Support Me Here ^_^

Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Monday, February 27, 2012

Allah Akan Ganti Balik Yang Hilang


(LINK)

Hai semua ^_^. Apa khabar hari ni? Sedih ke happy? Ohh... ade yang sedih Lisa dah kawin dengan Yusri. Alhamdulillah, tumpang gembira. Moga Lisa dan Yusri kekal bahagia ^_^. Tak kisah la sedih ke happy ke, kena bersyukur jugak. Sebab apa kena syukur kalau sedih? Syukurlah sebab Allah masih bagi peluang korang rasa perasaan macam tu. Buatnya Allah jadikan korang tak berperasaan, haaaaa..... susah pulak nanti. Orang buat kelakar, korang blur. Orang tengah menangis teresak-esak pun korang blur. Orang ragut beg korang pun, korang blur. Silelah... ambillah beg saya ni... jangan malu-malu encik peragut.

Habis semua......... duit, kad kredit, kad bank, IC, handphone, lipstick, bedak compact, buku hutang, hilang sekelip mata. Mesti masa tu tak tentu arah. Jantung berdegup macam nak tercabut keluar je. Nak call orang tak boleh, nak balik tak dapat. Mau histeria kat situ jugak. Kalau masih boleh tenang alhamdulillah. Tapi sapa tak gelabah kalau kena ragut macam tu kan?

Selalunya kita akan sedih bila kehilangan sesuatu yang menjadi milik kita asalnya. Habis perah otak fikir kenapa benda tu hilang, macam mana la boleh hilang, kenapa... kenapa... kenapaaaaaa....!! Lepas tu mula la keluar perkataan 'kalau', 'kalau' dan 'kalau' lagi. 

"Kalau aku pakai beg silang, mesti peragut tu tak dapat ragut beg aku."

"Kalau aku tak keluar hari ni, mesti beg aku tak kena ragut."

"Kalau aku keluar lambat 30 saat tadi, mesti makcik kat depan tu yang kena, bukan aku."

Ehem ehem..... tak baik cakap begitu. Macam menyalahkan takdir. Dah tertulis perjalanan hidup kita macam tu hari tu, dah nasib kurang baik hari tu. Sedih memang sedih, tipu la kalau sikit pun tak terkilan. Tapi jangan sampai menyalahkan takdir. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Nikmat yang Allah bagi sementara je, cuma pinjaman. Bila-bila masa dia boleh tarik balik. Mungkin dia tarik nikmat yang ni, tapi yakinlah akan ada nikmat lain yang Allah beri walaupun bukan nikmat yang sama.

Hubungan sesama manusia?

Hmm.... ni selalu berlaku. Mungkin diri kita, mungkin keluarga kita, mungkin kawan-kawan kita atau sesiapa saja. Adalah tidak normal ye wahai korang sekiranya tak ada perasaan kepada manusia berlainan jantina. Perkara biasa kalau "tersuka" kepada seseorang asalkan bukan yang sama jantina. Kalau nasib baik, tak bertepuk sebelah tangan. Kalau nasib tak baik, main tepuk-tepuk angin sebelah tangan je la.

Tak kisah la cinta tak berbalas atau hubungan putus di tengah highway. Memang sedih kalau cinta putus tengah jalan atau tak berbalas. Lagi sedih kalau suka dalam diam. Dia tak tau pun kita suka dia. Tiba-tiba dia datang cerita pasal orang lain. Maklumlah, kita BFF dia.

(LINK)

Tak apa..... semua tu liku-liku kehidupan. Kalau yang berani, boleh luahkan perasaan. Tak kisahlah lelaki atau perempuan. Yang penting kita dah luahkan apa yang kita rasa, dia terima atau tidak.................... kena sedia terima sebarang kemungkinan. 

Jangan sedih kalau kena reject. Percayalah, Allah akan ganti yang lain. Mungkin yang lebih baik. Walaupun tak sempurna seperti yang diangan-angankan, pastinya itu yang terbaik buat kita. Jangan terlalu memikirkan kesempurnaan. Nanti kalau silap sikit, mula nak melenting. Jangan terlalu memilih yang ada rupa sekacak-kacaknya, secantik-cantiknya, nanti kalau dah berkedut sana sini, lemak membiak sana sini, mula nak rasa jemu.


Cinta manusia, datang dan pergi.
Cinta Allah, kekal abadi.
^_^



p/s : Jika "kegembiraan" ini pergi meninggalkanmu, akan ada "kegembiraan" lain yang menantimu. Semuanya nikmat yang Allah berikan. Bersyukurlah.... ^_^

...............................................................................................

Support me HERE
TQ ^_^

Monday, January 16, 2012

Bukan Saja-Saja Allah Buat Begitu.......



Hai semua ^_^
Jom sambung baca. Saya nak share kata-kata di bawah ni.
.
.
.
.
.
BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu.
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu.
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu.
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu.
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu...

(LINK)

MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu.
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu.
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan yang ikhlas membantu.
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu.
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayang-Nya padamu...



p/s : Share dari status FB seseorang ^_^.

Sunday, January 01, 2012

Apa Lagi Nak Harapkan 2012 Ni?





Hai semua ^_^. Akhirnya..... dah masuk tahun 2012 pun kan? Tahun lepas dan tahun ni, macam semalam dan hari ni. Memang la. Semalam 2011. Hari ni 2012. Tapi........ betul, perkara-perkara yang berlaku sepanjang tahun 2011 macam baru semalam je berlaku.

Pernah tak terfikir? Rasa macam baru semalam je gaduh dengan member. Padahal perkara tu dah 5, 6 bulan berlaku. Rasa macam baru semalam daftar semester baru. Ehhh..... lusa dah nak mula sem baru lagi. Haishh.... masa macam cepat sangat berlalu sekarang ni. Baru hari Isnin. Sedar-sedar dah hari Ahad, esok dah Isnin balik.

