Support Me Here ^_^

Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Monday, April 29, 2013

Semanis Fishball, Semasam Laksa

Semalam masa balik dari Pudu Sentral, saya lalu di kawasan LRT Pasar Seni. Waktu tu lebih kurang pukul 7.20 PM. Ade satu gerai kecil masih buka waktu tu. Saya nampak penjual dia masih muda. Wanita. Dengan wajah yang sudah "berminyak" dia masih tersenyum melayan pelanggan. Saya bukan nak komen minyak di muka wanita tu. Normal la kan. Bekerja sepanjang hari menjual makanan bergoreng macam fishball, nugget, sosej, pisang goreng dan segala macam lagi, letih dan panas, itu biasa. Saya mengerti. Saya cuma mahu komen senyuman dan layanan mesra dia terhadap pelanggan waktu itu. Bagus, memang bagus. Itulah cara terbaik melayan pelanggan.

(gambar pinjam)

Bukan apa, saya teringat ada suatu hari saya turun di sebuah stesen LRT. Saya singgah sekejap di gerai yang menjual laksa. Laksa memang salah satu makanan favourite saya. Tapi saya tak terus singgah dan beli di kedai laksa tu. Saya jalan dulu tengok gerai-gerai lain. Ada char kuey tiaw, nasi goreng, nasi kukus, macam-macam lagi la. Tapi sebab teringat kat laksa tadi, dan sebab dah hampir malam, saya malas nak makan nasi, jadi saya patah balik ke kedai laksa tu. 

Saya datang, senyum. Tapi.... orang tu x senyum balik pun *tacing. Tapi takpe, biaselah. Mungkin penat. Saya terus order sebungkus laksa. Tengok yang sorang lagi, senyum langsung tidak. Masam lagi ada. Macam nak tak nak je layan. Sedangkan cuma saya sorang pelanggan masa tu. Sampailah saya bayar laksa tu, tak berkata apa-apa. Pelik jugak. Ada konflik dalaman ke? Langsung tidak bermanis muka atau bermanis kata. Biasanya, bila kita membeli di mana-mana, ada ucapan 'terima kasih' atau 'saya jual ye' atau paling tidak pun, sebaris senyuman. Jadi, orang yang membeli ni rasa gembira je. Ada yang sedih ke lepas beli makanan? Hehe...

Ini bukan masalah besar. Tapi hal-hal kecil macam inilah yang tidak boleh diperkecilkan. Awak jual dengan muka yang masam mencuka, orang lain tengok pun tak senang. Awak jual dengan muka manis, mesra, orang yang tak beli pun bila nampak awak layan customer baik-baik macam tu boleh buat dia nak singgah beli makanan atau barang kat awak. Bersangka baik, mungkin si penjual laksa ada masalah sebelum tu yang kita tak tahu. 


**Ini bukan kisah gerai laksa di Pasar Malam Kerinci yang tiga beranak itu ye. Yang tu ok, tak ada masalah ;)

Sunday, April 28, 2013

Mahalnya Libresse Akak!

Ini entry agak open. Sebab? Sebab saya tak cerita hal-hal macam ni kat blog. Macam suspen je. Haihh... 

Tapi.............. gara-gara AKAK itu, jiwa raga saya jadi geram. 

Tahu LIBRESSE? Perempuan mesti tau. Kat tv pun ada iklan, Adibah Noor jadi duta Libresse ni.

Tak tau lagi ape benda Libresse ni? Haiyooooooooooo.... Nah tengok gambar.




Ini dia rangkaian produk Libresse, khusus untuk wanita. Jangan cakap ada lelaki pakai benda ini pulak. Dah kenapa pulak lelaki nak pakai benda ni. Huhu..

Apesal saya geram? Hadoi, saya beli benda ni tadi kat Pudu Sentral. Ingatkan malas nak singgah tempat lain beli benda ni memandangkan stock saya dah habis. Sejak pakai Libresse, saya tak minat dah pakai yang lain. Nampak je ade kedai yang jual, saya terus pegi kat tokey dia. 

"Kak, nak Libresse tu satu."

Kakak tu pun bersusah payah la ambil payung panjang tu tolak-tolak bungkusan Libresse bagi jatuh sebab dia letak tinggi sangat sampai syiling. Akak tu terus bungkus, "RM5.50 dik."

