Support Me Here ^_^

Monday, May 30, 2011

Mid Valley Diserang Lanun


Assalamu'alaikum semua. Khamis lepas, 27 Mei 2011 habis je exam, saya  dengan member, Zati  & Aisyah pergi serbu Mid Valley. Master plan die confirm la nak pergi makan. Hehee... dah bosan hadap makanan cafe, sekali sekala tukar selera la. Sampai je sane, singgah Popeyes dulu. Dah duduk depan kaunter, usha-usha menu, brader-brader kat kaunter tu pun nak get ready nak amek order, last-last kami keluar balik. memang la rasa bersalah, macam bagi harapan kat diorang. tapi dah rezeki KFC nak dapat duit kami hari tu. Huhuu... Mintak maaf Popeyes. Popeyes pun lebih kurang gak macam KFC. Tapi mungkin sebab lidah ni dah biasa dengan KFC.

Habis makan-makan, sembang-sembang, kami pun merayap la dalam Mid Valley tu. Tiba-tiba kami nampak sesuatu yang menarik dan jarang-jarang ada di Mid Valley. Kapal lanun dalam Mid Valley! Huhuu... Kami pun ape la lagi. Mula la gatal nak usha-usha, snap gambar sane sini. Pameran ni sempena filem terbaru Pirates Of The Caribbean : On Stranger Tides. Macam muzium pun ade gak. Layan je la. Korang pun layan je la gambar-gambar ni ye. Saya masukkan sebahagian je. Saya tak pasti la sampai bile pameran ni. Mungkin dalam beberapa hari je. Saya pun tak pasti sama ada esok masih ada lagi atau tak pameran ni.

Haa... tengok tu tengkorak. Betapa angkernye kapal ni. 
Sape berani tido kat sini malam-malam. 
Silap-silap jumpe plak Jack Sparrow. 
Tapi tengok lame-lame macam kelakar la plak tengkorak tu. Huhuu

Mungkin ni la replika peta yang lanun-lanun tu guna.
Cuba cari jumpe tak Malaysia. Hehee

Harta karun bersepah-sepah. Nasib baik tak ori. 
Kalau tak, rasenye dah lame tempat ni kene kerumun macam semut kerumun madu.
Kepala pun emas? Tanggang kah disumpah jadi patung emas?

Haa... ni dari atas. Zati cakap, "detailnye diorang buat kapal ni siap ade taik burung lagi." 
Haaa???

memang halus hasil kerja diorang. Agaknya berapa lama la diorang siapkan ni ye.
Kami nak naik atas kapal tu, tapi macam tak boleh je. Siap pagar-pagar.

Leka betul diorang ni tengok bende-bende ni.

Haaa.... ni macho sikit tengkoraknye.

Heh! Takde keje!

Batu pintu gerbang ni sangat tipu. Bukan batu.
Saya dah buat eksperimen dengan mengetuk-ngetuk manja batu tersebut.
Ternyata bukan batu.
Huhuu... memang la. Semua orang tau la.

Puas merayap kat pameran tersebut, kami mula laksanakan misi seterusnya. Sorang cari bahan nak buat sushi la, sorang nak cari bahan nak buat macaroon la. Pergi survey peti ais la. Pergi survey mesin basuh la. Masuk hardware sane, masuk hardware sini. Dah letih, balik. Dah balik, semua pengsan. Hehee...

Central Market Ada Sesuatu Istimewa

Saya punye pilihan ^_^

Siapa selalu pergi Central Market? Saya.. saya... Hehee.. Ape ade kat sane yang selalu sangat pergi tu? Haa... tu lah. bende kat atas tu ha. Bende berkuah tu. Sedap tau. Sekali makan rasa nak check in kat Central Market hari-hari. Makanan tu kat kedai bakso kat foodcourt Central Market tingkat atas. Dah 3, 4 member dah berjaya dipengaruhi untuk ketagih dengan bakso nih. Haha!! <--- Jahat, pape tah! Takde lah. Tapi memang betul, diorang try sekali je. Pastu bile free je, confirm ajak makan bakso kat Central Market. 

Bakso die banyak variasi. Mee Soto Bakso ( mee boleh tukar bihun atau kuetiaw ), Bubur bakso (ohhh... ni the top one for me). Macam-macam lagi la. Yang istimewanya bakso ni, kuah dengan bebola daging die. Bebola pun optional tau. Ada bebola kecik. Ade bebola BESAR. Memang besar tak tipu punye lah! Kalau nak lagi sedap, ade 3 jenis sambal. Korang boleh pilih. Agak-agak nak rasa semua, ambik je 3 jenis sambal tu (saya selalu buat) hehee. Aroma die lagi lah. Kadang-kadang baru panjat tangga dah boleh bau. Member demam yang mule-mule taknak makan pun jadi berselera makan. Haha.... Memang puas hati sangat makan. 

