Support Me Here ^_^

Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

Thursday, March 20, 2014

Rezeki Posting Seorang Khalila

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah



Ya Allah, tak terkira rasanya hendak kupanjatkan rasa syukur pada-Mu

Entah doa siapa yang Kau makbulkan ini. Sedangkan diriku ini terlalu banyak dosa pada-Mu.

Syukur alhamdulillah.

......................................................................................

Alhamdulillah.... inilah yang saya nantikan selama ni. Banyaaaaaakkkk sangat spekulasi posting dari awal tahun sampai la hari ini. Semuanya dah jelas. Setiap satu jiwa letak duduknya di mana. 

Memang saya mintak Selangor pilihan pertama. Kedua Perak, last KL. Alhamdulillah, rezeki pilihan pertama. Alhamdulillah jugak banyak kawan-kawan dapat senegeri. Sedaerah, sesekolah belum tau lagi. Sedaerah mungkin, sesekolah tu macam agak mustahil. Tapi kalau ada, baguslah kan? 

Kenapa minta Selangor? Sebab kampung di Perak dan rumah Encik A kat KL. Jadi Selangor rasanya pilihan terbaik untuk kedua-dua tempat ni kan? Dekat dengan selatan Perak, dekat jugak dengan KL.

Tapi, dalam gembira ada jugak gundahnya. Encik A rezeki dia kat Sabah. Nunnnnnnn jauh kat sana. Ralat? Of course! Sebab negeri pilihan kami sama. Susunan pun sama atas ke bawah, bawah ke atas. Tapi mungkin magnet rezeki dia kuat di sana.

Bukan x sedia. Kami memang sedia apa-apa kemungkinan. Siap pernah angan2 kalau dapat kat Malaysia Timur, biarlah dua-dua dapat kat sana. Boleh belajar naik belon bersama. Tapi takdir pisahkan kami merentas lautan. Hati kena cekal. PJJ orang kata. InsyaAllah. Kami cuba hadapi sebaik mungkin. 

Sekarang mungkin kurang terasa sebab belum ada ikatan sah. Tapi perancangan dalam masa terdekat itu ada. Mohon Tuhan tidak bolak-balikkan hati kami. Moga kami lebih cekal bila sudah bersatu nanti. *Ehhhhhh..... sudah-sudah....

InsyaAllah, rezeki masing-masing itu ada. Rezeki ada di mana-mana. Allah dah tetapkan jalan susur rezeki setiap orang. Syukur. Kawan-kawan ramai dapat Sabah/Sarawak. Mereka untung. Lagi banyak pengalaman boleh dapat di sana.

"Kita tak semestinya dapat apa yang kita suka. Tetapi sukalah apa yang kita dapat."

Ya, benar. Setiap yang Allah tetapkan pasti ada hikmahnya. Bila saya fikir sejenak, sy boleh nampak sedikit demi sedikit kenapa Allah letak saya di Selangor dan Encik A di Sabah. InsyaAllah, sedikit hikmah-Nya saya tahu.

InsyaAllah, moga Allah mudahkan urusan kami dan rakan-rakan yang lain.

Buat kalian, TAHNIAH kerana telah dapat apa yang dinanti. Buat kalian yang tak dapat apa yang diimpikan, saya yakin Allah tahu kamu ada hati yang tabah untuk terima itu.

Semoga kita semua dapat menjadi pendidik yang boleh menyumbang bakti kepada anak bangsa kita. Fuhhh.... seminggu lebih sikit je lagi ni. Kena gerak awal ni. Rumah lagi kena fikir.Takkan  hari lapor diri baru nak cari rumah kan? Mau tidur kaki lima jawabnya.

My friend's wedding on 29th of March. Hopefully i can make it. She want me to be her bridesmaid. Sungguh, saya akan sangat terkilan kalau x dapat hadir majlis dia. Allah, berikanku jalan. Moga gembira semua, tiada yang terguris terluka.

Aminn.... InsyaAllah....



* Allah... terima kasih atas segala nikmat dan rahmat-Mu


Monday, July 08, 2013

I-Fest di IPG Kampus Bahasa Melayu

Assalamu'alaikum, salam sejahtera
^_^


Buat pertama kalinya dalam seumur hidup saya buka booth dengan membawa nama ZARALYLA SHOP. Alhamdulillah, pengalaman pertama memang menyeronokkan. Bukan tujuan untuk cari untung semata-mata, tetapi cuma nak cari pengalaman. Yela, asyik niaga online je. Nak jugak merasa jual offline.

Waktu siang tak ada snap gambar. Yg ni gambar-gambar waktu malam saje. Lobi dah lengang dah. Tinggal beberapa booth je yang beroperasi. TQ so much to my dearies sisters for coming ^_^.

Walaupun dah malam, alhamdulillah rezeki masih ada. Yakin rezeki Allah ada di mana-mana. Janji kena usaha :)

Apa tah si datin ni tenung. Huhuu

Ameena gaya Cik Ain. Ada ekor die kata. Hehe

Ameena gaya Cik Aisyah. 
Labuh boleh adjust ikut keselesaan masing-masing :)

Three of us. We love wearing this halfmoon shawl.
Labuh dan mudah digayakan :)

Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua pengungjung dan pelanggan yang sudi singgah dan membeli di booth Zaralyla Shop. Tak sangka sambutan terhadap Halfmoon Abstrak cukup menggalakkan. Tapi saya tak bawa stock banyak masa I-Fest tu. Cuma 9 helai untuk percubaan. Alhamdulillah laris. 

