Assalamu'alaikum. Salam Sejahtera.
Teringat zaman kecik-kecik dulu, selalu ade agen-agen gores dan menang datang rumah. Dia bagi kita beberapa kad untuk dipilih. Kita pun berdebar-debar la konon nak pilih. Harap-harap dapat yang terbaik. Jadi, boleh la dapat hadiah best.
Gores dan menang yang saya cerita ni tak sama macam gores dan menang yang ada kat produk-produk terkenal di Malaysia ni. Yang tu rasanya boleh dipercayai kut. Yang saya cerita ni tah dari syarikat mana-mana tah. Ok, kita sambung cerita.
Gambar contoh.
Sekali gores, fuyyooooooooooo dapat hadiah yang THE BEST! Dapat tuntut hadiah macam-macam. Water filter la, mesin urut kaki la, macam-macam la. Hadiah sepatutnya "free" kan? Haaaa.... kat sini la trick diorang. Untuk ambil satu barang tu perlu bayar cost-cost tertentu atas nama dan term-term tertentu.
Ape la, tu bukan hadiah la namanya.
Kenapa tetiba saya cerita pasal ni? Haaa.... ni la dia nak sambung lagi cerita ni. Semalam (30 Mac 2013) sesiapa yang pergi ke Pudu Sentral turun dari Plaza Rakyat mungkin ada jumpa beberapa orang yang buat promosi kad hadiah. Mula-mula ada seorang lelaki hulur kad kepada saya. Mula-mula saya malas nak ambil. Dia hulur lagi. Saya ingat kad iklan biasa macam Gulatis bagi kat area Masjid Jamek tu. Saya ambil je la. Eh, lepas tu dia suruh pergi kat sorang lagi kawan dia kat depan saya tu. Saya ingat lagi dia kata, "Ha, you pegi bagi kat itu perempuan gemuk sign". Ha? sign?. Hmm... ok la. Maybe ni macam promosi macam yang WWF buat untuk hidupan liar. 1 Signature 1 Support la agaknya. Tapi................ ha, kat sini saya dah tau dah apa sebenarnya yang diorang main. Dua orang ni mula terangkan pasal promosi syarikat diorang, pasal hadiah, pasal kupon diskaun dan sebagainya. Terus saya teringat kenangan zaman kecik dulu.
Saya buat apa lepas tu? Saya teruskan dengar penerangan mereka. Dalam hati ada baca-baca jugak takut diorang pukau ke apa. Bahaya kan. Kita mana tau. Saya pun koyak la kad hadiah tu. Bila terpampang depan enam mata kitorang bertiga ada bulatan warna silver. Dua orang yang buat promosi tu buat muka tergamam. Sungguh-sungguh dia kata, "Waaa... you dapat SUPER punya ni! You tengok aaa, kalau yang warna-warna lain punya cuma diskaun beberapa peratus saja. Ni you dapat silver, you datang HQ you boleh tuntut mana-mana hadiah dalam gambar ni (lebih dari 10 gambar hadiah dalam pamplet die termasuklah kereta). Waaa.... you banyak untung aaa!"
Saya malas nak teruja sebab saya macam dah boleh agak nanti mesti ada cas tersembunyi jugak. Lelaki tu pergi sambung kerja dia hulur kad hadiah. Tinggal perempuan tu saje yang sambung bebel depan saya. Saya tanya, "Ni kene bayar apa-apa ke ni?". Dia jawab, "Tak ada, ni hadiah. You tak perlu bayar". Dia mula tanya beberapa soalan dan saya jawab selagi jawapan saya tu tak membahayakan diri. Dia tanya pasal bank simpanan, saya jawab tapi tak beritahu semua bank yang saya ada. Kemudian dia sambung lagi cerita, pasal insurans dan sebagainya, saya tak reti nak terangkan. Dia kata, kalau saya dapat kereta, boleh ambil terus tapi saya perlu cover cost insurans ke apa tah lebih kurang RM3000 macam tu. Dia tanya, duit saya dalam bank ada berapa. Saya jawab tak banyak ada sikit je. Dia tanya lagi, kalau campur dua bank, duit you ada banyak ni tak (untuk cover RM3000 tu). Saya jawab, "Emm... tak ada pun. Tak sampai pun banyak tu".
Lepas saya jawab macam tu, air muka dia dah berubah sikit. "Ooo... yeke? Kalau macam tu, you tak dapat la ambil hadiah ni. Kalau you dapat kereta, at least you kene bayar RM3000 (untuk insurans kut, saya tak pasti). Sayang la oo... Kad ni saya burn saja la?"
Dan dengan senang hatinya, saya tersenyum dan berkata "OK", dan terus berlalu pergi.
Zaman sekarang ni, macam-macam cara orang nak tipu. Tak tipu banyak, tipu sikit, janji dia dapat. Hal yang saya cerita kat atas ni, sekalipun memang diorang betul, maaf saya malas nak percaya. Saya pun bukan terdesak sangat nak kereta. Kalau ada hadiah kereta sekali pun, biarlah dari sumber yang dipercayai.
Kalau korang berhadapan dengan situasi ni, beringatlah dan jangan terlalu teruja, sentiasa berhati-hati.
0 menconteng:
Post a Comment