Tapi terpulang lah kepada individu kan. Ade yang tak suke. Tapi dari pengalaman saya, kebiasaannya kawan-kawan saya yang lelaki tak gemar sangat. Adakah sebab macam tak berbaloi dan mungkin akan menyebabkan mereka tak kenyang seterusnya akan mengakibatkan mereka terpaksa makan sekali lagi??? Hmm... entah lah. Masih misteri. (Misteri hapenye, kau tak tanye). Huhuu.. 

Member punye pilihan ^_^

Fatehah, Farah, Kak Wan, Kak Laila

Haa... pergi kedai Kak Wan ni pun salah satu aktiviti yang selalu saya buat bila datang sini. Sebab selalu order barang-barang dari kedai Kak Wan ni. Kak Wan ni sangat baik, harga pun murah, mesra sangat.

Tukang cerita pun nak menyelit jugak.

Kak Wan dah bersalin dah dua minggu lepas kalau tak salah saya. Baby girl. Ohh...sure comel same macam die ^_^.

Central Market di malam hari.

Sebenarnya, banyak lagi yang istimewa di Central Market. Lagipun memang Central Market ni tempat orang jual barang-barang kraf, barang antik, barang seni. Pelancong pun memang suka datang sini. Eh, nanti saya update lagi pasal Central Market. Takde gambar, nak cerita tak syi0k. Laluan sebelah kiri Central Market ni pun dah di upgrade. Ape ye nama die? Dataran Kasturi ke ape tah. Tah ingat lah. Huhuu... Selalu pergi tapi boleh pulak tak ingat. Ade yang menarik kat situ. Nanti lah, saya pergi lagi. Snap picture bende tu, then saya update lagi. Apa bendenye? Tunggu........ saya kat kampung ni. Nanti saya balik KL dulu ye ^_^.

Thursday, May 26, 2011

BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU


Assalamu'alaikum semua. 
Muka sedikit ceria, beban exam dah tiada.
Hati mula nak berbicara, banyak tersimpan di dalam folder.
Hehee...

Apa-apa pun, join segmen Abang Ben ni dulu lah.
Mudah + Simple + Bermanfaat = Jom join ramai-ramai.

Nak join macam mana?
Sila klik banner Abang Ben di atas.
Pintu suka hati ke entry Abang Ben.
Itu saja, sekian.

Just Keep Smiling. Because............


Sesiapa yang buka entry ni, atau terbuka entry ni sile senyum ok.

Teruskan senyuman anda.

Ehh... please do not stop smiling.

Kenapa?

Ada masalah ye?

Masalah itu warna kehidupan.

Anggaplah ia nikmat kehidupan daripada Allah.

Tanpa masalah, kita hanya mengenal kegembiraan.

Dengan masalah, kita mengenal erti kehidupan.

Suka dan duka.

Pahit dan manis.

Susah dan senang.

Semua itu warna.

Warna-warna kehidupan.

Yang pastinya menceriakan kehidupan kita

Buat bekalan untuk masa hadapan.

Buat pedoman anak dan cucu.

.
.
.
.
.
.

Jadi, teruslah tersenyum.

Kerana senyuman itu bisa menceriakan.

Diriku.

Dirimu.

Dan mereka.



Wednesday, May 25, 2011

Jom Letak Reply Button Di Kotak Komen



Butang reply pada komen sedikit sebanyak penting jugak kan. Sekurang-kurangnya kalau kite reply komen orang tu dengan tekan pada butang reply, die boleh tau. Pada yang dah tau, takpe saya nak share je. Pada yang belum tau, meh kite cuba buat. Tapi bukan saya la yang ajar. Saya tak pernah buat tutorial, tak reti. Hehee... Kalau search kat google banyak sangat blog dan laman web yang buat tutorial letak butang reply ni. Kat bawah ni saya letak beberapa link yang korang boleh tengok cara-cara nak buat ok.










Saya dah linkkan terus ke entry tutorial tersebut.  Klik je ok. Kalau nak comel sikit, korang boleh edit sendiri button ikut kreativiti sendiri. Happy trying ^_^.

Tuesday, May 24, 2011

SUNSHINE SMILE CONTEST STARTS NOW!!!!


Assalamualaikum semua. Contest ni dah lama encik Asyraff dengan kawan die blogger aarrghitsme promote. Macam yang die dah janjikan, 22  Mei lepas, contest ni mula. Dah lame gak tunggu contest ni sebab hadiah die sangat lumayan. Hehee... Tapi tujuan utamanya, nak meriahkan majlis ni ha. Kat bawah ni terus kopipanas dari entri original die :
___________________________________________________________

Seperti yang dijanjikan, SUNSHINE SMILE CONTEST akan bermula HARI INI iaitu pada 22 Mei, 2011. HADIAH UTAMA BERUPA POLAROID INSTAX MINI 7S beserta INSTAX MINI FILM yang bernilai RM600.