Ini contoh Halfmoon Abstrak. Ada 4 ke 5 tone warna pada kain dengan beberapa pilihan warna kain. Paling BEST kalau pakai dengan baju/jubah warna hitam atau apa-apa warna baju yang plain. :)

Buat masa ni, Ameena dah tak ada stock. Dalam perancangan untuk cuba restock sebelum raya. Kalau ada rezeki, saya ingat nak buat SALE sempena Ramadhan-Raya. Semoga Allah permudahkan plan ni :)


Eh, eh, jemput singgah online shop saya ^_^


Saturday, June 22, 2013

Syukur Ya Allah






Alhamdulillah...
Kepada-Mu aku bersyukur Ya Allah
Kelmarin aku berduka
Hamparan doa kupanjatkan kepada-Mu
Memohon ampunan dan keberkatan dari-Mu

Alhamdulillah...
Kepada-Mu aku bersyukur Ya Allah
Hari ini aku terharu gembira
Mendengar alunan bacaannya
Walau sedikit tidak mengapa
Kerana itu cukup menenangkan jiwa

Syukur...

Wednesday, June 19, 2013

Dalam Kelam Hujan









Aku hanya mampu menangis
Dalam hujan yang kelam
Tanpa sesiapa tahu
Kecuali Allah Yang Maha Esa








Friday, June 07, 2013

Sabun Comel yang Murah

Assalamu'alaikum, salam sejahtera.

Biasa tak tengok sabun yang comel macam kat bawah ni?


Dua minggu lepas saya jalan-jalan di kawasan Pasar Seni, tak jauh dari Pudu Sentral sementara tunggu bas saya tiba. Singgah satu kedai ni, macam-macam ada. Kasut, produk kecantikan, makanan pun ada. Rupa-rupanya kedai tu milik warga Indonesia. Makanan-makanan macam keropok, mi segera semua dari Indonesia. Tapi saya tak beli la.

Selalu jumpa orang jual sabun macam ni di internet. Teringin la pulak nak try. Yang saya beli tu separuh dari sebuku sabun kat gambar tu. Harganya RM6.90. Mahal? Saya rasa ok la. Tak terlalu mahal sampai puluhan ringgit.

Takut jugak sebenarnya nak cuba. Kalau bagi kesan buruk macam mana kan? Saya selalu tukar-tukar pencuci muka. Tau memang tak elok selalu tukar-tukar. Takut muka rosak. Tapi bila saya stay lama-lama guna produk tu pun lama-lama kesan dia tak menjadi jugak atau tak tahan lama. Kulit jadi macam dah immune dengan produk tu.

Masa saya beli sabun comel ni, saya pakai Simplycity. Ok jugak. Tak adalah kering sangat muka saya macam sebelum pakai Simplycity tu. Tapi masih ada rasa kasar-kasar kat kawasan hidung. Masih ada bintik-bintik putih di hidung.

First time pakai, hmm...... bau wangi. Urut-urut di muka, bilas, lap. Tau tak...... kulit muka rasa halussss je. Benda-benda kasar di kawasan hidung? TAK ADA. Kalau korang rasa best ke tak best? Mesti la best kan. So, saya teruskan la pakai sampai hari ke 5. Takut jugak kalau-kalau kulit muka pedih atau mengelupas. Alhamdulillah tak ada semua tu. 

Hari ke-6 tu saya balik rumah, tertinggal pulak sabun comel saya tu. Saya pakai sajalah pencuci muka Simplycity. 3 hari juga saya pakai, tapi 3 hari tu kawasan hidung saya rasa kasar-kasar sikit. Memang tak best. Bila dapat balik sabun comel, saya pakai. Alhamdulillah ok balik. Sekarang dah 2 minggu saya pakai, alhamdulillah tak ada masalah. Saya harap akan berterusan elok macam ni. Kalau tak, terpaksalah cari yang lain pulak. Huhu.


* Tapi hati-hati, dengarnya ada jugak yang tiruan (mungkin effect dia tak bagus).

Wednesday, May 08, 2013

Lovely Sisters Day Out

Assalamu'alaikum, Salam Sejahtera.

Hye ^_^. Let me introduce you some of my lovely sisters here. Been together since the first day we came into our new stage in life. Believe it or not, sharing in the same dorm for one semester, and lived in two room wall-to-wall (boleh ke wall-to-wall? heheh). Ain and I as a roomate, Aisyah and Izzati as a roomate. My room always besides Izzati's room from January 2009 - now (May 2013) and it will remain like that until the end of this year (our final year). Cerita saje tak guna, meh saya tunjuk gambar ^_^.


Dari kiri : Ain, saya (Khalila), Aisyah, Izzati


Tahun ni sibuk betul. Sungguh! Tapi saja kan buat-buat macam tak ada kerja. Haih.... saya la tu. Sedar, tapi buat-buat tak sedar. Gambar ni masa kami lepak sama-sama kawasan Ikea, The Curve. 

Masa ni nasib la ada adik Cina tu tolong snap gambar kami. Kalau tak, jangan harap la dapat tangkap gambar berempat sama-sama. Terima kasih adik amoi comel ^_^.


Gara-gara tergoda dengan gambar meatball Ikea yang digembar-gemburkan tu la. Sampai termimpi-mimpi. See.... kami semua order benda sama. Masing-masing nak sepinggan meatball 15 biji sorang. Tapi, diorang bagus la. Boleh habis sepinggan. Saya? Lain kali kene share je. Tak tau pulak ada yang boleh beli 5 biji je. Ada ke?

