagi kenduri. Rumah kawan ayah. Tapi tak ada gambar  pengantin sebab pengantin tak sampai lagi masa kami datang. Apa-apa pun, saya nak ucapkan tahniah kat Ezza dengan suami. Selamat menjalanai kehidupan baharu sebagai sebuah keluarga. Semoga kekal bahagia, dirahmati Allah dunia dan akhirat.

^_^


p/s : Asyik pergi kenduri orang lain. Kenduri sendiri belum tiba masa. ;D

Monday, December 26, 2011

Entry KHAS Buat Adik Fatehah & TOP UP







Hai semua ^_^. Apa yang khas sangat ni? First of all.... saya nak ucapkan Happy Belated Birthday buat adik Fatehah Zulkifli yang telah lepas pada 18 Disember. Makan sandwich Subway tu bebaik ye. First time panggil "adik Fatehah". Hehee.... Fatehah ni paling adik dalam kelas  PISMP A Ambilan Januari 2011. TAPI! Jangan sesekali korang pandang rendah kat Fatehah ni sebab korang memang kena pandang tinggi kat dia sebab dia memang TINGGI. Tak tipu punye lah.





Sama tinggi dengan Dato' M. Nasir. Entry ni dah tertangguh lama dah. Mintak maaf la sangat-sangat kat Fatehah. Huhuu.... Sorry Tehah, akak jarang update blog nak dekat hujung 2011 ni. Patutnya di penghujung tahun ni la nak update banyak-banyak. Tapi saya.............................??? Tak apa lah. Lagi pun saya bukan full time blogger.

Jadi, apa kaitan Fatehah dengan TOP UP??

Fatehah ada request sesuatu kat saya hari tu. Minta promote sesuatu. Dia ada buat side income baru start dari beberapa bulan lepas. Pulangannya berbaloi dan rasanya kemungkinan untuk rugi tu macam 0.1% je kut. I'm not very sure.





Pernah dengar bisnez topup? Yang duduk kat hostel tu mesti biasa kan? Nak topup, cari je member-member yang jual topup, "Lin, nak topup RM10. Celcom taw. Bayar kemudian." Cewahh..... gaya macam mintak topup free je kan? Hehee.... bayar la. Jangan buat dajal. Kesian kat kawan tu.

Selama Fatehah ni buat biznes topup, tak dengar pulak dia kata rugi. Kalau fikir logik, betul jugak kan? Topup ni keperluan harian. Dah macam makan minum. Hari-hari kena makan. Kalau tak, lembik la. Nak angkat handphone jawab mesej pun malas.

Biznes topup ni sesuai untuk sesiapa saja. Budak sekolah pun boleh kalau nak cuba. Boleh la kalau nak tambah side income sikit-sikit kan. Lagi best bila dah ada regular customer. Memang orang tu akan cari korang je la kalau nak topup. Tak kira masa, di mana sahaja. Pukul 2 pagi? Korang dalam kelas? Tak ada masalah. Biznes masih boleh jalan.

Jadi, kesimpulannya di sini, bagi sesiapa yang baca entry ni dan berminat nak cuba biznes ni, boleh lah contact Fatehah. Nak tahu apa-apa maklumat dengan lebih lanjut, boleh tanya banyak-banyak pada dia. Korang nak bawak selori soalan pun tak apa. Heheh.

Berminat? Macam mana nak contact Fatehah?

Silalah berurusan dengan dia di LINK bawah ni.

FACEBOOK FATEHAH ZULKIFLI


p/s : Saya tak buat biznes ni sebab Fatehah dah buat. Saya tolong promote je ;)

Saturday, December 24, 2011

Saya Suka Udang Masak Merah Juga ^_^




Hai semua ^_^. Dah beberapa hari tak update blog. Entahlah kenapa. Tengah rajin, sehari 2, 3 entry update. Bila virus malas datang... haaaa.... behari-hari tak update blog. Asik nak cerita pasal makan je akhir-akhir ni. Maklum la, cuti sekolah kerja makan je. Lepas tu, bila duduk rumah atuk, sehari makan 4 kali. Makan, makan, makan, makan. Tak ada benda lain.

