Support Me Here ^_^

Sunday, October 30, 2011

"Mereka" Albino Yang Cool !

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera

Hai semua. Siapa tahu tentang albino? Rasanya semua tau kan. Albinisme merupakan satu penyakit keturunan yang jarang ditemui iaitu tubuh tidak dapat membentuk melanin (sumber internet). Kalau nak tau lebih detail sila klik info albino untuk tahu dengan lebih lanjut. Dulu saya pernah terjumpa seorang lelaki kat sebuah sekolah. Saya ingat dia datang dari luar negara. Australia ke, Amerika ke. Rupanya tak. Dia anak cikgu sekolah tu dan berbangsa Melayu. Cuma dia albino. Ada yang memandang negatif golongan albino ni. Tapi tak sepatutnya mereka dipandang macam tu. Mereka pun manusia biasa. Macam kat Afrika. Kalau tak salah saya, ada orang yang memburu golongan ni dan dibunuh (hey, takde keje lain ke?!). Eh, albino ni bukan terjadi pada manusia je taw. Haiwan pun ada. You know what.... they are so lovely & adorable. Fine... kalau korang tak sependapat dengan saya. Tapi tak kisahlah. Saya rasa "mereka" menarik dan comel. ^_^

Sweetnyeee..... tengok sekali macam arca je.

Comel adik ni. Tapi tadi saya baca kat Afrika, golongan albino ni diburu dan dibunuh. Betul ke?

Cantik sangat! Macam princess...

Yang ni pun cantik jugak~~

Tengok abang gorila albino ni. Dah macam model kan. Hehe

Rusa albino.... sangat rare...

Ni lagi satu. comelnyeeeee baby landak albino ni ^_^

Serigala albino. Teringat cerita Red Riding Hood. Tapi yang tu serigala hitam la.

Ohh.... jeles kat mata dia. Adorable.... ke saya sorang rasa camtu? Huhu...

Penguin albino. Duduk atas salji, dah tak nampak dia.

Kucing putih bukan ke biasa je? Ada jugak ke yang albino eh?

Ketam albino! Agak-agak korang nak makan tak?

Aaa.... yang ni saya geli sket. Ular albino. Sekarang pun dah menggigil...

Buaya albino. Nampak kurang sikit darjah keganasannye. Hehe...
(yela tu.... sekali dia libas baru taw)

Koala albino. Comel kan?

Yang ni............... katak albino.............. geli~~

Halaaa.... comelnye. Ni kura-kura ke tuntung ke labi-labi? Konfius dah.

Kanggaru albino. Rasa macam nak bela sekor.

Eh... pandai dia posing. Hehe

Haaaa.... paus albino. Kalau dapat tengok real mesti cantik kan.

Yang ni my most favourite ^_^. Handsome kan singa albino ni.

Agak-agak dalam koloni singa, yang albino ni dipinggirkan ke tak ye?

1 family albino! Ke memang ada yang warna putih?

Sumber gambar-gambar :




p/s : Kalau ada mana-mana kesalahan fakta dalam entry ni, mohon bagi tau ye. Boleh saya betulkan balik. TQ ^_^

Friday, October 28, 2011

Baby Baru - Welcome To The World ^_^

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera

Hye semua! Sihat-sihat je la hendaknye ye. Sekarang ni selalu hujan. Nanti demam pulak kalau asyik kene hujan. Payung jangan lupa. Eh, apa kaitannye ni? Takde kaitan pun. Huhu..

Ok, cakap (taip) pasal baby, baby ni, bila pula saya kawen? Bila pulak nikahnye? Bila pulak pregnantnye?? Baby orang lain? Oh.... tak, tak. Baby saya la of course. Baby angkat?

Tak payah la main teka-teki, nanti kene ketuk pulak. Huhu... Ni pun cerita dah lepas jugak. Semester ni saya ade kursus Penulisan Kreatif. Kursus ni cuma ada kat Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) saje. Satu-satunya IPG antara 27 IPG seluruh Malaysia yang ada kursus ni. Tugasan Kerja Kursus untuk kursus ni sangat best bagi saya, tapi sangat menyakitkan bila tak ada modal idea. Kat bawah ni senarai perkara yang perlu saya buat untuk melengkapkan tugasan tu.

1 novel (100-110 m/s A4)
3 cerpen (8-12 m/s A4)
3 sajak (1-2 m/s A4)
1 syair (10 rangkap)
1 pantun (10 rangkap)

Dalam masa lebih kurag 3 bulan kene siapkan SEMUA tu! Haishh..... mana nak korek idea. Nak setelkan mana satu, nak mula mana dulu? Pening, pening. Otak dah kering perah idea, mula la merapu-rapu mengarang. Tapi bila dah ada idea, dah pening pulak nak buat penutup dia macam mana. Nak buat watak tu mati ke, nak buat happy ending ke atau nak buat tergantung ke. Tapi alhamdulillah, akhirnya siap jugak. Novel paling last skali saya buat. Nak karang cerita panjang-panjang macam tu bukan senang kan. Huhu...

Bila dah siap semua lima jenis penulisan tu, kene tukar dalam saiz A5, check kesalahan ejaan & tatabahasa, bukukan, buat brosur, buat cover novel depan blakang, dan last skali simpan semua softcopy dalam CD. Letih, tapi berbaloi. ^_^


Ni la die hasilnye cover novel depan dan belakang. Nampak kan tajuk dia Telekung Bersulam Biru. Mula-mula cerita ni nak buat jadi cerpen, tapi dah jadi novel pulak. Huhu. Novel ni rangkuman atau himpunan karya kreatif dari saya. Tajuk-tajuk lain yang ada dalam novel ni saya senaraikan kat bawah.

