Support Me Here ^_^

Thursday, December 26, 2013

Banyak Bag Cantik-cantik! Zaralyla Bags Closet

Assalamu'alaikum, Salam Sejahtera


Hai semua, saya dh buka satu page baru instead of my Zaralyla Shop page.
Page baru ni saya khaskan untuk koleksi pelbagai beg yang menarik untuk lelaki dan wanita.
Ada banyak pilihan termasuklah handbag, sling bag, backpack, beg lelaki dan sebagainya.

Semuanya anda boleh dapatkan di



Di bawah ni preview beberapa beg yang ada di Zaralyla Bags Closet








Do visit, LIKE and SHARE my page. Spread to the world.

Harga dan details setiap beg ada dinyatakan pada setiap gambar.
Harga adalah termasuk postage, Sabah Sarawak add RM5


Jangan bimbang, perniagaan yang saya jalankan ini telah didaftarkan dengan SSM
hak milik Zaralyla Resources, No. Pendaftaran 002251316-U


Thank You ^_^

Sunday, December 22, 2013

Wedding Fatin & Asyraf

Assalamu'alaikum...


Alhamdulillah, semalam (21/12/2013) saya, ayah dan Lin pergi ke Kuala Kangsar. Plan asal nak drive sendiri. Tapi, hati si ibu risau anak ni drive jauh ke Kuala Kangsar. Jadi, ayah pun ikut sekali. Tunjuk jalan katenye..

Tak nak cerita banyak, kat bawah ni gambar-gambar sepanjang hari pergi dan balik kenduri :)


Kau tengok... cicak pun ikut travel sekali. Hijrah la kau dari Teluk Intan ke Kuala Kangsar. Huhu



Ayah... sebelum makan nasi minyak kenduri, sempat makan mee rebus dengan cendol sepinggan semangkuk.



Ini Lin. Batchmate IPGKBM. Pengantin yang kami nak jenguk ni pun batchmate la jugak. Yang boleh kami sampai memang kami akn cuba sampaikan. Hehhe



Bukan selalu datang sini. Jadi sempat la merakam kenangan ayah di depan Pesisir Sayong Kuala Kangsar.



Comel betul Lin ni. Manis je muka dia. Heh, jangan nak renung lelama sangat lah (jejaka). Tunangan orang ni tahu. Hehe




Ok, ni decoration photobooth dan pelamin. Serius kagum! Pengantin buat sendiri pelamin ni. Simple tapi cantik sangat!


Lagi pics kat bawah ni kami semua batchmate yang dapat datang memeriahkan majlis. Johor, KL pun datang. 


















Tahniah Fatin dan Asyraf. Sangat-sangat cantik dan sepadan korang berdua. 
Rasa berbahagia dapat datang ke kenduri ni setelah terkilan beberapa kenduri kengkawan terlepas sebelum ni.

Semoga berbahagia pengantin baru, terima kasih atas sajian yang dihidang
Majlis indah berseri
Full of joy and laughter

Doakan kami pulak yang bujang-bujang ni. Hehee...



*Nak tengok gambo beso, klik la gambo tu ye. Sekian ;)

Sunday, July 14, 2013

TANAKA POWDER - PROMOSI Sempena Ramadhan :)


TANAKA LIME
Harga RM15 (1pcs)
Harga PROMOSI RM12 sahaja sepanjang RAMADHAN!!
Postage ; RM5 (WM) / RM8 (EM)

Order
Beri NAMA PENUH, ALAMAT, NO. H/P, dan KUANTITI tanaka yang dikehendaki ke link di bawah ini

atau
Email : zaralyla@gmail.com
atau
Call/SMS : 0132970596 (khalila)


Fungsi :
- Kecutkan jerawat
- Haluskan kulit
- Cerahkan kulit
- Hilangkan jeragat
- Lembutkan kulit
- Menyejukkan dan mengurangkan minyak di kulit muka
- Pelindung cahaya matahari
- Boleh digunakan satu badan
- Boleh dijadikan sebagai bedak sejuk (BEST) /foundation/scrub

Cara guna :

- BEDAK SEJUK ; Ambil sedikit Bedak Tanaka, campur dengan air dan sapu rata-rata pada wajah. Biarkan selama 30 minit atau semalaman, cuci dengan pencuci muka dan bilas dengan air bersih.

- SCRUB ; Ambil sedikit Bedak Tanaka, gosokkan pada kulit wajah. Kemudian, cuci dan bilas. Atau.... selepas dipakai sebagai bedak sejuk, gosokkan bedak sejuk pada wajah, cuci dan bilas.