Bangun pagi, main masak-masak, pukul 8.30 - 9.00 pagi sarapan. Rehat-rehat, pukul 11.30 - 12.00 tengah hari main masak-masak lagi. Petang lebih kurang 5.30 buat minum petang pulak. Malam lepas maghrib prepare makan malam pulak. Makan dan lemak dah sebati dengan cuti. Huhuu...

Ehh... jauh main lari-lari. Korang suka udang? Suka? Suka udang masak apa? Kita geng kalau korang suka udang masak merah. Hehee... Terasa kenikmatannya. Tak suka? Kenapa? Ohh.... alergi. Kesian kalau suka sangat udang tapi sebab alergi terpaksa lupakan udang tu. 

Ayah saya pun alergi tapi kalau nak masak udang, rebus dulu, buang air rebusan udang tu. Lepas tu baru masak. Ikut la nak masak apa. Alhamdulillah, setakat ni ok lagi. Kalau nak makan sotong pun macam tu jugak. Lepas rebus baru masak.

Awak suka udang masak merah? Saya suka jugak ^_^.


p/s : Harap-harap tak ada alergi kat seafood. Kalau tak, tak dapat la makan udang lagi. Huhuu...

Monday, December 19, 2011

Terkedu Bila Ditanya Soalan Sebegini...


Hai semua ^_^. It's Monday again. Tapi saya masih dalam mood cuti. Sesiapa yang bekerja tu, happy working ye. Korang kerja lah dengan senyuman. Everything will be ok! (Nak ok macam mana kalau kene leter dengan bos.... erk..). Sabar, sabar. Meh sini, saya nak cerita sikit. Tapi saya bukan nak cerita pasal kerja atau bos. Saya nak cerita benda lain.

Korang pernah tak ditanya soalan yang buat korang terkedu? Macam, "Eh, kau kan yang bagi surat cinta kat aku tadi?" Sapa pernah kantoi macam tu? Hahaa.... comel je. Bukan soalan tu yang saya maksudkan. Ada seseorang bertanya pada saya semalam. Soalan yang jarang ditanya kepada saya lebih-lebih lagi oleh seorang lelaki. Biasanya gosip-gosip dengan geng-geng perempuan je. Heheh... kantoi. Seseorang tu bertanya kepada saya ;

 "Ila, awak suka lelaki yang macam mana?"


Soalan tu lah yang buat saya terdiam sekejap. Hah? Korang relax je dengar soalan macam tu. Ok, fine. Bukan apa, nak berangan tinggi-tinggi, saya pun manusia biasa. Mana ada manusia biasa yang terlepas daripada buat silap. Kan? Lama jugak terdiam, baru jawab soalan tu.

Kalau korang, korang jawab apa? Macam mana lelaki yang korang suka? Disebabkan saya perempuan, maka ciri-ciri lelaki lah yang saya kena jawab. Kalau korang lelaki, ciri-ciri perempuan yang korang sukalah. Jom sambung, apa ciri-ciri lelaki yang saya suka dan tertarik. Mungkin sama jugak macam korang (perempuan). Huhuu... Tak apalah. Kita share je.

1- Ada pegangan agama. Saya sedar saya banyak kelemahan. Jadi saya perlukan seseorang yang boleh bimbing saya untuk jadi lebih baik. Bila di rumah, dialah imam saya. Bila dah ada putera puteri, nanti dia ajar mengaji (ok dah jauh berangan. baru nombor satu. huhu).

2- Bertanggungjawab. Siapa taknak orang yang bertanggungjawab kan? Takkan kita nak bersama dengan orang yang suka lepas tangan. Apa-apa masalah buat tak endah je.