Saya macam tergamam, sambil tangan terus keluarkan duit. Ye, yeee.... saya boleh je kan cakap "mahalnye kak RM5.50. Saya biasa beli lebih kurang RM3 je." Tapi ternyata kata-kata itu cuma terkubur di dalam hati saje. 

Bagi wanita-wanita yang tak biasa beli Libresse, harga RM5.50 tu harga normal untuk Libresse 20 keping. Tapi yang saya beli tadi tu..................... 8 KEPING SAJE! Hati tak puas lagi, keluar dari Pudu Sentral, saya jalan kaki terus nak pegi LRT Pasar Seni. Dalam perjalanan tu, saya singgah Watson sekejap. Semata-mata nak check balik harga. Mana la tau Libresse dah naik harga dalam masa sebulan ni. Pack 10 atau 8 keping tak ada la pulak. Yang ada pack 20 keping dan 16 keping. Ternyata, yang tu memang harga RM5++.

Keluar dari Watson, jalan lagi, saya jumpa 7Eleven, singgah. Ohhh ada pack 10 dan 8 keping. Harga? RM3.30. See....... harga dia lebih kurang tu saja. Yang biasa saya beli pun cuma RM2.95 (lebih kurang la, x lebih dari RM3 pun).

Bukan nak kecoh sangat. Tapi, harga kakak tu jual terlalu mahal dari harga biasa. Sewa kedai kat Pudu Sentral tu terlalu mahal ke sampai kakak tu kena naikkan harga sampai macam tu sekali? Takpe lah, anggap saje kasi kakak tu upah turunkan pack Libresse dengan susah payahnya menggunakan payung panjang itu. Haihh..

Mungkin rezeki kakak tu kan. Takpelah :)

Sunday, March 31, 2013

Gores Dan Menang KEMBALI LAGI!

Assalamu'alaikum. Salam Sejahtera.


Teringat zaman kecik-kecik dulu, selalu ade agen-agen gores dan menang datang rumah. Dia bagi kita beberapa kad untuk dipilih. Kita pun berdebar-debar la konon nak pilih. Harap-harap dapat yang terbaik. Jadi, boleh la dapat hadiah best. 

Gores dan menang yang saya cerita ni tak sama macam gores dan menang yang ada kat produk-produk terkenal di Malaysia ni. Yang tu rasanya boleh dipercayai kut. Yang saya cerita ni tah dari syarikat mana-mana tah. Ok, kita sambung cerita.


Gambar contoh.


Sekali gores, fuyyooooooooooo dapat hadiah yang THE BEST! Dapat tuntut hadiah macam-macam. Water filter la, mesin urut kaki la, macam-macam la. Hadiah sepatutnya "free" kan? Haaaa.... kat sini la trick diorang. Untuk ambil satu barang tu perlu bayar cost-cost tertentu atas nama dan term-term tertentu.
Ape la, tu bukan hadiah la namanya.

Kenapa tetiba saya cerita pasal ni? Haaa.... ni la dia nak sambung lagi cerita ni. Semalam (30 Mac 2013) sesiapa yang pergi ke Pudu Sentral turun dari Plaza Rakyat mungkin ada jumpa beberapa orang yang buat promosi kad hadiah. Mula-mula ada seorang lelaki hulur kad kepada saya. Mula-mula saya malas nak ambil. Dia hulur lagi. Saya ingat kad iklan biasa macam Gulatis bagi kat area Masjid Jamek tu. Saya ambil je la. Eh, lepas tu dia suruh pergi kat sorang lagi kawan dia kat depan saya tu. Saya ingat lagi dia kata, "Ha, you pegi bagi kat itu perempuan gemuk sign". Ha? sign?. Hmm... ok la. Maybe ni macam promosi macam yang WWF buat untuk hidupan liar. 1 Signature 1 Support la agaknya. Tapi................ ha, kat sini saya dah tau dah apa sebenarnya yang diorang main. Dua orang ni mula terangkan pasal promosi syarikat diorang, pasal hadiah, pasal kupon diskaun dan sebagainya. Terus saya teringat kenangan zaman kecik dulu. 

Saya buat apa lepas tu? Saya teruskan dengar penerangan mereka. Dalam hati ada baca-baca jugak takut diorang pukau ke apa. Bahaya kan. Kita mana tau. Saya pun koyak la kad hadiah tu. Bila terpampang depan enam mata kitorang bertiga ada bulatan warna silver. Dua orang yang buat promosi tu buat muka tergamam. Sungguh-sungguh dia kata, "Waaa... you dapat SUPER punya ni! You tengok aaa, kalau yang warna-warna lain punya cuma diskaun beberapa peratus saja. Ni you dapat silver, you datang HQ you boleh tuntut mana-mana hadiah dalam gambar ni (lebih dari 10 gambar hadiah dalam pamplet die termasuklah kereta). Waaa.... you banyak untung aaa!"

