Support Me Here ^_^

Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Sunday, January 06, 2013

Alhamdulillah... Hasrat Tercapai ^_^

2012 baru je berlalu. 2013 pun baru je 6 hari berjalan. Haiii.... apa yang cepat sangat tercapat hasrat ni? Eh, cepat atau lambat, Allah yang uruskan. Kuasa Allah jugaklah yang menjadikan hasrat itu cepat atau lambat dicapai... kan?

I was dreaming. Yes, I'm dreaming. Macam-macam. Nak buat tu, nak buat ni. Belum jadi yang ini, nak buat yang itu pulak. Jadi macam mana? Macam nilah. Mana yang dapat capai dulu, kita buat yang tu dulu.

Saya berangan... dulu. Dulu saya berangan nak buat tudung sendiri. Means.... tak semestinya saya reka buat inovasi sendiri. Dapat ilham dari orang lain pun tak apa, janji saya nak buat sendiri dengan dua tangan yang Allah beri pada saya ni. Senang cerita buatan tangan, handmade.

Teringat ada kain ela 2 meter mak punya yang dah lama dalam kabinet tu. Selongkar-selongkar, haaa jumpa.  Curi pandang kat mak. Tanya mak nak guna tak kain ni. Mak kata tak, jadi saya ambil la. Alhamdulillah, percubaan pertama menjadi jugaklah. Adik pun pandang-pandang je. Apa la kakak dia buat ni main gunting-gunting kain.

Alhamdulillah! Akhirnya gagahkan diri jugak nak cuba buat. Ingat senang nak gagahkan diri? Kalau tiba-tiba rasa malas, nantilah dulu, taknak buat, tak ada idea.... hmmm.... sampai tahun depan pun tak jadi jugak. Satu hari, pegi kedai cari material yang dikehendaki dan bersesuaian, bawak balik, zassssss! gunting. 

Mula-mula tak tahu kat mana nak jahit tepi, jadi apa saya buat? Takkan nak biarkan tudung tu berambu-ramba dengan benang-benang yang terkeluar. Jadi, berbekalkan pengalaman bakar-membakar tudung sekolah, guna teknik yang sama untuk selamatkan rupa tudung tu. Jadila, boleh la buat pakai sekejap ^_^.

Tapi, dia sangkut-sangkut pulak sebab bekas dibakar tu keras sikit. Bila kena kain, mudah tersangkut. Nak taknak, pegi juga cari kedai jahit tepi, alhamdulillah jumpa. Hasilnya memang memuaskan hati sendiri.

Orang perempuan, biasalah. Beli tudung ke, baju ke mesti nak cuba depan cermin. Same goes to me. Boleh pulak cermin panjang tu dekat dengan tempat makan. Ayah pun apa lagi, usha je anak sulung dia ni dari tadi gaya-gayakan tudung depan cermin. Lepas satu, satu. Lepas pink, mustard pulak, lepas tu coklat pulak.

Ayah : Kakak pakai-pakai tudung ni, nak jual kat orang ke, nak pakai sendiri? 

(total tudung saya buat masa tu 7 helai)

Khalila : (Sengih) Kakak nak pakai sendiri la. Kalau jual tu.... nanti dulu kut.

Jadi, tudung tu la saya guna ke sana sini. Memandangkan cuti sekolah hari tu saya ambil lesen kereta, memang banyak keluar. Memang saya guna tudung tu saja. Selesa dan mudah digayakan. Yang penting! Tudung tu labuh menutupi dada dan belakang. Cuma kain jarang, jadi saya dah buat sekali inner dalam. And.... you ready to go!

Kat bawah ni ada beberapa gambar saya pakai tudung yang saya buat tu. 