CONTEST APE NI?

Sunshine smile contest ini adalah contest SENYUMAN PALING CERIA. Apa yang anda perlu lakukan untuk join contest ini hanyalah baca dan ikut syarat-syarat yang tertera dibawah.
 Contest bermula pada 22 Mei 2011 dan tamat pada 1 Julai 2011. Keputusan akan diumumkan pada bulan July 2011

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Sila follow kedua-dua penaja di link berikut:    (lame dah follow ^_^)



2. Copy dan post entry ini di blog anda dan attach gambar (SATU GAMBAR SAHAJA. GAMBAR ANDA YANG SEDANG SENYUM) yang ingin dipertandingkan.  (baikkkkk...!)

3. Senyuman mesti CERIA!! Ikhlas atau tak ikhlas belakang cerite.. (hokey.....!)

4. Sediakan ENTRY khas contest ni dan link kan kepada saya di comment box entry ni: (ok!)


5. AJAK minimum 3 orang rakan anda untuk join contest ni dan tag entry khas mereka di bawah gambar anda (kalau rakan follower sikit, boleh dikecualikan) (ok!)

6. Untuk keselamatan jika blogger.com buat hal, sila link kan entry khas contest anda di:


MUDAH KAN? HARAP TEPATI SYARAT DAN NANTIKAN PELUANG UNTUK MENANG =)

______________________________________________________________________

Ok lah. Jenuh selongkar album. Saya letak yang ni la ye.


Senyuman saya paling ceria sebab saya tahu dua insan hebat kurniaan Ilahi itu menyayangi saya sepenuh hati.
Dua insan hebat itu siapa? Tak perlu cemburu kerana kamu juga ada.
Ayahanda & Bonda

Tag 3 orang ni :
Atira Wahid ;)
Izyan Masri ;)
Shazatul Hazirah ;)

Yang lain-lain pun boleh join, klik link penganjur kat atas.
Ok, dah. Maw hantar.
Assalamualaikum

Musuh Itu Kadang Kala Perlu


Jam dah pukul 2.38 pagi. Yaaa.... pagi. Pagi buta. Patutnya dah membuta kalau orang-orang biasa. Tapi saya? masih berjaga menghadap muka ke laptop. Lagu Pokok meet Uncle Hussain yang Nubhan nyanyi masa kat Konsert AF tu dah bape kali ulang dah ni. *jatuh cinta*. Hahaa... Jangan salah faham. Haiii mata, bila nak tidur ni? Terbiasa sangat tidur lambat punye pasal la nih. 

Hmm.... Teringat beberapa kisah orang-orang bergaduh, bertelingkah, bertikam lidah, bersilat kata. Gaduh gaduh, lama-lama jadi musuh. Musuh ni apa? Seseorang yang dibenci. Betul ke? Entahlah, mungkin. Pentafsiran sendiri je. Musuh ni merimaskan kan? Betul tak? Apa saja kita buat, semua tak kena. Kita gembira sikit, mula dia nak dengki. Kita bermanis muka, die kata pura-pura baik. Lagi kita diam, lagi die pijak kepala. Macam-macam tohmahan die bagi.

Kalau die setakat mengeji kita mungkin boleh diterima. Tapi kalau sampai rakan-rakan kita, ahli keluarga kita die keji. Macam dah tahap langit ketujuh tahap kebencian die pada kita. Apa saja yang keluar dari mulutnya tentang kita, semua kata kejian. Kalau dengar, telinga ni agaknya sampai boleh cair. Semuanya tentang kekurangan, keburukan dan sebagainya yang negatif. Takde yang baik-baik pun. Kalau kita buat baik pun, die putar balik, pusing balik bagi nampak kita jahat.

Tapi, macam tajuk entri ni. Kadang kala musuh itu perlu. Kerana apa? Andai kata artis, musuh tu perlu untuk populariti? Eh, tak. Bukan tu maksud saya. Bagi saya, kadang kala ok, saya ulang, kadang kala musuh itu perlu. Sebab, hanya dari musuh kita tu kite dengar tentang keburukan kita, kekurangan kita, kesilapan kita. Memang pahit untuk diterima. Kalau saya pun, memang sangat pahit untuk mendengar sesuatu yang kurang enak tentang diri kita. Saya bukan orang yang banyak ilmu. Tapi satu perkara yang saya tahu, Allah takkan mengizinkan sesuatu itu berlaku tanpa ada hikmah disebaliknya. 

