Support Me Here ^_^

Monday, December 05, 2011

"No Entry" Pada Cinta


Hai semua ^_^. Eh, eh... tajuk cinta pulak. Kenapalah nak taip pasal cinta lagi. Selak-selak dalam hati, ada bunga-bunga ke? Hmm... pokok bunga pun tak ada. Tapi rasa nak taip jugak. Jadi, tertaiplah adanya jari jemari saya sekarang ni.





Dicinta dan mencintai dua perkara yang berbeza, kan? Bila kita dicintai seseorang, belum tentu kita membalas cinta dia. Bila kita mencintai seseorang, belum tentu dia membalas cinta kita. Tapi kalau kita menyerahkan cinta kita pada Allah, dah pasti Allah membalas cinta kita. Tiada keraguan langsung soal tu.

Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead
- Adele, Someone Like You

Saya rasa sesipa yang membaca atau terbaca entry ni mesti pernah ada pengalaman lovelove kan. Kalau tak semua pun, mesti majoriti. Kalau tak pernah bercinta pun, mesti pernah admire kat sape-sape even yang di'admire'kan tu Zac Efron ke, Channing Tatum ke. Heheh... over dah. Eh, kenal ke sape Channing Tatum? Suka tengok cerita dia berlakon.

Pengalaman setiap orang berbeza. Jalan ceritanya berbeza. Kisah suka dukanya berbeza. Amat bertuahlah kalau kisah cintanya tak pernah berduka. Tak mustahil kan. Yang selalu jadi bila episod kisah cinta duka, mulalah fobia dengan kisah cinta lama. Kalau dengar pasal lovelove mulalah nak allergi. Nasib baik tak tumbuh ruam bila datang allergi cinta. Ke ada??? Huhuu... dan nasib baik jugak la kat farmasi tak ada ubat allergi cinta. Kalau ada, rasanya dah ramai orang beli.

Bila dah fobia, mulalah nak kunci pintu hati rapat-rapat. Siap pasang mangga berbelas-belas, letak selak, palang lagi. Taknak bukak dah pintu hati yang tak boleh dicapai dengan tangan tu. Eh... macam ada sikit-sikit sama je dengan entry sebelum ni....? Nak baca? Klik SINI

Hari berlalu hari demi hari. Bulan demi bulan. Tahun demi tahun. Pintu hati tu masih terkunci rapat. Bila tiba suatu hari ada cinta baru datang, mulalah tak senang duduk. Perkara yang difobiakan tiba-tiba muncul lagi. Padahal hati belum bersedia nak buka peluang. Nak taknak terpaksa letak sign board "No Entry" kat pintu hati. 

Kenapa taknak bagi peluang? Berkata memang mudah, tapi belum tentu dapat dilakukan. Silap-silap nanti terpaksa berpura-pura sebab kesian atau rasa serba salah. Lagi-lagi kalau yang hadir tu tak ada ciri-ciri lelaki/wanita idaman hati.

Jangan sesekali melenting atau marah bila ada yang meluahkan perasaan kepada kita kalau kita tak berminat pada dia. Kita tak berhak memaksa orang mencintai kita. Kita juga tak berhak menghalang orang jatuh cinta pada kita. Itu hak masing-masing. Perasaan adalah hak individu. Bukan kemahuan dia bila perasaan itu hadir dalam hatinya. Kalau nak menolak, tolaklah dengan cara baik. Bagi alasan yang kukuh.

Bila cinta ditolak, mesti ada yang tertanya-tanya kenapa dia ditolak. Mulalah tengok cermin, tak cukup hensem ke, tak cukup cantik ke? Tapi hensem atau cantik tak semestinya jadi punca. Mungkin ada sebab lain. Mungkin semua tu disebabkan............ :

Dia belum bersedia menerima cinta lain.
Dia tidak berminat terhadap cinta baru tu.
Dia cuma nak uji kesungguhan cinta baru tersebut.
Dalam hatinya sudah ada seseorang yang dia tunggu-tunggu.

Korang pernah ada pengalaman macam ni? Mana satu yang jadi alasan korang? Mungkin tak sama macam alasan yang saya dah senaraikan. Mungkin ada alasan yang lain. Oh ya.... kalau yang dah kawen tu lain ceritalah. Sangat tak manis kalau dia terima cinta lain sedangkan dah bersuami atau beristeri, kecualilah cinta baru tu jodohnya yang sebenar.

Apa-apa pun, cinta itu lumrah hidup manusia. Kita lahir ke dunia ni pun atas nama cinta ayah dan mak kita. TAPI!! Jangan pulak jatuh cinta kat kaum sejenis. No, no, nooo...! Memang saya ada nyatakan perasaan tu hak individu. Tapi, kalau dah jatuh cinta pada kaum sejenis, cepat-cepatlah muhasabah diri, sangat tak normal. 


p/s : Semoga kita semua bertemu dengan cinta yang sememangnya cinta untuk kita seperti mana yang telah Allah takdirkan, cinta yang diredhai-Nya. ^_^

p/s : Oh ya.... cousin saya si Faris Afif ada join satu contest dan dia pertaruhkan gambar budak kecik comel ni. Kalau tak keberatan tolonglah LIKE gambar dia ye. Bukan paksaan. Hehe... Tapi kalau korang tolong, saya sangat-sangat berterima kasih ^_^. Saya preview sikit gambar budak kecik comel tu kat sini.


Tolong LIKE kalau sudi ye.
^_^

12 menconteng:

DanieL AdiE said...

Remaja dan Cinta memang tak boleh dipisahkan..

OrsoNero said...

Manusia dan cinta tu yang tak boleh dipisahkan....dalam manusia tu dah memang wujud dah cik cinta, sekali dengan mr. benci, makcik cemburu dan pakcik marah~ =)

Kiera Qaira said...

huhuh..cinta..
apelah mkne cinta tu ek haha-.-''

RinsyaRyc said...

yang tak sedia tu, rin leteww.. ngeh-3

k.h.a.l.i.l.a said...

@DanieL AdiE
huhuu... memang. sikit2 mesti sangkut jugak

k.h.a.l.i.l.a said...

@OrsoNero
hahah... betul jugak kan. bila semua tu x seimbang, x dpt kwl dgn baik, habis la.

k.h.a.l.i.l.a said...

@Kiera Qaira
heheh... cinta boleh jadi macam2 ikut mcam mana seseorg tu uruskan nya.

k.h.a.l.i.l.a said...

@RinsyaRyc
heheh.... nnt org yg tak sedia mcm rin yg kawen dulu nnt ni. ;p

ƒαиα❥ said...

mula2 tak pham tajuk..da bace baru phm..hehe.. ade kebenarannye.. :)

zOeY zAu YaH said...

cinta itu semangat kot tu yg ssh nk dipisahkan dari kehidupan skarang hehe..

k.h.a.l.i.l.a said...

@ƒαиα❥
hehee... alhamdulillah... fana dapat paham gak ;)

k.h.a.l.i.l.a said...

@zOeY zAu YaH
hehee... betul tu. org malas pegi klas pun jd semangat tetiba nak g kelas sebab cinta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...