Nasib baik la diorang tolong habiskan lagi 3,4 biji meatball tu. Tak lalu nak makan sampai kalau boleh jangan tunjuk meatball tu depan mata. Hehe. Bila dah jadi macam ni baru faham kenapa dia letak sekali jem sweet sour tu dalam set meatball. Sebab bila makan meatball tu banyak-banyak, kalau orang macam saya ni mesti muak. Jadi, jem sweet sour tu membantu melegakan sedikit rasa muak.

Haip! Jangan salah anggap pulak taw. Meatball ikea tu sedap, tak tipu. Tapi kalau orang macam saya, next time saya suggest beli set yang sedikit atau share dengan orang lain. Sebab bila dah sampai meatball ke-10, rasa dah tak mampu nak sumbat lagi. Huhu... Lain kali kalau pegi sana, mungkin nak cuba set yang lain pulak :).

Habis makan, apa lagi. Cuci mata la ^_^
Pusing-pusing  dalam Ikea. Berangan nak decorate rumah sendiri macam mana nanti.
Mesti la nak decorate cantik-cantik kan. Lagi-lagi bila dah kahwin nanti. 
Oopsss.... =P

Lepas tu pusing lagi dalam The Curve.
Pusing sana, pusing sini.
Snap sana sini sikit

Saya lagi suka jalan kawasan gerai-gerai kecil di bahagian luar tu.
Macam-macam benda ada.
Tudung la, aksesori la, baju la
Owh! Saya beli strawberi dua kotak dengan harga cuma RM8
Kalau biasa rasanya macam mahal.
Saya jarang beli strawberi, tapi rasanya bukan selalu nak jumpa strawberi sekotak harga RM4 je.

Keluar dari area The Curve, kami kejar solat Asar
Sempat jugak singgah Masjid Negara.
Ingat dah habis setakat tu.
Belum.. belummmm lagi.
Lepas maghrib kitorang rushing pegi burger bakar.
Tak tau pulak kat area The Curve tu ada jugak.
Hahahadoii....

Tak apa lah, dapat la berjalan sana sini kan?
Tapi perut ni tak mampu dah nak terima daging.
Mata pun x lalu dah nak tengok. 
Ain dengan Zati je la makan burger.
Saya dengan Aisyah makan char kuey tiaw je.
Saya pelik jugak, macam mana la perut diorang bekerja hari tu. Ada je ruang. Hehe

Apa-apa pun... I do love that day.





Entah apa mimpi speaking plak dalam entri kali ni.



Daaaa ^_^







Monday, April 29, 2013

Semanis Fishball, Semasam Laksa

Semalam masa balik dari Pudu Sentral, saya lalu di kawasan LRT Pasar Seni. Waktu tu lebih kurang pukul 7.20 PM. Ade satu gerai kecil masih buka waktu tu. Saya nampak penjual dia masih muda. Wanita. Dengan wajah yang sudah "berminyak" dia masih tersenyum melayan pelanggan. Saya bukan nak komen minyak di muka wanita tu. Normal la kan. Bekerja sepanjang hari menjual makanan bergoreng macam fishball, nugget, sosej, pisang goreng dan segala macam lagi, letih dan panas, itu biasa. Saya mengerti. Saya cuma mahu komen senyuman dan layanan mesra dia terhadap pelanggan waktu itu. Bagus, memang bagus. Itulah cara terbaik melayan pelanggan.

(gambar pinjam)

Bukan apa, saya teringat ada suatu hari saya turun di sebuah stesen LRT. Saya singgah sekejap di gerai yang menjual laksa. Laksa memang salah satu makanan favourite saya. Tapi saya tak terus singgah dan beli di kedai laksa tu. Saya jalan dulu tengok gerai-gerai lain. Ada char kuey tiaw, nasi goreng, nasi kukus, macam-macam lagi la. Tapi sebab teringat kat laksa tadi, dan sebab dah hampir malam, saya malas nak makan nasi, jadi saya patah balik ke kedai laksa tu. 

Saya datang, senyum. Tapi.... orang tu x senyum balik pun *tacing. Tapi takpe, biaselah. Mungkin penat. Saya terus order sebungkus laksa. Tengok yang sorang lagi, senyum langsung tidak. Masam lagi ada. Macam nak tak nak je layan. Sedangkan cuma saya sorang pelanggan masa tu. Sampailah saya bayar laksa tu, tak berkata apa-apa. Pelik jugak. Ada konflik dalaman ke? Langsung tidak bermanis muka atau bermanis kata. Biasanya, bila kita membeli di mana-mana, ada ucapan 'terima kasih' atau 'saya jual ye' atau paling tidak pun, sebaris senyuman. Jadi, orang yang membeli ni rasa gembira je. Ada yang sedih ke lepas beli makanan? Hehe...

Ini bukan masalah besar. Tapi hal-hal kecil macam inilah yang tidak boleh diperkecilkan. Awak jual dengan muka yang masam mencuka, orang lain tengok pun tak senang. Awak jual dengan muka manis, mesra, orang yang tak beli pun bila nampak awak layan customer baik-baik macam tu boleh buat dia nak singgah beli makanan atau barang kat awak. Bersangka baik, mungkin si penjual laksa ada masalah sebelum tu yang kita tak tahu. 


**Ini bukan kisah gerai laksa di Pasar Malam Kerinci yang tiga beranak itu ye. Yang tu ok, tak ada masalah ;)

Sunday, April 28, 2013

Mahalnya Libresse Akak!