TAPI................... Bila dalam kelas.... Takde pulak terasa masa tu cepat berlalu. Kenapa eh? Jeling jam baru pukul 9.00 pagi. Lecturer komplen student tak kasi tumpuan dalam kelas. Alih balik mata kat lecturer yang cantik hensem. Jeling lagi kat jam.... haishh......! Kenapa baru pukul 9.05 pagi??? Perut dah play lagu Avril Lavigne, Wish You Were Here (eh, nak wish sape yang here tu?). Lapar kan. Pukul 10.00 pagi baru rehat. Hehe..

Semua orang pasang azam nak jadi lebih baik dari tahun lepas. Umum sangat tu. Tapi dah cukup untuk bakar semangat diri sendiri supaya jadi insan yang lebih baik. Sebenarnya tak perlu nak tunggu tahun baru baru nak pasang azam. Hari-hari kita kena berazam untuk jadi lebih baik dari semalam. Haipp! Bukan saya kata tak boleh pasang azam bila tahun baru. Pasang la. Tak salah pun.

Mungkin kita rasa banyak kekurangan yang berlaku pada diri tahun lepas. Tak salah untuk bagi semangat kepada diri sendiri dengan berazam macam-macam tahun ni. Pegi kelas lebih awal. Siap assignment lebih awal. Ambil lesen. Beli kereta. Beli rumah. Nak kurus. Nak tambah berat badan. Nak pindah rumah. Nak masuk universiti. Nak dapat 5A, 8A, 10A. Nak tinggi, nak rendah. Eh, boleh ke?


Semoga kejayaan sentiasa menjadi milik kita. Namun, jangan sesekali tinggalkan kegagalan kerana kegagalan banyak mengajar erti kehidupan supaya kita menjadi insan yang lebih baik. ^_^


p/s : My 2012 bermula dengan penuh senyum lebar ^______________^  <--- cukup lebar tak?

Monday, December 05, 2011

"No Entry" Pada Cinta


Hai semua ^_^. Eh, eh... tajuk cinta pulak. Kenapalah nak taip pasal cinta lagi. Selak-selak dalam hati, ada bunga-bunga ke? Hmm... pokok bunga pun tak ada. Tapi rasa nak taip jugak. Jadi, tertaiplah adanya jari jemari saya sekarang ni.





Dicinta dan mencintai dua perkara yang berbeza, kan? Bila kita dicintai seseorang, belum tentu kita membalas cinta dia. Bila kita mencintai seseorang, belum tentu dia membalas cinta kita. Tapi kalau kita menyerahkan cinta kita pada Allah, dah pasti Allah membalas cinta kita. Tiada keraguan langsung soal tu.

Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead
- Adele, Someone Like You

Saya rasa sesipa yang membaca atau terbaca entry ni mesti pernah ada pengalaman lovelove kan. Kalau tak semua pun, mesti majoriti. Kalau tak pernah bercinta pun, mesti pernah admire kat sape-sape even yang di'admire'kan tu Zac Efron ke, Channing Tatum ke. Heheh... over dah. Eh, kenal ke sape Channing Tatum? Suka tengok cerita dia berlakon.

Pengalaman setiap orang berbeza. Jalan ceritanya berbeza. Kisah suka dukanya berbeza. Amat bertuahlah kalau kisah cintanya tak pernah berduka. Tak mustahil kan. Yang selalu jadi bila episod kisah cinta duka, mulalah fobia dengan kisah cinta lama. Kalau dengar pasal lovelove mulalah nak allergi. Nasib baik tak tumbuh ruam bila datang allergi cinta. Ke ada??? Huhuu... dan nasib baik jugak la kat farmasi tak ada ubat allergi cinta. Kalau ada, rasanya dah ramai orang beli.

Bila dah fobia, mulalah nak kunci pintu hati rapat-rapat. Siap pasang mangga berbelas-belas, letak selak, palang lagi. Taknak bukak dah pintu hati yang tak boleh dicapai dengan tangan tu. Eh... macam ada sikit-sikit sama je dengan entry sebelum ni....? Nak baca? Klik SINI. 

Hari berlalu hari demi hari. Bulan demi bulan. Tahun demi tahun. Pintu hati tu masih terkunci rapat. Bila tiba suatu hari ada cinta baru datang, mulalah tak senang duduk. Perkara yang difobiakan tiba-tiba muncul lagi. Padahal hati belum bersedia nak buka peluang. Nak taknak terpaksa letak sign board "No Entry" kat pintu hati. 

Kenapa taknak bagi peluang? Berkata memang mudah, tapi belum tentu dapat dilakukan. Silap-silap nanti terpaksa berpura-pura sebab kesian atau rasa serba salah. Lagi-lagi kalau yang hadir tu tak ada ciri-ciri lelaki/wanita idaman hati.

Jangan sesekali melenting atau marah bila ada yang meluahkan perasaan kepada kita kalau kita tak berminat pada dia. Kita tak berhak memaksa orang mencintai kita. Kita juga tak berhak menghalang orang jatuh cinta pada kita. Itu hak masing-masing. Perasaan adalah hak individu. Bukan kemahuan dia bila perasaan itu hadir dalam hatinya. Kalau nak menolak, tolaklah dengan cara baik. Bagi alasan yang kukuh.

Bila cinta ditolak, mesti ada yang tertanya-tanya kenapa dia ditolak. Mulalah tengok cermin, tak cukup hensem ke, tak cukup cantik ke? Tapi hensem atau cantik tak semestinya jadi punca. Mungkin ada sebab lain. Mungkin semua tu disebabkan............ :

Dia belum bersedia menerima cinta lain.
Dia tidak berminat terhadap cinta baru tu.
Dia cuma nak uji kesungguhan cinta baru tersebut.
Dalam hatinya sudah ada seseorang yang dia tunggu-tunggu.