Setiap yang ditakdirkan Allah sama ada perkara baik atau musibah adalah nikmat darinya. Allah takkan menguji hamba-Nya dengan perkara yang tak mampu ditanggung oleh mereka. Anggaplah musuh itu merupakan salah satu nikmat dari Allah. Renungkan semula, mengapa musuh itu menjadi musuh kepada kita. Mungkin ada sesuatu yang kita lakukan menyebabkan dia menjadi sedemikian. Ambil semua kata-kata kesat darinya, kata-kata kutukan darinya sebagai perkara yang membina agar kita dapat memperbaiki diri kita sendiri.

Kita punye sahabat. Sahabat yang baik akan menegur kesilapan sahabatnya. Tapi, dalam banyak hal, kadang kala sahabat sendiri tidak sanggup atau tidak berani untuk menegur. Alasan untuk menjaga hati sahabat. Jadi, siapa yang begitu berani menyatakan kesilapan kita? Salah seorang yang ada kekuatan itu adalah musuh kita sendiri.

p/s : Ini cuma pandangan diri sendiri. Sebarang kesilapan kata, mohon dimaafkan. Sebarang pandangan boleh kongsikan. Err... adakah terlalu serius entri ini..... Ok dah, saya tak boleh tidur. ^_^


CERITA KREATIF AKU BERSAMA BEN ASHAARI


Aku berlari-larian bersama munnafendy menuju ke Stesen LRT Universiti untuk menuju ke KL Central. MTT, Aidanatasya, faLiaa, Zacky dan aii gazali dah tunggu lama di sana. Kami nak tukar KTM pulak nak pergi ke ERL. Iera punye pasal la ni, ajak pegi makan McD dulu pagi tadi. Kempunan sebab semalam  riffzam tak jadi belanja die. Dalam LRT dua-dua dah mengah-mengah sebab lari tadi. Tu la sergeant keroro suruh excercise selalu, kami tak maw. Kan dah takde stamina. Orang kat sebelah yang muke iras-iras MAIRA QUEEN dah pandang kami pelik duk mengah-mengah camtu. Sampai je KL Central, pintu LRT bukak je, terus kami serbu keluar. Berlari-lari lagi nak pegi jumpe diorang yang dah tunggu lama. Tak sengaja terlanggar sorang kakak ni. Berenti kejap mintak maaf, nanti die kate ape pulak. Nampak kat nametag die nama SyarifahSidrus.

"Mintak maaf kak, tak sengaja," pastu aku terus pegi. Dari jauh dah nampak dah muka 5 orang tu duk tecongok tepi Secret Recipes.

Zacky : Weh, apesal lambat sangat ni?
Khalila : Sory la korang, kitorang pegi teman Iera makan McD pagi tadi.
Munna : Betul2..... Sori2.....
Aidanatasya : Dah, jom2, nanti kite lambat plak nak pegi umah Prof. Ben Ashaari.
faLiaa : Ha'a, kang habis pulak befday party isteri die.
MTT : Kitorang dah belikan tiket korang. Tu, amek kat aii gazali
aii gazalii : Nah tiket korang. Dah, jom.

Ramai betul orang tunggu kat komuter ari ni. Kalau nak kate pick hour, belum lagi. Ade ape eh? Owh... patut la, shehanz studio buat audition kt KL Central ari ni. Sebab ramai macam tu, Zacky dengan aii gazali ikut menyelit kat coach wanita. Tiba-tiba sorang pengawal duk tiup-tiup wisel suruh diorang keluar. Tersengih-sengih diorang keluar. Kitorang pun sengih je.

Sampai je kat ERL, kami terus beli tiket. Nasib baik kat situ tak ramai orang. Jurutiket tu pun mesra je. Bagus betul la. Sejuk ati kami yang tengah tekejar-kejar masa ni. Sementara tunggu train datang, kami sembang-sembang dulu.

faLiaa : Eh, munnafendy. Apesal aku tengok muke kau macam cantik je sekarang ni?
munnafendy : Yeke? Hahaa.... entah. Aku pakai bedak sejuk je hari-hari masa nak tidur.
MTT : Bedak sejuk?
munnafendy : Yela. Aku beli kat Encik Bedak Sejuk.
Aidanatasya : Yeke? Eh, aku nak try jugak la nanti.
faLiaa : Khalila, kau pegang kertas ape tu?
Khalila : Err... aku bawak assigment ni. Siang tadi tak sempat nak hantar kat Prof Ben Ashaari. Laptop aku rosak kene hack dengan Hackers.
MTT : Laaa... yeke? Eh, Prof tak marah ke?
Khalila : Errr... tak tau lah. Huhuu... Aku hantar je la nanti.
Zacky : Wei, korang dah2 la tu mengumpat, train dah sampai ni.

Kami pun begerak masuk train. Dalam hati masing-masing tak saba nak makan. Semua dah kelaparan. Prof. Ben Ashaari kate nak masak Mee Udang.....

Monday, May 23, 2011

SEGMEN KREATIF BEN ASHAARI KEMBALI


Join sebelum bersiap pergi exam.
Doakan saya. 
Hehee...

