Support Me Here ^_^

Showing posts with label header. Show all posts
Showing posts with label header. Show all posts

Thursday, December 15, 2011

Buat Flash Header Gara-Gara VIRUS...




Hai semua ^_^.  Entry sebelum ni agak emo sikit. Tapi atas nasihat dan saranan beberapa individu, hati saya lega sikit. Saya yakin hal tu boleh diselesaikan. Harap-harap sangat dapat diselesaikan sebab tu salah satu nadi hidup saya. Huhuu...

Apa halnya pulak entry yang ini? Ada sikit-sikit kaitan dengan entry sebelum ni. VIRUS. Yeee.... virus dah menyerang salah satu nadi hidup saya. Disebabkan ke'emo'an yang melanda saya hari ni, tangan mula gatal nak buat flash header. Jeles tengok flash header org lain comel-comel kan. Hehee... Ade beberapa tutorial yang saya jumpa tadi. Ada yang advance sikit, bermakna kefahaman kita yang baru nak cuba-cuba ni pun kene advance la jugak kan. Lepas tu, saya jumpa satu tutorial yang agak mudah untuk buat flash header yang kira tahap basic bagi orang-orang yang tak tau macam saya. Hehee...

Hasilnya........ macam header saya sekarang yang kat atas tu la. Tak la hebat sangat. Tambah sikit-sikit effect je. Cara nak buat pun mudah je nak faham. Nak tau kat mana saya belajar buat flash header yang mudah tu? Haaa... saya belajar kat MariBinaBlog kat link SINI. Guna software apa? Saya guna AleoFlash. Kat dalam entry MariBinaBlog tu dia ada bagi link untuk download AleoFlash. Tapi tadi saya try download tak jadi pulak. Jadi, saya download kat SINI. Tapi free trial je la. Huhuu... Kire ok la kalau setakat nak cuba-cuba.



p/s : Blog ni jadi berat tak bila letak flash header? Terasa berat sikit. Tapi Abang Zizi kata tak la berat sangat. Biasa-biasa je. Berat lagi blog Fiq Fikri yang sarat dengan gambar-gambar dia. (Abang Zizi cakap ye). Heheh... ^_^

Friday, September 23, 2011

Pencarian Header Blog Paling Sempoi & Kreatif 2011

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera



Hai semua...... ^_^. Meh join ramai-ramai meriahkan pencarian header blog paling kreatif & sempoi 2011 ni ok. Bukak blog tadi nampak ada blog-blog yang update pasal ni. Disebabkan curious apesal tajuk post same2 ni, then klik la tengok. Ohh.... ada contest rupanya. Klik kat banner di atas ye utk tahu lagi lanjut.

Ni la banner 'terlatest' sekali dalam blog saya. Yang lepas2 dah jadi bahan sejarah. Hehe... tak la cantik sangat. Biasa-biasa je untuk blog personal kan.


Jom join cepat. Contest bermula hari ni (23 Sept 2011) sampai  4 Oktober 2011.

o\ ^___________^ /o
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...