Korang pernah ada pengalaman macam ni? Mana satu yang jadi alasan korang? Mungkin tak sama macam alasan yang saya dah senaraikan. Mungkin ada alasan yang lain. Oh ya.... kalau yang dah kawen tu lain ceritalah. Sangat tak manis kalau dia terima cinta lain sedangkan dah bersuami atau beristeri, kecualilah cinta baru tu jodohnya yang sebenar.

Apa-apa pun, cinta itu lumrah hidup manusia. Kita lahir ke dunia ni pun atas nama cinta ayah dan mak kita. TAPI!! Jangan pulak jatuh cinta kat kaum sejenis. No, no, nooo...! Memang saya ada nyatakan perasaan tu hak individu. Tapi, kalau dah jatuh cinta pada kaum sejenis, cepat-cepatlah muhasabah diri, sangat tak normal. 


p/s : Semoga kita semua bertemu dengan cinta yang sememangnya cinta untuk kita seperti mana yang telah Allah takdirkan, cinta yang diredhai-Nya. ^_^

p/s : Oh ya.... cousin saya si Faris Afif ada join satu contest dan dia pertaruhkan gambar budak kecik comel ni. Kalau tak keberatan tolonglah LIKE gambar dia ye. Bukan paksaan. Hehe... Tapi kalau korang tolong, saya sangat-sangat berterima kasih ^_^. Saya preview sikit gambar budak kecik comel tu kat sini.


Tolong LIKE kalau sudi ye.
^_^

Sunday, December 04, 2011

Jangan Tersalah Mengasah Parang



Hai semua ^_^. Mata mengantuk pulak petang-petang macam ni. Penambah perisa kat luar lagi buat mata ni makin nak kuyu. Sapa mata dia terasa ngantuk lagi-lagi bila hujan lebat kat luar? Hehe... sejuk-sejuk memang best la tido. 

TAPI! Tengok la jam sudah pukul berapa sekarang. Hampir pukul 5 petang dah. Bukan 5 pagi. Tak baik tau tidur lepas waktu asar. Nanti boleh jadi gila kalau melarat-larat sampai waktu maghrib. Jangan cuba mencabar kenyataan ni. Ustaz saya pernah cerita ada sorang manusia ni dia tak percaya. Lepas tu dia tidur tiap petang sampai entah berapa lama. Lepas tu dia jumpa balik orang yang bagi nasihat kat dia. Dia cakap, "Tengok, aku tak gila pun." Lebih kurang macam tu la ayat dia. Saya tak ingat. Habis semua orang dia cakap macam tu. Jumpa sorang dia cakap, "Tengok, aku tak gila pun". Jumpa orang lain lagi, dia cakap ayat yang sama. berulang-ulang setiap kali dia jumpa orang lain. Akhirnya, dengan macam tu je orang nampak dia dah jadi gila.

Kalau tidur waktu-waktu dekat maghrib memang bila bangun akan pening kepala. saya cakap, eh taip sebab saya pernah tidur waktu-waktu macam tu. Penat sangat, tertidur jugak. Bila bangun memang rasa TAK BEST. Dah mandi pun kepala goyang-goyang lagi.

Hello, apa kaitan dengan tajuk ni? Dari hujan dah meleret sampai kisah tidur-tiduran ni.

Hokeyy... hokeyyyyyyy......




(LINK)

Kita nak didik seseorang kena bermula dari peringkat awal kan? Nak didik orang, kena lah didik yang baik-baik. Mana ada orang nak didik yang jahat-jahat. Eh, ada jugak. Saya tak nafikan. Sungguh tiada berguna orang itu mengajar kejahatan. Huhuu... elok-elok orang tu baik, dia ajar menipu, dia ajar mencuri. Jangan ajar budak-budak berbohong, nanti lama-lama dia mencuri.

Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri.

Haa...... kan...

Pernah dengar peribahasa "Belakang parang kalau diasah lagikan tajam" ? Jangan tipu, mesti pernah dengar punya. Kalau tak pernah dengar, mesti masa sekolah dulu, Cikgu BM ajar peribahasa ni korang sembang dengan kawan sebelah. Tak pun tengah tulis surat monkeylove. Huhu...

Untuk menguasai sesuatu kemahiran atau ilmu bukan boleh setakat petik jari boleh ingat semua rumus-rumus Matematik Tambahan, bukan boleh automatik pandai buat arca, bukan tiba-tiba boleh pandai mengarang novel. Bakat itu satu kelebihan. Selebihnya usaha sendiri. Semua tu boleh dipupuk dan dipelajari.


(LINK)



Begitu juga bila kita nak mendidik manusia. Melentur buluh biar dari rebungnya. Nak didik seseorang menjadi manusia yang berguna perlu menggunakan cara yang betul. Bagi contoh yang betul, Bagi ilmu dan motivasi secukupnya. Kalau tersalah didik, rosaklah masa depan seseorang. Kat sini lah yang saya maksudkan "jangan tersalah mengasah parang". Parang, kalau asah dengan betul memang akan jadi tajam. Tapi kalau salah cara asah? Mungkin parang tu akan jadi makin tumpul kalau yang diasah bahagian tajamnya. Lepas tu, cara asah pulak macam korang nak hiris daging.

Macam mana cara asah parang macam nak hiris daging? Cara dia macam korang nak hiris batu asah tu lah. Hehe... ada ke orang nak hiris batu asah. Kalau buat macam tu, bukan ke lama-lama parang yang tajam tu jadi tumpul. Jadi, ingat ye semua termasuklah tukang taip ni. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam, tapi jangan tersalah mengasah parang, ok ^_^.


p/s : Banyak pulak selit kiasan-kiasan kali ni. Huhu...