Dark Brown

Royal Blue

Green

Pink

Ada lagi warna yang lain, kelabu cerah, kuning mustard dan kelabu berjalur (1st prototype)

Alhamdulillah ^_^

Kalau nak, ada usaha semua boleh jadi. Kena berangan sikit, kena berimaginasi sikit. Dapat ilham terus buat. Ilham ni Allah yang bagi. Kadang-kadang terus kepada diri sendiri. Kadang-kadang melalui orang lain. Sehebat mana idea kita, itu milik Allah. Jangan sesekali berbangga diri, bongkak, angkuh dengan idea yang Allah kurniakan kerana mungkin idea itu Allah kurniakan bukan untuk kepentingan diri kita semata-mata, tetapi juga untuk beri manfaat kepada orang lain :) 




Khalila : Misi seterusnya ialah telekung. Dah lama berangan nak jahit telekung sendiri dengan tangan sendiri tapi perlu bantuan mesin jahit jugak lah ^_^. I wish to buy a new sewing machine because the one at my parents house is already tingtong. I wish to buy mesin jahit tepi halus also for my next next selendang labuh handmade project. Ohh.... i wish.... 

Sunday, December 30, 2012

Lampu Unik dan Murah!


Selama ni mesti kalau nak letak lampu cantik-cantik, comel-comel kat bilik terbayangkan lampu-lampu sedia ada yang dijual kat kedai kan? Harga pun, belum tentu murah. Owh... kalau bajet banyak tak apalah. Tapi kalau nak cuba sesuatu unik dan murah, mungkin korang boleh cuma cara ni. Apa-apa pun, memerlukan ketelitian, kerajinan dan usaha korang. 

Haa... what do you think? Kalau nak tahu macam mana cara nak buat lampu ni, teruskan pembacaan korang ;). Jom!

Pertama sekali, semua tu bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan. Nampak tak semua yang diperlukan kat dalam gambar tu? bahan apa yang akan menjadikan lampu yang akan dihasilkan nanti tu unik? Semestinya botol mineral yang tidak bersegi dan sudu plastik.

Potong bahagian bawah botol menggunakan pisau.

Potong bahagian pemegang sudu plastik dan tampal sudu plastik tersebut seperti di dalam gambar. Gam dan susun dengan teliti ok.

Inilah orangnya yang buat lampu unik ni. Susun sudu tersebut sampai atas botol.

Buat bentuk gelung seperti di dalam gambar untuk bahagian atas botol.

Masukkan mentol ke dalam botol dan SIAP!



Selamat mencuba ^_^


Khalila : Saya memang suka tengok benda-benda unik dan comel yang DIY ni. Tapi nak buatnya, entah rajin entah tidak. Hihi... Next, next entry saya share lagi idea-idea menarik DIY ni ok. ;)





Wednesday, January 11, 2012

Main-main Buat Baju ^_^



Hai semua ^_^. Apa khabar? Lama tak jumpa kat pondok bisu ni. Ye la, blog saya takde lagu. Korang play la lagu apa-apa. Meriah sket. Hehe... Dah lama tak muncul, macam chipsmore dah ni, hari ni nak cerita apa? Korang nak cerita apa?

Saya nak cerita pasal baju. Baju? Sale? Haaaaa...... cepat, cepat! Banyak SALE sekarang ni. Lagi-lagi dah nak dekat Tahun Baru Cina. Memang berlambak-lambak SALE. Saya? Gari poket la. Kewangan nipis sekarang. Biasa la. Awal tahun kan. Hehe...

Eh, bukan nak cerita pasal SALE baju-baju tu semua. Saya nak cerita pasal baju handmade ni. Handmade ke homemade? Ahhh.... mane-mane lah. Saya selalu berangan nak hasilkan baju sendiri, dress sendiri, telekung sendiri, macam-macamlah sendiri. Tapi kekangan masa, material, bahan, alatan, selalu jadi penghalang. Ini mengakibatkan impian itu selalu terhalang. Eh... macam iklan ni apesal?

Sebelum ni saya pernah buat baju sepasang. Tu pun sebab tersedak aura terdesak. Nak taknak, redah je la. Ingat senang nak cari tukang jahit yang boleh siapkan baju dalam masa seminggu? Sebab tak jumpa la saya paksa jugak diri ni menjahit. Nasib baik boleh pakai. Huhu...