Saya malas nak teruja sebab saya macam dah boleh agak nanti mesti ada cas tersembunyi jugak. Lelaki tu pergi sambung kerja dia hulur kad hadiah. Tinggal perempuan tu saje yang sambung bebel depan saya. Saya tanya, "Ni kene bayar apa-apa ke ni?". Dia jawab, "Tak ada, ni hadiah. You tak perlu bayar". Dia mula tanya beberapa soalan dan saya jawab selagi jawapan saya tu tak membahayakan diri. Dia tanya pasal bank simpanan, saya jawab tapi tak beritahu semua bank yang saya ada. Kemudian dia sambung lagi cerita, pasal insurans dan sebagainya, saya tak reti nak terangkan. Dia kata, kalau saya dapat kereta, boleh ambil terus tapi saya perlu cover cost insurans ke apa tah lebih kurang RM3000 macam tu. Dia tanya, duit saya dalam bank ada berapa. Saya jawab tak banyak ada sikit je. Dia tanya lagi, kalau campur dua bank, duit you ada banyak ni tak (untuk cover RM3000 tu). Saya jawab, "Emm... tak ada pun. Tak sampai pun banyak tu". 

Lepas saya jawab macam tu, air muka dia dah berubah sikit. "Ooo... yeke? Kalau macam tu, you tak dapat la ambil hadiah ni. Kalau you dapat kereta, at least you kene bayar RM3000 (untuk insurans kut, saya tak pasti). Sayang la oo... Kad ni saya burn saja la?"

Dan dengan senang hatinya, saya tersenyum dan berkata "OK", dan terus berlalu pergi.




Zaman sekarang ni, macam-macam cara orang nak tipu. Tak tipu banyak, tipu sikit, janji dia dapat. Hal yang saya cerita kat atas ni, sekalipun memang diorang betul, maaf saya malas nak percaya. Saya pun bukan terdesak sangat nak kereta. Kalau ada hadiah kereta sekali pun, biarlah dari sumber yang dipercayai.

Kalau korang berhadapan dengan situasi ni, beringatlah dan jangan terlalu teruja, sentiasa berhati-hati.


Saturday, February 16, 2013

Ini Memang Bikin TERHARU ;)

Assalamu'alaikum, Salam Sejahtera.


Terharu seketika malam ini. Tiba-tiba ada murid lama chat. Dia tanya saya ingat dia lagi atau tak. Mestilah saya ingat. Haziq nama dia. Saja-saja view profile dia. Eh, macam kenal gambar cover dia ni.

Sebelum hari terakhir Praktikum Fasa 2 di SBT SK Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi, sekolah tu ada buat jamuan hari raya. Jadi hari tu ada la tangkap gambar dengan budak-budak ni. Diorang pun tak kalah jugak, handphone sorang-sorang lagi canggih dari cikgu dia ni. Diorang lagi banyak snap gambar.

Hmm.... berbalik kepada kisah hari ni. Saya tengok, dia abadikan (ewahh) gambar dia, 2,3 kawan dia bersama saya jadi cover photo. Heh, mungkin bagi korang ini benda remeh. Tapi ada sentimental value pada diri saya. Rasa dihargai, sedangkan saya dah tinggalkan sekolah tu lebih kurang 5 bulan, dah lepas cuti hujung tahun semua.


Gambar sebenar kat bawah ni.






Khalila : Terima kasih sebab masih ingat cikgu. :)

Friday, April 20, 2012

Rasa Semacam... Rasa Lain Macam....



Hai semua ^_^. Percaya atau tidak, saya dah hampir 5 tahun belajar di ibu negara Malaysia ni. Tapi tak pernah sekali pun jejak kaki ke Pavilion KL. Eh, ini serius. Huhu... Ada sekali tu saya lalu depan Pavilion for the first time dan ternampak replika-replika seperti dalam gambar kat bawah ni..... 

Jom tengok...