Saturday, December 03, 2011

Letaklah Kepercayaan Walau Sedikit


Hai semua =| . Mood kurang sikit petang ni. Tapi, tak apa. Jangan terpengaruh dengan kekurangan mood saya petang ni. Korang pernah tak rasa yang korang mampu buat sesuatu. Korang yakin dengan kemampuan dan keupayaan yang korang ada. Tapi, bila baru nak mula langkah pertama, kemampuan korang tu diragui.

(LINK)


Encik... saya mampu galas tugas ni.

Tak, tak. Saya tak percaya dengan keupayaan kamu.

Encik, tolonglah. Saya yakin saya boleh.

Saya lebih yakin dengan Si A. Tugas ni biar dia yang ambil.

Ohh... kalau semua orang macam ni, macam mana orang lain nak maju. Macam mana orang lain nak tambah pengalaman yang baru secetek air di dalam piring. Orang yang berjaya adalah orang yang pernah gagal. Orang yang gagal takkan selamanya dia gagal. Sesuatu yang nak dikuasai perlulah dimulakan dengan percubaan dan langkah pertama. Tak cuba tak tahu. Tak mula, mana nak sampai ke akhirnya.

Kejayaan takkan tercapai kalau cuma seorang yang berperanan. Peniaga yang berniaga kat pasar malam tu pun sedikit sebanyak bergantung jugak dekat pembeli yang datang membeli  kat gerai mereka. Kalau tak ramai orang datang beli, surutlah sikit pendapatan mereka. Hidup perlu memberi dan menerima. Give and take. Dalam hal ni, sorang bagi kepercayaan, sorang lagi bagi kejayaan.

Ketidakpercayaan mampu bagi kesan negatif kat seseorang. Percaya tak? Bila saatnya seseorang tu betul-betul semangat dan berkobar-kobar nak buat sesuatu dengan keyakinan dan kemampuan yang dia ada, janganlah sesekali musnahkan keyakinan dirinya. Beri dia ruang untuk dia mencuba. Mungkin ada bakat terpendam dalam diri dia yang tak akan sesiapa sedari selagi dia tak mula mencuba. 

Kalau 4, 5 kali keyakinannya diragui mungkin  tak apa. Tapi kalau dah setiap masa jadi macam tu, sikit-sikit mesti kecewa dan kecil hati kan. Akhirnya mengganggu emosi orang tersebut, hilang keyakinan diri dan rasa diri dia sememangnya teruk dan lemah seperti yang diperkatakan. Lagi parah kalau dia dah tak mahu mencuba lagi. 

Siapa yang nak dipersalahkan? Orang yang taknak beri kepercayaan atau orang yang dah hilang keyakinan diri? Mungkin kita akan cakap, jangan sesekali putus asa. Betul, tak disangkal lagi. Jangan putus asa, biar orang yang tak mahu beri kepercayaan tu terbuka sikit matanya dengan keupayaan orang lain. Orang-orang yang berjaya sekarang ni pun mula dari kosong jugak. Jadi, lapangkan hati, berilah sedikit kepercayaan. InsyaAllah, seseorang itu boleh jadi lebih baik dari apa yang kita boleh bayangkan.


p/s : Seriuskah entry kali ni? Huhuu... entahlah. Semua meluncur laju dari hati dan minda ke jari jemari. ^_^

p/s : Ohh yaa.... cousin saya, Faris Afif ada join satu contest dan dia pertaruhkan potret sorang budak perempuan kecik. Sangat comel. Hehe... Kalau tak keberatan, tolonglah LIKE gambar dia di LINK ni ye. TQ ^_^. Kat sini saya preview sikit gambar budak kecik comel tu.

Tolong LIKE ye kalau sudi ^_^.

Thursday, December 01, 2011

Kunci Pintu Hati Dah Rosak Ke?


Hai semua ^_^. Pernah tak terkunci dalam bilik? Nak bukak pintu tak boleh. Dah mintak jiran sebelah tolong bukak pun pintu degil, taknak terbukak. Pintu merajuk ke? Time macam ni nak tak nak, kene panggil orang tolong pecahkan tombol pintu. Kalau tak, entah sampai bila terkurung dalam bilik.

(LINK)

Itu tombol pintu rumah atau bilik. Kalau rosak, tak boleh bukak, boleh pecahkan. Tapi kalau pintu hati? Degil sangat taknak terbukak, nak pecahkan macam mana? Boleh! Kena tembus kulit dulu, kene putuskan salur-salur darah dulu, baru boleh pecahkan pintu hati. Lepas tu, kena tangkap atas tuduhan membunuh, tak pun tuduhan mencederakan orang. Ohh... ini dah over. Huhu

Ok, fine... serius. Pintu hati terkunci sebab apa? Ok lah, maybe entry ni ada kaitan lovelove sikit. Uii... kekok nak taip pasal lovelove. Saya kecikkan skop entry saya ni pasal cinta sesama manusia. Jangan sesekali korang kunci pintu hati tentang cinta terhadap Allah pulak. Lain jadinya nanti. Cinta kepada Allah sentiasa terbuka pintu hati.

Pintu hati yang terkunci dalam erti kata lain, tak boleh nak terima cinta baru. Kenapa? Banyak sebab bergantunglah kepada individu tu kan. Pengalaman dan perjalanan setiap individu berbeza-beza. Mungkin disebabkan pengalaman cinta monyet atau cinta remaja atau cinta dewasa yang lepas dan mengecewakan. Tak pasal-pasal jadi fobia dengan cinta. Sebab lain, mungkin kerana dalam hatinya dah ada seseorang yang diangan-angankan. Ruang dalam hatinya tu cuma ada lelaki atau wanita tu sorang je. Sampai tak nampak dah orang lain. Bila ada orang lain nak datang dekat pun, cuba nak bukak pintu hati yang terkunci, pintu hati tu tetap tak nak terbuka. Tak nak orang lain ganti tempat seseorang yang dah ada dalam hati tu.