Novel
Telekung Bersulam Biru

Cerpen
Sufiya
Doa Syurga
Senyum Seorang Tua

Sajak
Pasung Memori
Pelita Itu Kian Malap
Lena di Sandaran Empuk

Syair
Syair Kasih

Pantun
Pantun Kanda Adinda


Brosur yang saya buat untuk tugasan ni dan Pameran Penulisan Kreatif. Pameran Penulisan Kreatif ? Yaaa.... saya dan kawan-kawan dari lima buah kelas yang ambil kursus ni perlu buat pameran pulak. Dah lepas dah. Tapi saya cerita dalam entry lain ok ^_^. Eh, kat brosur tu ada sinopsis sket pasal novel dan cerpen. Kalau dapat baca, silalah baca. Huhu... cerita-cerita yang saya tulis taklah sebagus mana. Banyak lagi kene perbaiki, banyak lagi kelemahannya. Sampai sini saja. ^_^

Thursday, October 27, 2011

Cerita Expired - Annual Dinner 2011

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera

Evening semua ^_^. Buat apa petang-petang ni? Kat Lembah Pantai ni hujan. Alhamdulillah. Lama sangat tak update blog ni (ayat klise...haha). Nak cerita banyak-banyak pun, cerita dah lepas lama. Ok la, kali ni nak share gambar-gambar Annual Dinner IPG Kampus Bahasa Melayu 2011. Biasa la kan, mana-mana kampus / institusi mesti ada annual dinner tiap tahun kan. Tempat saya belajar pun tak lepas dari buat Annual Dinner. Time macam ni la nak makan bersama ramai-ramai kan. 

Saya tak pasti la tempat lain macam mana. Tapi IPG KBM dah 3 tahun (setakat saya belajar kat sini) akan buat Annual Dinner kat mana-mana dewan kat luar. Tahun ni di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya, Selangor. Semua guru pelatih yang menuntut kat kampus saya akan join ramai-ramai turun padang pegi dinner ni (tapi, ade jugak yang tak pegi.... huhu). Biasanya akan ade ucapan VIP, Food Presentation, persembahan, cabutan bertuah dan lain-lain lagi. Part paling best bila ada persembahan  khas dari batch terakhir, batch paling senior iaitu senior-senior Semester 8. Kadang-kadang macam sayu jugak sebab itu la dinner mereka sama-sama semua warga IPGKBM yang terakhir.

Tak banyak gambar kali ni, jadi layan je la. Huhu...







Ok, satu gambar dari Annual Dinner 2010



Satu gambar dari Annual Dinner 2009
Was edited by my friend for four of us.


2008 takde gambar. Huhuu...

Sekarang... semua tinggal kenangan. Next year atau next two years maybe kami dah boleh guna dewan sendiri yang mungkin akan siap tahun depan. Paling best, bayaran mesti lagi rendah. Hehee... 

Buat Theme Google Chrome Sendiri ^_^

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera


Hari ni entah mimpi apa teringin nak buat theme Google Chrome sendiri. Punca? Tak sengaja reset balik theme. Cari punye cari theme kat Google, tibe-tibe terfikir. Tak boleh ke nak buat theme sendiri? Godek-godek kat situ takde pulak option "My Own Theme" ke, "Create Your Own Theme" ke. Lepas tu saya search la kat Google "Make my own Google Chrome theme". Owh..... jumpe! Hehe.

Cuma perlu ikut beberapa step mudah.... dan begitulah hasilnya hasil kerja jari, mata dan fikiran saya seperti gambar kat atas tu. Nak tau kat mana nak buat? Mari klik link kat bawah ni ramai-ramai. ^_^


Memanglah, buat theme macam mana pun, kita sendiri yang tengok. Bukan ade orang lain tengok. Tapi takpe, bagi saya itu untuk kepuasan diri sendiri. Eh, nak senang lagi pilih je theme yang ade kat Google Chrome. Mudah, senang, & banyak pilihan. Hehee...


p/s : ni untuk Google Chrome je tahu............................... ~~ ye... semua orang tau lah ;D

Tuesday, October 25, 2011

Contest DANIEL ADIE : SISPA

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera

Jom join contest by Cikgu Adie ^_^

Setelah sekian lame blog ni sepi tak diupdate, hari ni saya update sekejap contest ni. Contest ni dianjurkan oleh blogger Daniel Adie. Contest apa? Contest ni adalah tentang senyuman. Senyuman palsu dan senyuman ikhlas. Perlu letak dua gambar (senyum palsu & senyum Ikhlas) bersebelahan. Kalau nak tau lebih lanjut, silakan klik banner smart warna biru kat atas tu ye.


Ohh... ni gambar saya. Yang kiri palsu, yang kanan insyaAllah Ikhlas

Sangat excited masa Daniel Adie umumkan contest ni. Tapi sebab busy, sekarang baru sempat buat entry. Sempat lagi kan? Contest ni sangat mudah, sangat simple dengan hadiah yang BEST untuk pencinta ANGRY BIRD dan FERRERO ROCHER ^____^

Tapi, perlu tepati beberapa terms & conditions nye. Nak tau? Sekali lagi, silakan klik banner smart warna biru kat atas tu. Kalau nak join, ada masa lagi. Cepat! Cepat! Tinggal beberapa hari je lagi. Closing date 30.10.2011.

Ohh... jangan lupa. Ada satu lagi syarat yang kene saya buat untuk melengkapkan contest ni.  Slogan nih...

"Terkadang, senyuman palsu terukir apabila hanya itu sahaja sisa senyuman yang tinggal buat pengubat hati yang duka mengenang luka yang tersimpan sendiri."

Last but not least. I have to tag two person ^_^


p/s : this entry was made to support Daniel Adie, owner kepada blog-mesti-singgah saya. Jom join contest sulung Daniel Adie ni ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...