Sumber : Tok Google

Saya tak pasti sama ada semua gambar tu diambil di Pavilion KL atau tidak sebab United Buddy Bear ni worldwide rasanye. Tapi tanggapan pertama saya bila nampak patung-patung ni saya rasa macam.................. Entahlah, takut jadi hal sensitif kalau disebut nanti. Huhuu... Tapi serius la, saya terbayangkan "benda" itu bila United Buddy Bear ni disusun banyak-banyak macam tu. Mungkin kalau buddy bear tu semua saiznye kecik-kecik saya tak fikir macam "itu" kut. Diakui memang comel (sesetengahnya). Tapi bila banyak-banyak macam ni, saya rasa lain macam. Hehe...


p/s : Mungkin saya je yang terbayang buddy bear besar-besar yang disusun banyak-banyak macam tu seperti .............. Arghh! Takmo sebutlah..



Jom singgah ONLINE SHOP saya ^_^
Klik gambar.

Saturday, February 11, 2012

SEGMEN CIKMUN : FIRST POST AKU IN BLOGGING


Hai semua ^_^. Tadi ingat nak buat entry lain. Tapi, tak jadilah. Esok baru buat. Malam ni nak join segmen CikMun dulu. Sebab? Entah, rasa macam comel je segmen ni. Hehe... Segmen ni akan menyebabkan kisah lama terungkai kembali. Ewahh.... Kan dah tak pasal-pasal tertengok, terbaca dan terlayan balik entry pertama dalam blog saya tu.



(klik banner untuk join)

Bila baca balik entry pertama tu.......... Malu sendiri pun ada. Hehe.... ayat macam skema tapi banyak guna shortform. Padat betul, macam semua nak cerita. Masa tu maklumlah.... baru buat blog kan. Tercari-cari lagi identiti sendiri. Sekarang dah ada identiti ke?? Huhuu... entah. Menaip ikut sedap rasa. Dulu kejap rasa nak guna "aku", kejap rasa nak guna "saya", kejap rasa nak guna nama bila menulis dalam entry. Akhirnya, guna "saya" sampailah sekarang. ^_^

Nak tau tarikh entry tu bila?
20 APRIL 2010
tapi
MAC 2011 baru agak aktif.

Kalau tak, pondok kecik ni dah macam pondok usang tunggu masa nak roboh je. Hehee...

Cik Mun, saya dah baca first entry anda ^_^

Nak tengok first entry saya?
ENTRY PERTAMA KHALILA IS KHALILA
(tapi pelik. kenapa tajuk kat url tak sama dengan tajuk entry ye? ape yang berlaku masa tu agaknya?)


Eh ehh...... korang kalau nak join, klik BANNER kat atas tu ok ^_^.


Oooppss.... kene tag 2 orang;
Fiq Fikri
MisEyz
Korang yang baca entry ni pun boleh join jugak ^_^
Ada syarat-syarat untuk join segmen, korang boleh baca kat entry segmen Cik Mun.


Tarikh tutup
11 Mac 2012



p/s : First entry, first baby dalam blog ^_^

Thursday, February 09, 2012

Tak Baik Tahu Tak Persenda Orang Solat


Hai semua ^_^. Petang begini orang lain pegi bersenam, keluarkan peluh. Saya duduk bilik depan laptop. Bersenam jugak ok. Senaman jari-jari. Bila dah jarang update blog, terasa semacam kekok pulak nak buat mukadimah entry. Entry ni mungkin agak emo. Tak banyak, sikit je. Tak boleh emo lebih-lebih. Tak baik untuk kesihatan entry. Hehe...

Saya cuma teringat cerita seorang kawan saya. Katanya dia ada buat kerja part-time. Nak kerja ni bukan setakat fikir nak dapat duit banyak mana dalam masa sebulan, kerja tu mudah atau tak, bos baik atau garang, kawan-kawan kerja mesra atau tak, pegi balik kerja macam mana atau macam mana nak layan customer. Ada lagi benda lain yang kene fikirkan jugak. Kalau bos tu orang bukan Islam, dia bagi tak pekerja Islam dia pegi solat. Kalau bos orang Islam, insyaAllah dia mesti bagi (kalau tak bagi, tak tau lah nak kata apa).


(LINK)


Kawan saya cerita, bila dah lama dia kerja kat tempat tu, dia perasan cuma seorang dua pekerja kat situ yang ke surau. Kalau perempuan mungkin ada masanya uzur, tapi tak akan setiap hari kan. Kalau lelaki? Tak apa lah. Tak berani sentuh pasal tu panjang-panjang. TAPI! Yang buat panas telinga bila dia kata nak ke surau untuk solat, dibalas kata-kata seakan sinis. Macam hal solat tu perkara yang besar atau sengaja dibuat-buat untuk tunjuk baik. PELIK.

