Support Me Here ^_^

Saturday, May 21, 2011

10 Fobia Paling Top !


10 fobia paling top ni saya rujuk di sini

Sebenarnya jenis-jenis fobia ni sangat la banyak. Tak cukup bilang dengan jari tangan dan kaki. Err.... guna rambut boleh kut. Hehee...

Ok, kat bawah ni saya senaraikan 10 jenis fobia yang paling top (mengikut sumber rujukan saya tu la).

-1-
Arachnofobia = Err.... "arak+no+fobia" ??? Heyyyy!!!..... bukan! Arachnofobia ni ialah takut kepasa labah-labah. Asal nampak labah-labah je takut, asal nampak je tegak bulu roma, asal nampak je menjerit kecil... Eh.. Kalau dah sampai tahap kronik, tak payah la baling labah-labah getah kat orang tu, Die nampak gambar labah-labah dalam cerita Spiderman pun dah takut dah.

-2-
Social Phobia = Individu yang ada masalah fobia jenis ini biasanya takut berhadapan dengan masyarakat. Biasanya diorang ni takut masyarakat sekeliling menilai dirinya, takut diberi tanggapan negatif, takut dimalukan. Keadaan individu yang ade masalah ni mungkin berpunca daripada didikan awal semasa dia di alam kanak-kanak atau remaja. Kalau kita ade kawan-kawan atau ahli keluarga yang macam ni, beri sokongan pada dia supaya dia boleh atasi fobia die tu, Kalau tak, susah la kan die nak hidup dalam masyarakat.

-3-
Aerophobia = Kalau sebut pasal "aero", apa yang korang boleh teka? Bukan "arrow" lah. Aerophobia ni ialah fobia untuk terbang atau fobia untuk terlibat dalam apa-apa aktiviti penerbangan. Sebagai contoh, individu tersebut takut untuk naik kapal terbang. Mungkin die takut kapal terbang tu terhempas ke, maklum la bile kapal terbang berada di ruang angkasa, bukan rendah-rendah, tinggi tuuuu.... menara tertinggi di dunia pun boleh kalah.

-4-
Agoraphobia = Agoraphobia bukan fobia kepada anggur ye kawan-kawan. Individu yang mengalami fobia ni akak mengelakkan berada di tempat atau situasi yang sukar untuk keluar dari situ atau sukar untuk mendapatkan bantuan. Apabila tahap fobia ini sudah kronik, seseorang itu percaya bahawa satu-satunya tempat yang selamat bagi dirinya hanyalah di rumahnya sahaja.

-5-
Claustrophobia = Claustrophobia ni macam pernah dengar kan? Yang penting bukan Santa Claus. Clautrophobia ni ialah ketakutan terhadap ruang atau tempat yang terhad dan sempit. Lebih tepat lagi, seseorang itu takut terperangkap dalam ruang tersebut yang terhad dan sempit tersebut. Pernah tak korang jumpe orang yang taknak naik lif? Haa, kalau ade, orang tu mengalami fobia jenis ni la. Biasanye mereka ni akan mengelak daripada lif, almari kecil atau ruang di bawah tangga. Kalau korang paksa jugak diorang ni berada dekat tempat tu, diorang boleh panik.

-6-
Acrophobia = Haa...... yang ni selalu dah saya jumpa. Tahukah korang apa itu Acrophobia? Acrophobia ni ialah fobia terhadap ketinggian. Kalau korang bawak orang yang ade fobia macam ni naik Menara KL, sure diorang akan panik. Jadi, sila peka dengan kawan-kawan korang. Jangan pulak korang paksa die join aktiviti yang melibatkan ketinggian, karang pengsan die kat atas tu, naya je. Boleh membahayakan keselamatan diri dia taw.

-7-
Emetophobia = Emetophobia ni saya baru tau. Nak tau ape dia? Emetophobia ialah sejebis fobia, fobia terhadap muntah. Orang yang ada fobia ni tak boleh bau aroma muntah tu. Usah kate bau, nampak orang muntah pun tak boleh. Tak pasal-pasal virus muntah tu berjangkit kat die. Dengan dia sekali join muntah. Jadi, kalau seseorang yang ade fobia ni terbau atau ternampak muntah atau orang muntah, dia akan sedaya upaya menjauhkan diri sejauh mungkin dari kawasan tu. Jangan pulak bile die baru ternampak orang muntah, korang pergi kat die buat bunyi "wekkk"... "weekkkk..." pulak. Kang die muntah kat muka korang baru taw.

