Support Me Here ^_^

Friday, December 09, 2011

10 Days Pictures - Day 9 : A Photo That You Have Taken


Hai semua ^_^. Sambil-sambil tengok tv ni, siapkan entry untuk picture challenges hari ni. Petang tadi nak buat, tapi pegi dating dengan ayah pulak ^_^. So, task saya hari ni adalah share gambar yang saya snap. Hmm.... banyak.... memang banyak.... Kalau letak semua gambar dalam entry ni meletup pulak blogger ni. Huhuu...

Saya memang suka ambil gambar. Cuma belum ada rezeki nak beli dslr. Jadi, guna camera kecik molek saya je lah. Kamera digital brand Samsung, pixel 10.2 MP je. Jadi la daripada tak ada kan. Hehe... Kebanyakan gambar-gambar yang saya ambil semua guna kamera tu. Ada masa gambar ok, ada masa tak ok. Lagi-lagi kalau malam atau dalam bilik yang cahaya suram. Baik off je la. Huhuu. Tapi kadang-kadang saya pakai jugak dslr mak punya, tak pun adik atau member punya. Haisshh.... apesal orang sekeliling semua ada. Takpe, takpe. Tunggu dah kerja nanti. ^_^

Saya share dua gambar je lah walaupun tajuk kata "A Photo". Hehe



Ooohhhh....... I love cloud so much! Sangat banyak gambar awan yang saya snap. Yang nipis-nipis, yang berkepul-kepul, yang seketul-seketul, yang macam-macam lagilah. Tapi banyak yang dah hilang masa zaman saya sekolah dulu sebab laptop problem. Gambar awan kat atas ni baru lagi. Nampak tak tarikh kat gambar tu? Haa... 21 November 2011. Saya snap betul-betul depan rumah saya lebih kurang pukul 6 petang.


Mari memerangkap matahari! Hahaa.... belum sempat sampai matahari, dah terbakar dulu korang. Ni kat mana ni? Kawasan rumah saya tak ada gunung-ganang ni. Kalau ada pun jauh sangat. Sawah bendang ada la. Haa... masa ni saya pergi Bukit Broga dengan member-member kampus. Saya pernah cerita sebelum ni. Bunga lalang tu memang macam tu taw. Bukan saya simpulkan. Huhuu... Setkan matahari betul-betul dalam bulatan, then snap. Haaa... yang ni saya guna dslr member punya. Tak la pandai sangat guna dslr. Tapi boleh lah. Hehe...

TADI..! Saya kan keluar dating dengan ayah. Masa balik tu lebih kurang pukul 6.45 petang. Nampak awan cantik sangat! Tapi camera tak bawak......... so snap pakai memori kepala je la.

TADI..! Masa dah sampai rumah, matahari hampir terbenam. Cantik sangat! Nampak matahari tu betul-betul bulat warna oren. Tapi tak sempat snap at the perfect time. Ada snap, tapi tak seperti masa saya nampak mula-mula tu. Ok lah. Sampai sini saja entry kali ni. Daaaa...... ^_^


*     *     *     *     *



p/s : Tak sabar tunggu esok (10 Disember 2011). Harus tidur awal! Doakan saya selamat pergi, selamat balik ^_^. TQ

p/s : Nak menang free salah satu daripada lebih 80++ hadiah dalam GA Nisa Kay? Klik SINI. ^_^


p/s : Oh ya.... cousin saya si Faris Afif ada join satu contest dan dia pertaruhkan gambar budak kecik comel ni. Kalau tak keberatan tolonglah LIKE gambar dia ye. Bukan paksaan. Hehe... Tapi kalau korang tolong, saya sangat-sangat berterima kasih ^_^. Saya preview sikit gambar budak kecik comel tu kat sini.



Tolong LIKE kalau sudi ye.
^_^

2 menconteng:

syufaa said...

awaaaak.
cantekkkk sangat2!
^_^

khalila ishak said...

@syufaa
heheee... time kasih syufa ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...