A : Encik B, saya nak pegi surau kejap boleh? Nak solat.
B : Haaiii.... baiknye pegi solat.
C : Encik B......... saya pun nak pegi surau kejap boleeeehhh?........ (nada perli dan dibuat-buat)

D : E, saya nak pegi surau kejap ye.
E : Kau tak payah nak tunjuk baik sangat la pegi surau. (siap jeling lagi)

Eh eh.... pelik sangat ke orang nak pegi solat? Tak sepatutnya cakap macam tu. Solat kan perkara wajib. Kenapa perlu cakap macam orang yang nak pegi solat tu sengaja nak tunjuk baik? Sungguh memalukan. 

Lagi satu hal yang lagi buat telinga panas. Bila kena marah datang lambat gara-gara pegi solat. Pegi solatlah. Bukan pegi minum kopi. Kalau nak tunggu sampai aktiviti selesai, maghrib la jawabnya. Lagi-lagi sekarang ni waktu Asar lambat. Hampir cecah pukul 5 petang baru azan. Bukan sengaja nak solat masa aktiviti berjalan. Tapi disebabkan aktiviti sebelum tu tamat pada waktu aktiviti seterusnya bermula. Memang tak sempat balik bilik pun. Padahal dah datang, siap ambil kehadiran, siap minta kebenaran ketua lagi. Selesai solat, datang balik tempat aktiviti, ehhh..... kena marah pulak dengan individu yang entah bila masa datangnya. Bila bagi alasan pegi solat, siap perli lagi. Hadoooiiiii...... 

F : Ambooooiiiii....... melenggang je. Hoi, kau apesal lambat?!
G : Maaf Encik F, kami dah datang ke padang tadi. Kami pegi solat kejap.
H : Macam laaa die sorang je nak solat. Orang lain tak solat. Heeii...tak paham betul aku alasan macam ni.
F : Diorang sembahyang jemaah ni. Sorang ni imam, lagi dua orang ni jadi makmum. (nada perli)

~ Boleh pulak ye buat gurauan sinis pasal solat ~

Haiiiihhhhhh....... sekarang, saya yang tak paham dengan orang-orang macam ni. Saya faham kalau orang yang tak faham tu, yang marah tu, orang bukan seagama dengan saya. Tapi kenyataannya, mereka seagama dengan saya. Kenapa perlu bagi respon negatif macam tu bila orang kata pegi solat? Saya bukan nak buruk-burukkan sesiapa. Tapi ini kenyataan yang berlaku dalam masyarakat kita.



p/s : Entah jumpa orang yang entah macam mana pulak lepas ni...... Semoga insaf.... Ingatan untuk diri sendiri jugak. Atau............ adakah saya yang terlalu emo dengan hal ni?

Saturday, January 14, 2012

Ustaz Don, Imam Muda Nuri, Dr. Rubiah : Bila Insan Hebat Bersua Muka


Hai semua. Saya type entry ni pukul 1.13 pagi. Lebih kurang dua jam sebelumnya saya baru balik dari Dewan Za'ba Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM), KL. Ehhh... ni la tempat saya belajar. Hehe... mungkin ada yang tau dan mungkin ada yang tak tau yang saya ni bakal guru. Maaflah..... penggunaan bahasa saya dalam blog ni mungkin tak bagus. Banyak guna bahasa pasar, campur-campur bahasa. Sebagai seorang bakal guru, tak sepatutnya saya buat begitu.

Ok lah, kita sambung cerita. Sebelum memori dalam kepala ni mula nak samar-samar, baik saya taip terus kan? Hehee... tau apa aktiviti yang saya join kat Dewan Za'ba tu? Ada Forum Agama anjuran Jabatan Pendidikan Islam dan Moral & Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2011/2012.

Tajuk Forum :
Akhlak : Bukan Sekadar Rupa dan Aurat

Ahli Panel :
(haaaaa...... ni yang best kami nak dok cita nih. Hangpa nak tau dak sapa panel?)


Panel 1
Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid

(LINK)

Ramai dah kenal Ustaz Don ni kan. Saya baru lagi kenal beliau ni. Baru sekali tengok rancangan beliau 30 Minit Bersama Ustaz Don. 1st time tengok, beliau ni memang best, sempoi, kelakar, bersahaja. Saya ingat lagi episod kali tu beliau cerita pasal 3 jenis najis dan cara menyucikan najis tersebut. Memang kelakar part beliau demo tukar pampers baby tu. Dah ada ciri nak jadi ayah dah tu. Hehe... Banyak ilmu yang beliau kongsikan dalam forum tu. Cara penyampaian beliau pun menarik. Lembut, mudah dan padat.


