Support Me Here ^_^

Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Saturday, March 08, 2014

Barakallah Syamsul Yusof & Puteri Sarah

 Alhamdulillah


Tahniah buat Syamsul Yusof dan Puteri Sarah. 

Sesungguhnya saya sangat2 suka dan terharu melihat pasangan ini. Kedua-duanya telah berhijrah menjadi orang yang lebih baik. Penghijrahan mereka itu pada saya diberi ganjaran yang baik oleh Allah S.W.T.

Perasaannya sama seperti ketika saya lihat perkahwinan Irma Hasmie dan Diana Amir.

Terharu.

Tapi saya tak faham bila ada saja manusia-manusia yang tak puas hati. Komen pakaian pengantinlah, kata tak menyerlah, berkedut macam tak iron, dan lagi "tah pape" boleh pulak kata pakaian pengantin perempuan macam orang sawah. 

Eh eh ehhh.... buruk ke orang sawah. Nasi yang awak makan tu, beras dia dari padi yang pesawah usahakan tau.

Lagi, ade pulak yang komen pengantin tak berseri, tak menyerlah. Lebih pentingkah perkara itu dari pernikahan ni. Ada banyak lagi perkara baik yang boleh diperkatakan daripada beri komen negatif tentang perkara-perkara remeh.

Yang penting mereka berdua dah melaksanakan perkara yang wajib. Pakaian yang tidak keterlaluan, bersederhana dan menutup aurat. Memang susah nak puaskan hati semua orang. Biarlah apa yang mahu dikata oleh individu2 berfikiran negatif tu. Lebih ramai lagi yang mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.

Sekali lagi, moga Allah merahmati kehidupan mereka berdua dunia dan akhirat.

Amin... InsyaAllah....

^_^

Sunday, December 22, 2013

Wedding Fatin & Asyraf

Assalamu'alaikum...


Alhamdulillah, semalam (21/12/2013) saya, ayah dan Lin pergi ke Kuala Kangsar. Plan asal nak drive sendiri. Tapi, hati si ibu risau anak ni drive jauh ke Kuala Kangsar. Jadi, ayah pun ikut sekali. Tunjuk jalan katenye..

Tak nak cerita banyak, kat bawah ni gambar-gambar sepanjang hari pergi dan balik kenduri :)


Kau tengok... cicak pun ikut travel sekali. Hijrah la kau dari Teluk Intan ke Kuala Kangsar. Huhu



Ayah... sebelum makan nasi minyak kenduri, sempat makan mee rebus dengan cendol sepinggan semangkuk.



Ini Lin. Batchmate IPGKBM. Pengantin yang kami nak jenguk ni pun batchmate la jugak. Yang boleh kami sampai memang kami akn cuba sampaikan. Hehhe



Bukan selalu datang sini. Jadi sempat la merakam kenangan ayah di depan Pesisir Sayong Kuala Kangsar.



Comel betul Lin ni. Manis je muka dia. Heh, jangan nak renung lelama sangat lah (jejaka). Tunangan orang ni tahu. Hehe




Ok, ni decoration photobooth dan pelamin. Serius kagum! Pengantin buat sendiri pelamin ni. Simple tapi cantik sangat!


Lagi pics kat bawah ni kami semua batchmate yang dapat datang memeriahkan majlis. Johor, KL pun datang. 


















Tahniah Fatin dan Asyraf. Sangat-sangat cantik dan sepadan korang berdua. 
Rasa berbahagia dapat datang ke kenduri ni setelah terkilan beberapa kenduri kengkawan terlepas sebelum ni.

Semoga berbahagia pengantin baru, terima kasih atas sajian yang dihidang
Majlis indah berseri
Full of joy and laughter

Doakan kami pulak yang bujang-bujang ni. Hehee...



*Nak tengok gambo beso, klik la gambo tu ye. Sekian ;)

Wednesday, December 28, 2011

Ambil Berkat Nak Kahwin ^_^


Hai semua ^_^. Semalam masukkan gambar, hari ni baru nak taip ayat. Tajuk entry macam nak kawen minggu depan je kan. Hehe... . Asal cuti sekolah je, ada orang kahwin. Asal org kahwin je, mesti cuti sekolah. Eh? Memang la. Kalau tak, nanti tak ada orang datang pulak. Tak bukan MESTI. KEBANYAKANnya memang orang buat kenduri masa cuti sekolah. Kan kan? 

Kawan-kawan saya pun tak terkecuali. Sepupu saya jugak ade yang kahwin cuti sekolah ni. Dah sampai seru mereka mendirikan masjid. Jodoh dah sampai. Allah dah kata mereka kahwin masa ni, jadi kahwinlah mereka. 