Buat masa ini, hanya Tanaka Lime sahaja yang AVAILABLE. Semua jenis kulit boleh pakai, terutamanya kulit yang berjerawat dan berminyak. :)

PERHATIAN!
Jangan jadikan Bedak Tanaka sebagai pengganti pencuci muka. Memang kulit muka akan rasa halus selepas bilas dgn air bersih (tanpa dicuci dengan pencuci muka), dan kulit tidak berminyak. Contoh : Malam pakai sbg bedak sejuk, esok bangun pagi bilas dengan air bersih sahaja, kesan bedak sejuk yang melekat di wajah dibiarkan sepanjang hari tanpa dicuci dengan pencuci muka, malam berikutnya pakai lagi sabagai bedak sejuk, bangun esok bilas dengan air bersih sahaja, dan berterusan macam tu. Boleh bayangkan tak lapisan demi lapisan melekat pada kulit wajah tanpa dicuci dengan sebarang pencuci muka? Kulit tak dapat bernafas. Dikhuatiri akan menyebabkan kulit menjadi kering. Pakai bedak sejuk, cuci bersih-bersih, pelembap pun perlu pakai juga. Beri ruang untuk kulit anda bernafas.^_^

Monday, July 08, 2013

I-Fest di IPG Kampus Bahasa Melayu

Assalamu'alaikum, salam sejahtera
^_^


Buat pertama kalinya dalam seumur hidup saya buka booth dengan membawa nama ZARALYLA SHOP. Alhamdulillah, pengalaman pertama memang menyeronokkan. Bukan tujuan untuk cari untung semata-mata, tetapi cuma nak cari pengalaman. Yela, asyik niaga online je. Nak jugak merasa jual offline.

Waktu siang tak ada snap gambar. Yg ni gambar-gambar waktu malam saje. Lobi dah lengang dah. Tinggal beberapa booth je yang beroperasi. TQ so much to my dearies sisters for coming ^_^.

Walaupun dah malam, alhamdulillah rezeki masih ada. Yakin rezeki Allah ada di mana-mana. Janji kena usaha :)

Apa tah si datin ni tenung. Huhuu

Ameena gaya Cik Ain. Ada ekor die kata. Hehe

Ameena gaya Cik Aisyah. 
Labuh boleh adjust ikut keselesaan masing-masing :)

Three of us. We love wearing this halfmoon shawl.
Labuh dan mudah digayakan :)

Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua pengungjung dan pelanggan yang sudi singgah dan membeli di booth Zaralyla Shop. Tak sangka sambutan terhadap Halfmoon Abstrak cukup menggalakkan. Tapi saya tak bawa stock banyak masa I-Fest tu. Cuma 9 helai untuk percubaan. Alhamdulillah laris. 

Ini contoh Halfmoon Abstrak. Ada 4 ke 5 tone warna pada kain dengan beberapa pilihan warna kain. Paling BEST kalau pakai dengan baju/jubah warna hitam atau apa-apa warna baju yang plain. :)

Buat masa ni, Ameena dah tak ada stock. Dalam perancangan untuk cuba restock sebelum raya. Kalau ada rezeki, saya ingat nak buat SALE sempena Ramadhan-Raya. Semoga Allah permudahkan plan ni :)


Eh, eh, jemput singgah online shop saya ^_^


Saturday, June 22, 2013

Syukur Ya Allah






Alhamdulillah...
Kepada-Mu aku bersyukur Ya Allah
Kelmarin aku berduka
Hamparan doa kupanjatkan kepada-Mu
Memohon ampunan dan keberkatan dari-Mu

Alhamdulillah...
Kepada-Mu aku bersyukur Ya Allah
Hari ini aku terharu gembira
Mendengar alunan bacaannya
Walau sedikit tidak mengapa
Kerana itu cukup menenangkan jiwa

Syukur...

Wednesday, June 19, 2013

Dalam Kelam Hujan









Aku hanya mampu menangis
Dalam hujan yang kelam
Tanpa sesiapa tahu
Kecuali Allah Yang Maha Esa








Monday, June 10, 2013

Halfmoon Labuh SALES - From The 1st Batch

**Update 8/7/2013 - (SOLD OUT)

Saya ada koleksi halfmoon labuh dari 1st Batch. Harga asal Ameena-RM35 / Qadeeja-RM38. Tapi saya jual dengan harga diskaun RM30 sahaja tak termasuk postage. Saiz memang besar. Sesuai untuk anda yang memakai tudung labuh. Kalau tak pakai tudung labuh pun boleh sebab anda boleh adjust labuh shawl ni. Tengok gambar di bawah. Saya pelbagaikan cara pemakaian halfmoon shawl ni. :)

**Kalau nak tengok Ameena Halfmoon 2nd Batch, klik SINI

Ameena Kuning Air
(SOLD OUT)

Ameena Maroon
(SOLD OUT)

Ameena Sea Blue
(SOLD OUT)

Ameena Ungu Kundang
(SOLD OUT)

Qadeeja Purple Flower
(SOLD OUT)



Potongan sememangnya LABUH.  
Saiz besar (+/- 2.0m x 0.9m)


Sehelai RM30

Harga asal Rm35/RM38

Postage : RM6 (WM) / RM10 (EM)

Sebarang pertanyaan atau order boleh hubungi saya di link ini ye :)




Jom singgah ONLINE SHOP saya




Friday, June 07, 2013

Sabun Comel yang Murah

Assalamu'alaikum, salam sejahtera.

Biasa tak tengok sabun yang comel macam kat bawah ni?