(LINK)

Kalau cinta tu berbalas, tak jadi masalah kan. Kita bunga, dialah kumbangnya. Kita rindu, dia pun rindu sama. Kite terkenang dia, dia pun teringatkan kita. TAPI..... kalau cinta tu tak berbalas? Bertepuk sebelah tangan. Kita bagi cinta, dia balas duka. Macam baling boomerang, datang balik kat kita. Cinta tu tak sampai. Kita bunga, dia racun rumput (racun rumput boleh matikan pokok bunga tak? huhu... suke hati je). Kita rindu, dia rindu orang lain. Kita terkenang dia, dia tak ingat pun kita.

Terasa macam sedih kan? Lagi-lagi kalau cinta tu kita sorang yang rasa. Dia tak ada apa-apa pun. Cinta dalam diam sorang-sorang sangat sakit. Betul ke? Mungkin betul. Huhuu... Lagi sakit kalau kita cuba nak lupakan dia, tapi memori pasal dia dah berakar umbi dalam hati dan fikiran kita. Apa nak buat masa tu? Cuba buka peluang untuk orang lain. Tapi, tak mampu. Sebab pintu hati dah terkunci dan tak boleh terbuka dah.

Mungkin berdiam diri adalah yang terbaik. Mungkin juga tak. Kenapa nak berdiam diri? Kalau tak cakap, mana nak tau. Tak pasal-pasal menyesal sendiri. Tapi mungkin ada alasannya. Tak cukup kekuatan, atau mungkin sebab tak nak jejaskan persahabatan.

Apa-apa pun, jodoh dan pertemuan tu semua Allah yang tentukan. Percayalah pada janji Allah. Kalau nak yang baik, diri sendiri perlu jadi baik dulu. Takut jadi anak dara tua? Bujang terlajak? Memang sedih, tapi kena bersedia apa pun kemungkinan, ajar hati untuk redha. Kalau bukan kat dunia, mungkin kat akhirat nanti. 

Pintu hati yang dah terkunci, tak boleh terbuka tu macam mana nak buat? Kalau dah memang orang yang duduk dalam hati kita tu bukan kita punya, belajarlah untuk melepaskan orang tu pergi. Kalau paksa jugak dia duduk dalam hati tu, jiwa sendiri jugak yang sakit kan. Apa-apa pun, cinta kepada Allah lebih utama. Jangan kita cinta kepada manusia melebihi cinta kita kepada Allah. Peringatan untuk diri saya yang lemah ni jugak. ^_^


p/s : Ingat nak taip pendek je. Panjang jugak jadinye. Huhu..


IKLAN

Ada peluang nak menang BlackBerry dengan U Mobile !
Lenguh bila duduk depan laptop? Jom try Tiger Balm.

Friday, August 05, 2011

Cinta Paling Indah Bagi Kamu?

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera


Entry pendek malam ini ^_^

Cinta Allah, Cinta Hakiki
Cinta Halal, Cinta Diredhai
Kasih Ibu & Ayah, Kasih Sejati

- Khalila

Monday, July 25, 2011

Sayang Banyak Ke Sayang Sikit?

Assalamu'alaikum ~ Salam Sejahtera

~ adik (anan), sepupu (abg faiz & kak ayu), khalila ~

Manusia bukan robot. Robot bukan manusia. Maka, manusia berbeza dengan robot. Manusia ada perasaan, ada akal fikiran, ada kehendak dan kemahuan. Korang macam mana? Of cos la korang ada, sebab saya yakin korang manusia kan. Ke ade robot yang membaca blog saya ni? Huhuu... Tak tau la kalau Jepun dah cipta robot yang boleh layan blog. Seram gak rasanye. Bila robot dah pandai suarakan pendapat, macam mana dengan ketamadunan manusia nanti? (ingat kat Transformers la ni taip-taip pasal robot).

Ok, yang tu manusia yang memang kita semua dah sedia maklum memang mempunyai perasaan. Tapi macam mana dengan manusia robot? "Manusia robot" taw, bukan "robot manusia". Mungkin manusia robot ni manusia yang tiada perasaan. Takde respon apa-apa. Orang sedih, die blur. Sepah buat lawak, die blur. Mak ayah marah pun die blur. Kalau orang blur, die lagi la seribu kali blur. Ade ke ye manusia macam ni? Mungkin ada. Siapa tau kan? Kuasa Allah melebihi daripada apa yang boleh kita bayangkan. Kalau Allah takdirkan begitu, maka jadi la begitu.

Nak cerita pasal manusia ke robot ni?

Kite cerita pasal manusia la ye. Pasal robot saya tak tau sangat. Bumble Bee tau la. Huhuu... Cuba fikir apa perasaan yang boleh korang rasakan dalam diri korang. Marah? Sedih? Gembira? Bahagia? Kecewa? Sayang? Mana satu yang korang tak pernah rasa? Mesti pernah rasa semua kan. Sekurang-kurangnya sekali dalam hidup korang. Lumrah hidup manusia, ada suka, ada duka. Kalau takde semua tu, kurang la makna hidup. Tak merasa suka, tak merasa la kebahagiaan. Tak merasa duka, tak belajarlah dari kesilapan.

Jom kita cerita pasal SAYANG.

Sayang ni kadang-kadang sukar digambarkan. Tu saya la, korang saya tak pasti. Mungkin ada yang nilai sayang tu dari sudut hati nurani yang suci murni bak mutiara berseri selembut hembusan bayu. Mungkin ada juga yang nilai sayang tu dari sudut material sampai contact lens pun ade simbol dollar dan RM. Bila bagi hadiah, sayang-O-meter naik maximum. Bila tak dapat, sayang-O-meter pun duk la kat takat "0". Tapi apa-apa pun perasaan tu kan lumrah hidup manusia.