Ini entry agak open. Sebab? Sebab saya tak cerita hal-hal macam ni kat blog. Macam suspen je. Haihh... 

Tapi.............. gara-gara AKAK itu, jiwa raga saya jadi geram. 

Tahu LIBRESSE? Perempuan mesti tau. Kat tv pun ada iklan, Adibah Noor jadi duta Libresse ni.

Tak tau lagi ape benda Libresse ni? Haiyooooooooooo.... Nah tengok gambar.




Ini dia rangkaian produk Libresse, khusus untuk wanita. Jangan cakap ada lelaki pakai benda ini pulak. Dah kenapa pulak lelaki nak pakai benda ni. Huhu..

Apesal saya geram? Hadoi, saya beli benda ni tadi kat Pudu Sentral. Ingatkan malas nak singgah tempat lain beli benda ni memandangkan stock saya dah habis. Sejak pakai Libresse, saya tak minat dah pakai yang lain. Nampak je ade kedai yang jual, saya terus pegi kat tokey dia. 

"Kak, nak Libresse tu satu."

Kakak tu pun bersusah payah la ambil payung panjang tu tolak-tolak bungkusan Libresse bagi jatuh sebab dia letak tinggi sangat sampai syiling. Akak tu terus bungkus, "RM5.50 dik."

Saya macam tergamam, sambil tangan terus keluarkan duit. Ye, yeee.... saya boleh je kan cakap "mahalnye kak RM5.50. Saya biasa beli lebih kurang RM3 je." Tapi ternyata kata-kata itu cuma terkubur di dalam hati saje. 

Bagi wanita-wanita yang tak biasa beli Libresse, harga RM5.50 tu harga normal untuk Libresse 20 keping. Tapi yang saya beli tadi tu..................... 8 KEPING SAJE! Hati tak puas lagi, keluar dari Pudu Sentral, saya jalan kaki terus nak pegi LRT Pasar Seni. Dalam perjalanan tu, saya singgah Watson sekejap. Semata-mata nak check balik harga. Mana la tau Libresse dah naik harga dalam masa sebulan ni. Pack 10 atau 8 keping tak ada la pulak. Yang ada pack 20 keping dan 16 keping. Ternyata, yang tu memang harga RM5++.

Keluar dari Watson, jalan lagi, saya jumpa 7Eleven, singgah. Ohhh ada pack 10 dan 8 keping. Harga? RM3.30. See....... harga dia lebih kurang tu saja. Yang biasa saya beli pun cuma RM2.95 (lebih kurang la, x lebih dari RM3 pun).

Bukan nak kecoh sangat. Tapi, harga kakak tu jual terlalu mahal dari harga biasa. Sewa kedai kat Pudu Sentral tu terlalu mahal ke sampai kakak tu kena naikkan harga sampai macam tu sekali? Takpe lah, anggap saje kasi kakak tu upah turunkan pack Libresse dengan susah payahnya menggunakan payung panjang itu. Haihh..

Mungkin rezeki kakak tu kan. Takpelah :)

Monday, April 15, 2013

Eh, Best Jugak Main Edit Gambar Ni ^^

Assalamu'alaikum, Salam Sejahtera


Hari tu saya melayan Youtube terjumpa video tutorial edit gambar. Macam-macam ada. Nak tukar muka orang la, nak buat water effect la, nak buat light effect la. Ehh, macam best je. Bila tengok video dia, rasa-rasa kalau cuba macam boleh buat je. Macam la kan..... hehe...

Tetiba teruja pulak nak try. Ada gambar sorang anak Ustaz tempat saya praktikum ni. Ustaz Amri, nama anak dia Najmi. Najmi ni murid saya. Saya mengajar subjek BM kelas dia, Tahun 2Arif. Pening kepala mengajar budak-budak kecik, 42 kepala dalam sekelas tu.... takpe, murid saya semua baik-baik. Saya sayang budak-budak tu ^_^. Ok, kat bawah ni gambar asal. Gambar ni masa Hari Kokurikulum SK Bukit Kuda, Klang, Selangor. Kredit kepada Cikgu Hafiz yang tangkap gambar ni.


Bila saya edit, jadi la macam ni ;). Saya cuba tambah-tambah light effect.



Kat bawah ni ada lagi. Gambar Cikgu Asni jadi bahan eksperimen. Heheh..




Ada satu lagi. Gambar saya dan mak. Masa ni kenduri Kak Elin. Makcik saya upload gambar. Sepantas kilat la edit terus buat cover photo FB. ^_^





Mood edit gambar bukan boleh paksa-paksa. Mood ni datang dari hati. Bila ada, lama mana pun tak terasa sampai puas hati. Kalau tak, sekejap pun dan bosan, gambar pun tak jadi ;).


Sunday, February 17, 2013

Makeup Atau Tak Makeup?

Assalamu'alaikum, Salam Sejahtera.


Perempuan/Gadis/Wanita biasanya memang suka cantik-cantik. Bak kata motivator semalam, perempuan memang suka menunjuk-nunjuk. Yeke? Korang macam mana? Mungkin lumrah diri wanita suka dapat perhatian. Mungkin tak semua, tapi kebanyakannya begitu. Tak setuju? Ok, takpe, saya cuma kongsi apa yang motivator tu cakap semalam je :). Maybe ada diskriminasi sikit sebab motivator tu lelaki. Atau kenyataannya memang begitu walau sekelumit cuma dalam hati wanita.