Cuti hari tu, kepala otak ni gatal lagi nak mengerjakan mesin jahit lama kat rumat tu. Mesin jahit pakai kaki tu. Lama la kan. Sape ade lagi mesin jahit lama kat rumah dia? Hehe.... jangan buang, ade sentimental value taw. Saya lagi suka mesin jahit lama daripada mesin jahit elektrik. Bila guna mesin jahit lama, jiwa rasa tenang je.....ecehh. Boleh excercise kaki sekali kan kannn... Tapi bila guna mesin jahit elektrik, jiwa jadi berdebar-debar plak. Mungkin tak biasa kut. Hehee...

Satu hari tu, saya ajak ayah pegi pekan. Eh, saya yang nak ikut die keluar. Sementara dia beli barang kat kedai lain, saya pegi masuk kedai kain. Cari punya cari, akhirnya saya beli kain chiffon warna biru kehijauan. Pilihan tak banyak sebab saya nak beli kain kosong. Ambil je la mana-mana sebab 1st time nak cuba.


Material dan bahan yang saya guna. Kain tu saya dah potong dan jahit tepi. Ada renda. Haishhh..... dan macam nak buat hantaran kahwin. Huhuu... Ribbon warna senada, tapi akhirnya ribbon tu guna sikit je.


Jahit punya jahit. Main jarum, benang dan sebagainya lagi....... akhirnya jadi la macam gambar kat atas ni. Jahitan tak cukup kemas lagi. Lagi-lagi bahagian leher tu. Nampak tak? Huhu... Yes, memang simple je. 1st try, buat simple-simple je la dan memang saya nak buat simple je. Lagi simple, lagi senang nak jahit. Berapa kali nak ulang 'simple' ni. Kene pimple baru tau. Hehe..

Mula-mula bahagian bahu dengan leher tu nak buat jahit tepi halus/gulung je. Renda tu pulak nak letak bahagian lain. Tapi disebabkan ade kesilapan teknikal, kena buat lain pulak... Huhuu. Ohhh.... maaflah, memang sengaja saya buat takda lengan sebab nak pakai dengan inner puff. Sian inner tu, takde baju boleh pakai dengan die. Kalau baju berlengan tak sesuai pakai dengan inner puff.


Saya dah pakai pun baju ni. Macam ni lah rupanya bila dipakai. Yes, memang lain rasanya bila keluar pakai baju buat sendiri biarpun tak secantik baju orang lain. ^_^. Tapi lain kali kalau saya buat lagi, taknak letak renda macam tu lagi kat baju. Sebab....... macam tak best je. Hehe..


p/s : Adik (Syakirah) berkata, "Kakak, dari tepi macam 'maid' je?".................... Grrr..... macam 'maid'? Penat kakak jahit, kamu kate macam 'maid' -_-"...

Thursday, October 27, 2011

Buat Theme Google Chrome Sendiri ^_^

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera


Hari ni entah mimpi apa teringin nak buat theme Google Chrome sendiri. Punca? Tak sengaja reset balik theme. Cari punye cari theme kat Google, tibe-tibe terfikir. Tak boleh ke nak buat theme sendiri? Godek-godek kat situ takde pulak option "My Own Theme" ke, "Create Your Own Theme" ke. Lepas tu saya search la kat Google "Make my own Google Chrome theme". Owh..... jumpe! Hehe.

Cuma perlu ikut beberapa step mudah.... dan begitulah hasilnya hasil kerja jari, mata dan fikiran saya seperti gambar kat atas tu. Nak tau kat mana nak buat? Mari klik link kat bawah ni ramai-ramai. ^_^


Memanglah, buat theme macam mana pun, kita sendiri yang tengok. Bukan ade orang lain tengok. Tapi takpe, bagi saya itu untuk kepuasan diri sendiri. Eh, nak senang lagi pilih je theme yang ade kat Google Chrome. Mudah, senang, & banyak pilihan. Hehee...


p/s : ni untuk Google Chrome je tahu............................... ~~ ye... semua orang tau lah ;D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...