Sayang ni pun banyak cabangnye. Sayang mak ayah, adik beradik, keluarga. Sayang kawan-kawan. Sayang saudara seagama. Sayangkan tanah tumpah darah. Sayang arnab kat rumah atuk tu. Macam-macam la kalau nak senaraikan semua memang tak habis. Yang muda-muda (remaja) sekarang mesti ramai yang ade teman. Kecik-kecik dah ade makwe. Kecik-kecik dah ade pakwe. Hal boleh ke tak boleh tu, saya tak reti nak komen. Salah komen kang, kene band pulak saya. Huhuu... 

Yang penting, sayang biar berpada. Sayang biar pada yang sepatutnya. Jangan pulak sayang pakwe lebih dari mak ayah. Memang kecik hati la mak ayah macam tu. Belajar dari kesilapan kan. Kadang-kadang kite pun leka. Bila dah sayang seseorang, lupa benda lain, lupa kawan lain, lupa keluarga. Lagi teruk kalau sampai lupa Allah. Harap dijauhi la kan. Sayang biar berpada. Bila dah sayang sepenuh hati (pada yang tidak berhak), bila gaduh (breakup) mula la nak benci benci benci. Mana pegi sayang? (cuba padam benci, nak liquid sekali). Biarlah, cukup sekali. Belajar dari kesilapan. Taknak ingat benda lama sebolehnya. Setiap yang berlaku ada hikmah, kan? Sekali lagi, sayang biar berpada. Tak salah nak sayang sepenuh hati dengan syarat pada yang berhak. Siapa? Keluarga, agama, suami/isteri (ehemmm...) dan lain-lain yang sepatutnya.

Cukup la tu, panjang-panjang ni entah orang baca entah tak. Huhu...

"Sayang sepenuh hati pada yang berhak
Cinta sepenuh hati pada Allah dan Rasul"

p/s : mana-mana yang salah sile betulkan saya.

Kalau Nak Yang Baik.......

Assalamu'alaikum & salam sejahtera semua ^_^. Ape kaba korang hari ni? InsyaAllah baik-baik je ye. Pernah tak sekali korang duduk termenung fikirkan apa yang akan jadi pada masa depan korang? Apa kerja korang. Siapa orang-orang yang korang akan jumpe. Kereta ape akan jadi milik korang. Kat mana korang akan tinggal. Macam mana wajah korang bile dah berkedut nanti. Dengan siapa korang akan sehidup semati (ehh.....)... Berapa ramai anak cucu cicit korang ....


Pernah tak?

Saya pernah, bukan sekali, tapi berkali-kali. Haha... kalau hal kerja, InsyaAllah saya dah nampak lorongnya ke mana. InsyaAllah salah satu sekolah rendah di Malaysia ni akan jadi tempat saya cari duit beberapa tahun lagi. Kenapa sekolah rendah? Sebab saya seorang bakal guru (untuk sesiapa yang belum tau). Macam mana anak-anak murid saya pada masa depan, saya pun tak tau. Murid-murid sekolah sekarang tak sama macam dulu.

Saya tak tau siapa yang akan saya jumpa pada masa depan. Seminit selepas ni pun saya tak tau, mungkin ada jiran sebelah datang menjenguk, mungkin juga tak. Cuma saya harap Allah jauhkan saya dari orang-orang yang berniat tak baik. Niat tak baik macam mana? Perompak ke, pencuri ke, peragut ke, penyimbah asid ke, dan sebagainya "pe" lah. Ayah selalu pesan, amalkan baca ayat-ayat ni, insyaAllah diri dilindungi (takde kaitan dengan sihir ke mantera ye). 

Dah 3 perenggan ni, ape kaitan dengan tajuk???

Haa.... ni bab siapa saya akan bersama sehidup semati nanti. Entahlah, saya pun tak tau. Tu semua urusan Allah kan. Kalau saya kata TAK TAK TAK TAK...... mana tau Allah dah tentukan yang tu. Kalau saya kata NAK NAK NAK NAK........ mana tau Allah dah tentukan orang lain untuk dia. Terima je la apa-apa pun. Kalau dah ditakdirkan hidup sendiri sampai tua? Err......................... mungkin peluang untuk berbakti kepada mak ayah kita nanti. Kan? Kan? Kalau salah, sila betulkan saya. Saya selalu dengar / baca orang yang baik untuk orang yang baik. Ade jugak saya dengar, kadang kala Allah beri orang yang baik kepada orang yang kurang baik supaya orang yang baik boleh membimbing orang yang kurang baik tu (ayat macam berbelit kan? harap korang paham. huhu). 

Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan kan? Sejahat mana pun seseorang tu, saya percaya dia nak orang yang baik sebagai teman hidup. Siapa yang taknak kan? Ade ke yang taknak? (sekali lagi, kalau salah, sile betulkan saya). Kalau ada, mungkin atas sebab-sebab atau punca-punca tertentu. Sekali lagi, saya selalu dengar, "kalau nak yang baik, kite kene jadi baik dulu". Perbaiki dulu kelemahan diri untuk jadi insan yang lebih baik. Nama tetap sama, rupa tetap sama, sifat yang tak baik kita boleh perbaiki. Saya pun ada kelemahan dan kekurangan. Marilah sama-sama jadi insan yang lebih baik dari sebelumnya ^_^.

"Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan diri. Beruntung bagi orang yang menyedari kelemahan dan kekurangan dirinya kerana dia berpeluang memperbaiki kelemahan dan kekurangan itu."


Thursday, May 26, 2011

Just Keep Smiling. Because............


Sesiapa yang buka entry ni, atau terbuka entry ni sile senyum ok.

Teruskan senyuman anda.

Ehh... please do not stop smiling.

Kenapa?

Ada masalah ye?

Masalah itu warna kehidupan.

Anggaplah ia nikmat kehidupan daripada Allah.

Tanpa masalah, kita hanya mengenal kegembiraan.

Dengan masalah, kita mengenal erti kehidupan.

Suka dan duka.

Pahit dan manis.

Susah dan senang.

