Support Me Here ^_^

Monday, May 23, 2011

Bagaimana Perasaan Seseorang Yang Telah Membuang Bayi?

(ini bukan bayi yang dibuang ok. she is Hajar, my cousin ^_^)

Kita selalu dengar berita pembuangan bayi kan? Buang sana, buang sini. Ingat tisu muka ke boleh buang sana sini. Tisu muka pun orang buang dalam tong sampah (kalau dia bertanggungjawab la kan). Bukak je surat khabar, bayi dibuang di tepi surau. Nanti bukak surat khabar lagi, bayi dibuang di tong sampah. Lagi sedih kalau bayi tu dah meninggal dunia. Lagi menyayat hati, kalau bayi tersebut telah robek dimakan haiwan liar. Ohh.... sedihnye. Korang tak sedih ke? Saya ingat satu berita dulu di Tawau, bayi disumbat di dalam botol!!! Hoiiii!!! Ingat nak buat cencaluk ke sumbat-sumbat dalam botol?! Huh........! (Oppss... emo sikit). Orang yang buat keje keji tu tak rasa apa-apa ke? Tak kesian ke kat makhluk Allah yang kecil lagi tak berdaya tu? Haaa.... tu yang jadi persoalannya. Macam mana perasaan mereka ye? 

Tak rasa apa-apa?

Malu dengan masyarakat?

Menyesal.... "Ohh... andai aku bisa putar semula waktu" 

Trauma?

Hmm... entahlah. Kalau nak ikutkan, bayi tu kan darah daging mereka. Dah pernah menumpang kasih dalam rahim mereka. Tak kesian ke? Saya nak cakap lebih-lebih pun, saya takde pengalaman (maksudnye berkahwin & mengandung le). 

Tapi saya boleh agak yang mereka mesti akan rasa menyesal dengan perbuatan mereka. Tidur malam dihantui kenangan pahit, sisi gelap kehidupan, masa depan dirasakan kabur. 

Ada saya pernah dengar, orang yang dah kawen 4, 5 tahun tunggu rezeki anak tak dapat dapat, mereka yang senang-senang dapat anak tanpa bayar mas kawen, dengan senangnye jugak la pegi buang anak tu. Sekurang-kurangnya kalau bagi kat orang lain jaga, dapat jugak die merasa hidup di dunia. Tapi apa-apa pun, ajal maut di tangan Allah. Sudah ditakdirkan bayi-bayi malang tu meninggal akibat dibuang oleh induknya. Semua perkara ada hikmah disebaliknya. Kita sama-sama doakan semoga orang-orang yang pernah membuat perbuatan tersebut menyesal dengan perbuatan mereka dan mendapat hidayah daripada Allah. Semoga kita semua juga dijauhi dari perkara-perkara sebegitu. InsyaAllah....

p/s : Kalau nak letak gambar bayi yang dibuang memang banyak. Cari je kat Google, mesti jumpe. Tapi, serius........ tak sanggup nak tengok & tak sanggup nak letak kat sini........

Itu saja, sekian....

8 menconteng:

cucu umie said...

memang banyak kes jenayah yg melubatkan pembuangan bayi.. so, mmeang knetngani yer ah..incya-Allah boleh diatasi..

zacky ~786~ said...

btol tuu ..~ mmg teruk laa kan smapai tahap letak kat btol tu.. hurm... dunia akhir zmn skrg ni.. mcm2.. :(

k.h.a.l.i.l.a said...

@cucu umie
betul2... kne tangani masalah ni. dh banyak sesangat dh kes mcm ni.... bayi yg meninggal dah bape banyak dah. yg hidup pun sian gak, dpt status luar nikah. hmm...

k.h.a.l.i.l.a said...

@zacky ~786~
kalau yg sumbat dlm botol tu, memang kejam sesangat dah. geram smpai skarang! betul tu, dh mcm2 dunia akhir zaman ni. tengok je la org2 skarg mcm mana.

mARt aPiEx said...

kita sbg manusia biasa tidak pernah terlepas drpd melakukan silap..setiap manusia buat silap..sama ada besar atau kecil..kita yg sedih @ marah dgn perkara ini tidak boleh mudah melatah..kdg2 msti ad yg ckp "bodoh","babi","sial" dan mcm2 lg kt pesalah yg kita sdri xtaw sape..

mmg kita keji perbuatan tu, tp jgn lak kita dok sumpah seranah org buat 2 sb nnt kang xpsai2 kita topup dosa free akibat mencarut dan segala mcm..

k.h.a.l.i.l.a said...

@mARt aPiEx

time kasih bagi pandangan. setiap mnusia mmg x terlepas dari kesilapan. Semoga setiap hamba Allah tidak lupa untuk menyesali kesilapan dr perbuatan mereka. pringatan untuk diri sendiri jugak. :)

mARt aPiEx said...

semoga kita semua dijauhkan daripada perbuatan keji tersebut...

k.h.a.l.i.l.a said...

@mARt aPiEx
insyaAllah ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...