Support Me Here ^_^

Sunday, April 28, 2013

Mahalnya Libresse Akak!

Ini entry agak open. Sebab? Sebab saya tak cerita hal-hal macam ni kat blog. Macam suspen je. Haihh... 

Tapi.............. gara-gara AKAK itu, jiwa raga saya jadi geram. 

Tahu LIBRESSE? Perempuan mesti tau. Kat tv pun ada iklan, Adibah Noor jadi duta Libresse ni.

Tak tau lagi ape benda Libresse ni? Haiyooooooooooo.... Nah tengok gambar.




Ini dia rangkaian produk Libresse, khusus untuk wanita. Jangan cakap ada lelaki pakai benda ini pulak. Dah kenapa pulak lelaki nak pakai benda ni. Huhu..

Apesal saya geram? Hadoi, saya beli benda ni tadi kat Pudu Sentral. Ingatkan malas nak singgah tempat lain beli benda ni memandangkan stock saya dah habis. Sejak pakai Libresse, saya tak minat dah pakai yang lain. Nampak je ade kedai yang jual, saya terus pegi kat tokey dia. 

"Kak, nak Libresse tu satu."

Kakak tu pun bersusah payah la ambil payung panjang tu tolak-tolak bungkusan Libresse bagi jatuh sebab dia letak tinggi sangat sampai syiling. Akak tu terus bungkus, "RM5.50 dik."

Saya macam tergamam, sambil tangan terus keluarkan duit. Ye, yeee.... saya boleh je kan cakap "mahalnye kak RM5.50. Saya biasa beli lebih kurang RM3 je." Tapi ternyata kata-kata itu cuma terkubur di dalam hati saje. 

Bagi wanita-wanita yang tak biasa beli Libresse, harga RM5.50 tu harga normal untuk Libresse 20 keping. Tapi yang saya beli tadi tu..................... 8 KEPING SAJE! Hati tak puas lagi, keluar dari Pudu Sentral, saya jalan kaki terus nak pegi LRT Pasar Seni. Dalam perjalanan tu, saya singgah Watson sekejap. Semata-mata nak check balik harga. Mana la tau Libresse dah naik harga dalam masa sebulan ni. Pack 10 atau 8 keping tak ada la pulak. Yang ada pack 20 keping dan 16 keping. Ternyata, yang tu memang harga RM5++.

Keluar dari Watson, jalan lagi, saya jumpa 7Eleven, singgah. Ohhh ada pack 10 dan 8 keping. Harga? RM3.30. See....... harga dia lebih kurang tu saja. Yang biasa saya beli pun cuma RM2.95 (lebih kurang la, x lebih dari RM3 pun).

Bukan nak kecoh sangat. Tapi, harga kakak tu jual terlalu mahal dari harga biasa. Sewa kedai kat Pudu Sentral tu terlalu mahal ke sampai kakak tu kena naikkan harga sampai macam tu sekali? Takpe lah, anggap saje kasi kakak tu upah turunkan pack Libresse dengan susah payahnya menggunakan payung panjang itu. Haihh..

Mungkin rezeki kakak tu kan. Takpelah :)

8 menconteng:

Mysara Ab Rahman said...

kte pn beli librese..
harga 5.50 mmg mahal la, dye mark up lbey..harga dye sbnr hmpir2 RM3 je

ZWAN SABRI said...

hampir 2 kali ganda harga kakak tu jual.. smoga kakak tu insaf..

edNA tinynasweet said...

nak selamat beli produk kat farmasi je dear... watson pon tengah promosi

Alin Maslina said...

Prnah gak beli kat pudu dulu. Itupun da terpaksa. Sbb nk tunggu beli kat pasar seni, lambat lah. Katp pudu mostly sume brg mahal. Hanya beli topup je sama gn harga biasa.

khalila ishak said...

@Mysara Ab Rahman

tu la kan? hmm... memang kedai2 kat pudu jual harga tu rasanya. sian kat org2 yg terdesak

khalila ishak said...

@ZWAN SABRI

betul tu. tkejut jugak tgk harga dia

khalila ishak said...

@edNA tinynasweet

ha'a betul. mmg slalu beli kat watson. tp ari tu igt malas singgah tmpat lain. beli je la kat situ. tp lepas ni mmg x beli dh kat pudu. huhu

khalila ishak said...

@Alin Maslina

kita macam senasib la ni. huhuu... betul tu. jarang beli barang kt pudu. slalu beli mangga muda je. THE BEST. hehe.. tp kalau singgah kedai 1 malaysia murah la sikit ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...