Support Me Here ^_^

Wednesday, May 18, 2011

Segmen : BLOGGER LELAKI vs BLOGGER PEREMPUAN

(klik header Abg Ben ni untuk ke entry beliau)

Abang Ben Ashaari buat SEGMEN lagi. Segmen ape? Mudah je, perlu kasi pendapat tentang :

" SETUJUKAH ANDA BAHAWA WANG HANTARAN PERKAHWINAN DISEDIAKAN 100% OLEH PIHAK PENGANTIN LELAKI  ? "

Perlu diulas tidak lebih dari 100 patah perkataan.

Ok semua, ini ulasan saya:

" Saya 100% setuju sekiranya wang hantaran disediakan 100% oleh pengantin lelaki kerana pengantin lelaki tersebut merupakan bakal pemimpin keluarga. Wang hantaran merupakan salah satu lambang kesungguhan lelaki tersebut ingin menyunting permaisuri hatinya. Jadi, apalah maknanya andai wang hantaran tersebut bukan disediakan 100% oleh beliau. Namun, tidak menjadi masalah sekiranya ahli keluarga lelaki tersebut turut membantu serba sedikit. Mungkin salah satu cara menyelesaikan kemelut ini, pihak pengantin perempuan perlu meletakkan nilai wang hantaran bersesuaian dengan status kewangan pengantin lelaki. Hal ini kerana, pengantin lelaki bukan sahaja perlu menyediakan sumber kewangan untuk majlis perkahwinan, malah sumber kewangan selepas perkahwinan untuk menyara keluarga. "

Ok, tu je ulasan saya. Sebarang bantahan sila nyatakan (err... takut) huhuu. Maaf ini cuma pendapat saya ye kalian semua.

Sudah, maw antar.

Tu je buat kali ni.
Thanx sudi baca
Assalamualaikum
Daaa...

***Tambahan : Adehhh.... rasenye ade yang salah paham ulasan saya tu. Saya cuma nyatakan pihak lelaki yang perlu sediakan duit hantaran. Nilainya? Saya tak kata pun perlu tinggi macam orang-orang skarang ni tetapkan. Cukuplah setakat kemampuan pengantin lelaki. Kat sini, pihak pengantin perempuan perlu mainkan peranan. Tak perlulah letak nilai tinggi sangat. Letak tinggi-tinggi pun buat ape? Setakat nak canang satu dunia dapat hantaran tinggi? Tak perlu laa... Janganlah bebankan pihak lelaki, sebab tanggungjawab menyara keluarga selepas perkahwinan lebih banyak perlu keluarkan belanja. Saya setuju kalau lelaki yang perlu sediakan duit hantaran, tapi saya tak setuju kalau nilai hantaran yang ditetapkan terlalu tinggi. 

33 menconteng:

Firdaus Life said...

memang 100% tapi kena ikut kemampuan si lelaki

Linda Onn ajak Join page Hacker RileksCrew

khalila ishak said...

@Freaky
betul3.... sbb tu pngantin prempuan pun kene la main peranan. ni nak kire hebat je dpt hantaran tggi2....

mARt aPiEx said...

http://www.facebook.com/video/video.php?v=211981238827968&comments


tengok video nie..ambo malas nok ulas panjang2..

khalila ishak said...

@mARt aPiEx
betul ustaz tu kabo. sy x ckp pun laki kene bagi hantaran banyak2. ikutlah kemampuan lelaki tersebut sbb lelaki tu bukan kene kua duit untuk hantaran je, lepas kawin lagi banyak belanje. ok ^_^.

Bidadari Syurga said...

perghhh... sana sini segmen nie aja... sokong entry nie... yak yak yeak... tapi yg paling pentinglah... selepas kahwin tangungjawabnya lebih besar... berpada-padalah buat kenduri ya dakk?

khalila ishak said...

@Cik Bidadari
hahaa... abg ben suke buat fenomena. betul3... lepas kawen lebih penting. laaaaaagi banyak belanja.

ubi masam said...

ialah adik...nanti dah ada pasangan untuk kawin nanti cuba buat macam cik adik ckp...berani tak???heheheeh(gelak jahat)

khalila ishak said...

@ubi masam
hahaa.... abg ubi masam jgn risau, sy xkan bebankan pasangan sy dengan nilai hantaran yg die x mmpu. sy cuma kata lelaki yg perlu sediakan wang tu.

khalila ishak said...

@muhamad hanif
betul2..... hmm... rasenye, ade yang salah paham ayat sy kt atas tu. xde satu ayat pun yang saya tulis, hantaran tu nilainye mesti tinggi. berpada2 la, stakat kmampuan lelaki. ^_^

BeloG MTT said...

Singgah dari blog Incik Ben..

Jempot singgah..BeloG MTT.. :)

khalila ishak said...

@Belog MTT
time kasih MTT. InsyaAllah saya singgah jap lagi ^^

nanibahaudin said...

dr blog abe ben..
salam kenal.. ^^

khalila ishak said...