Semua itu warna.

Warna-warna kehidupan.

Yang pastinya menceriakan kehidupan kita

Buat bekalan untuk masa hadapan.

Buat pedoman anak dan cucu.

.
.
.
.
.
.

Jadi, teruslah tersenyum.

Kerana senyuman itu bisa menceriakan.

Diriku.

Dirimu.

Dan mereka.



Tuesday, May 24, 2011

Musuh Itu Kadang Kala Perlu


Jam dah pukul 2.38 pagi. Yaaa.... pagi. Pagi buta. Patutnya dah membuta kalau orang-orang biasa. Tapi saya? masih berjaga menghadap muka ke laptop. Lagu Pokok meet Uncle Hussain yang Nubhan nyanyi masa kat Konsert AF tu dah bape kali ulang dah ni. *jatuh cinta*. Hahaa... Jangan salah faham. Haiii mata, bila nak tidur ni? Terbiasa sangat tidur lambat punye pasal la nih. 

Hmm.... Teringat beberapa kisah orang-orang bergaduh, bertelingkah, bertikam lidah, bersilat kata. Gaduh gaduh, lama-lama jadi musuh. Musuh ni apa? Seseorang yang dibenci. Betul ke? Entahlah, mungkin. Pentafsiran sendiri je. Musuh ni merimaskan kan? Betul tak? Apa saja kita buat, semua tak kena. Kita gembira sikit, mula dia nak dengki. Kita bermanis muka, die kata pura-pura baik. Lagi kita diam, lagi die pijak kepala. Macam-macam tohmahan die bagi.

Kalau die setakat mengeji kita mungkin boleh diterima. Tapi kalau sampai rakan-rakan kita, ahli keluarga kita die keji. Macam dah tahap langit ketujuh tahap kebencian die pada kita. Apa saja yang keluar dari mulutnya tentang kita, semua kata kejian. Kalau dengar, telinga ni agaknya sampai boleh cair. Semuanya tentang kekurangan, keburukan dan sebagainya yang negatif. Takde yang baik-baik pun. Kalau kita buat baik pun, die putar balik, pusing balik bagi nampak kita jahat.

Tapi, macam tajuk entri ni. Kadang kala musuh itu perlu. Kerana apa? Andai kata artis, musuh tu perlu untuk populariti? Eh, tak. Bukan tu maksud saya. Bagi saya, kadang kala ok, saya ulang, kadang kala musuh itu perlu. Sebab, hanya dari musuh kita tu kite dengar tentang keburukan kita, kekurangan kita, kesilapan kita. Memang pahit untuk diterima. Kalau saya pun, memang sangat pahit untuk mendengar sesuatu yang kurang enak tentang diri kita. Saya bukan orang yang banyak ilmu. Tapi satu perkara yang saya tahu, Allah takkan mengizinkan sesuatu itu berlaku tanpa ada hikmah disebaliknya. 

Setiap yang ditakdirkan Allah sama ada perkara baik atau musibah adalah nikmat darinya. Allah takkan menguji hamba-Nya dengan perkara yang tak mampu ditanggung oleh mereka. Anggaplah musuh itu merupakan salah satu nikmat dari Allah. Renungkan semula, mengapa musuh itu menjadi musuh kepada kita. Mungkin ada sesuatu yang kita lakukan menyebabkan dia menjadi sedemikian. Ambil semua kata-kata kesat darinya, kata-kata kutukan darinya sebagai perkara yang membina agar kita dapat memperbaiki diri kita sendiri.

Kita punye sahabat. Sahabat yang baik akan menegur kesilapan sahabatnya. Tapi, dalam banyak hal, kadang kala sahabat sendiri tidak sanggup atau tidak berani untuk menegur. Alasan untuk menjaga hati sahabat. Jadi, siapa yang begitu berani menyatakan kesilapan kita? Salah seorang yang ada kekuatan itu adalah musuh kita sendiri.

p/s : Ini cuma pandangan diri sendiri. Sebarang kesilapan kata, mohon dimaafkan. Sebarang pandangan boleh kongsikan. Err... adakah terlalu serius entri ini..... Ok dah, saya tak boleh tidur. ^_^


Saturday, May 21, 2011

Ketakutan Dalam Diri


Salam semua. Korang pernah tak rasa takut dalam diri? Tak? Jangan bohong. Kita sebagai manusia, perasaan takut itu adalah perkara biasa. Ketakutan merupakan suatu tanggapan emosi terhadap ancaman atau terhadap sesuatu yang bakal berlaku. Kalau dulu-dulu mase kecik, pernah tak korang terjaga tengah malam nak buang air kecil. Tapi masa tu rumah gelap, semua orang dah tidur. Korang dah tak tahan nak buang air, tapi korang tak berani nak pergi tandas. Cuba fikir balik, kenapa korang takut masa tu? Takut ada hantu? Heheh..... budak-budak kecik biasa la bagi alasan macam tu. Akhirnya buat ape? Berlari-lari la sepantas mungkin kejut mak atau ayah suruh teman. Tak pun, kejut kakak, abang, adik kat sebelah suruh teman. Habis semua orang kau kejut suruh teman. Huhuu.. 

Dalam situasi lain (mase kecik dulu la), pernah tak belumba dengan adik sape tidur dulu? Sape tidur last jadi la mangsa. Mangsa apa? Mangsa kene tutup lampu. Haha... Yela, kecik-kecik dulu kan takut gelap. Takut bile petik je suis nak tutup lampu, tiba-tiba ada hantu kat belakang! Padahal takde pun. Laju-laju masuk dalam kelambu, berselubung dalam selimut. Baca doa tidur, pejam mata rapat-rapat. Ish, ish, ish.... biasa la budak-budak. 

