Salam semua. Korang pernah tak rasa takut dalam diri? Tak? Jangan bohong. Kita sebagai manusia, perasaan takut itu adalah perkara biasa. Ketakutan merupakan suatu tanggapan emosi terhadap ancaman atau terhadap sesuatu yang bakal berlaku. Kalau dulu-dulu mase kecik, pernah tak korang terjaga tengah malam nak buang air kecil. Tapi masa tu rumah gelap, semua orang dah tidur. Korang dah tak tahan nak buang air, tapi korang tak berani nak pergi tandas. Cuba fikir balik, kenapa korang takut masa tu? Takut ada hantu? Heheh..... budak-budak kecik biasa la bagi alasan macam tu. Akhirnya buat ape? Berlari-lari la sepantas mungkin kejut mak atau ayah suruh teman. Tak pun, kejut kakak, abang, adik kat sebelah suruh teman. Habis semua orang kau kejut suruh teman. Huhuu..
Dalam situasi lain (mase kecik dulu la), pernah tak belumba dengan adik sape tidur dulu? Sape tidur last jadi la mangsa. Mangsa apa? Mangsa kene tutup lampu. Haha... Yela, kecik-kecik dulu kan takut gelap. Takut bile petik je suis nak tutup lampu, tiba-tiba ada hantu kat belakang! Padahal takde pun. Laju-laju masuk dalam kelambu, berselubung dalam selimut. Baca doa tidur, pejam mata rapat-rapat. Ish, ish, ish.... biasa la budak-budak.
Kalau ikut contoh kat atas, maknanya "kegelapan" atau suasana gelap merupakan salah satu punca ketakutan dalam diri manusia lebih-lebih lagi kanak-kanak. Alaa.... orang dewasa pun same jugak dalam situasi-situasi tertentu. Kata la, korang duduk dalam rumah sorang-sorang. Kalau siang mesti rilex je kan. Siap boleh guling-guling lagi kat rumah. Cuba kalau malam, tiba-tiba je blackout. Haaa.... cuak tak? Huhu..
Ada jugak orang takut tengok cerita seram atau thriller. Kalau part takde hantu, boleh la rilex. Tapi agak-agak part hantu tu sikit lagi nak keluar, mula la tutup muka, jeling tempat lain, tak pun, ade tak buat macam gambar kat atas? Hehe.. Ade jugak yang tak boleh tengok langsung cerita seram. Cerita tu baru keluar intro penerbit, dah lari. Saya dulu camtu la. Huhu...
Fobia pun merupakan salah satu bentuk ketakutan. Contoh--contoh kat atas tu pun rasanye salah satu dari fobia jugak kut. Fobia ni macam-macam jenis, Bergantung kepada individu. Contohnya, Aurophobia (takut lemas), Briophobia (takut dengan tapak kaki manusia), Chrometophobia (takut dengan duit), Dromophobia (takut melintas jalan), dan banyak lagi. Korang fobia apa? Saya..... tak pasti la. Tapi saya agak takut berada dalam air. Lebih-lebih lagi kalau kat laut. Otak ni boleh fikir macam-macam. Takut nanti ade ikan besar sambar saya dari bawah air. Tapi kalau pakai life jacket dan ramai-ramai kat tengah laut tu, ok lagi la. Hehe..
Kegelisahan pun boleh dikatakan sebagai ketakutan jugak. Gelisah nak buat persembahan depan orang ramai, takut salah langkah, takut tersalah kata, takut lupa lirik (jangan lupa lirik ;p), takut penonton tak suka, macam-macam lagi lah yang bermain dalam minda ni.
Semua tu ketakutan, kerisauan, kegelisahan terhadap sesuatu perkara yang mungkin berlaku, padahal perkara tu belum tentu berlaku seperti apa yang kita fikirkan. Banyak cara yang boleh kita buat untuk melegakan perasaan negatif tersebut. Tapi perasaan macam tu ok jugak, setidak-tidaknya kita berhati-hati untuk melakukan sesuatu. Cuma jangan biarkan perasaan tersebut menguasai diri kita sehingga tak mampu dikawal.
Tapi yang paling utama, sebagai orang Islam kita perlu takut kepada Allah S.W.T, patuhi suruhan-Nya, hindari larangan-Nya.
Sekian sahaja buat kali ini.
2 menconteng:
suka entry nih!
but saye bersyukur sbb saye tak fobia pada duit!
ngeheeee~ =P
@syufaa
hahaha.... sape fobia dgn duit meh jumpe sy, sy tlg simpankan duit. <--- joke. haha
Post a Comment