Panel 2
Imam Muda Nuri Ali bin Arbain
(LINK)

Imam Muda Nuri pun rasanya ramai yang kenal. Tapi saya kurang cam beliau ni sebab tak ada tengok rancangan Imam Muda. Kat hostel memang tak tengok tv. Kat rumah siaran free je ada, memang tak pasang Astro. Tertanya-tanya kawan jugaklah saya tadi, siapa yang pakai baju merah tu. Kawan saya pun cakap, Imam Muda rasanya. Maaflah, memang ada tampal poster tapi saya je yang tak baca poster forum tu. Tau tarikh dengan masa je, pastu pegi. Cara penyampaian beliau pun menarik jugak. Cuma lebih keras sedikit berbanding Ustaz Don. Bak kata Imam Muda Nuri, kebanyakan golongan muda sekarang, ramai yang dah kembali kepada agama.


Panel 3
Dr Rubiah binti K. Hamzah (Ummi)
(LINK)

Yang ketiga ni pulak Dr Rubiah. Kalau nak tahu, beliau ni bekas pensyarah di IPGKBM tempat saya belajar ni. Tapi saya tak sempatlah nak jumpa beliau sebab masa saya daftar masuk sini, beliau dah tak ada. Saya sangat suka cara penyampaian Dr. Rubiah. Ada masa beliau keras, ada masa beliau berlembut. Memang menyentuh hati. Macam mana saya tak kata menyentuh hati kalau saya boleh rasa hati kecil saya terusik bila dengar beliau berkata-kata. Hehhe.... Banyak sangat pesanan dan ilmu serta nasihat yang beliau sampaikan kepada kami semasa forum berlangsung.

Jom tengok apa kata-kata kawan-kawan saya kat FB lepas join forum tu. Saya print screen terus dari wall FB saya. Semua status tu saya credit terus kepada nama-nama mereka ^_^.


Haaa..... siap buat doodle taw lepas balik forum tu. Hehee.... comel kan Diana  ni punye doodle.




Forum tersebut sememangnya berkisar tentang akhlak. Akhlak seseorang bukan sahaja dinilai dari segi rupa parasnya, penampilannya dan bukan sahaja dari segi caranya menutup aurat. Akhlak seseorang merangkumi pelbagai aspek. Sememangnya ilmu yang saya dan rakan-rakan lain perolehi malam tersebut sangat bernilai Alhamdulillah, saya rasa bersyukur kerana menjadi antara hati-hati yang terpilih untuk menghadiri majlis tersebut



Dari kiri : Hafizul Khairi (moderator), Dr. Rubiah, Ustaz Don Daniyal dan Imam Muda Nuri.



BEST! Jumpa kawan lama saya masa sekolah menengah dulu, Azireen Hezza. Dia dari UM, bersebelahan je dengan IPGKBM ni. Tak sangka dia pun datang join majlis ni. ^_^. Grrrrr...... gambar goyang sebab saya lupa nak betulkan setting camera tu. Nampak macam blooming pulak. Hehe...

Akhir kata, alhamdulillah kerana berkesempatan join majlis ilmu macam ni. Ilmu yang disampaikan memang sangat berguna dan sangat bernilai. Seronok dapat lihat orang-orang hebat di depan mata sendiri (bukan depan tv). Tahniah kepada pihak penganjur yang adakan majlis sebegini. Terima kasih jugak tetamu-tetamu dari IPG lain dan juga UM serta tetamu-tetamu lain yang sudi bertandang ke IPGKBM.




p/s : Ummi a.k.a Dr. Rubiah minta sampaikan salam kepada yang tak sempat / tak dapat hadir ke majlis tu. ;)

Monday, January 02, 2012

Patung Hidup Di Butik Cahya Shoppe..!!



**Sorry... entry ni banyak gambar. Maybe bila korang view jadi slow sikit.**

Hai semua ^_^. Korang penah tak jumpa patung hidup? Haihh... bukan Pinnochio (betul ke tah eja). Asal menipu je, hidung die panjang. Tipu sikit, hidung die panjang. Bukan, bukan.... Tu kartun. habis tu, patung hidup apa yang saya nak cerita kat sini?