3- Jujur dalam segala hal. Tak best lah kalau suka selindung sesuatu daripada pasangan. Walaupun sekadar perkara remeh, kalau tak jujur, nanti macam-macam andaian bermain dalam kepala. Mulalah timbul alasan nak gaduh. Gaduh manja tak apa jugak, tapi kalau gaduh sampai baling pinggan kaca? Haishh....

4- Kelakar atau ada sense of humor. Betul, saya suka orang yang kelakar. Terasa hidup macam ceria je. Orang-orang yang kelakar ni selalunya boleh menghidupkan suasana. Tapi tak adalah kelakar sampai semua benda nak buat main-main. Biarlah kena pada tempatnya.

5- Matang. Orang yang kelakar tak semestinya tak matang kan? Banyak je orang yang matang tapi dia kelakar jugak. Ade kan? Ade kan?

6- Tahu buat keputusan. Dalam hidup ni macam-macam pilihan kita kena buat. Jadi, perlu buat keputusan yang betul. Bukan bermakna bergantung sepenuhnya terhadap keputusan dari dia. Tapi, apa-apa hal boleh bawa berbincang. Keputusan yang dibuat akan menentukan masa hadapan sama ada baik atau buruk.

7- Tak merokok. Saya tau majoriti lelaki merokok. Tapi saya lebih kagum pada lelaki yang tak merokok. Lebih kagum lagi bila lelaki yang merokok tu berusaha bersungguh-sungguh untuk berhenti merokok.

8- Penyabar. Seseorang yang penyabar takkan mudah melenting. Bila timbul sesuatu masalah, tak akan buat tindakan melulu tanpa usul periksa.

9- Peneman. Susah nak cari lelaki yang sanggup teman perempuan pergi survey atau beli barang. Senang cerita, shopping atau window shopping. Tapi saya ade kenal beberapa orang yang tak kisah ikut perempuan beli barang. Sweet ^_^.

10- Penasihat. Saya suka orang yang bijak memberi teguran dan nasihat. Tapi bukanlah teguran yang tak berasas dan menjatuhkan semangat saya.

11- Hormat. Perhubungan yang tak ada nilai-nilai hormat tak akan bahagia. Lelaki yang menghormati seseorang wanita takkan membiarkan wanita yang disayanginya terjerumus ke lembah maksiat. Begitu juga pandai menghormati orang lain.



Emm.... ada lagi sebenarnya. Tapi cukuplah saya senaraikan 11 ciri ni je. Mungkin korang (perempuan) pun nak lelaki yang ada ciri-ciri macam ni. Mungkin korang (lelaki) pun nak perempuan yang ada sebahagian daripada ciri-ciri kat atas. Taste setiap orang berbeza. Yang saya senaraikan kat atas tu mungkin kebanyakannya perkara-perkara yang asas. Korang mungkin ada ciri-ciri yang lagi spesifik. Rambut panjang ke, kulit putih, banyak duit, ade ferrari, ada ladang kuda. Ohhh..... kalau nak senaraikan perkara-perkara macam tu....... kalah la senarai perkataan dalam Kamus Dewan Bahasa (ok, ni hiperbola).

Apa-apa pun, sesiapa yang telah Allah tulis buat diri kita tak semestinya ada semua ciri-ciri lelaki / wanita yang kita nak. Tak mustahil kalau orang yang hadir tu bukan taste kita. Tapi kita perlu belajar menerima orang tersebut. Siapalah kita. Bukan terlalu sempurna. Kita pun ada kelemahan jugak.


p/s : Mungkin mudah untuk kita menerima kelemahan orang lain. Tapi bukan mudah untuk menemui orang yang boleh menerima segala kekurangan diri kita seikhlas hatinya.

Sunday, December 18, 2011

Sanggup Tak Sembelih ARNAB ??