Sape nak join klik gambar Abang Ben di atas ok.
Tutup pukul 2 petang ni.

Daaa...

Bagaimana Perasaan Seseorang Yang Telah Membuang Bayi?

(ini bukan bayi yang dibuang ok. she is Hajar, my cousin ^_^)

Kita selalu dengar berita pembuangan bayi kan? Buang sana, buang sini. Ingat tisu muka ke boleh buang sana sini. Tisu muka pun orang buang dalam tong sampah (kalau dia bertanggungjawab la kan). Bukak je surat khabar, bayi dibuang di tepi surau. Nanti bukak surat khabar lagi, bayi dibuang di tong sampah. Lagi sedih kalau bayi tu dah meninggal dunia. Lagi menyayat hati, kalau bayi tersebut telah robek dimakan haiwan liar. Ohh.... sedihnye. Korang tak sedih ke? Saya ingat satu berita dulu di Tawau, bayi disumbat di dalam botol!!! Hoiiii!!! Ingat nak buat cencaluk ke sumbat-sumbat dalam botol?! Huh........! (Oppss... emo sikit). Orang yang buat keje keji tu tak rasa apa-apa ke? Tak kesian ke kat makhluk Allah yang kecil lagi tak berdaya tu? Haaa.... tu yang jadi persoalannya. Macam mana perasaan mereka ye? 

Tak rasa apa-apa?

Malu dengan masyarakat?

Menyesal.... "Ohh... andai aku bisa putar semula waktu" 

Trauma?

Hmm... entahlah. Kalau nak ikutkan, bayi tu kan darah daging mereka. Dah pernah menumpang kasih dalam rahim mereka. Tak kesian ke? Saya nak cakap lebih-lebih pun, saya takde pengalaman (maksudnye berkahwin & mengandung le). 

Tapi saya boleh agak yang mereka mesti akan rasa menyesal dengan perbuatan mereka. Tidur malam dihantui kenangan pahit, sisi gelap kehidupan, masa depan dirasakan kabur. 

Ada saya pernah dengar, orang yang dah kawen 4, 5 tahun tunggu rezeki anak tak dapat dapat, mereka yang senang-senang dapat anak tanpa bayar mas kawen, dengan senangnye jugak la pegi buang anak tu. Sekurang-kurangnya kalau bagi kat orang lain jaga, dapat jugak die merasa hidup di dunia. Tapi apa-apa pun, ajal maut di tangan Allah. Sudah ditakdirkan bayi-bayi malang tu meninggal akibat dibuang oleh induknya. Semua perkara ada hikmah disebaliknya. Kita sama-sama doakan semoga orang-orang yang pernah membuat perbuatan tersebut menyesal dengan perbuatan mereka dan mendapat hidayah daripada Allah. Semoga kita semua juga dijauhi dari perkara-perkara sebegitu. InsyaAllah....

p/s : Kalau nak letak gambar bayi yang dibuang memang banyak. Cari je kat Google, mesti jumpe. Tapi, serius........ tak sanggup nak tengok & tak sanggup nak letak kat sini........

Itu saja, sekian....

Sunday, May 22, 2011

Segmen : Blog Review By Pandai Ke Aq Berceloteh

(klik banner untuk join ok)

Join blog review lagi? Yaaaa... haha.
Kali ni join blog review oleh Maira Queen, 
Dinda si Penulis Senja.
Heheh

Apa yang perlu buat?

1. Buat satu entri, letak banner dan linkkan ke entri beliau. (sudah)

2. Bagi pendapat tentang blog beliau.
Bagi saya blog Maira dah ok, tak taw nak komen sangat. Selalu jugak bukak blog beliau dan kalau baca entri yang berunsur nasihat untuk blogger baru macam saya ni, saya nak cakap, nasihat Maira tu sangat-sangat la berguna. Time kasih ^_^. Tapi kalau Maira edit lagi header bagi nampak lebih eksklusif, laaaagi best!

3. Kene nyatakan kenapa saya nak direview oleh beliau.
Saya nak direview sebab :
- saya seorang blogger yang masih baru.
- telah direview sebelum ni.
- baru je ejas balik blog ni.
- perlukan nasihat untuk penambahbaikan.

4. Follow blog beliau. 
(die tak paksa, tapi saya dah lama follow. hehe)

5. Tag sorang kawan.
Nak tag sape ye?
Okeh
.
.
.


Siap! Maw hantar!