Kalau ikut contoh kat atas, maknanya "kegelapan" atau suasana gelap merupakan salah satu punca ketakutan dalam diri manusia lebih-lebih lagi kanak-kanak. Alaa.... orang dewasa pun same jugak dalam situasi-situasi tertentu. Kata la, korang duduk dalam rumah sorang-sorang. Kalau siang mesti rilex je kan. Siap boleh guling-guling lagi kat rumah. Cuba kalau malam, tiba-tiba je blackout. Haaa.... cuak tak? Huhu..


Ada jugak orang takut tengok cerita seram atau thriller. Kalau part takde hantu, boleh la rilex. Tapi agak-agak part hantu tu sikit lagi nak keluar, mula la tutup muka, jeling tempat lain, tak pun, ade tak  buat macam gambar kat atas? Hehe.. Ade jugak yang tak boleh tengok langsung cerita seram. Cerita tu baru keluar intro penerbit, dah lari. Saya dulu camtu la. Huhu...

Fobia pun merupakan salah satu bentuk ketakutan. Contoh--contoh kat atas tu pun rasanye salah satu dari fobia jugak kut. Fobia ni macam-macam jenis, Bergantung kepada individu. Contohnya, Aurophobia (takut lemas), Briophobia (takut dengan tapak kaki manusia), Chrometophobia (takut dengan duit), Dromophobia (takut melintas jalan), dan banyak lagi. Korang fobia apa? Saya..... tak pasti la. Tapi saya agak takut berada dalam air. Lebih-lebih lagi kalau kat laut. Otak ni boleh fikir macam-macam. Takut nanti ade ikan besar sambar saya dari bawah air. Tapi kalau pakai life jacket dan ramai-ramai kat tengah laut tu, ok lagi la. Hehe..

Kegelisahan pun boleh dikatakan sebagai ketakutan jugak. Gelisah nak buat persembahan depan orang ramai, takut salah langkah, takut tersalah kata, takut lupa lirik (jangan lupa lirik ;p), takut penonton tak suka, macam-macam lagi lah yang bermain dalam minda ni. 

Semua tu ketakutan, kerisauan, kegelisahan terhadap sesuatu perkara yang mungkin berlaku, padahal perkara tu belum tentu berlaku seperti apa yang kita fikirkan. Banyak cara yang boleh kita buat untuk melegakan perasaan negatif tersebut. Tapi perasaan macam tu ok jugak, setidak-tidaknya kita berhati-hati untuk melakukan sesuatu. Cuma jangan biarkan perasaan tersebut menguasai diri kita sehingga tak mampu dikawal.

Tapi yang paling utama, sebagai orang Islam kita perlu takut kepada Allah S.W.T, patuhi suruhan-Nya, hindari larangan-Nya.

Sekian sahaja buat kali ini.

Sunday, September 26, 2010

Daun Yang Jatuh Takkan Membenci Angin. Bertemu dan Berpisah KeranaNya..




“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.

KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.

PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”




Pernahkah kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia, tidak pernah kita tanyakan dari mana asalnya. Dan dia duduk seketika bersama kita, menyinggahi kamar kehidupan dan meninggalkan kalam bisunya di ruangan jiwa.

Dimensi pertemuan itu berbeza, saat kita tidak pernah melihat wajahnya namun kita bagai tahu bagaimana redup pandangannya. Dan tika kita tidak pernah sekali pun mendengar suaranya, kita bagai kenal nada bahasanya. 

Dan kita tertawan pada agamanya, saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hatinya..saat hadis-hadis Baginda bermain dalam ratib bahasanya dan Al Huda menjadi ayat karangan jiwanya. Dan bagi kita,sahabat adalah keperluan jiwa. Dialah ladang hati, yang kita taburi dengan kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan pada kita, dialah anugerah istimewa dariNya saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya.

Begitu tika Dia hadirkannya berkali-kali menemani lena kita, saat istikharah yang kita pinta menjadi jawapanNya. Sehingga seluruh jiwa kita menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi menjadi tonggak perjuangan selama masa kehidupan. Dan tika itu kita mengharapkan persahabatan yang berpanjangan dengan ikatan yang lebih kukuh dan diredhai..agar utusan hatinya sentiasa menemani kita, ratib bahasanya terus didendangkan di telinga dan karangan jiwanya terus kemas terukir saat kita alpa.

Dan tidak pernah ada prasangka, bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya..kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Dan kita terpaku tiba-tiba, dari doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar cela. Mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa, apakah nasihat kita melaghokan jiwanya..saat kita bersahabat kerana agamaNya.

Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna. Tika kita merunduk tawadhu` pada ketentuanNya dalam kudus jiwa kita membelas pada ketentuan takdir.. yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hambaNya.

Kalau kehadiran dianggap menyusahkan, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah. Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin. Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya :"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." Fussilat::46.

http://komuniti.iluvislam.com/index.php?/topic/24469-daun-yang-jatuh-takkan-membenci-angin/

Memaafkan Untuk Syurga | iluvislam.com + discover the beauty of islam


Setiap hari di bumi Allah, kita berhubungan dengan makhluk lain ciptaan Allah terutamanya sesama manusia.
Jika kita seorang ibu yang bekerjaya, selalunya kita akan berhadapan dengan suami, anak-anak, rakan sekerja dan ramai lagi.
Pastinya dalam hubungan itu, kadangkala hati kita disakiti atau muncul perasaan benci kerana berlaku salah faham.
Kadangkala amat sukar untuk kita memaafkan. Apatah lagi melupakan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan.
Kita selalu memberi alasan bahawa iman kita bukanlah sehebat iman seorang Nabi.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu baginda bersabda dengan ertinya: "Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu."
Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk.
Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat dua rakaat dan setelah itu dia duduk.
Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah juga pada hari ketiga.
Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.
Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, "Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak tiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang."
Lelaki itu menjawab, "Demi Allah, tiada tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku."
Maha Suci Allah, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia.
Mereka tenang di dunia dan juga bahagia di akhirat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...