Bila sebut je butik, mesti akan ade satu, dua patung yang pakai pakaian jualan butik tu kan? Yeee.... saya nak cerita pasal ni la. Errr..... bukan cerita pasal hantu ok. Bila malam je, patung-patung tu semua hidup. Siap boleh gerak-gerak lagi. Saya pun seram camtu. Apatah lagi para pemilik butik sekalian. 


Dalam entry ni, tak ada cerita seram, tak ada cerita hantu okeh.


Ingat tak sebelum ni saya ada buat entry pasal Butik Cahya Shoppe? Nak tau, boleh baca kat entry SINI. Hal ni la saya nak cerita kat sini. Saya dah lama tak jumpa owner Butik Cahya Shoppe ni. Lebih kurang 5 tahun jugak la. Baru-baru ni dia buka butik dan kebetulan saya tengah cuti, dia mintak saya tolong jadi "patung" untuk gayakan selendang dan tudung yang ada kat butik tu.

Dalam entry hari tu, saya cuma letak gambar selepas photoshoot dan 2,3 keping gambar dalam butik tu. Kat entry ni saya nak share beberapa keping hasil photoshoot tu ok. TAPI!! Please... please... please..... Jangan gelakkan saya. Saya first time buat benda macam ni. Muka macam nak gelak pun ade. Huhuu...

Abang Zizi kata, belajar dari Daniel Adie dan Hizami macam mana nak bermodel-modelan. Tapi Abang Zizi, saya bukan model macam diorang. Diorang dah expert depan kamera. Saya tolong kawan je. Huhuu...

Jomlah tengok beberapa gambar hasil photoshoot hari tu.

.
.
.
.
.

Cahya Shawl Innovation (CSI) - Lace. Ada silver lace kat one of the side. Best bila pakai ^_^.


Mustard

Turqoise

.
.
.
.
.

Magic Shawl. Kenapa magic? Sebab dia ada dua corak yang berbeza kat satu selendang tu. Boleh pakai dua-dua belah (nampak macam korang ada dua helai shawl. Padahal satu je. Atau korang boleh pakai macam saya pakai. Nampak dua-dua corak sekali gus. ^_^

Nampak tak ada dua corak berbeza tu? I love this one. Ade leopard print ^_^

Yang ni salah pusing. Hahaa... tak nampak sangat corak die berbeza. Patut rasa pelik masa pakai. Siap cakap kat Cik Ain, "Macam mana aku pakai tadi ek??". Hehee...
.
.
.
.
.

Cahya Tudung Innovation (CTI) - Syria. Manik-manik, button tu semua Cik Ain jahit sendiri. Kira handmade la ni. LIMITED EDITION. ^_^

Yang ni warna maroon. Ada lagi warna lain.
.
.
.
.
.

Tudung Ropol. Suka ropol-ropol kat tepi tudung tu. Awning dia kain jeans kalau tak silap.

Pink. Warna lain ada lagi.



..............................................................................................................

Nak tau siapa Cik Ain a.k.a owner Butik Cahya Shoppe?




Ni lah dia Cik Ain. Gambar bawah sekali tu Zaki yang jadi photographer untuk hari tu. Jeles taw... muda-muda dah ada butik. Hehee. Banyak lagi item jualan kat butik dia. Selain tudung, shawl, ada pakaian wanita, blouse, jubah, dress. Pakaian lelaki, kemeja, t-shirt. Aksesori wanita, bag, angry bird pun ade. Hehe...






Banyak lagi pilihan yang lain. Saya share sebahagian je. Nak tengok pilihan yang lain? Boleh klik banner Butik Cahya Shoppe kat bawah ni. 

(Klik banner ok ^_^)


Butik ni masih baru lagi. Baru beberapa bulan. Tapi biznes kat FB dah lama jugak. Sesiapa yang duduk berdekatan Teluk Intan, boleh la jenguk butik ni. Kat mana? Berhampiran dengan Kolej Komuniti Teluk Intan. Sebaris dengan bangunan kolej tu.

Oh yaaaa.... bagi sesiapa yang duduk di Teluk Intan, especially student Kolej Komuniti Teluk Intan dan PEREMPUAN, Cik Ain ni ada jugak buat asrama untuk disewa. Betul-betul kat atas butik tu. Kalau berminat, bolehlah contact beliau ye. Tengok nombor telefon kat flyers bawah ni.


- Atau -


.......................................................................................................