Meet Uncle Hussain - Pokok

a


(saje tambah video yang ni sebab ade Nubhan. hehee)

Tak tau lah.... Tapi rasanye, suke sangat lah lagu ni . Huhuu

Meet Uncle Hussein : Pokok



Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu kemana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam


Menyusur dikaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin

Tersentuh hati bagai luruh
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang

Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang

Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

La la la la la la la la la
La la la la la la la lalalalalaaaa

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok

lirik credit : http://www.liyanaa.com/

Saya Sertai Bloglist Haris Kaito

(sila klik banner untuk join bloglist beliau)

Ok, ini adalah entri pendek. Entri akhir untuk hari ini. Mata dah sepet-sepet mau tidur, tapi nota kene baca. Join bloglist Haris Kaito ni dulu lah. Hehe...

Susah? Tak. Senang? Ya.

Saya tag adik-adik ni.

Siap dah, maw hantar.

Saturday, May 21, 2011

10 Fobia Paling Top !


10 fobia paling top ni saya rujuk di sini

Sebenarnya jenis-jenis fobia ni sangat la banyak. Tak cukup bilang dengan jari tangan dan kaki. Err.... guna rambut boleh kut. Hehee...

Ok, kat bawah ni saya senaraikan 10 jenis fobia yang paling top (mengikut sumber rujukan saya tu la).

-1-
Arachnofobia = Err.... "arak+no+fobia" ??? Heyyyy!!!..... bukan! Arachnofobia ni ialah takut kepasa labah-labah. Asal nampak labah-labah je takut, asal nampak je tegak bulu roma, asal nampak je menjerit kecil... Eh.. Kalau dah sampai tahap kronik, tak payah la baling labah-labah getah kat orang tu, Die nampak gambar labah-labah dalam cerita Spiderman pun dah takut dah.

-2-
Social Phobia = Individu yang ada masalah fobia jenis ini biasanya takut berhadapan dengan masyarakat. Biasanya diorang ni takut masyarakat sekeliling menilai dirinya, takut diberi tanggapan negatif, takut dimalukan. Keadaan individu yang ade masalah ni mungkin berpunca daripada didikan awal semasa dia di alam kanak-kanak atau remaja. Kalau kita ade kawan-kawan atau ahli keluarga yang macam ni, beri sokongan pada dia supaya dia boleh atasi fobia die tu, Kalau tak, susah la kan die nak hidup dalam masyarakat.

-3-
Aerophobia = Kalau sebut pasal "aero", apa yang korang boleh teka? Bukan "arrow" lah. Aerophobia ni ialah fobia untuk terbang atau fobia untuk terlibat dalam apa-apa aktiviti penerbangan. Sebagai contoh, individu tersebut takut untuk naik kapal terbang. Mungkin die takut kapal terbang tu terhempas ke, maklum la bile kapal terbang berada di ruang angkasa, bukan rendah-rendah, tinggi tuuuu.... menara tertinggi di dunia pun boleh kalah.

-4-
Agoraphobia = Agoraphobia bukan fobia kepada anggur ye kawan-kawan. Individu yang mengalami fobia ni akak mengelakkan berada di tempat atau situasi yang sukar untuk keluar dari situ atau sukar untuk mendapatkan bantuan. Apabila tahap fobia ini sudah kronik, seseorang itu percaya bahawa satu-satunya tempat yang selamat bagi dirinya hanyalah di rumahnya sahaja.

-5-
Claustrophobia = Claustrophobia ni macam pernah dengar kan? Yang penting bukan Santa Claus. Clautrophobia ni ialah ketakutan terhadap ruang atau tempat yang terhad dan sempit. Lebih tepat lagi, seseorang itu takut terperangkap dalam ruang tersebut yang terhad dan sempit tersebut. Pernah tak korang jumpe orang yang taknak naik lif? Haa, kalau ade, orang tu mengalami fobia jenis ni la. Biasanye mereka ni akan mengelak daripada lif, almari kecil atau ruang di bawah tangga. Kalau korang paksa jugak diorang ni berada dekat tempat tu, diorang boleh panik.

-6-
Acrophobia = Haa...... yang ni selalu dah saya jumpa. Tahukah korang apa itu Acrophobia? Acrophobia ni ialah fobia terhadap ketinggian. Kalau korang bawak orang yang ade fobia macam ni naik Menara KL, sure diorang akan panik. Jadi, sila peka dengan kawan-kawan korang. Jangan pulak korang paksa die join aktiviti yang melibatkan ketinggian, karang pengsan die kat atas tu, naya je. Boleh membahayakan keselamatan diri dia taw.

-7-
Emetophobia = Emetophobia ni saya baru tau. Nak tau ape dia? Emetophobia ialah sejebis fobia, fobia terhadap muntah. Orang yang ada fobia ni tak boleh bau aroma muntah tu. Usah kate bau, nampak orang muntah pun tak boleh. Tak pasal-pasal virus muntah tu berjangkit kat die. Dengan dia sekali join muntah. Jadi, kalau seseorang yang ade fobia ni terbau atau ternampak muntah atau orang muntah, dia akan sedaya upaya menjauhkan diri sejauh mungkin dari kawasan tu. Jangan pulak bile die baru ternampak orang muntah, korang pergi kat die buat bunyi "wekkk"... "weekkkk..." pulak. Kang die muntah kat muka korang baru taw.

