Support Me Here ^_^

Monday, December 31, 2012

Tolong Sedar Diri!



Apa marah-marah ni? Baca tajuk je macam boleh bayang muka orang berkerut-kerut, muka merah padma (memang padma ok, bukan padam), telinga berasap-asap.
Eh... pasal apa? Sedar diri kenapa? Buat silap ke?

Haihhh....
 Dear Khalila...
Ni suara hati nak cakap sikit ni.
Tolong sedar diri laaaaaa.......
Awak tu nak balik KL dah ESOK!!
Apa cerita barang pun tak packing lagi niiiii....!

Ya, saya kena terima kenyataan. Masa senggang, masa tenang, masa rehat sudah habis. Masa tunaikan kewajipan seorang hamba dalam menuntut ilmu sudah tiba. Apa belum cukup rehat hampir dua purnama? Mahu rehat sampai bila?

Ya, ya.... baiklah. Saya terima kenyataan esok (1 Januari 2013) saya perlu tinggalkan bandar intan ini.

I'll be missing you.

Lot's of moment here.
 
KL... jangan macam-macam. Aku ada masa rimas dibalut kenangan yang menempel enggan pergi. Ada sisi hampa 1 Januari ini yang sepatutnya ceria pelangi mewarnai hari. Tuntutan mengatasi kemahuan. Tak mengapa. Bukan sekarang, masa mendatang akan ada. Ada satu jiwa nun jauh juga merasa.

Tidak mengapa..

Tidak mengapa.....

SUDAH!

Apa lagi dibuat masih saja lagi berteleku di hadapan layar putih ini.

(-_-")
Baiklah.... saya pergi mengemas sekarang.



Khalila : Selamat tahun baru 2013 buat semua. Semoga tahun baru ini lebih banyak kebaikan, lebih banyak perubahan diri, lebih banyak tingkat keimanan digapai. Segalanya milik Allah. Allah sudah mengatur kiri kanannya langkahan kita. Lalui dengan berpaksikan landasan yang diredhai Allah. InsyaAllah. :)

Khalila nak bisik sikit lagi : Ada kala saya bahasakan diri "aku" andai lagak ayat bagai bermonolog.

Year End Giveaway By Cik Bunny


Jom join GA Cik Bunny. Dah lama dia invite. Tapi disebabkan saya baru nak terkedek-kedek blogging balik, la ni la baru join. Sekian lama tak update pondok kecik ni. ;)

Betul.... The Black Bunny is sooooo misteriuss


Ok, sekarang jom tengok syarat-syarat join GA Cik Bunny ni. Kalau korang tak buat, maka babaiiii je la ;D.
------------------------------------------------------------------------------
How To Join:
  1. Terjah 3 page ni sampai loading habis: http://bit.ly/SUpGLG , http://bit.ly/Waylas danhttp://bit.ly/VdBS8J



 



Alang-alang, add terus ;)
  • Buat entry bertajuk "Year End Giveaway By Cik Bunny" , letak banner giveaway dan link entry giveaway ni dalam entry korang. COPY BANNER DI SINI.
  • tinggalkan LINK ENTRY GIVEAWAY ni di bahagian komen blog ni. Kat tempat lain tidak diterima. Pastikan betul betul patuhi semua syarat diatas. Jika tidak, bukan sahaja kemenangan ditarik balik malah terlepas update penting giveaway ni (tak tanggung =p)  
  • Jika ada twitter dan ig, Follow my twitter: https://twitter.com/InspireBunny dan instagram:http://instagram.com/inspirebunny (atau twitter/instagram: @inspirebunny).
Sorry dear, saya takde Instagram

    jangan lupa share this giveaway sebab Cik Bunny nak bagi hadiah online kalendar Hello Blogger 2013 kepada semua peserta yang dah join ga ni sebagai tanda penghargaan (sekiranya ga ni terima lebih dari 100 penyertaan).
    ------------------------------------------------------------------------------

    ALL DONE

    ------------------------------------------------------------------------------

    Macam mana dengan hadiah?

    Yaaa... adaaa....


    Tarikh tutup: 3 Januari 2013 (11:59pm) (mungkin diubah pada bila bila masa
    Juri: random.org atau cabutan manual, bebas dari rasuah punya XD

    ------------------------------------------------------------------------------

    Nak join? Klik SINI


    ------------------------------------------------------------------------------

    Khalila : Last but not least. Memandangkan saya buat entry GA ni pada hari birthday Cik Bunny, saya nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Cik Bunny. Semoga Allah mempermudahkan segala urusanmu dan merahmati kehidupanmu di dunia dan di akhirat. :)

    Sunday, December 30, 2012

    RESPON : Luahkan, Zahirkan


    : : Tajuk : : Kenapa "RESPON : Luahkan, Zahirkan" ? Saat alam terang benderang tadi, saya singgah kamar aksara bijaksana sepupu saya, nama pena 'Nusrah'. Terbaca entry dia bertajuk "Luah kan, Zahir kan". Klik untuk baca. 