Baru-baru ni sorang kawan lama saya berkahwin. Ohh.... seronok tengok orang kahwin ni sebab kita tak kahwin lagi. Eh, kita pulak. Saya la yang tak kahwin lagi. Huhuu... Lama sesangat tau saya tak jumpa die ni. Nama dia Noor Ezza binti Samad. Nama suami die...... adeh saya lupa pulak. Asa'ari ke ye? Last saya jumpa dia masa sekolah rendah dulu. Lepas tu pernah terjumpa sekali masa dalam bas waktu sekolah menengah. Lama tau! Lebih kurang 10 tahun. Lama la kan? Sekarang bila jumpa balik, dia dah jadi isteri orang dah pun ^_^.

Saya sempat jumpa dia sekejap je masa majlis tu. Sempat la snap sekeping gambar. Terima kasih encik wedding photographer yang tolong snap gambar ni. Hehee... Saya guna kamera kecik je. Jadi la kan nak buat rakam memori ^_^. Kat bawah ni ha gambar yang dapat saya simpan memori dengan pengatin.







Eh, yang ni bukan mak pengantin. Ni mak saya. Sama tak? Sama tak? Hehee... tak sama sangat. Saya tau. Mak cantik lagi. Mana boleh lawan tokey. Huhuu...

Sebenarnya, sebelum datang rumah Ezza ni, ada satu lagi kenduri. Rumah kawan ayah. Tapi tak ada gambar  pengantin sebab pengantin tak sampai lagi masa kami datang. Apa-apa pun, saya nak ucapkan tahniah kat Ezza dengan suami. Selamat menjalanai kehidupan baharu sebagai sebuah keluarga. Semoga kekal bahagia, dirahmati Allah dunia dan akhirat.

^_^


p/s : Asyik pergi kenduri orang lain. Kenduri sendiri belum tiba masa. ;D

Sunday, November 20, 2011

Perjalan Menuju Perkahwinan ^_^


Hye semua ^_^. Perkahwinan itu sesuatu yang indah kan? Kat mana ada perkahwinan, di situ ada Raja Sehari. Semalam (Sabtu / 19.11.2011) saya ke Serdang untuk menghadiri majlis perkahwinan dua orang sepupu saya yang diadakan serentak. Mereka berdua dah bernikah dengan pasangan masing-masing sebelum majlis ni berlangsung. 

Seronok sangat tengok orang lain mendirikan rumah tangga (mula la ni nak berangan). Hehee... Hari ni je, tengok majlis pernikahan Michelle dengan Dek Wan yang disiarkan secara langsung kat Melodi. yela, tengok kat tv je la. Takkan nak pergi sana. Huhu... Minggu lepas Daim dengan Shera Ayub. Dira Abu Zahar pun kan?

Tapi kita perlu sedar. Perkahwinan dan pernikahan bukan semudah membungkus nasi lemak daun pisang. Nak bungkus nasi lemak dengan daun pisang pun tak akan jadi dengan elok kalau kita tak pandai. Banyak lagi perkara lain yang berada disebalik sebuah nama pernikahan. Tanggungjawab dah semakin besar. Dah ada anak, kena jaga anak dengan baik supaya jadi manusia yang berguna. Risau tengok masalah sosial sekarang.
 
Jom, saya share beberapa gambar dari kamera kecik molek saya ^_^

Pagi, sebelum bertolak. Sempat lagi kan. Haha.... 
Cantik sangat kabus pagi tu. Tak boleh lepaskan.

Langit Sabak Bernam, Selangor pagi tu.

Sarah. My little luvly cousin. Saya dengan mak tumpang kereta pakcik saya. Ayah Sarah ni la.

Hajar Safiyah dengan mak saya. Hajar ni kakak kepada Sarah. Ada 3 lagi abang diorang kat seat belakang. ^_^

Haa.... ni lah dia set pelamin untuk 2 pasang mempelai tu. Simple, tapi cantik ^_^.

2 pasang pengantin, mesti la kena ada dua tempat duduk kan.

Mak Sarah, Mak saya dan makcik bongsu saya.
Makcik bongsu saya ada BLOG jugak. boleh jenguk ^_^.

Abang Hanif dan isterinya, Kak Najihah.

Kak Dalila dan suaminya, Abang Aimeer.

*Tukang taip, jangan tengok lama-lama... nanti jeles. Huhuu

Makan Beradab. Kenapa nama dia makan beradab? Maybe kena makan dengan penuh adab. Makan biasa pun kene makan dengan adab tau.

Ohh... happy betul atuk (baju kuning). Tak tau lah apa dia sembang dengan bapa mertua makcik bongsu saya tu. Hehee...

Dialah nenek saya (bertudung putih) ^_^

Tak boleh lepaskan peluang. Nak jugak duduk depan kamera. ;p


p/s : Sekarang ni turn cucu-cucu pulak yang kahwin ^_^. Tahniah Kak Dalila dan Abang Hanif. Semoga bahagia dengan pasangan masing-masing. Tukang taip ni entah bila, bayang pun tak nampak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...