Support Me Here ^_^

Showing posts with label Lagu. Show all posts
Showing posts with label Lagu. Show all posts

Monday, January 07, 2013

Kamarressyah


Saya tak pasti tajuk laju tu betul atau tidak ejaannya. Ada Kamarressyah, ada Kamar Eisyah. Tapi yang pasti, pertama kali mendengar lagu zikir ni, terus jatuh cinta. Vokal, melodi dan lirik yang mengagumkan. Dinyanyikan oleh UNIC dan Alwi


Maha Suci Allah


(V1)
KAMARREYSHEH YA THEYRI YA DHAWI 
Seperti petikan gambus 
Wahai burung yang berterbangan

ILA 'ISSHAK QULLI MATA BADHWI
Ke arah duniamu
Katakan padaku bila pula ku kan terbang


WANA 'USSHI MALLAYT SHUFNA
Aku kebosanan kerna tidak bertahan lagi

HAZIHIL 'EISYEH 
Kehidupan ini

QALBI MINAL FURQAAH 
Hatiku berbelah bagi

(V2)
KAMARREYSHEH TESRAH WA TADHWI 
Seperti petikan gambus 
Kau terbang dan pergi

WANTA FI ARDHAK YA REYTANI MITSLAK 
Dan kau diduniamu beruntungnya aku jika sepertimu

'AMAT ARDHI HATTA WALAW
JAMMAAL 'AL HEYSHEH
Sempitnya duniaku
Walau pengembala unta diatas bonggolnya

QALBI MINAL FURQAAH
Hatiku berbelah bagi

(V3)
KAMARREYSHEH KAM QULTI LIRRUKKAB
Seperti petikan gambus
Berapa kali ku bilang pada penunggang

MIN QABLAK BAASEERI SHILLOONI 
Sebelum kau ku katakan nak jalan

QADA KHILLI HATTA LAQOUNI
Dan bawalah aku kepada teman-temanku

THAAR FI KHEYSHEH
Sehingga menemuiku

QALBI MINAL FURQAAH
Hatiku berbelah bagi

(V4)
KAMARREYSHEH LAMMA NUHIBB 
Seperti petikan gambus
Pabila kita bercinta

MA FIL MAHABBAH SYAKK 
Tiada keraguan dalam cinta

LAKINNANI ILA 'INDA MAN 
Tapi pada siapa ku mengadu

ASHKI ALLAH YA'LAM
Hanya Allah yang tahu

HAALATI EYSHEH
Bagaimana keadaanku yang sebenarnya

QALBI MINAL FURQAAH
Hatiku berbelah bagi

Saturday, May 12, 2012

A GIFT From My Little Sis ^_^




Ape motif ni? (LINK)

Hai semua ^_^. How are you? Buat apa hujung minggu ni? Haaaa?? TIDO?? Adeh...... -_-". Wake up, wake up, petey doh nim. Awal hari ni saya dapat satu hadiah dari adik perempuan bongsu saya. Haihh.... tak pernah kasi hadiah, tiba-tiba kasi pulak. Hehee.. So sweet betul budak kecik ni. Nak tau hadiah apa? Ni ha dia. Kalau tak nampak, sila klik kasi besar. ^_^




Haaaa.... nampak tak? nampak tak? Well, walaupun bukan hadiah dalam bentuk fizikal, i don't mind. Yang penting ikhlas kan? Hehe... ohhh... memang la bukan hadiah birthday. Hadiah sempena  Hari Guru 16 Mei nanti. Awal betul dia ni kasi hadiah. Hehe... Katanya Hari Guru nanti kelas dia kena buat persembahan lagu ni. Tajuknya "TERIMA KASIH GURUKU". Nyanyi kuat-kuat biar sampai KL ni ha dengarnyeeee.... ;p

-Syakirah-

Korang pernah dengar tak lagu ni? Sweet tau lagu ni macam gula-gula kapas. Sebab tu saya letak gambar gula-gula kapas tu kat atas. Hehe. Kalau cikgu-cikgu rasanya dah biasa dengar lagu ni. Yang lain pun mungkin pernah dengar. Tapi sesiapa yang tak pernah dengar, meh tengok video kat bawah ni. Hayati ok ^_^.