Saya? Dulu memang suka makeup. Asal nak pegi kelas ke, keluar ke, mesti ada eyeshadow, lipstick, blusher semua walaupun sikit. Tapi selepas ditegur oleh Brader Asni, ok fine brader, saya tak mekap dah. Tapi, kadang-kadang calit gak lipstick sikit, kadang-kadang lorek gak eyeliner, tapi tak la macam dulu. 

Saya akui, memang lebih lepas, bebas, bernafas kulit muka ni kalau tak makeup. Kalau keluar, senang nak solat. Siap pun tak lama sebab tak perlu nak mekap balik muka ni. Natural is the best. Betul, kalau tak percaya korang boleh cuba. Tapi mungkin bagi orang yang dah biasa mekap, segan nak keluar tanpa mekap. Yes, saya dulu macam tu jugak. Tapi sekarang dah biasa. Saya kisah apa kan muka plain saja. Tak malu, sebab memang inilah wajah yang Allah S.W.T hadiahkan buat saya. Wajib bersyukur kan? :)

"Muka tak siap?"
Heyy...... berani lah kau berkata begitu kepada wajah sendiri atau wajah sesiapa. Umpama kau berkata wajah yang Allah bentukkan, kurniakan kepada diri sendiri dan orang lain, "muka tak siap". Allah adalah Pencipta Agung. Masih berani berkata wajah kurniaan Allah itu "muka tak siap"?

Saya tak kata salah kalau mekap, asalkan tak berlebihan hingga jadikan wajah macam kertas lukisan. Saya sendiri masih pakai bedak compact untuk cover kulit dari bahang matahari gara-gara kulit cepat sunburn. Masih pakai pelembap, masih pakai pelembap bibir bila rajin. Kadang-kadang gatal tangan lorek eyeliner. 

Timbul persoalan satu hari, kawan tanya. Kalau kawen nanti, mekap tak?
Saya? Hmm... entahlah. Normally orang memang akan mekap kan? Saya pun mungkin tak lari dari perkara tu jugak. Kebanyakan lelaki lagi suka kalau isteri dia tak mekap. Mungkin mekap tebal yang dimaksudkan. Kalau saya? Mungkin minta mak andam tu mekap nipis-nipis saja. Kalau mekap sendiri pun lagi ok kut? Kut la. 


Mungkin macam ni. Simple & natural kan?  LINK


Sebab saya penah tolong kawan jadi model dia nak belajar mekap dengan sorang MUA ni. MUA ni pun kawan-kawan jugak. Memang berubah betul wajah. Agaknya kalau mekap camtu masa hari kawen, bakal suami terpinga-pinga dia salah datang rumah ke apa ni? Seriously kalau sekejap mungkin saya boleh tahan. Kalau lama-lama sampai petang, dengan panasnye, mau tak rasa melengas muka ni? Tau tak melengas? Melengas ke berlengas ke tah.


See.... ini bukan saya. Terlalu berbeza. Tang mata tu memang lain sebelah sebab MUA tu ajar dua cara mekap mata.


This is the real me and Alhamdulillah.




Khalila : Banyak sungguh celoteh entry ni. TQ sudi baca. :)




Saturday, February 16, 2013

Ini Memang Bikin TERHARU ;)

Assalamu'alaikum, Salam Sejahtera.


Terharu seketika malam ini. Tiba-tiba ada murid lama chat. Dia tanya saya ingat dia lagi atau tak. Mestilah saya ingat. Haziq nama dia. Saja-saja view profile dia. Eh, macam kenal gambar cover dia ni.

Sebelum hari terakhir Praktikum Fasa 2 di SBT SK Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi, sekolah tu ada buat jamuan hari raya. Jadi hari tu ada la tangkap gambar dengan budak-budak ni. Diorang pun tak kalah jugak, handphone sorang-sorang lagi canggih dari cikgu dia ni. Diorang lagi banyak snap gambar.

Hmm.... berbalik kepada kisah hari ni. Saya tengok, dia abadikan (ewahh) gambar dia, 2,3 kawan dia bersama saya jadi cover photo. Heh, mungkin bagi korang ini benda remeh. Tapi ada sentimental value pada diri saya. Rasa dihargai, sedangkan saya dah tinggalkan sekolah tu lebih kurang 5 bulan, dah lepas cuti hujung tahun semua.


Gambar sebenar kat bawah ni.






Khalila : Terima kasih sebab masih ingat cikgu. :)

Friday, February 01, 2013

Akhirnyaaaa!!

Dah lama sangat mengidam...

Sebulan

Dua bulan

Tiga bulan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Fuhh... baru hari ni ada rezeki Allah nak bagi.
.
.
.
.
.

Heh... kenapa macam desperate sangat? Teringin pegi je la Subway, order, bayar, makan.

No......

Sebelum ni ada je kekangan. Asyik tak dapat, tak sempat, tak apa tah lagi.

Eat Fresh. Tapi malas pulak makan sorang-sorang kat situ. Jadi, bawak balik la. Boleh kasi roomate rasa. Kan kan?

Sandwich kat Subway boleh kata sihat jugalah. Cukup semua. Karbohidrat, protein, bijirin, vitamin, semua ada. Jadi, tak ada masalah la ok. Lagi pun bukan setiap minggu pegi kejar Subway. Bila pungguk rindukan bulan, tetiba nak makan Subway, baru la pegi cari.

Subway dah ada plastik baru sekarang. Ke dah lama? Nampak jelas dan nyata dah lama tak makan Subway. Hari ni tak ingat pulak apa benda yang daily special. Selalu order yang special of the day, jimat, murah sikit. Tapi hari ni tergoda pulak dengan Chicken Teriyaki atau Teriyaki Ayam atau Ayam Teriyaki. Mana-manalah. Nampak orang tu kaut ayam macam lebih dari biasa je. Jadi, selamat la ayam-ayam tersebut dalam tangki perut ni ^_^.


