: : Tajuk : : Kenapa "RESPON : Luahkan, Zahirkan" ? Saat alam terang benderang tadi, saya singgah kamar aksara bijaksana sepupu saya, nama pena 'Nusrah'. Terbaca entry dia bertajuk "Luah kan, Zahir kan". Klik untuk baca.
Benar, ada kalanya kata-kata belum cukup mampu menjelaskan perasaan kita yang sebenarnya. Kala gembira, mungkin kita terlalu gembira hingga tak terkata. Kala amarah, mungkin kita mengunci mulut untuk menjaga hati orang lain, atau khuatir kata-kata ditembak tanpa kawalan.
Tak semua mampu.
Menutur kata meluah isi hati
Sungguh...
Yang duka itu tersimpan
Hingga tak sedar
Mula bernanah membengkak
Yang suka itu dirahsia
Hingga tak sedar
Mula tersenyum sendiri
Ada kalanya
Bait kata belum cukup jelas
Menyatakan rasa yang sebenarnya
Makanya
Tarikan jemarimu
Biarkan jemarimu menari
Dalam sinar pagi atau kelam malam
Agar rasa itu terluah
Biar rasa itu dizahirkan
Dengan susun aturnya aksara.
2309
30/12/2012
Khalila : Teluk Intan
Khalila : Kadang kala kita mengharap orang lain fahami gerak geri kita. Namun, tinggalkan sedikit ruang fikiran kita bahawa ada perkara yang perlu diluahkan supaya orang lain mengerti. Jangan bila masa sudah berlalu, peluang sudah hilang, baru dikenang sesalan yang tiba. :)