Hai semua ^_^. Sepatutnya entry ni saya post semalam. Tapi entah kenapa tak jadi pulak. Hari ni baru nak post. Semalam saya tak post apa-apa pun. Huhuu. Eh, korang pernah tak makan daging arnab? 1st time saya makan masa kecik-kecik dulu. Atuk sembelih seekor arnab. 


Ehhhh.... bukan yang ni kena sembelih. Ni kecik lagi.

Dalam tahun ni ke tahun lepas entah, atuk mula bela arnab lagi. Bila dah besar, apa lagi, sembelih la buat lauk. Hehe... Maafkan saya wahai sekalian pencinta arnab. Bukan bertindak kejam. Tapi memang arnab boleh dimakan. Cuma macam sayang sikit sebab nampak arnab tu macam ala-ala kucing.

Eh, eh..... kalau nak sembelih arnab, nak makan arnab, janganlah berperasaan simpati yang melampau. Tak boleh la korang makan dah sebab korang ada perasaan macam tu. Nenek saya memang tak pernah makan sebab dia tak sampai hati. Yela, dia yang bela. Bagi makan hari-hari. Atuk saya pun tak makan sangat. Anak cucu balik, die sembelih la bagi anak cucu dia rasa.


Ni lah dia atuk. Masa raya haji lagi dia sibuk sembelih lembu atau kerbau. Nampak tak darah tu? Ada lagi bulu arnab yang melekat. Saya tak nak letak gambar masa arnab kena sembelih. Nanti ada yang cop entry saya kejam. Huhuu...


Empat ekor arnab semalam kena sembelih. Terima kasih arnab-arnab comel sebab jadi rezeki makanan untuk saya sekeluarga semalam. =)


Nampak tak, macam daging ayam kan? Hehee.... 


Daging-daging arnab tu semua dimasak dua jenis masakan. Tapi bukan saya masak la. Hehe... makcik saya, Chef Rashidah yang masak... ewahh ^_^. Arnab Masak Lemak Kuning. Sedaptaktipupunye...


Yang ni pulak memang bukan saya jugak yang masak. Hehe... makcik saya sorang lagi, Chef Fhatiah yang masak. Arnab Goreng Berempah. Memangsangatsedaptaktipulangsung... Rasanya memang ada ala-ala ayam. Saya? Masak jugak. Tapi benda lain lah. ^_^



p/s : Cuba bayang kalau Bugs Bunny yang kena sembelih. Huhuu... Eh, sembelih arnab takpe. Jangan sembelih orang je. Ish ish ish.....

Thursday, December 15, 2011

Buat Flash Header Gara-Gara VIRUS...




Hai semua ^_^.  Entry sebelum ni agak emo sikit. Tapi atas nasihat dan saranan beberapa individu, hati saya lega sikit. Saya yakin hal tu boleh diselesaikan. Harap-harap sangat dapat diselesaikan sebab tu salah satu nadi hidup saya. Huhuu...

Apa halnya pulak entry yang ini? Ada sikit-sikit kaitan dengan entry sebelum ni. VIRUS. Yeee.... virus dah menyerang salah satu nadi hidup saya. Disebabkan ke'emo'an yang melanda saya hari ni, tangan mula gatal nak buat flash header. Jeles tengok flash header org lain comel-comel kan. Hehee... Ade beberapa tutorial yang saya jumpa tadi. Ada yang advance sikit, bermakna kefahaman kita yang baru nak cuba-cuba ni pun kene advance la jugak kan. Lepas tu, saya jumpa satu tutorial yang agak mudah untuk buat flash header yang kira tahap basic bagi orang-orang yang tak tau macam saya. Hehee...