@nanibahaudin
salam kenal.... time kasih dtg sini nani ^_^

Srikandi Bonda said...

Salam perkenalan & follow dr Blog Bro Ben. Nice blog. Keep it up! :)

Syafiq Rosli said...

hehe..pokai lah pasangan nnt..:)

Unknown said...

tapi bagi saya elok jugak kalau pengantin perempuan contribute jugak agar pihak lelaki tak tertekan..after all diorg da nak jadi husband and wife kan..

kesungguhan seseorang tu jgn dinilai dengan wang ringgit yg dia mampu sediakan..

ourkizuna desu

khalila ishak said...

@Srikandi Bonda
time kasih srikandi bonda. slm perkenalan ^^

khalila ishak said...

@Syafiq Rosli
huhuu.... semua ad jalan pnyelesaiannye. masalah tu semua sbb pihak prempuan letak nilai hantaran tinggi kan? jadi, utk elakkan masalah, rendahkanlah nilai hantaran. kan wang hantaran tu sagu hati dari pihak lelaki. ^_^

khalila ishak said...

@Rai
betul juga tu kak. kalau pihk prempuan nak sgt nilai hntaran tinggi, bantu2lah ringankn beban lelaki. utk mengelakkan berlaku tekanan, jgnlah letak nilai hantaran tinggi2, cukuplah sagu hati utk pngantin perempuan. huhuu... (sy xde pengalaman, cume pndapat pribadi) ^_^

hitammanis said...

jgn terlalu difikirkan pasal duit hantaran, ukurlah baju di badan sendiri...persoalannya, adakah anda benar2 bersedia utk memikul tanggungjawab sbg sorg suami/isteri?

NORHIDAYAH said...

cop! sy xnak kawen lagi. hahhaha
sy techikkk lagikk!

hek3

oh ya, saje nk ajak join segmen ni. cari shoutbox cam xjumpa.ngeh3 cowie

jom meriahkan segmen ni http://920norhidayah423contest.blogspot.com/2011/05/kegilaan-perempuan-vs-kegilaan-lelaki.html

khalila ishak said...

@hitammanis
betul tu kak. ini cume pendpt tntang isu wang hantaran. yang wajibnye mas kahwin. semoga Allah permudahkan perjalanan hidup kita semua. InsyaAllah...

khalila ishak said...

@NORHIDAYAH
hahaa, xpe2. dh smpai mase nnt boleh la langsung. ok2 dh dapat. mekasih tag ^^

Hafiz Ghani said...

yups mmg sepatutnya lelaki yg sediakan sepenuhnya... tapi tak salah jika gulz nak bantu... misalan kat jb setakat ni hantaran paling cikai pun 10k, mane nak belanja majlis lagi, simpanan utk selepas kawen... memang org ckp kita kena sediakan semua sblum kawen.. bg yg mmg dr family yg kurang senang.. kerja pun ade2 je...kesian kan.... jom tlg mlong..hehehe wa smpai skunk x kawen ngah kumpul harte lg... hahahaa bujang terbabas da ni...:p

khalila ishak said...

@sengat
hahaa.... jgn risau, smpai mase nnt kawen jugak. mmg pmpuan boleh tolong, kalau hantaran dh smpai cecah 10k. sy x mnolak/ bangkang pmpuan bantu sama kalau smpai cmtu keadaannnye. jd, kurangkn la nilai hntaran. kan yg wajib mas kahwin, bukan wang hantaran. ^_^

Hafiz Ghani said...

hehehe.... :)

Izyan Masri said...

YAN SELALU TERTINGGAL SEGMEN ABANG BENGG SEKARANG T_T

khalila ishak said...

@Izyan Masri
hehee... jgn sedih2 yan. Abg Ben rajin wat segmen. pasni bole join lagi. ^_^

tasnimsahaja :) said...

derek best j kan segmen2 abg ben ne .
salam ukhwah :)

khalila ishak said...

@anim :)
hehee... betul3....
time kasih sudi jenguk sini ^^

Cik Farah said...

setuju setuju setuju. =)

Lelaki yang harus sediakan wang hantaran dan perempuan pulak tak payah laa letak hantaran tinggi-tinggi sangat.Tengok status ekonomi si lelaki laa jugak.

Kot letak tinggi-tinggi, lepas kahwin kebulur pulak tak pasal je. Hehe

Cik Farah said...

setuju setuju setuju. =)

Lelaki yang harus sediakan wang hantaran dan perempuan pulak tak payah laa letak hantaran tinggi-tinggi sangat.Tengok status ekonomi si lelaki laa jugak.

Kot letak tinggi-tinggi, lepas kahwin kebulur pulak tak pasal je. Hehe

khalila ishak said...

@Cik Farah

hehee.... yang penting mas kahwinnye ade. tu yang wajib tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...