Tajuk : Terima Kasih Guruku



p/s : Terima kasih ye Syakirah Mohd Ishak ^_^



---------------------------------------------------------------

Jom singgah ONLINE SHOP saya ^_^

Zaralyla Shop


Klik gambar

Tuesday, March 06, 2012

Tentang Rasa ^_^



Hai semua ^_^. Lama biar post pasal Tok Ketua Afzal kat atas sekali kat blog. Dah baca belum? Kalau belum, sila klik SINI. Pegi la berkenalan dengan Tok Ketua Afzal. Busy, busy, busy, letih, busy, letih lagi, batuk, makan ubat batuk, batuk makin teruk, cari ubat lain, ngantuk makan ubat batuk, tido, rehat, busy lagi. Adoooiii.... Dah, dah.... taknak merepek-repek lagi. Saya nak share satu lagu yang agak familiar bagi penggemar slot drama bersiri Vanilla Coklat. Ohhoooiiii.... sangat fall in love dengan lagu ni bila dengar pertama kali dalam drama tu. Mula-mula tak tau tajuk apa. Cari-cari, akhirnya jumpa jugak.


Fall in love with this song.... seriously!

Oh awak... jangan risau. I Do dan 1234 (I <3 U) masih tak tergugat. Huhu





(LINK)
Apesal letak gambar Cadbury ni? Entah la, sebut-sebut Vanilla Coklat teringat agaknya.





Aku tersesat menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan kulepas penatku
Tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Kutitipkan cahaya terang
Tak padam didera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya


Nak download MP3 lagu ni? Klik link kat bawah ye ^_^

Tentang Rasa - Astrid


......................................................................................................
Support me HERE
Time kasih
^_^

Monday, February 13, 2012

Law Kaana Bainana - Jatuh Cinta



Hai semua ^_^. Saya rasa ramai yang dah tau lagu ni. Kalau belum tau, boleh cuba dengar. Tak rugi dan tak akan menyesal. Sebelum ni ada jugak saya dengar sikit-sikit kat tv, kat majlis-majlis lagu ni. Tapi tak ambil pusing sangat sebab lagu ni berbahasa arab dan saya tak faham maknanya apa.

(LINK)

Tapi tadi saya cuba cari di Youtube, ada video klip lagu ni sekali dengan terjemahan dalam bahasa Melayu. Cubalah korang hayati. Sangat-sangat menyentuh perasaan. Lagu ni tentang Rasulullah dan kita sebagai umatnya. Serius, saya jatuh cinta dengan lagu ni. Apa yang buat saya jatuh cinta dengan lagu ni?


Alunan suara yang merdu

Irama yang mendayu dan mengasyikkan

Lirik yang indah

Makna yang mendalam dan menyentuh hati





p/s : Andainya Rasulullah s.a.w bersama kita...

Monday, January 02, 2012

Lagu Tema 2012


Hai semua ^_^. Macam mana hari pertama korang tahun 2012 ni? Makan BESARRR? Jalan-jalan? Shopping? Buat amal? Apa-apa pun, asalkan bukan perkara yang tak elok ok. Macam mana dengan hari pertama saya tahun 2012 ni? Hmmm...... bilik, ruang tamu, dapur, bilik, halaman rumah, bilik lagi. Hehe... tak pegi mana pun. Duduk rumah je. Malam tahun baru pun tak pegi mana. Duduk  rumah je. Tak pegi countdown, tak pegi tengok firework macam orang lain. Tak kisah la kat dataran, kat padang, kat rumah ke, depan tv ke. Apa yang saya hadap? Skrin laptop ni jugak la. Haha.... Tak habis-habis. Ni kalau internet takde ni baru tau nak alih mata kat benda lain.

TAPI.. ada sesuatu di malam tahun baru 2012 saya..... Something that makes me smile..... ^_^

Yuna kata setiap gambar ada lagunya.

Saya kata, setiap lagu ada cerita disebaliknya

Jom, saya nak share dua lagu ni. No lyrics to copy. Just video with the lyrics . ^_^



(LINK)
...................................................................................................