Semalam moody, yaaa agak moody, ngantuk semua ada. 
Hari ni hepy, santai, relax.
Relax apenye duit terbang melayang-layang buat terapi shopping.
Tapi ada sikit keciwa.
Fine, Tahun Baru Cina ada orang tu tak jadi balik.
Takpelah.... faham.




Khalila : Bila lama tak jumpa, benda simple tu memang sangat berharga.

Sunday, January 06, 2013

Alhamdulillah... Hasrat Tercapai ^_^

2012 baru je berlalu. 2013 pun baru je 6 hari berjalan. Haiii.... apa yang cepat sangat tercapat hasrat ni? Eh, cepat atau lambat, Allah yang uruskan. Kuasa Allah jugaklah yang menjadikan hasrat itu cepat atau lambat dicapai... kan?

I was dreaming. Yes, I'm dreaming. Macam-macam. Nak buat tu, nak buat ni. Belum jadi yang ini, nak buat yang itu pulak. Jadi macam mana? Macam nilah. Mana yang dapat capai dulu, kita buat yang tu dulu.

Saya berangan... dulu. Dulu saya berangan nak buat tudung sendiri. Means.... tak semestinya saya reka buat inovasi sendiri. Dapat ilham dari orang lain pun tak apa, janji saya nak buat sendiri dengan dua tangan yang Allah beri pada saya ni. Senang cerita buatan tangan, handmade.

Teringat ada kain ela 2 meter mak punya yang dah lama dalam kabinet tu. Selongkar-selongkar, haaa jumpa.  Curi pandang kat mak. Tanya mak nak guna tak kain ni. Mak kata tak, jadi saya ambil la. Alhamdulillah, percubaan pertama menjadi jugaklah. Adik pun pandang-pandang je. Apa la kakak dia buat ni main gunting-gunting kain.

Alhamdulillah! Akhirnya gagahkan diri jugak nak cuba buat. Ingat senang nak gagahkan diri? Kalau tiba-tiba rasa malas, nantilah dulu, taknak buat, tak ada idea.... hmmm.... sampai tahun depan pun tak jadi jugak. Satu hari, pegi kedai cari material yang dikehendaki dan bersesuaian, bawak balik, zassssss! gunting. 

Mula-mula tak tahu kat mana nak jahit tepi, jadi apa saya buat? Takkan nak biarkan tudung tu berambu-ramba dengan benang-benang yang terkeluar. Jadi, berbekalkan pengalaman bakar-membakar tudung sekolah, guna teknik yang sama untuk selamatkan rupa tudung tu. Jadila, boleh la buat pakai sekejap ^_^.

Tapi, dia sangkut-sangkut pulak sebab bekas dibakar tu keras sikit. Bila kena kain, mudah tersangkut. Nak taknak, pegi juga cari kedai jahit tepi, alhamdulillah jumpa. Hasilnya memang memuaskan hati sendiri.

Orang perempuan, biasalah. Beli tudung ke, baju ke mesti nak cuba depan cermin. Same goes to me. Boleh pulak cermin panjang tu dekat dengan tempat makan. Ayah pun apa lagi, usha je anak sulung dia ni dari tadi gaya-gayakan tudung depan cermin. Lepas satu, satu. Lepas pink, mustard pulak, lepas tu coklat pulak.

Ayah : Kakak pakai-pakai tudung ni, nak jual kat orang ke, nak pakai sendiri? 

(total tudung saya buat masa tu 7 helai)

Khalila : (Sengih) Kakak nak pakai sendiri la. Kalau jual tu.... nanti dulu kut.

Jadi, tudung tu la saya guna ke sana sini. Memandangkan cuti sekolah hari tu saya ambil lesen kereta, memang banyak keluar. Memang saya guna tudung tu saja. Selesa dan mudah digayakan. Yang penting! Tudung tu labuh menutupi dada dan belakang. Cuma kain jarang, jadi saya dah buat sekali inner dalam. And.... you ready to go!

Kat bawah ni ada beberapa gambar saya pakai tudung yang saya buat tu. 

Dark Brown

Royal Blue

Green

Pink

Ada lagi warna yang lain, kelabu cerah, kuning mustard dan kelabu berjalur (1st prototype)

Alhamdulillah ^_^

Kalau nak, ada usaha semua boleh jadi. Kena berangan sikit, kena berimaginasi sikit. Dapat ilham terus buat. Ilham ni Allah yang bagi. Kadang-kadang terus kepada diri sendiri. Kadang-kadang melalui orang lain. Sehebat mana idea kita, itu milik Allah. Jangan sesekali berbangga diri, bongkak, angkuh dengan idea yang Allah kurniakan kerana mungkin idea itu Allah kurniakan bukan untuk kepentingan diri kita semata-mata, tetapi juga untuk beri manfaat kepada orang lain :) 




Khalila : Misi seterusnya ialah telekung. Dah lama berangan nak jahit telekung sendiri dengan tangan sendiri tapi perlu bantuan mesin jahit jugak lah ^_^. I wish to buy a new sewing machine because the one at my parents house is already tingtong. I wish to buy mesin jahit tepi halus also for my next next selendang labuh handmade project. Ohh.... i wish.... 