-8-
Carcinophobia = Bunyi die dah macam Casino Fobia kan? Hmm... Carcinophobia ni ialah fobia terhadap kanser. Memang la semua orang takut kalau ade penyakit kanser. Saya pun takut, susah nak baik. Tapi, orang yang ada fobia terhadap kanser ni, die punye tahap ketakutan tu sangat ekstrem. Kenapa saya kata ekstrem? Sebab mereka  ni sampai boleh percaya bahawa mereka akan dijangkiti penyakit kanser kalau diorang sentuh mana-mana pesakit kanser. Contohnya, kalau die sentuh seorang pesakit kanser otak, dia akan percaya bahawa diri dia akan dijangkiti penyakit kanser otak. Hmmm....

-9-
Brontophobia = Baca nama fobia ni teringat satu nama virus Brontox. Brontophobia ni ialah fobia terhadap ribut, guruh, petir dan yang seangkatan dengannya. Fobia jenis ini juga dikenali sebagai astraphobia. Seseorang yang mengalami fobia ini akan menjauhkan diri mereka dari guruh dan kilat. Kalau ade dalam bilik masa tu, ambik selimut, duk diam-diam dalam selimut tu. Kalau mereka terdedah dalam situasi tersebut, mereka ni boleh panik dan mungkin sukar untuk bernafas.

-10-
Necrophobia : Necrophobia ni apa pulak? Necrophobia ni ialah fobia kepada kematian, perkara-perkara atau benda yang telah mati, keranda dan mayat. Senang cerita semua perkata yang berkait dengan kematian la. Pada mulanya, mungkin berpunca daripada perasaan takut ditanam hidup-hidup. Uiii... saya pun takut kalau kene tanam hidup-hidup. Sebagai orang Islam, kita perlu takut dengan mati supaya kita sentiasa berbuat kebaikan, patuhi suruhan Allah, hindari larangan-Nya. Tapi janganlah sampai jadi Necrophobia ni. Kematian itu pasti, entah esok, entah lusa, entah bila, masa kita akan tiba.....

Kalau tak salah saya, kajian tentang fobia ni dilakukan di Amerika. Kita di Malaysia ni macam mana ye? Ade tak politicalphobia? Kalau ada masa nanti saya kongsi lagi pelbagai jenis fobia. Banyak sangat-sangat. Pelik-pelik pun ada.

Ok, itu saja buat kali ini
-Sekian-


Ketakutan Dalam Diri


Salam semua. Korang pernah tak rasa takut dalam diri? Tak? Jangan bohong. Kita sebagai manusia, perasaan takut itu adalah perkara biasa. Ketakutan merupakan suatu tanggapan emosi terhadap ancaman atau terhadap sesuatu yang bakal berlaku. Kalau dulu-dulu mase kecik, pernah tak korang terjaga tengah malam nak buang air kecil. Tapi masa tu rumah gelap, semua orang dah tidur. Korang dah tak tahan nak buang air, tapi korang tak berani nak pergi tandas. Cuba fikir balik, kenapa korang takut masa tu? Takut ada hantu? Heheh..... budak-budak kecik biasa la bagi alasan macam tu. Akhirnya buat ape? Berlari-lari la sepantas mungkin kejut mak atau ayah suruh teman. Tak pun, kejut kakak, abang, adik kat sebelah suruh teman. Habis semua orang kau kejut suruh teman. Huhuu.. 

Dalam situasi lain (mase kecik dulu la), pernah tak belumba dengan adik sape tidur dulu? Sape tidur last jadi la mangsa. Mangsa apa? Mangsa kene tutup lampu. Haha... Yela, kecik-kecik dulu kan takut gelap. Takut bile petik je suis nak tutup lampu, tiba-tiba ada hantu kat belakang! Padahal takde pun. Laju-laju masuk dalam kelambu, berselubung dalam selimut. Baca doa tidur, pejam mata rapat-rapat. Ish, ish, ish.... biasa la budak-budak. 

Kalau ikut contoh kat atas, maknanya "kegelapan" atau suasana gelap merupakan salah satu punca ketakutan dalam diri manusia lebih-lebih lagi kanak-kanak. Alaa.... orang dewasa pun same jugak dalam situasi-situasi tertentu. Kata la, korang duduk dalam rumah sorang-sorang. Kalau siang mesti rilex je kan. Siap boleh guling-guling lagi kat rumah. Cuba kalau malam, tiba-tiba je blackout. Haaa.... cuak tak? Huhu..