    Benar, ada kalanya kata-kata belum cukup mampu menjelaskan perasaan kita yang sebenarnya. Kala gembira, mungkin kita terlalu gembira hingga tak terkata. Kala amarah, mungkin kita mengunci mulut untuk menjaga hati orang lain, atau khuatir kata-kata ditembak tanpa kawalan.


    Tak semua mampu.
    Menutur kata meluah isi hati
    Sungguh...

    Yang duka itu tersimpan
    Hingga tak sedar
    Mula bernanah membengkak

    Yang suka itu dirahsia
    Hingga tak sedar
    Mula tersenyum sendiri

    Ada kalanya
    Bait kata belum cukup jelas
    Menyatakan rasa yang sebenarnya

    Makanya
    Tarikan jemarimu
    Biarkan jemarimu menari
    Dalam sinar pagi atau kelam malam

    Agar rasa itu terluah
    Biar rasa itu dizahirkan
    Dengan susun aturnya aksara.


    2309
    30/12/2012
    Khalila : Teluk Intan


    Khalila : Kadang kala kita mengharap orang lain fahami gerak geri kita. Namun, tinggalkan sedikit ruang fikiran kita bahawa ada perkara yang perlu diluahkan supaya orang lain mengerti. Jangan bila masa sudah berlalu, peluang sudah hilang, baru dikenang sesalan yang tiba. :)

    Saat Langit Menangis



    Saat langit menangis
    Ada hati hamba sedang berbunga
    Mimpi diimpi menjadi nyata
    Angan diangan kini digenggam
    Cinta dicinta kian berbalas
    Tangisan langit menyatu rasa syahdu
    Syukur...

    Saat langit menangis
    Ada hati hamba sedang berduka
    Mimpi diimpi ditelan gelita
    Angan diangan hancur berkecai
    Cinta dicinta bukan miliknya
    Tangisan langit menambah kesyahduan
    Syukur...

    Saat langit menangis
    Allah melihat hamba-Nya
    Sedang berbunga atau berduka
    Menunggu hamba-Nya melafazkan syukur
    Atas bahagia dan nikmat diberi
    Menunggu hamba-Nya melafazkan syukur
    Atas derita dan dugaan menimpa

    Saat langit menangis
    Panjangkan doa pada Yang Esa
    Dia Maha Mendengar
    Dia Pengkabul segala doa
    Sesungguhnya ini adalah antaranya
    Saat doa paling afdal 
    Saat langit menangis.



    1719
    30/12/2012
    Saat tangisan langit kian reda


    Khalila : Lama rasanya tak mengatur kata begini ;)

    Lampu Unik dan Murah!


    Selama ni mesti kalau nak letak lampu cantik-cantik, comel-comel kat bilik terbayangkan lampu-lampu sedia ada yang dijual kat kedai kan? Harga pun, belum tentu murah. Owh... kalau bajet banyak tak apalah. Tapi kalau nak cuba sesuatu unik dan murah, mungkin korang boleh cuma cara ni. Apa-apa pun, memerlukan ketelitian, kerajinan dan usaha korang. 

    Haa... what do you think? Kalau nak tahu macam mana cara nak buat lampu ni, teruskan pembacaan korang ;). Jom!

    Pertama sekali, semua tu bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan. Nampak tak semua yang diperlukan kat dalam gambar tu? bahan apa yang akan menjadikan lampu yang akan dihasilkan nanti tu unik? Semestinya botol mineral yang tidak bersegi dan sudu plastik.

    Potong bahagian bawah botol menggunakan pisau.

    Potong bahagian pemegang sudu plastik dan tampal sudu plastik tersebut seperti di dalam gambar. Gam dan susun dengan teliti ok.

    Inilah orangnya yang buat lampu unik ni. Susun sudu tersebut sampai atas botol.

    Buat bentuk gelung seperti di dalam gambar untuk bahagian atas botol.

    Masukkan mentol ke dalam botol dan SIAP!



    Selamat mencuba ^_^


    Khalila : Saya memang suka tengok benda-benda unik dan comel yang DIY ni. Tapi nak buatnya, entah rajin entah tidak. Hihi... Next, next entry saya share lagi idea-idea menarik DIY ni ok. ;)





    Ciptaan Allah Itu Indah ^_^



    Khalila : Keinginan update blog makin suram. Tengoklah, update sebelumnya bulan 6 lepas, itu pun 1 entry saja -_-". InsyaAllah, akan cuba mewarnai kembali blog kesayangan ni pabila ada masa. Sian, sudah kontang sekian lama. Masa sentiasa ada sebenarnya. Kita saja tidak cekap mengurusnya. :)

    Ohh... bagi yang tahu kewujudan blog ini sebelum ini, tidak lagi saya gunakan "Khalila Is Khalila". Yang ada kini cuma "Khalila". Lebih mudah, telah cukup baik nama yang dikurniakan. :)

    Wassalam.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...