Thursday, January 03, 2013

Review Glutathione Collagen Soap


Sebelum ni saya pernah pakai GCS masa awal kemunculan produk Pinkish. Waktu tu, GCS ni ada 3 layer warna. Orange-Pink-Putih. Sekarang Pinkish dah upgrade GCS ni jadi warna Soft pink-Pink. Mungkin sebab banyak sabun gluta kat luar sana warna seakan-akan warna GCS sebelum ni. Tapi, tak kisah la kan? CUTE!


Lama jugak saya pakai. Sampai habis 1 buku. Ye..... saya pakai satu buku je. Lepas tu tak beli dah sebab situasi masa tu tak mengizinkan saya beli online. Akhirnya, saya pakai sabun beras je sebab senang nak jumpa dan murah. Tapi, masa pakai GCS tu alhamdulillah ok. Kulit saya alhamdulillah tak ada masalah kulit yang teruk. Cuma waktu tu, kulit saya burn yang amat sebab berjemur bawah cik matahari. Sukanlah, bola tamparlah. Apa boleh buat, ada je aktiviti padang. Sunblock malas pakai. Padan muka. Huhu..


Nampak beza tak? Nampak la kut sikit. Pencahayaan, tempat semua sama. Kulit saya kalau bab burn lajuuuuuuuuuuuu je, tapi kalau bab nak baik balik..... hmm... paham-paham je la. Masa ni saya pakai GSC saje. Akhir-akhir tu ada makan Gluta 20000 sekali, tapi asyik langgar pantang larang. Liat sangat minum air masak.

Sekarang bila dah lama tak pakai, kerja asyik berjemur je, marilah pakai semula. Tengok feedback customer Pinkish pun boleh tahan jugak. Pinkish ni macam-macam produk dia ada. Tapi buat masa ni, saya cuba GCS je la dulu. 

Sebelum ni saya pakai mesti potong sabun tu nak jimat. Tapi, owner Pinkish pesan jangan potong sabun tu. Takut pisau tu ad bakteria ke kan. Bagi kesan pulak kat sabun tu. Katanya sebab sabun tu ada collagen. Takut nanti collagen tu terjejas. Jadi pandai-pandai la pakai sebuku sabun tu jangan bagi cair, nanti cepat habis.


Haa.... ni nama dia penanda aras. Beberapa minit sebelum pakai GCS. Nanti tunggu la agak-agak dah nampak kesan, saya review sekali lagi ok. Jadi ke tak jadi, berkesan ke tak berkesan, lain cerita. Kalau jadi, maknanya berkesan. Kalau tak jadi, maknanya tak berkesan. Janji kita cuba dulu ^_^.




Khalila : Dengarnya Pinkish akan buka HQ kat Wangsa Maju. Yeke Wangsa Maju? Ke tempat lain ek? Entahlah. 


Monday, December 31, 2012

Tolong Sedar Diri!



Apa marah-marah ni? Baca tajuk je macam boleh bayang muka orang berkerut-kerut, muka merah padma (memang padma ok, bukan padam), telinga berasap-asap.
Eh... pasal apa? Sedar diri kenapa? Buat silap ke?

Haihhh....
 Dear Khalila...
Ni suara hati nak cakap sikit ni.
Tolong sedar diri laaaaaa.......
Awak tu nak balik KL dah ESOK!!
Apa cerita barang pun tak packing lagi niiiii....!

Ya, saya kena terima kenyataan. Masa senggang, masa tenang, masa rehat sudah habis. Masa tunaikan kewajipan seorang hamba dalam menuntut ilmu sudah tiba. Apa belum cukup rehat hampir dua purnama? Mahu rehat sampai bila?

Ya, ya.... baiklah. Saya terima kenyataan esok (1 Januari 2013) saya perlu tinggalkan bandar intan ini.

I'll be missing you.

Lot's of moment here.
 
KL... jangan macam-macam. Aku ada masa rimas dibalut kenangan yang menempel enggan pergi. Ada sisi hampa 1 Januari ini yang sepatutnya ceria pelangi mewarnai hari. Tuntutan mengatasi kemahuan. Tak mengapa. Bukan sekarang, masa mendatang akan ada. Ada satu jiwa nun jauh juga merasa.

Tidak mengapa..

Tidak mengapa.....

SUDAH!

Apa lagi dibuat masih saja lagi berteleku di hadapan layar putih ini.

(-_-")
Baiklah.... saya pergi mengemas sekarang.



Khalila : Selamat tahun baru 2013 buat semua. Semoga tahun baru ini lebih banyak kebaikan, lebih banyak perubahan diri, lebih banyak tingkat keimanan digapai. Segalanya milik Allah. Allah sudah mengatur kiri kanannya langkahan kita. Lalui dengan berpaksikan landasan yang diredhai Allah. InsyaAllah. :)

Khalila nak bisik sikit lagi : Ada kala saya bahasakan diri "aku" andai lagak ayat bagai bermonolog.

Sunday, May 13, 2012

Kakak, Kenapa Makin GELAP??


Hai, semua ^_^. Haihhh.... the end of weekend yang bosan. Dua hari lagi EXAM DAH START!! Relax... masih boleh cool... "Kau memang macam ni Khalila. Cuba serius sikit." Setiap orang ada cara untuk dia study kan? Saya tak boleh study dalam keadaan yang tension. Jadi, cara yang terbaik, santai la. Apa-apa pun tak la sampai tutup buku masuk dalam kotak pastu letak binding tape. Hehee.