Ada jugak orang takut tengok cerita seram atau thriller. Kalau part takde hantu, boleh la rilex. Tapi agak-agak part hantu tu sikit lagi nak keluar, mula la tutup muka, jeling tempat lain, tak pun, ade tak  buat macam gambar kat atas? Hehe.. Ade jugak yang tak boleh tengok langsung cerita seram. Cerita tu baru keluar intro penerbit, dah lari. Saya dulu camtu la. Huhu...

Fobia pun merupakan salah satu bentuk ketakutan. Contoh--contoh kat atas tu pun rasanye salah satu dari fobia jugak kut. Fobia ni macam-macam jenis, Bergantung kepada individu. Contohnya, Aurophobia (takut lemas), Briophobia (takut dengan tapak kaki manusia), Chrometophobia (takut dengan duit), Dromophobia (takut melintas jalan), dan banyak lagi. Korang fobia apa? Saya..... tak pasti la. Tapi saya agak takut berada dalam air. Lebih-lebih lagi kalau kat laut. Otak ni boleh fikir macam-macam. Takut nanti ade ikan besar sambar saya dari bawah air. Tapi kalau pakai life jacket dan ramai-ramai kat tengah laut tu, ok lagi la. Hehe..

Kegelisahan pun boleh dikatakan sebagai ketakutan jugak. Gelisah nak buat persembahan depan orang ramai, takut salah langkah, takut tersalah kata, takut lupa lirik (jangan lupa lirik ;p), takut penonton tak suka, macam-macam lagi lah yang bermain dalam minda ni. 

Semua tu ketakutan, kerisauan, kegelisahan terhadap sesuatu perkara yang mungkin berlaku, padahal perkara tu belum tentu berlaku seperti apa yang kita fikirkan. Banyak cara yang boleh kita buat untuk melegakan perasaan negatif tersebut. Tapi perasaan macam tu ok jugak, setidak-tidaknya kita berhati-hati untuk melakukan sesuatu. Cuma jangan biarkan perasaan tersebut menguasai diri kita sehingga tak mampu dikawal.

Tapi yang paling utama, sebagai orang Islam kita perlu takut kepada Allah S.W.T, patuhi suruhan-Nya, hindari larangan-Nya.

Sekian sahaja buat kali ini.

Wednesday, May 18, 2011

Segmen : BLOGGER LELAKI vs BLOGGER PEREMPUAN

(klik header Abg Ben ni untuk ke entry beliau)

Abang Ben Ashaari buat SEGMEN lagi. Segmen ape? Mudah je, perlu kasi pendapat tentang :

" SETUJUKAH ANDA BAHAWA WANG HANTARAN PERKAHWINAN DISEDIAKAN 100% OLEH PIHAK PENGANTIN LELAKI  ? "

Perlu diulas tidak lebih dari 100 patah perkataan.

Ok semua, ini ulasan saya:

" Saya 100% setuju sekiranya wang hantaran disediakan 100% oleh pengantin lelaki kerana pengantin lelaki tersebut merupakan bakal pemimpin keluarga. Wang hantaran merupakan salah satu lambang kesungguhan lelaki tersebut ingin menyunting permaisuri hatinya. Jadi, apalah maknanya andai wang hantaran tersebut bukan disediakan 100% oleh beliau. Namun, tidak menjadi masalah sekiranya ahli keluarga lelaki tersebut turut membantu serba sedikit. Mungkin salah satu cara menyelesaikan kemelut ini, pihak pengantin perempuan perlu meletakkan nilai wang hantaran bersesuaian dengan status kewangan pengantin lelaki. Hal ini kerana, pengantin lelaki bukan sahaja perlu menyediakan sumber kewangan untuk majlis perkahwinan, malah sumber kewangan selepas perkahwinan untuk menyara keluarga. "

Ok, tu je ulasan saya. Sebarang bantahan sila nyatakan (err... takut) huhuu. Maaf ini cuma pendapat saya ye kalian semua.

Sudah, maw antar.

Tu je buat kali ni.
Thanx sudi baca
Assalamualaikum
Daaa...

***Tambahan : Adehhh.... rasenye ade yang salah paham ulasan saya tu. Saya cuma nyatakan pihak lelaki yang perlu sediakan duit hantaran. Nilainya? Saya tak kata pun perlu tinggi macam orang-orang skarang ni tetapkan. Cukuplah setakat kemampuan pengantin lelaki. Kat sini, pihak pengantin perempuan perlu mainkan peranan. Tak perlulah letak nilai tinggi sangat. Letak tinggi-tinggi pun buat ape? Setakat nak canang satu dunia dapat hantaran tinggi? Tak perlu laa... Janganlah bebankan pihak lelaki, sebab tanggungjawab menyara keluarga selepas perkahwinan lebih banyak perlu keluarkan belanja. Saya setuju kalau lelaki yang perlu sediakan duit hantaran, tapi saya tak setuju kalau nilai hantaran yang ditetapkan terlalu tinggi. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...