Hasilnya........ macam header saya sekarang yang kat atas tu la. Tak la hebat sangat. Tambah sikit-sikit effect je. Cara nak buat pun mudah je nak faham. Nak tau kat mana saya belajar buat flash header yang mudah tu? Haaa... saya belajar kat MariBinaBlog kat link SINI. Guna software apa? Saya guna AleoFlash. Kat dalam entry MariBinaBlog tu dia ada bagi link untuk download AleoFlash. Tapi tadi saya try download tak jadi pulak. Jadi, saya download kat SINI. Tapi free trial je la. Huhuu... Kire ok la kalau setakat nak cuba-cuba.



p/s : Blog ni jadi berat tak bila letak flash header? Terasa berat sikit. Tapi Abang Zizi kata tak la berat sangat. Biasa-biasa je. Berat lagi blog Fiq Fikri yang sarat dengan gambar-gambar dia. (Abang Zizi cakap ye). Heheh... ^_^

Satu Nadi Kene Racun T_T



Hai semua T_T........


(LINK)



Awal-awal dah sedih. Kalau ada Awal Ashaari tak apa jugak.



Ape ni? Ape ni?? Sedih tetiba. Dari pagi semalam tak pakai hard disk ni (rasanya). Tiba-tiba malam tadi on, tengok semua folder jadi SHORTCUT! Haaiiihhh..... terasa nak cut je cable USB ni. Tu ha...  . $RECYCLE.BIN tu virus ke? Virus eh? Rasa macam penah tengok dulu kat pendrive siapa tah. Rasanye sebelum ni tak ada pun. Bijak... bijak... Habis semua folder pindah dalam hard disk. Bajet nak kasi ringan laptop. Sekali jadi macam ni. Kalau ni gara-gara virus....... kau tau tak virus, kau dah buat aku sedih ni haaaa......


Grrrrrrrrrrr........ <------- tanda geram!


Nak geram, geram pun tak guna dah. Benda dah jadi. Is there anything that I can do? Ada sapa-sapa tau? Almost everything ada dalam tu termasuk Diari. Ohhhh.... paling sayang folder Piccas. Folder IPG KBM pun same! Karya Sem 4 semua kat situ.... Kalau bende ni permanent hilang....... inilah cara "terbaik" deleting memories......


Dah la.... jam dah pukul 2 pagi. Nak tido... Sedih...



p/s : Sorry......... entry ni emo sikit.. ;(  Salah sendiri jugak...

Wednesday, December 14, 2011

Segmen - Nak Masuk Dalam Vlog Nizam Ijam








Hai semua ^_^. Semalam saya ada dapat jemputan untuk join segmen oleh Nizam Ijam. Segmen ni sangat senang dan memang Nizam Ijam taknak susahkan blogger-blogger yang nak join ni. Hehe... Eh, bukan je mudah tapi menarik jugak tau! Sangat menarik sebab saya tak pernah join segmen macam ni. Tengok tajuk pun dah tau segmen ni lain dari yang lain. Nizam Ijam kata dia nak buat vlog dalam masa terdekat ni dan dia akan promote blog-blog yang join segmen ni dalam vlog dia tu nanti.

So, apa lagi. Sesiapa yang berminat jomlah join sekali segmen ni okeh ^_^. Kalau nak join, klik banner Nizam Ijam kat atas tu atau boleh jugak klik je kat SINI. Macam mana nak join, semua Nizam Ijam dah nyatakan dalam entry segmen dia.

Eh, saya kena tag blogger lain. Sapa ye?
Hencik Johan
Pza Swagger
Dan sesiapa yang baca entry ni yang berminat nak join ^_^

Bila tarikh tutup?
Saya tak pasti sebab Nizam Ijam tak nyatakan.
Tapi dia akan tunggu katanye.
^_^

Khalila's Wordless Wednesday #14






p/s : Nak tiru Angry Bird tapi macam tak jadi. Huhuu

Tuesday, December 13, 2011

Kenapa.. Kenapa.. Kenapa...?








  


K e n a p a  d a t a n g  l a g i  b i l a  d a h  h a m p i r  m e l * * * k a n . . .

- _ - "










p/s : entry tak ada faedah....

