Support Me Here ^_^

Wednesday, December 28, 2011

Ambil Berkat Nak Kahwin ^_^


Hai semua ^_^. Semalam masukkan gambar, hari ni baru nak taip ayat. Tajuk entry macam nak kawen minggu depan je kan. Hehe... . Asal cuti sekolah je, ada orang kahwin. Asal org kahwin je, mesti cuti sekolah. Eh? Memang la. Kalau tak, nanti tak ada orang datang pulak. Tak bukan MESTI. KEBANYAKANnya memang orang buat kenduri masa cuti sekolah. Kan kan? 

Kawan-kawan saya pun tak terkecuali. Sepupu saya jugak ade yang kahwin cuti sekolah ni. Dah sampai seru mereka mendirikan masjid. Jodoh dah sampai. Allah dah kata mereka kahwin masa ni, jadi kahwinlah mereka. 

Baru-baru ni sorang kawan lama saya berkahwin. Ohh.... seronok tengok orang kahwin ni sebab kita tak kahwin lagi. Eh, kita pulak. Saya la yang tak kahwin lagi. Huhuu... Lama sesangat tau saya tak jumpa die ni. Nama dia Noor Ezza binti Samad. Nama suami die...... adeh saya lupa pulak. Asa'ari ke ye? Last saya jumpa dia masa sekolah rendah dulu. Lepas tu pernah terjumpa sekali masa dalam bas waktu sekolah menengah. Lama tau! Lebih kurang 10 tahun. Lama la kan? Sekarang bila jumpa balik, dia dah jadi isteri orang dah pun ^_^.

Saya sempat jumpa dia sekejap je masa majlis tu. Sempat la snap sekeping gambar. Terima kasih encik wedding photographer yang tolong snap gambar ni. Hehee... Saya guna kamera kecik je. Jadi la kan nak buat rakam memori ^_^. Kat bawah ni ha gambar yang dapat saya simpan memori dengan pengatin.







Eh, yang ni bukan mak pengantin. Ni mak saya. Sama tak? Sama tak? Hehee... tak sama sangat. Saya tau. Mak cantik lagi. Mana boleh lawan tokey. Huhuu...

Sebenarnya, sebelum datang rumah Ezza ni, ada satu lagi kenduri. Rumah kawan ayah. Tapi tak ada gambar  pengantin sebab pengantin tak sampai lagi masa kami datang. Apa-apa pun, saya nak ucapkan tahniah kat Ezza dengan suami. Selamat menjalanai kehidupan baharu sebagai sebuah keluarga. Semoga kekal bahagia, dirahmati Allah dunia dan akhirat.

^_^


p/s : Asyik pergi kenduri orang lain. Kenduri sendiri belum tiba masa. ;D

24 menconteng:

Joe_Hans said...

nak datang kenduri cik khalila plak..hohohoh

Eza Boom Boom :) said...

khalila dah ada calon suami ke?? :P

asni daie said...

bila khalila target nak kahwin nih? mesti dah buat future planning kan... =P

Honey Kumicky said...

la...apesal sumer cita sal kahwin nie..

nie yg wat Honey tekanan..heehee..

jelez...btw..lau Ila yg sampai seru..jgn lupa jmpt..Honey sudi jadi tukang tolong x berbayar..

Woofer Storm said...

jom kwin jom..hehe

slmt malam^^

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

best! zuan suka g kenduri kwin, bukan sbb nk tgk pengantin, sbb nk mkn lauk kenduri..hehe

Nurul ain said...

comelllnye pengantin perempuan.... eyhh2, bila lah turn khalila pulak ni kan... :p

Nizam Ijam said...

xsabo nak kawen ker.? haha

ayie said...

bila cik khalila nak wat kenduri..hehe

Marcella said...

kalau nak kawen tahun depan,jangan lupa tampal kad kawen kat foyer.. hehehehehe

Akulah Pak Lan said...

soalan common dari mulut separa makcik2...bila nak kawen?

CekbOlat-bOlat said...

fullamakkkk.. ambil restu khwin.. cececehh..

khalila said...

@Joe_Hans
hahaa.. insyaAllah... nnt sampai la kadnye :)

khalila said...

@Eza Boom Boom :)
ehem ehem... insyaAllah dah ade. hehe

khalila said...

@asni daie
hehee... b4 30. ingat tu...! ofcos la dah buat. ewahh... ;D

khalila said...

@Honey Kumicky
hehee... cuti memang sinonim dgn kawen kan honey. insyaAllah... nnt sy jemput honey ok. ;)

khalila said...

@Woofer Storm
huhuu... share dewan, jimat sikit :)

khalila said...

@Muhammad Saiazuan Norhalik

hahaa... zuan ni mesti suka makan ni. nnt dtg kenduri saya ye. tarikh x sure lg. hehe

khalila said...

@Nurul ain
kan kann..... comel sgt die. hehee... turn sy insyaAllah beberapa tahun lagi. :)

khalila said...

@Nizam Ijam
tengah sabar la ni. hahaa

khalila said...

@ayie

hehee... insyaAllah beberapa tahun lagi ayie :)

khalila said...

@Marcella
tahun depan?? hahaaa.... awal sangat tu. kalau betul, best jugak kan? haha

khalila said...

@Akulah Pak Lan
separa makcik2?? ahahaa.... insyaAllah beberapa tahun lagi ;)

khalila said...

@CekbOlat-bOlat
hahaa... harus la adik bolat. mane tau aura kawen tu melekat. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...