-8-
Carcinophobia = Bunyi die dah macam Casino Fobia kan? Hmm... Carcinophobia ni ialah fobia terhadap kanser. Memang la semua orang takut kalau ade penyakit kanser. Saya pun takut, susah nak baik. Tapi, orang yang ada fobia terhadap kanser ni, die punye tahap ketakutan tu sangat ekstrem. Kenapa saya kata ekstrem? Sebab mereka  ni sampai boleh percaya bahawa mereka akan dijangkiti penyakit kanser kalau diorang sentuh mana-mana pesakit kanser. Contohnya, kalau die sentuh seorang pesakit kanser otak, dia akan percaya bahawa diri dia akan dijangkiti penyakit kanser otak. Hmmm....

-9-
Brontophobia = Baca nama fobia ni teringat satu nama virus Brontox. Brontophobia ni ialah fobia terhadap ribut, guruh, petir dan yang seangkatan dengannya. Fobia jenis ini juga dikenali sebagai astraphobia. Seseorang yang mengalami fobia ini akan menjauhkan diri mereka dari guruh dan kilat. Kalau ade dalam bilik masa tu, ambik selimut, duk diam-diam dalam selimut tu. Kalau mereka terdedah dalam situasi tersebut, mereka ni boleh panik dan mungkin sukar untuk bernafas.

-10-
Necrophobia : Necrophobia ni apa pulak? Necrophobia ni ialah fobia kepada kematian, perkara-perkara atau benda yang telah mati, keranda dan mayat. Senang cerita semua perkata yang berkait dengan kematian la. Pada mulanya, mungkin berpunca daripada perasaan takut ditanam hidup-hidup. Uiii... saya pun takut kalau kene tanam hidup-hidup. Sebagai orang Islam, kita perlu takut dengan mati supaya kita sentiasa berbuat kebaikan, patuhi suruhan Allah, hindari larangan-Nya. Tapi janganlah sampai jadi Necrophobia ni. Kematian itu pasti, entah esok, entah lusa, entah bila, masa kita akan tiba.....

Kalau tak salah saya, kajian tentang fobia ni dilakukan di Amerika. Kita di Malaysia ni macam mana ye? Ade tak politicalphobia? Kalau ada masa nanti saya kongsi lagi pelbagai jenis fobia. Banyak sangat-sangat. Pelik-pelik pun ada.

Ok, itu saja buat kali ini
-Sekian-


9 menconteng:

EpoLღsiKunang2 said...

Banyaknya fobia ni.. Fobia dengan blog ada tak? blogebhia boleh? ;p

k.h.a.l.i.l.a said...

@EpoLღsiKunang2
hahaa... ade la. name die blogophobia. siyes, x tipu. hehe

Mohd khairul anuar said...

ada yang aku pernah tgk, fobia dengan getah.. dia xboleh pegang getah pun (getah yang buat ikat tu)..

kalau ikat getah kat selipar dia, mmg jalan kaki ayam la.. mcm2 jenis fobia ni ek..

brontoxfobia pun ada juga sbnr ye.. tp dlu2 la.. haha..

singgah

ainol akasyah said...

erkk fobia dgn hantu..takut

dtg sbg follower ke 260 :)

k.h.a.l.i.l.a said...

@Mohd khairul anuar
fobia dengan getah tu???? haha.... pelik, pelik. mcam2 lagi fobia ni. banyak gile. eh, ade ye brontoxphobia? haha

k.h.a.l.i.l.a said...

@ainol akasyah
tima kasih ainol ^_^. takut hantu ye? hehee... kalau takut hantu ni, phasmophobia atau spectrophobia. kalau x salah la. heheee

~~Ticer Wann~~ said...

kalau tak bleh bau ubat kat sepital, tak leh masuk sepital n tak leh bau darah orang lain...ni termasuk fobia ker?

k.h.a.l.i.l.a said...

@~~Ticer Wann~~

mungkin jugak kak. sy x sure jugak hehe.. kalau takut makan ubat, pharmacophobia. kalau takut darah tu hemophobia/hemaphobia/hematophobia. kalau fobia dengan hospital name die nosocomephobia. tapi kalau xleh bau2 tu sy x sure. huhuu

Cik Yuki said...

No 1 & No 9 .. hmm tapi boleh menangis n demam kalo nmpak katak. walaupun org kata patung katak tu comel. bg sy, x comel langsung. erk !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...