Akhir photoshoot hari tu, Ain ada hadiahkan saya sehelai shawl. 
Ni lah dia shawl nye. Baru nampak jelas sikit.






p/s : Alhamdulillah... boleh la tu hasilnya aktiviti photoshoot hari tu. Maaf la ye Ain kalau ade kekurangan kat mana-mana. Sekali lagi, terima kasih Ain dan Zaki (photographer) bagi saya peluang try benda baru macam ni. 

Saturday, December 31, 2011

Al-Kisah Jadi Bidan Terjun di Cahya Shoppe


Hai semua ^_^. Sambil lewa update blog semakin menjadi-jadi sekarang ni. Agaknya kalau pengawas yang jaga, dah kene denda tuan blog ni sebab tak update blog. Huhuu... Jadi, azam sebelum tamat tahun 2011 ni, nak update dua (2) cerita dalam satu malam. Haaa...... orang lain semua pasang azam nak mula tahun baru. Saya pulak azam sebelum 2011 ni tamat.

OK, entry ni untuk cerita pertama.

Tengok tajuk saya jadi bidan terjun. Apa bidan? Apa terjun? Mak bidan terjun bangunan nak selamatkan baby ke hape ni? Huhuu... No.. no... Tak ada la bidan terjun sangat. Actually, sorang kawan lama saya sejak sekolah menengah dulu baru bukak butik pakaian di Teluk Intan. Sapa orang Teluk Intan? Haaaa, boleh la jenguk butik Cik Ain ni. Nama butik dia Cahya Shoppe. Satu baris dengan bangunan Kolej Komuniti Teluk Intan. Berhampiran dengan jambatan tu.

Jadi, satu hari tu dia ada request dekat saya untuk jadi "patung" gayakan tudung dan shawl di butik dia untuk promo di Facebook (kut) dan blog dia. Tak pikir panjang pun. Masa free terlalu banyak cuti ni, jadi apa salahnya saya tolong dia kan. Mungkin dia nampak saya selalu pakai shawl dan kebetulan saya tengah cuti sekarang. Tapi................mampu ke saya buat? Tak pernah try benda-benda macam ni. Huhuu...

Sampai hari yang ditetapkan, saya datang butik dia buat kali kedua untuk photoshoot ni. Ish..... taip ayat bajet macam model je nak photoshoot, photoshoot. Huhuu.... maafkan saya. Excited ada, risau ada, sebab tak pernah try benda macam ni kan. Tapi nasib baik Cik Ain ni ada. Jadi, saya rasa ok je la kut. Lilit-lilit shawl pun ikut suka, ikut dan je. Yang penting, bahagian-bahagian shawl yang nak ditunjukkan tu viewer boleh nampak.

**Sorry la Ain kalau aku tak pandai bergaya depan camera. Hehe...

Banyak jugak selendang yang saya pakai hari tu. Lebih la kut dari sepuluh helai. Banyak la tu kan. Hehe... Tudung express pun ada. Owh... lupa. Ada beberapa shawl dan tudung syria yang saya pakai hari tu, handmade taw. Maksudnya, ada tambahan-tambahan manik, benda-benda comel (lupa apa nama dia, taip je la benda comel). ^_^

Interior design butik Cahya Shoppe ni cantik taw. Suka duduk dalam tu. Tapi saya tak sempat snap gambar hari tu. Sibuk melayan shawl. Hehee... Kat bawah ni saya letak beberapa keping gambar butik tu masa saya datang kali pertama dan kedua.



Ni gambar lepas selesai photoshoot. Ain Tag saya kat FB. Thank Ain & Zaki ^_^.


Yang paling BEST, Ain bagi saya shawl ni FREE! Suka. Esoknya, keluar terus pakai. Selesa taw. Hehe... Maybe korang tak dapat nak nampak macam mana shawl ni. Nanti gambar masa photoshoot Ain dah upload, saya share kat blog ok. Sorry, saja blur kan muka. Nak suruh korang fokus kat shawl. ^_^. Nak tengok beberapa keping gambar dalam butik Cahya Shoppe? Jom tengok gambar-gambar kat bawah ni.





Nak tengok item-item jualan Cahya Shoppe?


p/s : Gambar-gambar untuk promo shawl tu nanti saya share kemudian ye. Sekali lagi terima kasih kat butik Cahya Shoppe, Cik Ain dan Zaki sebagai photographer. Entry kedua akan menyusul sebelum tengah malam. ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...