Monday, December 12, 2011

Entry Bergambar Hi-Tea SISPA ^_^


Hai semua ^_^. Entry sebelum ni saya ada bagi tau nak share beberapa gambar Hi-Tea Contest SISPA yang saya ambil dari blogger lain. Memang saya tak ada snap gambar masa hari tu. Dari mula event sampai habis, Amir Naufal yang banyak snap gambar. Jadi kebanyakan gambar yang saya share ni semua gambar-gambar dari dia. Ada satu gambar saya ambil dari sepupu saya Faris Afif. So, jom tengok ^_^.


Ni semua hadiah yang saya dapat. Angry Bird dan Hi-Tea oleh Daniel Adie, Ferrero Rocher oleh Abang Zizi dan nampak tak kad yang saya pegang tu? Daniel Adie buat sendiri tau. Hiasan kat kotak Ferrero Rocher tu pun dia yang buat. Rajin betul dia dengan pertolongan Hamizah, his sister ^_^.

3 dari 10 pemenang Top 10 Contest SISPA bersama Daniel Adie. Lagi 7 orang tak dapat hadir. Yang paling tinggi pakai baju purple tu yang dapat nombor 1. Dia la Fiq Fikri a.k.a Lelaki Geek. Hehee... mesti ramai dah kenal kan. Memang asal Melaka. Yang pakai baju biru tu  Aman Ibrahim. Dia pun sama macam saya, guru pelatih. Asal dari Pahang, belajar kat IPG Kampus Batu Rakit, Terengganu.

Hadiah-hadiah kami ^_^. Terima kasih sangat-sangat. Sapa nak bagi Ferrero Rocher banyak tu dengan Angry Bird free kan. Kalau Ferrero Rocher tu, yang tiga biji pun belum tentu saya beli, apatah lagi sekotak macam ni. Huhuu.... terasa sayang nak makan. Macam saya bagi tau tadi, kad yang ada gambar siput dengan hiasan kotak Ferrero Rocher tu, Daniel Aide yang buat sendiri. Katanya Hamizah tolong buka gam je. Hehee... 

Di sinilah tempat kejadian mengisi tangki perut masing-masing. Meja, sudu dan garfu menjadi saksi pertemuan saya dengan mereka semua ^_^.  Aman Ibrahim menyorok. Ayie Fikri dan Ijat Asni belum sampai lagi. Amir? Dia yang snap gambar ni. Tanpa dia, gambar ni tak ada. Hehe..

Jumpa dengan artis kita..... Qistina! Hehe... kelakar tau die ni. Asyik gelak je dengan dia. Sebelah dia Johan. Kasut die memang sangat super HOT!.

Individu-individu penting contest ni. ^_^. Sorang lagi Hizami Li, tapi tak dapat datang. Yang perempuan tu adik Daniel Adie. Sweet sangat ^_^.

Meeting ala-ala dalam taman. Hehee...

Haaa... yang ni baru ada muka Amir Naufal. Terima kasih Qistina yang tolong snap. Kalau tak, tak ada la muka Amir

Yang ni Ijat Asni dan Ayie Fikri. Ijat tu cikgu Biologi kalau tak salah saya lah. Ayie, blogger yang single lagi. Tu tagline blog die okeh. Hehe...

Meet my cousin, Faris Afif yang sudi teman saya pergi Hi-Tea ni. Yang tengah tu tak payah cakap la, ramai kenal dia dah. Daniel Adie yang sangat friendly. Thanx a lot to him ^_^. Saya pernah join Contest Blogger Idol. Saya letak Daniel Adie salah seorang daripada blogger idol saya dan dapat no 5 daripada 38 penyertaan kalau tak salah saya. Sorang lagi idol saya letak Nusrah. Thanx a lot to both of you ^_^. Dapat sebotol perfume tau! Siapa nak bagi free. Nanti hadiah dah sampai, saya update cerita okeh. ^_^


Sangat enjoy petang tu walaupun cuma sekejap luangkan masa. Best rasa hati (ewaahh) dapat jumpa korang semua termasuk Abang Zizi yang selama ni tau nama je. Walaupun first time jumpa, tapi semua orang sangat friendly.