Dua minggu lepas saya jalan-jalan di kawasan Pasar Seni, tak jauh dari Pudu Sentral sementara tunggu bas saya tiba. Singgah satu kedai ni, macam-macam ada. Kasut, produk kecantikan, makanan pun ada. Rupa-rupanya kedai tu milik warga Indonesia. Makanan-makanan macam keropok, mi segera semua dari Indonesia. Tapi saya tak beli la.

Selalu jumpa orang jual sabun macam ni di internet. Teringin la pulak nak try. Yang saya beli tu separuh dari sebuku sabun kat gambar tu. Harganya RM6.90. Mahal? Saya rasa ok la. Tak terlalu mahal sampai puluhan ringgit.

Takut jugak sebenarnya nak cuba. Kalau bagi kesan buruk macam mana kan? Saya selalu tukar-tukar pencuci muka. Tau memang tak elok selalu tukar-tukar. Takut muka rosak. Tapi bila saya stay lama-lama guna produk tu pun lama-lama kesan dia tak menjadi jugak atau tak tahan lama. Kulit jadi macam dah immune dengan produk tu.

Masa saya beli sabun comel ni, saya pakai Simplycity. Ok jugak. Tak adalah kering sangat muka saya macam sebelum pakai Simplycity tu. Tapi masih ada rasa kasar-kasar kat kawasan hidung. Masih ada bintik-bintik putih di hidung.

First time pakai, hmm...... bau wangi. Urut-urut di muka, bilas, lap. Tau tak...... kulit muka rasa halussss je. Benda-benda kasar di kawasan hidung? TAK ADA. Kalau korang rasa best ke tak best? Mesti la best kan. So, saya teruskan la pakai sampai hari ke 5. Takut jugak kalau-kalau kulit muka pedih atau mengelupas. Alhamdulillah tak ada semua tu. 

Hari ke-6 tu saya balik rumah, tertinggal pulak sabun comel saya tu. Saya pakai sajalah pencuci muka Simplycity. 3 hari juga saya pakai, tapi 3 hari tu kawasan hidung saya rasa kasar-kasar sikit. Memang tak best. Bila dapat balik sabun comel, saya pakai. Alhamdulillah ok balik. Sekarang dah 2 minggu saya pakai, alhamdulillah tak ada masalah. Saya harap akan berterusan elok macam ni. Kalau tak, terpaksalah cari yang lain pulak. Huhu.


* Tapi hati-hati, dengarnya ada jugak yang tiruan (mungkin effect dia tak bagus).

Thursday, June 06, 2013

Macam Nak Nikah Je

Assalamu'alaikum, salam sejahtera.

Tadi saya update gambar2 Ameena Halfmoon Shawl (klik sini). Boleh dipakai dengan berniqab. Ada satu gambar, dalam hati kata 'eh, macam nak nikah pun ada'.


Nanti nak nikah pakai baju warna apa ye? Haaa.... mulalah nak berangan ni. Takpe, tak perlu bayar pun (^_^). Impian sederhana saja. Janji tak menyusahkan dan memudahkan semua pihak terutama keluarga kedua-dua belah pihak.
*cakap macam bulan depan nak nikah je :P

Pilihan warna.......................

Putih suci?
Cream?
Soft peach?
Soft pink?

Hmmm...... tengoklah nanti bila tiba masanya (^_^)

Ameena Halfmoon Shawl Batch 2 On MODEL

Assalamu'alaikum, salam sejahtera.

Ewahhh... on model konon. Tak ada orang nak jadi model. Patung model pun tak ada. Jadi guna diri sendiri saje la. Ingat tak entri saya sebelum ini? Tentang Ameena juga (klik sini). tetapi masa tu saya tak ada kesempatan nak tunjuk gambar shawl on model. Tunjuk warna saja. Jadi saya tunaikan janji untuk tunjukkan gambar Ameena on 'model'.

Tapi tinggal 5 warna sahaja sebab warna lain dah sold out. InsyaAllah kalau ada rezeki saya keluarkan lagi warna-warna lain on Batch 3. InsyaAllah.

Dark Grey
(Available)

Green Turqoise
(Available)

Creamy
(RESERVED)

Yellow Mustard
(Available)

Peachy Pink
(SOLD OUT)

Light Purple
(SOLD OUT)

Hot Pink
(Available)

Tumeric Orange
(Available)

Dark Brown
(Available)




Potongan sememangnya LABUH.  
Saiz besar (+/- 1.8m x 0.9m)

Tapi awak semua boleh pakai ikut keselesaan sama ada nak sederhana labuh atau extra labuh dengan pelbagai gaya. InsyaAllah materialnya memang BEST. Lembut dan tidak terlalu jarang.
.
.
.
.
.
.
Harga?

Sehelai : RM35 sahaja.
3 Helai : RM100 sahaja
5 Helai : RM150 sahaja

Postage : RM6 (WM) / RM10 (EM)


Sebarang pertanyaan atau order boleh hubungi saya di link ini ye :)




Jom singgah ONLINE SHOP saya



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...