1st song : Colbie Caillat - I Do




...................................................................................................

2nd song : Plain White T's - 1234



...................................................................................................


Saya suka dua lagu ni. Meaning a lot. Memang akan pasang lagu ni je la tahun ni. Atau maybe bukan tahun ni je. Maybe jugak tahun-tahun akan datang. Heheh... Owh.... nanti nak buat ringtone sekali. Sorry lah lagu Pokok - Meet Uncle Hussin, saya akan ganti kamu dengan lagu kat atas ni... ^_^


p/s : So..... apa agaknya cerita disebalik dua lagu kat atas ni ye..... ^_^

Friday, November 25, 2011

Alunan Menyentuh Jiwa ^_^


Hai semua ^_^. Baru je sudah tengok telemovie kat TV3. Tajuknya Dakwah Muharram. Sape tengok jugak tadi? Kite geng. Heheh. Sebenarnya tahun lepas telemovie ni dah ada. Tapi tahun lepas saya tak sempat tengok. Sempat tengok part last je masa nyanyian nasyid kat Bukit Bintang tu je. Tahun ni sempatlah tengok walaupun separuh jalan cerita je. 


Antara pelakon telemovie ini :
Kumpulan Sofaz
Aqasha
Tamimi Saregar
Fouziah Ghous

Pengarah :
Erma Fatima

Saya tertarik dengan alunan nasyid yang last sekali tu. Cuba cari kat Youtube tak jumpa-jumpa. Last-last jumpa video bawah ni je. Tak pastilah sapa yang nyanyi. Dalam telemovie tu Aqasha miming je kan? Ke memang dia yang nyanyi? Betulkan saya kalau salah. Huhu...

Tapi alunan nasyid kat bawah ni memang sedap didengar. Cubalah dengar. Tajuk dia pun saya tak pasti betul atau tak "Dakwah Muharram". Sesiapa yang tahu inform pada saya ok ^_^ 


Lagu tema telemovie ni pun best jugak taw. Tajuknya Iman Dunia. Nyanyian Amir Sofaz dan Aqasha. Nak dengar? Boleh download kat link bawah ni ok. Kalau belum pernah dengar la. Sebab Telemovie ni dah tayang tahun lepas. Saya je baru cerita pasal ni. Hehe..



p/s : Maal Hijrah dah semakin hampir ^_^.

Friday, November 18, 2011

That Woman (Cover) - Amalia Alias




Hye semua =).......... apa khabar hari ni? Tarikh saya post entry ni, saya balik rumah. Cuti sebulan setengah ^_^. Layan lagu ni okay. Lagu ni lagu korea. Penyanyi asal Baek Ji-Young. Tapi kalau korang dengar lagu ni tanpa tau sape yang cover, mesti ingat orang Korea jugak yang nyanyi. Kenyataannya, warganegara Malaysia yang nyanyi. Sangat impress dengan beliau, Amalia Alias. Sekarang tengah belajar kat Jepun.

Video klip tu ada subtitles English sekali. Jadi korang boleh faham dan hayati lagu ni tentang apa dan kenapa tajuk die "That Woman" / "Wanita Itu". Sape-sape berada dalam keadaan tu buleh hujan kut air mata. Sapa-sapa belum kenal dan tak pernah dengar suara Amalia Alias, dengar, tonton dan hayatilah lagu yang telah beliau cover itu ^_^. Banyak lagi lagu-lagu cover beliau ni yang best. Lain kali saya share lagi ye. Eh, beliau ni pun ade lagu sendiri taw.


Oh, ya. Terima kasih Nurul Ain sebab dari dia saya kenal Amalia Alias ni. Roomate saya pun dah addict dengan lagu-lagu nyanyian Amalia Alias ni. Btw, tahniah and kalau ada rezeki, kita jumpa di Melaka ye Nurul Ain ^_^.


p/s : Akhirnya jumpa blog Amalia Alias ^_^






** ape kene tak tidur lagi ni dah pukul 3.45 pagi....... -_-"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...