CREDIT;
Picture : Amir Naufal / Faris Afif

Nak baca cerita Daniel Adie? Klik SINI
Nak baca cerita Amir Naufal? Klik SINI
Nak baca cerita Fiq Fikri? Klik SINI
Nak baca cerita Faris Afif? Klik SINI
Nak baca entry saya sebelum ni? Klik SINI
Yang lain, belum bercerita. Johan, tunggu sambungan cerita dia. Heheh
Johan dah update ^_^. Jom baca SINI.
Ayie Fikri pun dah update ^_^. Kat SINI.


p/s : Kebanyakan gambar kat blog diorang ada yang sama dan lebih kurang je sebab sumber gambar sama. Huhuu..

Sunday, December 11, 2011

Ceritera HI-TEA Blogger di Mahkota Hotel, Melaka : Mimpi Nyata


Hai semua ^_^. Apa khabar hari Ahad ni? Saya dah selamat sampai rumah di Teluk Intan. Balik dari mana? Semalam saya ke Melaka. Such a wonderfull experience!! Sekarang pun rasa macam mimpi lagi ni. Cubit-cubit pipi pun tak bagi kesan. Huhuu...

Entry sebelum ni saya ada bagi tau yang saya nak pergi ke undangan Hi-Tea oleh Daniel Adie di Mahkota Hotel, Melaka sempena meraikan pemenang Contest SISPA. Perak dengan Melaka bukannya dekat sangat, bukanlah jauh sangat. Tapi saya buat keputusan nak gerak awal pagi untuk pastikan boleh sampai sebelum event mula iaitu pukul 3 petang.

Cuba teka saya gerak dari Perak pukul berapa??? Tak payahlah teka. Saya bagi tau je. Saya gerak dari Perak pukul 7 pagi. Gigih kan gerak awal-awal. Huhuu... Ye la, sebelum beli tiket tu saya dah bajet awal-awal masa perjalanan. Perak - KL ambil masa paling lama 3 jam, jadi saya boleh sampai pukul 10 kat KL. Then, kena naik KLIA Transit yang saya TAK PERNAH naik pun. Agak cuak yang ni. Kena naik KLIA Transit untuk pergi ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sebab sekarang kan dah tak ada bas ke selatan kat Puduraya. Satu lagi kecuakan saya sebab sekali lagi TAK PERNAH jejak kaki kat TBS. Alhamdulillah tiket dah beli awal-awal. Teringat pakcik driver bas ke Melaka yang kelakar tu. Lepas dia habis cakap-cakap, ade satu ayat yang saya ingat. Masa tu dia dah nak start memandu dah. "Haa.... kejap ye. Saya nak memandu ni. Nak tenangkan jiwa." Hehee... first time jumpa pakcik driver banyak cakap camtu. Cara cakap macam marah, tapi tak marah pun.

On da way ke Melaka tu, highway jam gilagila pulak! Takla gila sangat. Huhuu... Bas gerak lebih kurang 11.40 pagi, sampai Melaka Central lebih kurang pukul 2.15 petang. Besar jugak ye Melaka Central. First time jejak kaki. Tah berapa kali saya tersasul cakap Melaka Central tu KL Central. Hehe... Sementara tunggu sepupu saya si Faris Afif (saya pergi hi-tea tu dengan dia), selesaikan yang wajib-wajib dulu, bila dia sampai lebih kurang pukul 3.15 petang, baru gerak pegi Mahkota Hotel. Ohhhh..... jalan jam tak usah cerita lah! Lampu hijau pun macam lampu merah. Tah berapa kali contact-contact Daniel Adie bagi tau lewat sikit.