GELAP? Yes, tah bape orang tegur saya dah gelap. Heyy... Ila, kenapa makin gelap ni? Kakak, kenapa nampak macam makin gelap? Haishh..... tahukah kalian wanita sebenarnya tak suka disoal sebegitu rupa. Kanak-kanak mungkin ok. Tapi, bila dah menginjak ke alam dewasa, soalan itu seakan sensitif bunyinya. Tak mengapa. Sememangnya Allah beri kulit ini banyak melaninnya. Memang baka tak cerah sangat ;).

It is ok. Khalila bukan seorang yang suka-suka nak melenting tak tentu pasal. Sebarang teguran akan diterima sebaik mungkin ditambah senyuman penuh ikhlas seakan-akan hati tak terusik langsung. Hehe... takpe. Saya tak kisah pun orang tegur-tegur camtu. Yang jadi burn kali ni gara-gara Kejohanan Olahraga IB dan Kejohanan Bola Tampar sebulan dua yang lepas tu la. Nasib la kan...

Jenis kulit setiap orang berbeza kan? Kulit saya memang senang terbakar atau burn. Pantang berjemur sikit confirm timbul belang kat garisan tudung. Joging sikit pun muka boleh merah dan burn. Tulah keistimewaan kulit saya (sedapkan hati). Tak semua orang ada kan? Yang lagi istimewa, bila dah senang sangat nak burn, bila nak pulih balik ya amat la PAYAH! Kalau celebrate birthday hari ni, sempat celebrate birthday lagi sekali agaknya pun belum tentu pulih balik. Hehe... Jadi, itulah jawapan kepada persoalan orang-orang yang bertanya tu.

Gelap tak apa, asalkan masih cukup sifat, kan? ^_^

Kenapa saya nak cerita benda ni? Sebab saya nak try satu produk ni. Tengok feedback macam ok. Penggunaan dia pun tak rumit dan tak leceh. Saya memang tak suka pakai produk yang banyak sangat step, banyak sangat bahan nak kena pakai. Nanti entah berapa lapis bahan kimia kat muka. Baru order. Belum sampai pun lagi. Nanti kalau kesan dia ok, saya akan share kat blog ni ok ;)

Daaa.....


p/s : Perempuan memang tak lari dari topik penjagaan wajah kan? ;p


----------------------------------------------------------------------

Jom singgah ONLINE SHOP saya ^_^

Zaralyla Shop
Klik gambar

Saturday, May 12, 2012

A GIFT From My Little Sis ^_^




Ape motif ni? (LINK)

Hai semua ^_^. How are you? Buat apa hujung minggu ni? Haaaa?? TIDO?? Adeh...... -_-". Wake up, wake up, petey doh nim. Awal hari ni saya dapat satu hadiah dari adik perempuan bongsu saya. Haihh.... tak pernah kasi hadiah, tiba-tiba kasi pulak. Hehee.. So sweet betul budak kecik ni. Nak tau hadiah apa? Ni ha dia. Kalau tak nampak, sila klik kasi besar. ^_^




Haaaa.... nampak tak? nampak tak? Well, walaupun bukan hadiah dalam bentuk fizikal, i don't mind. Yang penting ikhlas kan? Hehe... ohhh... memang la bukan hadiah birthday. Hadiah sempena  Hari Guru 16 Mei nanti. Awal betul dia ni kasi hadiah. Hehe... Katanya Hari Guru nanti kelas dia kena buat persembahan lagu ni. Tajuknya "TERIMA KASIH GURUKU". Nyanyi kuat-kuat biar sampai KL ni ha dengarnyeeee.... ;p

-Syakirah-

Korang pernah dengar tak lagu ni? Sweet tau lagu ni macam gula-gula kapas. Sebab tu saya letak gambar gula-gula kapas tu kat atas. Hehe. Kalau cikgu-cikgu rasanya dah biasa dengar lagu ni. Yang lain pun mungkin pernah dengar. Tapi sesiapa yang tak pernah dengar, meh tengok video kat bawah ni. Hayati ok ^_^.

Tajuk : Terima Kasih Guruku



p/s : Terima kasih ye Syakirah Mohd Ishak ^_^



---------------------------------------------------------------

Jom singgah ONLINE SHOP saya ^_^

Zaralyla Shop


Klik gambar

Friday, April 20, 2012

Rasa Semacam... Rasa Lain Macam....



Hai semua ^_^. Percaya atau tidak, saya dah hampir 5 tahun belajar di ibu negara Malaysia ni. Tapi tak pernah sekali pun jejak kaki ke Pavilion KL. Eh, ini serius. Huhu... Ada sekali tu saya lalu depan Pavilion for the first time dan ternampak replika-replika seperti dalam gambar kat bawah ni..... 

Jom tengok...








Sumber : Tok Google

Saya tak pasti sama ada semua gambar tu diambil di Pavilion KL atau tidak sebab United Buddy Bear ni worldwide rasanye. Tapi tanggapan pertama saya bila nampak patung-patung ni saya rasa macam.................. Entahlah, takut jadi hal sensitif kalau disebut nanti. Huhuu... Tapi serius la, saya terbayangkan "benda" itu bila United Buddy Bear ni disusun banyak-banyak macam tu. Mungkin kalau buddy bear tu semua saiznye kecik-kecik saya tak fikir macam "itu" kut. Diakui memang comel (sesetengahnya). Tapi bila banyak-banyak macam ni, saya rasa lain macam. Hehe...


p/s : Mungkin saya je yang terbayang buddy bear besar-besar yang disusun banyak-banyak macam tu seperti .............. Arghh! Takmo sebutlah..



Jom singgah ONLINE SHOP saya ^_^
Klik gambar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...