Support Me Here ^_^

Sunday, May 13, 2012

Kakak, Kenapa Makin GELAP??


Hai, semua ^_^. Haihhh.... the end of weekend yang bosan. Dua hari lagi EXAM DAH START!! Relax... masih boleh cool... "Kau memang macam ni Khalila. Cuba serius sikit." Setiap orang ada cara untuk dia study kan? Saya tak boleh study dalam keadaan yang tension. Jadi, cara yang terbaik, santai la. Apa-apa pun tak la sampai tutup buku masuk dalam kotak pastu letak binding tape. Hehee.





GELAP? Yes, tah bape orang tegur saya dah gelap. Heyy... Ila, kenapa makin gelap ni? Kakak, kenapa nampak macam makin gelap? Haishh..... tahukah kalian wanita sebenarnya tak suka disoal sebegitu rupa. Kanak-kanak mungkin ok. Tapi, bila dah menginjak ke alam dewasa, soalan itu seakan sensitif bunyinya. Tak mengapa. Sememangnya Allah beri kulit ini banyak melaninnya. Memang baka tak cerah sangat ;).

It is ok. Khalila bukan seorang yang suka-suka nak melenting tak tentu pasal. Sebarang teguran akan diterima sebaik mungkin ditambah senyuman penuh ikhlas seakan-akan hati tak terusik langsung. Hehe... takpe. Saya tak kisah pun orang tegur-tegur camtu. Yang jadi burn kali ni gara-gara Kejohanan Olahraga IB dan Kejohanan Bola Tampar sebulan dua yang lepas tu la. Nasib la kan...

Jenis kulit setiap orang berbeza kan? Kulit saya memang senang terbakar atau burn. Pantang berjemur sikit confirm timbul belang kat garisan tudung. Joging sikit pun muka boleh merah dan burn. Tulah keistimewaan kulit saya (sedapkan hati). Tak semua orang ada kan? Yang lagi istimewa, bila dah senang sangat nak burn, bila nak pulih balik ya amat la PAYAH! Kalau celebrate birthday hari ni, sempat celebrate birthday lagi sekali agaknya pun belum tentu pulih balik. Hehe... Jadi, itulah jawapan kepada persoalan orang-orang yang bertanya tu.

Gelap tak apa, asalkan masih cukup sifat, kan? ^_^

Kenapa saya nak cerita benda ni? Sebab saya nak try satu produk ni. Tengok feedback macam ok. Penggunaan dia pun tak rumit dan tak leceh. Saya memang tak suka pakai produk yang banyak sangat step, banyak sangat bahan nak kena pakai. Nanti entah berapa lapis bahan kimia kat muka. Baru order. Belum sampai pun lagi. Nanti kalau kesan dia ok, saya akan share kat blog ni ok ;)

Daaa.....


p/s : Perempuan memang tak lari dari topik penjagaan wajah kan? ;p


----------------------------------------------------------------------

Jom singgah ONLINE SHOP saya ^_^

Zaralyla Shop
Klik gambar

10 menconteng:

Izzati Tatie said...

eh samela ngan kite..klu bejemur skit..mesti muke merah.lpas bape hari trus jd gelap gulite..nnt awk gtau produk ape tu.nak try jgak ;)

ZWAN SABRI said...

Btol tu.. gelap xpa janji cukop sifat.. btw, minah saleh pown ramai yang dok bejemoq kt tepi pantai sebab nk gelapkan kulit depa.. so, klaw kulit gelap tu okay la tu.. kulit dambaan ramai orang tuu.. HEHE

ciksengeh :D said...

xpe .. still nmpak menawan . hehe :D

khalila ishak said...

@Izzati Tatie

yekee?? senasib la kite. hehe.. insyaAllah... nnt sy dh try, dh nmpak kesannye, sy share kt blog ok ;)

khalila ishak said...

@ZWAN SABRI

hahaaa... kan? so, kita beruntung la dah semula jadi dpt kulit yg tan. xyah susah payah bjemur tepi pantai. hehe

khalila ishak said...

@ciksengeh :D
huhu... mekasih ciksengeh. syukur dgn kurniaan Allah ;)

Azham Vosovic said...

Wah...ada buat meniaga skrg hehe.... kulit sy pun senang terbakar....selalu je kawan2 tegur...kdg2 terasa gak tp nk buat mcm na?

Selendang Merah said...

he he he...betul perempuan memang pentingkan kecantikan...lelaki pon macam 2..

selamat menduduki exam

MisEyz BLurz said...

samalah kita kak...!!hihi...kulit eza pon camtu...sensitif sgt kat matahari...xpe kak...yg penting comel sentiasa..!!hihihi^__^

afzalsukasuki said...

haah nampak gelap..ke sengaja digelapkan?amik gmbar tak pasang flash?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...