Dah sampai depan hotel tu, Faris cakap, "Seganlah pulak." Saya jawab, "Akak lagi segan!" Hahaa... Betul ke nak jumpe orang-orang yang selalu jumpa dalam blog je ni? Sampai depan entrance, Faris cakap, "Haa.. tu Adie." Ok, fine. Sekarang mata ni dah percaya bila nampak Daniel Adie berjalan keluar menuju ke entrance. Teruja sangat! Masa tu dia cakap diorang baru je start pukul 3.30 petang. Lega sikit sebab masa tu dah lebih kurang 3.45 petang. Lewat dah. Hehee...

Dari jauh dah nampak Fiq Fikri, Amir Naufal. Tak tau la macam mana nak menggambarkan keterujaan ni. Hahaa.... duduk duduk, ambil nafas dulu. Cuak sebenarnye sebab tak pernah jumpa diorang kan. Masa tu ada 10 orang. Ambil makanan, duduk balik lepas tu Daniel Adie kenalkan saya dan Faris dengan semua orang yang ada kat situ. Aman Ibrahim (Top 10 Contest SISPA), Johan, Qistina (artis ;D), Amir Naufal, Fiq Fikri (sang juara ^_^),  Abang Zizi dan Hamizah (adik Adie). Ada antara tetamu yang datang tu saya memang kenal, tapi kenal dalam blog je la. Akhirnya, dapat jugak jumpa Abang Zizi. Sebab kenal nama dia je selama ni duk komen-komen kat blog Daniel Adie. Tak lama lepas tu datang pulak Ayie Fikri. Ijat Asni pulak sampai masa aktiviti penyampaian hadiah.

Walaupun jumpa sekejap je, tapi saya sangat sangat sangat sangat sangat (berapa kali nak taip "sangat") enjoy dan happy dapat jumpa orang-orang hebat ni. Best sangat dapat lepak dengan diorang semua. Tapi dalam Top 10 tu, cuma tiga orang yang dapat hadir, saya, Fiq Fikri dan Aman Ibrahim sebab yang lain ada hal dan tak dapat datang. Kalau lagi 7 orang tu ada sekali, mesti lagi happening. Nurul Ain, Kak Nida, Shikin, Nurin, Arol Mubin, Zwan Sabri dan jugak Aslan As.

Ohh... nak tengok hadiah yang saya dapat?



TERIMA KASIH Adie for organizing the contest, cute Angry Bird and wonderfull event.
TERIMA KASIH Abang Zizi for the delicious Ferrero Rocher.
TERIMA KASIH Hizami Li untuk banner contest yang cantik + smart.
TERIMA KASIH individu-individu yang terlibat dengan contest ni.
TERIMA KASIH kawan-kawan yang sudi support.
TERIMA KASIH Faris Afif sudi follow pegi Hi-Tea.
TERIMA KASIH to family Faris Afif yang sudi teman saya di Melaka.
TERIMA KASIH Amir Naufal sebab ambil gambar dari start event sampai habis.
TERIMA KASIH semua yang hadir kerana memeriahkan majlis.

*bajet macam menang award je. huhuu... just showing my appreciation to all of them ^_^





p/s : Maaf, saya tak ada snap gambar masa event tu. Nanti saya share gambar-gambar dari blogger lain ye ^_^. Ohh... kalau nak tengok beberapa gambar event tu, boleh klik SINI tengok kat blog Amir Naufal ^_^.

p/s : Nak menang free salah satu daripada lebih 80++ hadiah dalam GA Nisa Kay? Klik SINI. ^_^

p/s : Oh ya.... cousin saya si Faris Afif ada join satu contest dan dia pertaruhkan gambar budak kecik comel ni. Kalau tak keberatan tolonglah LIKE gambar dia ye. Bukan paksaan. Hehe... Tapi kalau korang tolong, saya sangat-sangat berterima kasih ^_^. Saya preview sikit gambar budak kecik comel tu kat sini.


Tolong LIKE kalau sudi ye.
^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...